Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI,

AMBANG KEMERDEKAAN DAN ULANG TAHUN SEKOLAH


SHAH

.
Ya Allah , Tuhan Penguasa Alam ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan
kami untuk berada dan melaksanakan PROGRAM SAMBUTAN HARI
RAYA AIDILFITRI, AMBANG KEMERDEKAAN DAN ULANG
TAHUN SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH KE 24
tahun 2013.
Ya Allah, Tuhan yang berkuasa melaksanakan apa yang dikehendaki,
jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya hidayah, pertengahannya
kemenangan dan di akhiri dengan kecemerlangan.
Ya Allah , Ya Qahhar Ya Jabbar ,
Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa bersyukur atas segala
nikmatMu, sentiasa berusaha dengan gigih untuk meningkatkan potensi dan
prestasi serta mempunyai keperibadian yang luhur.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbalalamin,
Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir
pada hari ini dapat melaksanakan segala kebajikan
Dan kami memohon perlindunganMu Ya Allah daripada melakukan segala
keburukan .
Ya Allah Ya Karim Ya Wadud,
Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silaturrahim dalam kalangan kami.
Padukanlah tenaga dan usaha kami, permudahkanlah segala urusan untuk
kami terus menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai