Anda di halaman 1dari 6

DOA KHAS MOHON KESELAMATAN DAN KEMENANGAN PRU-13

.
`
` `

.

.

`
`

`


` .

.
. .




.
`
`
` `
.




.

.

`


.



) 3 ( .



Segala puji bagi Allah tuhan yang mentadbir sekalian alam, kepujian yang
menyempurnakan segala nikmatnya dan yang menolak segala balanya dan
membalas segala limpah kurniaannya . Ya Allah , wahai tuhan kami bagi
engkau sahaja segala kepujian itu sebagaimana yang layak bagi kebesaran
zatmu dan keagungan kerajaanmu.

Wahai tuhan kami, limpahkanlah rahmat keatas penghulu kami nabi
Muhammad , sebagai rahmat yang menyelamatkan kami
dengannya daripada segala huru hara dan kebinasaan, dan terimalah bagi
kami dengannya semua hajat, bersihkanlah kami dengannya dari semua
kejahatan, angkatlah kami dengannya disisi engkau setinggi-tinggi darjat
kemuliaan, sampaikanlah kami ke kemuncak ketinggian dari segala kebaikan ,
sama ada semasa hidup mahupun selepas mati, serta limpahkanlah rahmat
dan kesejahteraan keatas keluarga dan para sahabat baginda.

Wahai tuhan kami , terimalah daripada kami sembahyang kami dengan
keadaan sempurna , ampunkanlah dosa-dosa kami keseluruhannya , dan
jangan engkau menyiksa kami pada hari qiamat nanti. Sesungguhnya
engkaulah yang maha berkuasa diatas segala sesuatu , engkau sahaja yang
layak memperkenankan segala permohonan.

Wahai tuhan kami , berilah kepada kami perasaan takut kepada engkau yang
dapat menghalang kami daripada kemaksiatan. Berilah kami ketaatan kepada
engkau yang menyampaikan kami ke syurgamu, berilah kami keyakinan yang
memudahkan kami menghadapi bencana di dunia . Wahai tuhan kami ,
anugerahilah kami dengan kenikmatan pengdengaran, penglihatan dan
kekuatan tubuh badan sebagai sesuatu yang boleh memperkasakan agama
kami, dan jadikanlah ia berkekalan disepanjang hidup kami ,dan timpalah
pembalasan kepada orang yang menzalimi kami dan tolonglah kami terhadap
orang yang memusuhi kami. Janganlah engkau jadikan musibah yang
menimpa kami tertimpa keatas agama kami , dan janganlah engkau jadikan
keduniaan itu sebesar-besar cita-cita kami dan matlamat ilmu kami, dan
janganlah engkau biarkan orang yang tidak takut kepada engkau dan tidak
menaruh kasihan belas terhadap kami , dapat menguasai kami.



Wahai tuhan kami, kami memohon perlindungan dengan nur kesucian dan
berkat kesucian dan kebesaran sifat keagunganmu , daripada setiap yang
datang pada waktu malam kecuali yang datang dengan baik.Wahai tuhan kami
engkaulah penolong kami , maka dengan engkaulah kami memohon
pertolongan . Wahai tuhan kami, engkaulah pelindung kami, maka dengan
engkaulah kami pohon perlindungan . Wahai tuhan kami, engkaulah tempat
kami menyelamatkan diri , maka dengan engkaulah kami memohon
keselamatan .

Wahai tuhan yang kepadanya, menjadi lemah dan hina segala tengkok
pembesar dunia, dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-
raja Firaun, selamatkanlah kami daripada penghinaan dan siksaanmu ketika
malam atau siang, ketika kami tidur atau menetap . Tiada tuhan bagi kami
melainkan engkau, demi kebesaran wajahmu dan kemuliaan kesucianmu,
hindarkanlah kami daripada segala kejahatan hamba-hambamu, berilah
kemurahan kepada kami dengan limpah kurnia darimu, wahai tuhan yang
maha pemurah.

Ya Allah, sama ada engkau lembutkan hati hati mereka untuk kami
sebagaimana engkau lembutkan besi untuk nabi Daud , dan engkau
tundukan mereka seperti engkau tundukan bukit bukau untuk nabi Sulaiman
, ataupun engkau lipat balikan rancangan jahat mereka supaya
berpatah balik dan menimpa keatas diri mereka sendiri, dan engkau
menhangcur leburkan pakatan mereka , memporak perandakan kumpulan
mereka , menggongcangkan pendirian mereka dan menumbangkan bendera
mereka rapat ke bumi.

Ya Allah ya tuhan kami , islahkanlah mereka yang dengan sebab kesolehannya
orang beriman menjadi baik, dan binasakanlah mereka yang dengan sebab
kebinasaannya orang beriman menjadi baik. Ya Allah ya tuhan kami,
kukuhkanlah untuk ummat ini pengukuhan pertunjuk, kamu muliakan
padanya wali-walimu dan kamu hinakan padanya musuh-musuhmu,
diamalkan padanya dengan mentaatimu, dan dicegah padanya dari melakukan
maksiat kepadamu.


Ya Allah Ya tuhan kami , lantikanlah keatas kami orang yang terpilih
dikalangan kami, dan jangan kamu lantik keatas kami orang yang jahat
dikalangan kami. Ya Allah ya tuhan kami lantikanlah keatas kami mereka yang
mendengar kalammu dan memperdengarkan kepada kami, dan melaksanakan
hukum keatas kami dengan berpandukan kitabmu .

Ya Allah muliakanlah Islam dan kaum muslimin, ya Allah hancurkan golongan
kuffar, golongan bidah dan golongan munafiq, musuh-musuhmu dan musuh
agamamu. Ya Allah kami jadikan Engkau dihadapan musuh-musuh kami dan
kami berlindung denganmu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah cerai-
beraikan kekuatan mereka, pecah-belahkan kesatuan mereka, selerakkanlah
kalimah mereka, dan goncangkan kedudukan mereka, hantarkan anjing-anjing
engkau ke atas mereka wahai tuhan yang Maha Gagah, wahai tuhan yang
Maha Keras, wahai tuhan yang Maha Membalas.
Ya Allah, ya Allah, ya Allah.
Ya Allah, tuhan yang menurunkan Al-Kitab, wahai tuhan yang menggerakkan
awan, wahai tuhan yang mengalahkan tentera Al-Ahzab, kalahkanlah mereka
(orang-orang kuffar) dan bantulah kami menghadapi mereka.

Wahai tuhan yang tetap hidup, yang mentadbir urusan makhluk, wahai tuhan
yang mempunyai keagungan dan kemulian , sesungguhnya engkaulah yang
maha berkuasa keatas segala sesuatu.
` `
.


Disediakan oleh ,
Lajnah Tarbiah Dan Kepimpinan PAS Negeri Kedah

Semakan dan tambahan,
Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah

Tarikh keluaran
3 April 2013 / 22 Jamadil Awwal 1434

Anda mungkin juga menyukai