Anda di halaman 1dari 14

EPPE2053

EKONOMI MALAYSIA

SEMESTER 2 SESI 2012/2013


TUGASAN KAJIAN

- SEKTOR PERINDUSTRIAN -

NAMA: NURMAWADDAH BINTI ROSLI (A136683 )

NURUL HUDA BINTI JAMALUDIN (A142702)

SET : 1

PENSYARAH :Dr. RIAYATI BINTI AHMAD

1
ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN MUKA
SURAT
1. Pengenalan 4-6
2. Perbincangan Masalah 7-10
3. Cadangan Pada Permasalahan 11-13
4. Rujukan 14

2
PENGHARGAAN.
Alhamdulillah kami memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana di atas
taufiq dan hidayahNYA telah memberi kekuatan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat baginda.

Di sini kami ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ribuan terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Riayati Ahmad selaku pensyarah modul ini kerana
memberi peluang kepada kamiuntuk membuat tugasan ini.

Selain itu, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang
telah membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
seperjuangan kami yang turut memberi tunjuk ajar dan sentiasa memberi semangat untuk
menyiapkan tugasan yang diberikan.

Akhir kata, kami ingin meminta maaf kepada semua pihak sekiranya terdapat kesilapan
atau kesalahan yang telah kami lakukan sepanjang tempoh melaksanakan tugasan ini.Kami
berharap dengan tugasan yang dilaksanakan ini dapat menambahkan sedikit sebanyak
pengetahuan kami tentang tajuk kajian yang dijalankan dan secara langsung dapat membantu
kami dalam pembelajaran modul EPPE2053 Ekonomi Malaysia ini.Sekian, Terima kasih.

3
1.0 Pengenalan

Perindustrian bermaksud penghasilan barang atau perkhidmatan dan merupakan


aktiviti ekonomi yang memproses bahan mentah menjadi barang siap atau menyediakan
perkhidmatan.Sektor perindustrian dianggap penggerak utama pembangunan di
kebanyakan negara membangun, terutama dari segi daya pengeluaran dan daya
keupayaan penyerapan tenaga buruh.

Pada zaman sebelum merdeka hinggalah sekarang, sektor perindustrian


mencatatkan sumbangan yang besar dalam peneraju ekonomi Negara. Dalam proses
memajukan Negara , tonggak kepimpinan Negara telah mengambil langkah berwibawa
dengan membawa kemajuan dan transformasi dalam sektor ini .Ini merupakan inisiatif
bijak dari pihak kerajaan dimana ia telah memandang penting kenyataan ,
“Pembangunan ekonomi di kebanyakan negara maju adalah berasaskan kepada sektor
perindustrian”. Hal initelah menjadikan sektor perindustrian di Negara ini antara sektor
terpenting dalam penyumbang kemajuan Negara.

Pada era sebelum merdeka ataupun masa zaman penjajahan british, sektor ini
telah mula meyumbang pada ekonomi Negara. Industri ini dimulakan dimana ia
berorentasikan eksport, dimana Negara menjadi sumber eksport utama bahan mentah
seperti getah, bijih timah dan rempah ratus.bahan-bahan mentah yang dieksport adalah
untuk kegunaan pihak penjajah,jadi penyumbangannya pada Negara adalah terlalu
sedikit.Diawal permualaanya ia adalah satu sektor yang kecil dan terlalu banyak
kelemahan dimana hanya sedikit penglibatan dari penduduk semenanjung ,modalnya
yang kecil dan juga kemahiran buruhnya yang lemah.Justeru itu ia amat memerlukan
pembangunan dan perancangan yang boleh memperbaikinya.

4
Sektor perindustrian mengalami kemajuan sedikit demi sedikit ketika zaman
Negara mencapai kemerdekaan.Dimana ketika ini Negara mengalami perubahan kearah
kepelbagaian ekonomi Negara daripada terlalu bergantung pada eksport getah bijih
timah.Negara telah menumpukan kepada industri penggantian import, dimana ia
mengurangkan import tetapi memperbanyakkan pengeluaran barang sendiri untuk
memenuhi permintaan dalam negeri. Negara ketika ini lebih menumpukan kepada
industry-industri ringan seperti pengeluaran minuman, sabun dan sebagainya.Proses
perindustrian diwaktu ini berada pada tingkat yang mudah dan tidak memerlukan
kemahiran buruhyang tinggi.Perkembangan sector ini dapat dilihat makin
memberangsangkan bermulanya pada dekat ini hinggalah lewat tahun 60-an.Di mana
kerajaan telah menjanjikan dengan pelbagai galakan kepada pemodal dalam sector ini
sehinggalah industry ini berkembang menjadi industry pengeluar barang modal,barang
perantara dan pengeluaran barang akhir.

