Anda di halaman 1dari 3

(Lafaz pembuka ucapan dan selawat shifa)

Bagi memberkati majlis kita pada malam ini, marilah kita bersama-sama membuka majlis kita
dengan bacaan ummul kitab Al fatihah..

‘Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiringi restu ilahi’

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.DAN SALAM SEJAHTERA…

Yang Berusaha En. Wan Zulkiflie Bin Wan Hasan , Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah
Kebangsaan Tanjong Lumpur,

Yang dihormati YDP PIBG SMK Tanjong Lumpur, Ustaz Mohd Amran Bin Abdul Hamid,

Yang Dihormati Cik Normahiza Bt. Nordin , Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

En. Ruslan B. Osman Guru Penolong Kanan HEM

En Mat Sod Bin Saad Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Pn. Suzana Bt. Ibrahim Guru Pen Kanan Pendidikan Khas

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran,

Guru-guru SMK Tanjong Lumpur,

AJK PIBG

Ibu Bapa dan calon-calon SPM tahun 2021,

seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Alhamdulillah, Kita merafakkan kesyukuran di atas limpah kurnia dari Allah SWT, dapat sama-
sama kita berkumpul di sini, dengan selamat dan sejahtera pada malam yang diberkati untuk
menyempurnakan agenda kita pada malam ini iaitu Majlis Solat Hajat & Bacaan Yasin
Perdana SMKTL 2021.

Majlis Solat Hajat & Bacaan Yasin yang setiap tahun diadakan ini, adalah sebagai
persediaan dan sebagai tanda pengharapan manusia kepada Allah untuk bertawakal kepada-
Nya setelah segala usaha dilakukan oleh para murid, barisan guru SMK TANJONG LUMPOR
serta ibu bapa khususnya dalam memastikan anak-anak kita dan anak didik kita semua
mencapai kejayaan cemerlang dalam SPM kelak.
BACAAN YASIN

Tanpa membuang masa majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Zulkifli B . Masod
bagi mengetuai bacaan yasin. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Zulkifli B . Masod atas bacaan Yasin sebentar tadi. Diharapkan
bacaan yasin kita sebentar tadi diterima Allah serta diperkenankan segala doa dan hajat yang dipinta.

UCAPAN YDP PIBG

Para hadirin yang dimuliakan..


Agenda kita seterusnya adalah Ucapan & Amanat daripada YDP PIBG .

Sebelum saya menjemput YDP PIBG, suka untuk saya membacakan sedikit tentang latar
belakang YDP kita, memandangkan mungkin masih ada yang belum mengenali beliau kerana
kekangan kita pada masa sekarang untuk pgrogram bersemuka.

Nama diberi MOHD AMRAN BIN HJ ABD HAMID


ANAK KE 5 DARI 8 ADIK BERADIK
BERASAL DARI KUALA ROMPIN

PENDIDIKAN
1973-1978
SK ROMPIN
1979-1982
SM AGAMA ROMPIN
1983-1984
SM AGAMA AL-ATTAS PEKAN
1985-1987
KULIAH SULTAN ABU BAKAR PEKAN
1988
KURSUS INTENSIF BHS ARAB SEBELUM KE MESIR

1989-1996 DIGREE
UNIVERSITI AL-AZHAR DI KAHERAH MESIR
JURUSAN PENGAJIAN ISLAM DAN BHS ARAB
2008-2012 DIGREE KE 2
UNIVERSITI KEB MALAYSIA
JURUSAN DAKWAH DAN KEPIMPINAN DGN KEPUJIAN
2000-SEKARANG
BERTUGAS DIPUSAT KUTIPAN ZAKAT PHG CAW KUANTAN
Sebagai PENOLONG PEG ZAKAT KOMUNITI

MANTAN PENGERUSI KRT TAMAN ANEKA JAYA 35


MANTAN PENGERUSI JAWATANKUASA PERWAKILAN PENDUDUK NEG PHG
AJK MIMBAR PERMUAFAKATAN IBUBAPA MALAYSIA (MAPIM) KUANTAN
AJK KUMPULAN PENGGERAK PELIBATAN IBUBAPA KOMUNITI DAN SWASTA DAERAH
KUANTAN (KPPIBKS)
PENGERUSI PIBG SK KEMPADANG
PENGERUSI PIBG SMK TG LUMPUR 2013 hingga sekarang

Untuk tidak membuang masa, Dijemput YDP PIBG Ustaz Mohamad Amran Bin Abd Hamid
untuk memberikan ucapan dan amanat. Dipersilakan.

-ucapan ydp-

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohamad Amran Bin Abd Hamid atas ucapan itu tadi
yang penuh bermakna dan besarlah jua harapan ibu bapa dan guru untuk melihat
kecemerlangan anda semua terukir di SMK Tanjong Lumpur.

Dengan berakhirnya ucapan daripada YDP PIBG tadi, maka berakhirlah sudah Majlis Solat
Hajat & Bacaan Yasin kita pada malam ini. Saya selaku pengerusi majlis pada malam ini
memohon maaf di atas segala kekurangan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua hadirin yang sudi Bersama-sama dalam majlis kita pada malam ini. Sekian sahaja
daripada saya,

Kita Tangguh majlis kita dengan tasbih kifarah dan bacaan surah walas

asalamualaikumwarahmatulaahiwabarokath.

Anda mungkin juga menyukai