Anda di halaman 1dari 1

Saudari, Apa khabar? Saya berharap saudari dan keluarga saudari berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Saya dan keluarga saya sihat dan sejahtera. Saya berpindah ke sekolah yang baru kerana mengikut ayah saya yang bertugas di sini. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan kepada saudari tentang keadaan saya di sekolah baharu. Saya telah didaftarkan di SJK(C) Ming Terk. Sekolah ini berhampiran dengan rumah saya. Setiap hari, saya berjalan kaki ke sekolah. Kawasan sekolah ini sangat cantik dan luas. Terdapat bunga-bunga yang cantik dan juga kolam air di kawasan sekolah. Saya telah mengenali kawan baru di sekolah ini. Murid-murid di sekolah ini baik dan peramah. Selain itu, guru-guru juga banyak membantu saya. Pada setiap hari Sabtu, saya akan mengikuti aktiviti kokurikulum SJK(C) Ming Terk. Saya telah melibatkan diri dalam Persatuan Tae Kwan Do. Saya juga mempelajari Seni untuk mempertahankan diri. Akhir kata, saya tetap rindu akan rakan-rakan di sana. Bagaimanakah pembelajaran saudari? Semoga kita bersama-sama berlajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang baik.

Anda mungkin juga menyukai