Sektor industri Negara mengalami lagi satu revolusi pada lewat tahun 60-an dan
awal tahun 70-an. Pada lewat tahun 60-an, pasaran domestic Negara adlah kecil dan
terbatas, dan ini menyebabkan kemajuan sector ini semakin lemah dimana ia telah
menyebabkan pengangguran yang tinggi dan juga pasaran modal yang makin
rendah.untuk mengatasi masalah ini kerajaan telah memperkenalkan akta baru iaitu
Investment Incentives Act (Akta Galakan Pelaburan) pada tahun 1968 , pada tahun 1972
telah wujudnya Zon Perdagangan Bebas dan akhir pada tahun 1974 telah diperkenalkan
syarikat yang telah beroperasi di beberapa kawasan tertentu dan dapat mengalak ekonomi
akan diberi faedah.Ketika ini Negara juga lebih menekankan industry berintensifkan
buruh,industry berorentasikan eksport dan pelaburan asing,Ftz.Diantara pengeluaran
industry ketika ini ialah jentera, alat-alatan penganggkutan, barang kimia dan logam.

Pada tahun 80-an, sektor perindustrian Negara mengalami kemajuan selangkah


lagi dengan wujudnya perkembangan dalam industry berat dengan teknologi lebih tinggi
diperkenalkan.Industri ini melibatkan pelaburan yang lebih besar, tempoh perancangannya

5
yang lebih panjang dan pulangan modalnya hanya dapat diterima dalam jangka masa yang
panjang. Perubahan ini penting kerana ia dapat mengurangkan kebergantungan Negara
pada Negara-negara maju yang lain. Industri berat ini lebih mengutamakan industry
barang modal dan barang perantara .Industri ini merupakan industry berorentasikan
eksport dimana Negara ketika ini sudah mula lebih mengeksport barang-barang keluaran
ini ke Negara -negara lain. Di dekat ini mula tertubuhnya Perbadanan Industri Berat
Malaysia( HICOM). Ini kerana Malaysia lebih faedah berbanding dalam penawaran
tenagan buruh dan bahan mentah bagi industri ini. Ke arah mencapai Wawasan 2020,
Negara mengalakkan perindutrian di kawasan-kawasan baru meliputi kawasan luar Bandar
dan negeri-negeri kurang maju lain.

Pada pertengahan 80-an , negara mengalami kemelsetan ekonomi dan ini


memberi kesan langsung pada dasar-dasar perindustrian sedia ada yang masih lemah ciri-
ciri strukturnya.Selaras dengan hasrat untuk mengenalpasti kelemahan ciri-ciri struktur
serta mengatasinya, kerajaan telah melancarkan dua kajian utama pada tahun 1983, iaitu
Kajian Dasar Perindustrian Malaysia (KDPM).KDPM bertujuan untuk menyemak
dan mengubahsuai dasar-dasar perindustrian negara yang sedia ada dan mengkaji semula
galakan-galakan pelaburan dan dasar-dasar peningkatan eksport..Pada 1986, Negara telah
mewujudkan Pelan Induk Perindustrian(PIP) pertama Negara . PIP bertujuan untuk
menggubal objektif pembangunan perindustrian secara am dalam mengenalpasti strategi-
strategi untuk sektor-sektor kecil yang berpotensi untuk tumbuh dengan pesat Selain itu
telah telah menukarkan Akta Galakan Pelaburan 1968 dengan Akta Galakan Pelaburan
1986. Ini telah menyebabkan tertubuhnya Lembaga Kemajuan Perindustrian
Malaysia(MIDA), Pusat pelaburan (COI), dan ini memudahkan proses mendapatkan
kelulusan galakan-galakan cukai melalui MIDA.

6
2. Perbincangan Masalah.

Sektor perindustrian Malaysia mengalami pelbagai perubahan dan revolusi sejak


zaman penjajahan sehinggalah kini bagi memajukan sektor ini dan secara langsung
menyumbang kepada ekonomi Negara. Namun, walaupun pelbagai dasar dan strategi
telah digubal dan diguna pakai sector ini masih mempunyai pelbagai halangan dan
cabaran dalam menjadi sector penyumbang uatam kepada kemajuan ekonomi Negara.

Pada dekat 90-an dan alaf 21 ini, sektor ini mengalami pelbagai saingan dari
sektor- sektor lain dalam meneruskan kemampuanya untuk menyumbang kepada
ekonomi Negara. Oleh itu , kerajan sekali lagi mengubal pelbagai akta, strategi dan pelan
dalam memastikan sektor ini tidak terkebelakang dalam peranannya sebagai penyumbang
kepada kemajuan ekonomi negara .

Dalam kepelbagai pelan dan strategi yang dirangka tersebut wujudlah pelbagai
ruangan dan jalan baru dalam meneruskan perjuangan sektor ini. Justeru itu, dalam
perkembangan semasa zaman ini telah wujud idustri-industri baru dalam sektor ini.
Kewujudan Industri Kecil dan Sederhana dan Industri Halal telah membuka mata banyak
pihak tentang potensi industri ini untuk dikembangkan.

Kewujudan Industri Kecil dan Sederhana dalam sektor perindustrian Negara


mejadikan sektor ini berkembang setapak lagi lebih maju.Hal ini juga telah menyebabkan
wujudnya Perbadanan Pembangunan Industri Kecil Dan Sederhana(Smidec). SMIDEC
telah ditubuhkab pada 1996 sebagai sebuah agensi kerajaan yang khusus untuk
menggalakkan pembangunan IKS. SMIDEC berusaha untuk meningkatkan kecekapan
dan daya tahan Enterprise Kecil dan Sederhana(EKS) supaya menjadi lebih kompetitif
dalam suasana pasaran yang liberal. Perbadanan juga akan menggalakkan EKS untuk
menjadi sebahagian daripada industri penyokong kearah pembangunan industri Negara
serta menjadi pengeluar bertaraf dunia dan global.Antara fungsi fungsi SMIDEC ialah

7
Menggalak dan menyelaras pembangunan EKS di Malaysia , memberi khidmat nasihat
dan sokongan teknikal , mengalak rantaian industri diantara EKS dengan syarikat
syarikat besar/ syarikat multinasional ,melaksana dan menyelaras skim-skim bantuan
kewangan untuk EKS , bekerjasama dengan agensi-agensi lain sama ada tempatan atau
antarabangsa yang bertujuan membangunkan EKS .

Situasi semasa juga telah menyebabkan Indutri Halal di Negara ini berkembang
dan dipandang penting dan ini telah membuka mata masyarakat antara bangsa tentang
kepentingan industry halal ini.Justeru itu Malaysia telah terpilih menjadi agen contoh
Indutri Halal dunia.kenapa Malaysia?Hala ini kerana, Malaysia mempunyai aspirasi
untuk menjadi hab global bagi pengeluaran dan perdagangan produk dan perkhidmatan
halal , seperti yang digariskan dalam 2006 Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3). Dan
sebagai sebuah negara Islam moden di barisan hadapan dalam pembangunan ekonomi,
Malaysia mempunyai potensi yang tiada tandingan. Dengan hidup yang progresif dan
persekitaran operasi yang menawarkan kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi yang
konsisten, Malaysia pantas menjadi hab perniagaan pilihan untuk semua industri.

Selain itu, Malaysia mempunyai kelebihan yang unik dalam membangunkan dan
mempromosikan produk halal dan industri perkhidmatan atas sebab-sebab tertentu.
Antaranya, Pasaran Bebas.Malaysia adalah sebuah negara Islam yang progresif. Ia adalah
mesra perniagaan kepada orang Islam dan bukan Islam, menjadikan ia satu kelebihan
industri Halal.Sebagai sebuah negara ekonomi maju, ekonomi Malaysia mencatatkan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kadar pertumbuhan sebanyak 4.6 peratus bagi
tahun 2008, didorong oleh permintaan domestik dan pengembangan berterusan dalam
penggunaan swasta dan awam. Pada tahun 2008, jumlah dagangan meningkat 6.8 peratus
daripada RM1.11 trilion kepada RM1.19 trilion. Eksport meningkat sebanyak 9.6 peratus
kepada RM663.51 bilion, manakala import meningkat 3.3 peratus kepada RM521.5
bilion, menghasilkan lebihan dagangan untuk tahun kesebelas berturut-turut yang bernilai

