Anda di halaman 1dari 8

EMBENTUKAN AKHLAK DAN SAHSIAH REMAJA MENURUT AGAMA ISLAM

pra. Bulan Mac lalu, pembentangan di depan anak-anak remaja kali pertama, selalunya
depan golongan dewasa, takut terlepas cakap tapi belasah aje, Ya ALlah ini sumbangan
hambamu yang amat kecil nilainya untuk menjadi pemberat mizan diakhirat kelak.
Dibentangkan di Kem Remaja Surau As Sahabah, Damansara. 8 Mac 2009, terima kasih
zali jemput saya, anak-anak gembira sekali walaupun tak tengok presentation dan black
out ditengah-tengah ceramah.

PEMBENTUKAN AKHLAK DAN SAHSIAH REMAJA MENURUT AGAMA ISLAM

OLEH ABU RAZEEN

Abstrak

Remaja adalah aset sesebuah Negara, untuk melihat maju dan mundur sesebuah negara
pada masa akan datang lihatlah pada remajanya hari ini, oleh kerana itu, selepas dari
kekalahan tentera kristian dalam perang salib dan kegagalan Theodore Herzl untuk
membeli tanah Palestine daripada Sultan Muhammad maka bermulah agenda perang
saraf terhadap umat Islam yang bermula dari remaja Islam. Menyedari kepentingan
kekuatan diri dan memelihara kehormatan agama maka proses pembentukan akhlak dan
sahsiah remaja perlu diberi perhatian secukupnya oleh semua pihak.

1. PENDAHULUAN

Membentuk akhlak dan sahsiah remaja menurut Islam adalah merupakan kewajipan
semua pihak, bermula dari ibu bapa, pendidik, masyarakat, pemimpin dan yang lebih
penting adalah diri remaja itu sendiri. Berdasarkan anggaran bilangan remaja yang
mewakili lebih daripada separuh rakyat Malaysia hari ini, ternyata usaha pembentukan
ini bukanlah sesuatu yang mudah. Satu modul yang lengkap dan terbaik perlu diasaskan
bagi memastikan pembentukan remaja Islam adalah menepati arahan Allah SWT dan
Rasul SAW. Syariat Islam yang telah diturunkan kepada umat Nabi Muhammad SAW
telahpun lengkap sebagai satu cara hidup dan sekaligus sebagai panduan untuk
merencanakan hidup remaja secara baik dan berkesan.
2. KENAPA REMAJA

Rasul SAW menjaga kepentingan golongan remaja atau pemuda (terjemahan yang
lazim digunakan untuk perkataan syabab) dengan penuh perhatian, dan menyediakan
golongan remaja untuk menggalas tanggungjawab dan amanah menyampaikan dakwah
dalam banyak hadis dan peristiwa.
Dalam membentuk remaja mendekati Allah SWT, peringatan perlu diberi untuk mereka
bertaqwa kepada Allah samada diwaktu sembunyi atau terang, Dalam riwayat Ahmad
dan Abu Yakla, Rasul SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah berbangga dengan pemuda yang tiada padanya subuwah (sifat
keanak-anakan, tidak tetap pendirian dan berpaling).

Membentuk iltizam, taat kepada Allah SWT, beribadat kepadaNya dan menyerah diri
untuk mendekatkan diri kepadaNya. Hadis riwayat Shaikhan Rasul SAW bersabda:
Tujuh golongan dilindungkan Allah dibawah lindungannya pada hari tiada perlindungan
melainkan lindungan Allah: salah satunya adalah pemuda yang membesar dengan
beribadat kepada Allah..
Seruan kepada remaja untuk membentuk peribadi mereka secara rohani, jasmani,
pemikiran, akhlak dan peribadi, dalam satu riwayat Rasul SAW telah bersabda:
Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, hidup sebelum mati, sihat sebelum
sakit, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin [Hakim]
Dalam memperingati usia remaja yang ditinggalkan, setiap orang akan dipersoal oleh
Allah SWT di hari penentuan, ini berdasarkan hadis Rasul SAW:
Tidak berlalu bagi seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia ditanya tentang empat
perkara, tentang umurnya bagaimana dihabiskan, tentang masa remajanya dimana
diluangkan, tentang hartanya dimana didapati dan dimana dibelanjakan, tentang
ilmunya bagaimana diamalkan.
Islam tidak tertegak pada hari ini dan tersebar dakwahnya keseluruh alam melainkan
dengan usaha sekumpulan remaja yang amanah, mereka mendapat tarbiyah dari
madrasah Rasul SAW dan keluar sebagai sekumpulan manusia yang terlatih dan
sempurna. Rasul SAW semasa diturunkan wahyu, baginda berumur 40 tahun, iaitu
dipenghujung lengkapnya usia remaja. Abu Bakar muda daripada Rasul SAW sebanyak 3
tahun, Umar semasa memeluk Islam berusia 27 tahun, Osman adalah lebih muda dari
Rasul dan Ali yang paling muda dari kesemua sahabat pada waktu itu, begitu juga
Abdullah bin Masud, Said bin Zaid dan beratus lagi sahabat yang menemui Islam semasa
berusia remaja.
Syariat juga mempunyai method khusus untuk memelihara remaja dari kerosakan,
menggalakan perkahwinan bagi yang berkemampuan. Dalam sebuah Hadis Rasul SAW
bersabda:
Wahai pemuda, barang sesiapa dari kamu mempunyai kemampuan untuk berkahwin,
maka hendaklah ia berkahwin, kerana ia dapat menundukkan pandangan dan
memelihara kemaluan.. [Jamaah]
Tujuan perlindungan ini adalah sebagai persediaan membina syaksiah manusia,
memelihara diri daripada kerosakan dari segi rohani, kelakuan, jasmani, nyawa dan dari
segenap segi pembangunan diri. Dengan sahsiah yang lengkap maka remaja mampu
untuk menanggung amanah, memikul tanggungjawab, berazam untuk mendaulatkan
Islam, maka tidak ada ruang untuk lemah, malas, hanyut dengan gelombang fitnah dan
tenggelam dalam kerosakan.

