Anda di halaman 1dari 2

,

Ya Allah Engkaulah Pengurnia Kenikmatan dan Kesejahteraan,


Sesungguhnya kami amat bersyukur dan menghargai kesempurnaan nikmat yang
telah Engkau kurniakan kepada kami untuk menghadiri Mesyuarat Guru-guru Besar
Peringkat Negeri Selangor pada saat yang syahdu, pada hari yang penuh
keberkatan , dan pada bulan yang dipenuhi seribu kegemilangan. Sesungguhnya
kami amat mengharapkan agar objektif yang ingin dicapai dalam majlis ini terkabul
hendaknya melalui kudrat dan iradah-Mu serta kuasa ungkapan kun fayakun-Mu ,
maka perkenankanlah segala hajat hati kami. Justeru, iringilah segala tindakan
kami dengan kesejahteraan, kedamaian dan keredhaan-Mu ya Allah.
Ya Allah Tuhan yang menyatukan hati ,
Kami warga pendidik ingin memohon dari-Mu Kurniakanlah kepada kami kesatuan
hati, emosi, minda dan tindakan melalui penghayatan visi dan misi Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam mengurus dan mengemudi organisasi pendidikan

Doa sempena Mesyuarat Pengetua dan Guru Besar Negeri Selangor 2004

negara kami yang tercinta agar kami mampu memikul tanggungjawab ini dengan
cemerlang,
Kurniakanlah kami kekuatan kesatuan hati umpama kesatuan hati pemuda ashabul
kahfi , sehingga kami mampu mengharungi susah senang, suka duka, pahit manis
bersama dalam melaksanakan amanah dan tugas kami ,
Ya Allah Tuhan Yang Memperkenankan Segala Permintaan,
Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan
menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah memajukan lagi taraf
pendidikan negeri Selangor khasnya dan dalam arus perdana pendidikan negara .

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami)


sekolah-sekolah negeri Selangor akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang ,
sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar
yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Doa sempena Mesyuarat Pengetua dan Guru Besar Negeri Selangor 2004

Anda mungkin juga menyukai