8
RM142.01 bilion. Tambahan pula, ekonomi dijangka mencatat kadar pertumbuhan yang
positif pada tahun 2009.

Malaysia hari ini telah menjadi sebuah ekonomi yang didorong oleh eksport yang
didorong oleh teknologi tinggi, berasaskan pengetahuan dan industri berintensif
modal. Dari Januari hingga September 2008, sektor perkhidmatan mencatatkan
pertumbuhan tertinggi pada kadar 7.9%. urat sehingga daya saing global, Malaysia telah
berpindah ke atas rantaian nilai kepada kuasa besar teknologi tinggi, berasaskan
pengetahuan dan berintensif modal, menggabungkan reka bentuk serta aktiviti
penyelidikan dan pembangunan. Oleh itu, Dari kebolehkesanan produk halal untuk
kemudahan Kewangan Islam, Malaysia adalah mampu untuk menyediakan hujung-ke-
menamatkan perkhidmatan Halal. Tambahan pula, Malaysia terletak di lokasi strategik
negara di rantau Asia Pasifik, menyediakan mudah di jalan pasaran baru muncul di Asia
dan jumlah penduduk yang lebih besar daripada 500 juta. Dan pemilik perniagaan Halal
akan menikmati perdagangan yang lebih mudah dan akses pasaran ke negara-negara
anggota Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), berdasarkan fakta bahawa Pengerusi
adalah seorang wakil Malaysia.

Selain itu, Sokongan Kerajaan juga tinggi terhadap industri ini.Malaysia


mempunyai sebuah kerajaan yang pro-perniagaan, menawarkan insentif cukai dan
pelabur lain. Dalam usaha untuk mewujudkan persekitaran operasi yang kondusif,
kerajaan telah memperkenalkan dasar-dasar dan infrastruktur yang cekap institusi untuk
membangunkan industri Halal atau sebaliknya.

Malaysia juga kaya dengan bakat dan rakyat yang memang berwibawa.Satu
industri tanpa bakat, hanya berkata, aset-miskin. Bakat Malaysia kaya dengan pekerja
muda, berpendidikan dan produktif dengan kemahiran yang diperlukan untuk industri
berasaskan sains dan perkhidmatan. Dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang

9
berbilang kaum dan multi-bahasa yang terdiri kebanyakannya orang Melayu, India dan
Cina, pemilik perniagaan Halal akan mendapati ada kekurangan bakat dwibahasa mahir
untuk memperkayakan hubungan perdagangan di negara-negara seperti China.

Kepelbagai Infrastruktur yang tersedia juga membantu industry ini terus


berkembang.Topografi landskap ekonomi Malaysia adalah dibuat sehingga rangkaian
lebuh raya yang baik dikekalkan dan keretapi bahawa pautan ke pelabuhan yang cekap
dan bertaraf dunia lapangan terbang antarabangsa. Dengan komitmen kepada
pembangunan perindustrian dan perdagangan bebas Malaysia, kerajaan telah ditubuhkan
5 pertumbuhan koridor ekonomi, sebagai tambahan kepada lebih 200 kawasan taman atau
perindustrian dan 13 zon bebas perindustrian. Dan sebagai sebahagian daripada inisiatif
HDC, Malaysia juga merupakan rumah kepada salah satu Taman Halal pertama di dunia.

Oleh itu, semua pihak mula memikirkan adakah industri-industri ini dapat
dikembangkan ke peringkat antarabangsa dan Malaysia menjadi penyumbang dan
perintis utama kepada industri-industri baru ini?Dan apakah sector perindustrian akan
menjadi penyumbang utama kepada ekonomi Negara dan terus kekal menjadi sector
penting untuk memajukan Negara?.

10
3.0 Cadangan Kepada Permasalahan

3.1 Mempelbagaikan asas sektor pembuatan

Asas sektor pembuatan negara ini terlalu sempit dan sebahagian besar eksport
barangan pengeluaran bergantung kepadabarangan elektrik dan elektronik serta tekstil
sahaja.Kejayaan mewujudkan satu sektor perindustrian yang dinamik bergantung kepada
usaha dan keupayaan untuk mempelbagaikan asas sektor pembuatan.

JADUAL 4.1.2 : INDEKS PENGELUARAN PERINDUSTRIAN, 2000 - CURRENT,


MALAYSIA
Table 4.1.2 : Index of Industrial Production, 2000 - Current, Malaysia

Tempoh Indeks Keseluruhan Perlombongan Pembuatan Elektrik


Period Overall Index Mining Manufacturing Electricity

Tahun Asas : 2005=100


Base Year

Wajaran/Weights 100.0 33.00 59.60 7.40

2000 78.8 86.9 77.3 68.9


2001 76.2 89.6 72.3 74.9
2002 79.7 91.1 76.1 82.6
2003 87.1 96.0 84.4 87.4
2004 96.5 101.7 95.1 94.6
2005 100.0 100.0 100.0 100.0
2006 104.8 96.2 108.9 105.1
2007 107.3 98.3 111.4 109.2
2008 108.1 99.1 112.2 110.5
2009 99.9 95.5 101.0 111.4
2010 107.1 93.9 112.2 121.2
2011p 108.6 87.5 117.4 123.6