3. SIAPA REMAJA

Terdapat berbagai takrifan remaja yang berbeza mengikut keadaan dan topik
perbincangan yang diutarakan. Masa remaja itu bermulanya ditentukan oleh faktor
biologi dan akhirnya ditentukan oleh budaya masyarakat setempat. Perkembangan
fizikal remaja boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu masa awal remaja (umur
antara 13 hingga 18 tahun) dan masa akhir remaja (umur antara 18 hingga 24 tahun).
Menurut Islam, kanak-kanak mula dapat membezakan perkara yang baik dan buruk
setelah mencapai mumaiyiz iaitu berumur tujuh tahun. Pada ketika inilah ibu bapa atau
penjaganya patut melatih anak mengerjakan ibadat yang wajib. Apabila anak mencapai
umur baligh, mereka wajib melaksanakan semua suruhan agama dan menjauhkan
segala larangannya. Lingkungan baligh ialah mencapai umur 15 tahun atau kanak-kanak
lelaki sudah bermimpi bersetubuh dan kanak-kanak perempuan pula telah keluar haid
dalam tempoh umur antara 9 hingga 15 tahun. Batasan usia remaja menurut WHO
adalah 12 sampai 24 tahun. Namun jika pada usia remaja seseorang sudah berkahwin,
maka ia tergolong dalam dewasa atau bukan lagi remaja. Sebaliknya, jika usia sudah
bukan lagi remaja tetapi masih tergantung pada orang tua, maka ia dimasukkan ke
dalam kelompok remaja.
Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja.
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 memberi pilihan kepada
anak lelaki berusia 7 tahun dan anak perempuan berusia 9 tahun untuk membuat pilihan
hak jagaan. Manakala nafkah diwajibkan ke atas bapa sehingga anak berumur 18 tahun
atau sehingga ia memperolehi pendapatan sendiri. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan
Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam
lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak
didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak
menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah
remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21
tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan.
Remaja bukan lagi kanak-kanak tetapi pada masa yang sama bukan pula dewasa.
Dengan kata lain, remaja ialah mereka yang sedang mengalami proses pemantapan
fizikal, intelek, rohani dan emosi. Antara ciri-ciri remaja mengikut kajian sosiologi,
mengatakan zaman remaja adalah zaman kacau-bilau yang penuh dengan konflik dan
keadaan hati yang boleh berubah secara tiba-tiba sahaja atau teori storm and stress.
Remaja berkemungkinan bertindak baik pada ketika yang lain. Remaja juga pada suatu
ketika mungkin hendak bersendirian, tetapi beberapa ketika selepas itu dia
berkehendakkan kepada teman-teman dan rakan-rakan.
Remaja selalunya dihubungkan dengan akil baligh, iaitu sudah cukup umur bagi
berkahwin apabila timbul rasa cinta. Merasa diri mampu mengambil tanggungjawab
orang dewasa seperti berkahwin berkerja atau menyertai apa-apa fungsi seorang
dewasa.