11
Nota/Notes : p Data Awalan/Preliminary

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia


Source: Department of Statistics Malaysia

Berdasarkan jadual di atas, dapat dilihat indeks pengeluaran perindustrian di


Malaysia untuk pengeluaran elektrik lebih banyak berbanding pengeluaran dalam
perlombongan dan pembuatan. Namun begitu, pada tahun 2004 sehingga 2008,
pengeluaran dalam pembuatan adalah melebihi daripada pengeluaran elektrik.Ini
menunjukkan Malaysia mampu untuk mempelbagaikan asas sektor pembuatan dalam
negara.Dengan kepelbagaian asas sektor pembuatan di Malaysia, sektor perindustrian
Malaysia dapat menyumbang pendapatan dan membantu menjana pertumbuhan ekonomi
negara di samping dapat mewujudkan satu sektor perindustrian yang luas.

3.2 Meningkatkan rangkaian antara industri.

Walaupun pelaburan bertambah, peningkatan industri perkilangan, namun permintaan


mereka terhadap barangan pengantaraan tempatan amat kecil.Barang pengantaraan masih
diimport sebab pengusaha tempatan tidak berupaya mengeluarkan barangan bermutu/
pada kos dan harga yang berpatutan.Jadi perlu meningkatkan rangkaian antara industri
dengan pengusaha dapat mengeluarkan barangan yang bermutu.

3.3 Penyediaan tenaga buruh mahir

Tenaga buruh mahir penting dalam sesebuah negara atau organisasi kerana
kemampuan buruh sebagai perancang dan penggerak kepada sektor perindustrian.Tahap
kepakaran yang tinggi meningkatkan produktiviti, kualiti serta dapat meminimumkan kos
pengeluaran. Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan yang tinggi untuk melabur dalam
pembangunan modal insan yang dididik sejak sekolah rendah lagi.

12
3.4 Penyelidikan dan Pembangunan

Dengan aktiviti penyelidikan dan pembangunan, negara dapat menghasilkan


teknologi yang canggih dan berdaya saing dengan teknolgi terkini yang berada di
pasaran.Teknologi ini dapat digunakan untuk mengurangkan kos pengeluaran serta
menigkatkan mutu barangan tempatan di mata dunia. Tambahan pula, teknologi canggih
juga dapat dijual di pasaran antarabangsa seterusnya dapat menambah pendapatan negara
dan membaiki imbangan pembayaran.

3.5 Pasaran yang luas

Pasaran adalah perkara yang sangat penting untuk menjual barangan mereka
terutama apabila pasaran tersebut adalah luas.Dengan memasarkan barangan ke pasaran
yang lebih luas, permintaan akanbertambah dan tidak terhad pada sesuatu tempat
sahaja.Ini dapat membantu dalam pembangunan industri perkilangan.Permintaan yang
luas mendorong pengilang menambahkan pengeluaran dan memperluaskan pelaburan di
samping menjana pendapatan dan pertumbuhan ekonomi.Contohnya adalah usaha
kerajaan menghantar rombongan perdagangan ke luar negara dan menyertai ekspo
antarabangsa untuk pamerkan barangan buatan Malaysia

13
4.0 RUJUKAN

1. WEBSITE PUSAT MAKLUMAT RAKYAT 1 KLIK, http://pmr.penerangan.gov.my.


2. Laman Web Rasmi Halal Industries Development Copration ,
http://www.hdcglobal.com/publisher/bhi_why_malaysia.
3. Pelan tindakan dan perancangan, http://cgpengajianam.blogspot.com/2012/07/dasar-
sains-teknologi-negara.html, [1 April 2013]
4. Nota PDF, Industri Kecil dan Sederhana Malaysia(SMIDEC).
5. Data pengeluaran perindustrian negara,
http://www.epu.gov.my/html/themes/epu/images/common/pdf/eco_stat/pdf/4.1.2.pdf, [1
April 2013].
6. Chamhuri Siwar, Surtahman Kastin Hassan dan Norshamliza Chamhuri, 2005, Ekonomi
Malaysia, Edisi Keenam, Pearson Longman.

14

Anda mungkin juga menyukai