4. AKHLAK DAN SYAHSIAH

Akhlak remaja mencerminkan dimana tahap kemajuan pribadi sesuatu umat. Oleh yang
demikian pembentukan akhlak remaja perlu dilandaskan kepada nilai-nilai murni
menurut kacamata Islam. Kesilapan dalam membiarkan remaja memilih sendiri arah
tuju mengikut pandangan mereka sahaja boleh menghancurkan generasi akan datang.
Islam bukanlah agama berbentuk lambang semata-mata tetapi Islam adalah sebagai
satu cara hidup yang telahpun sempurna. Islam didatangkan dengan etika yang mesti
dipatuhi oleh semua golongan. Bagi menyempurnakan akhlak seperti yang dituntut di
dalam agama Islam, Dr Fathi Yakan telah menggariskan beberapa sifat yang perlu ada
pada setiap Muslim dan sudah tentu wajib dimiliki oleh remaja Islam.

4.1 Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara syubhat. Seorang muslim mestilah
menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang haram dan berjaga-jaga daripada
melakukan perkara yang syubhat. Ini berdasarkan sabda Rasul SAW yang bermaksud:
Perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu pun jelas, tetapi di antara
keduanya ada perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang.
Barangsiapa yang menjauhi perkara syubhat bererti beliau telah membersihkan
agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara syubhat
bererti beliau telah jatuh ke dalam perkara yang haram. Samalah keadaannya seperti
seorang pengembala yang akan mengembala ditepi pagar, dikhuatiri kelak beliau akan
mengembala dalam pagar itu, ingatlah, setiap raja itu mempunyai batas sempadannya
dan batas sempadan Allah ialah perkara-perkara yang diharamkannya. Ingatlah dalam
setiap jasad itu ada seketul daging, apabila daging itu baik maka baiklah jasad itu
keseluruhannya, apabila daging itu rosak maka rosaklah jasad itu keseluruhannya.
Ingatlah daging itu ialah hati.
4.2 Menundukkan pandangan: remaja mestilah menutup pandangannya daripada
perkara-perkara yang diharamkan Allah, kerana pandangan itu akan menimbulkan
syahwat dan mendorong seseorang terjatuh ke dalam maksiat dan dosa. Oleh kerana itu
Allah SWT telah berfirman:
Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman hendaklah mereka menahan
pandangan [An-Nur: 30]

Rasul SAW bersabda:


Pandangan itu satu dari panah-panah iblis
4.3 Memelihara lidah: remaja hendaklah memelihara lidahnya daripada perkataan yang
tidak memberi faedah, percakapan yang kotor, kalimah dan ibarat-ibarat yang keji dan
cakap kosong mengumpat dan menghasut. Imam Nawawi mengatakan:
Ketahuilah bahawa setiap mukallaf mestilah memelihara lidahnya daripada semua
perkataan kecuali perkataan yang mengandungi maslahat, apabila sama antara
bercakap dengan diam maka menurut sunnah hendaklah beliau diam, kerana boleh jadi
perkataan yang harus itu mendorong kepada yang haram atau perkara yang makruh
Sabda Rasul SAW berkenaan bahaya lidah:
Siapa yang banyak cakapnya banyaklah salahnya, siapa yang banyak salahnya
banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka neraka adalah paling utama
baginya [Baihaqi]
4.4 Malu: Remaja mestilah bersifat malu dalam semua keadaan, tetapi sifat malunya itu
tidak menghalang beliau daripada memperkatakan kebenaran. Termasuk juga dalam
pengertian malu itu perbuatan tidak campur tangan dalam urusan orang lain, menahan
pandangan, ringan tulang, tidak meninggikan suara, berpada dengan apa yang ada
setelah diusahakan dan banyak lagi sifat-sifat lain. Rasul SAW bersabda:
Iman itu lebih dari tujuh puluh atau lebih dari enam puluh cabang, yang paling afdal
ialah kalimah tiada tuhan melainkan Allah dan paling rendah ialah membuang sesuatu
yang boleh menyakitkan dari jalan dan malu itu satu cabang dari iman
Para ulama mengatakan. Sifat malu pada hakikatnya ialah suatu sifat yang mendorong
seseorang meninggalkan perkara yang buruk dan menghalang beliau daripada
mencuaikan hak orang lain.
4.5 Lemah lembut dan sabar. Sifat yang paling menonjol dan sepatutnya wujud dalam
diri ialah sabar dan lemah lembut kerana amal Islam penuh dengan perkara yang tidak
digemari, perjalanan dakwah dilingkungi dengan berbagai kesukaran, penyiksaan dan
pandang rendah. Kesemua ini merupakan batu penghalang yang sering dihadapi oleh
remaja sehingga semangat mereka akan lemah, seterusnya remaja akan hanyut dengan
arus dunia.
4.6 Pemaaf. Usia remaja adalah masa untuk menguji kesabaran dan mengetahui tahap
keikhlasan diri seseorang, Sebagai makhluk Allah yang lemah seringkali kita gagal dalam
ujian Allah, terutamanya dalam perkara yang tidak digemari oleh seseorang. Pada
perkara yang sepatutnya boleh bertolak ansur maka memberi kemaafan adalah sifat
yang mulia. Firman Allah SWT:
Dan hendaklah mereka memafkan dan berlapang dada, apakah kamu tidak ingin
bahawa Allah mengampunimu [An-Nur: 22]
Memaafkan orang lain juga boleh meningkatkan martabat seseorang, dalam sabda Rasul
SAW:
Mahukah kamu ku beritahukan perkara yang dengannya Allah memuliakan binaan dan
mengangkat darjat ketinggian. Mereka menjawab: bahkan ya Rasulullah. Rasul SAW
bersabda. kamu berlemah lembut terhadap orang yang tidak mengetahui kamu,
memaafkan orang yang menzalimi kamu, memberi kepada orang yang tidak pernah
memberi kepada kamu dan kamu menghubungkan silaturrahim dengan orang yang
memutuskan silaturrahim dengan kami.
4.7 Bersifat benar dan jujur: remaja hendaklah bersifat benar, tidak berdusta,
mengatakan sesuatu yang hak sekalipun terhadap dirinya dengan tidak merasa takut
kepada celaan manusa demi kapatuhan kepada Allah. Sifat dusta adalah sifat yang
paling hina. Memelihara diri dari sifat dusta akan memberikan jiwa suatu ketahanan dan
benteng daripada was-was syaitan sehingga jiwa seseorang akan tetap dalam keadaan
bersih dan tinggi. Sifat dusta akan meruntuhkan jiwa dan membawa kehinaan kepada
peribadi manusia. Maka Islam mengharamkan sifat dusta dan menjadikkannya sebagai
salah satu penyakit. Rasul SAW bersabda:
Sesungguhnya sifat benar itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan itu membawa
ke syurga dan seseorang itu akan terus bersifat benar sehinggalah beliau ditulis disisi
Allah sebagai orang yang bersifat benar. Sesungguhnya dusta itu membawa kepada
kejahatan dan kejahatan itu membawa ke neraka, seseorang itu akan terus berdusta
sehinggalah beliau ditulis disisi Allah sebagai seorang yang berdusta.
4.8 Tawaduk, remaja mestilah bersifat tawaduk, terutamanya di kalangan saudara
seIslam. Tidak ada perbezaan antara kaya dan miskin dan Rasul SAW sentiasa meminta
dijauhkan daripada sifat takbur dan rasa bangga diri. Rasul telah bersabda:
Tidak akan dimasukkan kedalam syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar
zarrah sifat takabbur
4.9 Menjauhi perbuatan sangka buruk, mengumpat, mengejek keburukan orang lain,
semua sifat-sifat ini mesti dijauhi kerana patuh kepada firman Allah yang berbunyi:
Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka buruk,
sesungguhnya sebahagian dari prasangka buruk itu adalah dusta dan janganlah kami
mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat
sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging
saudaranya yang sudah mati, maka tentulah kamu merasa jijik dan bertakwalah kepada
Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang
4.10 Pemurah, remaja mestilah menanam sifat bermurah hati, mengorbankan diri dan
hartanya pada jalan Allah, walaupun belum mempunyai harta namun masa dan tenaga
adalah aset semulajadi yang boleh dikorbankan pada jalan Allah. Cita-cita untuk
memiliki harta tidak salah tetapi mestilah berazam untuk membelanjakan di jalan yang
benar dan tidak bakhil. Diantara perkara yang membawa kebakhilan ialah cara
membelanjakan wang ringgit. Telah banyak kita lihat pangkat dan cita-cita yang tinggi
telah runtuh dan hancur kerana rakuskan kebendaan. Terdapat banyak ayat Al-Quran
yang menyebut permasalahan iman beriringan dengan masalah membelanjakan harta,
antaranya:
Dan apa sahaja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah) maka pahalanya
itu untuk kamu sendiri dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana
mencari keredaan Allah dan apa sahaja harta yang baik yang kamu nafkahkan nescaya
kamu akan diberikan pahalanya dengan cukup dan sedikitpun kami tidak akan diinaya
[Al-Baqarah: 272]
4.11 Menjadi contoh ikutan: remaja mestilah menjadi qudwatun hasanah bagi rakan-
rakan dan masyarakat sekeliling. Segala tindak tanduknya menjadi terjemahan terhadap
semua prinsip-prinsip Islam, dari segi adab tatatertibnya, makannya, minumnya,
pakaiannya, percakapannya dalam keadaan damai dalam masa mengembara dan
bermukim juga seluruh gerak dan diamnya.
Terdapat banyak lagi akhlak atau sifat yang perlu ada disisi remaja Islam, seperti ikhlas,
bertanggungjawab, toleransi, tegas, berhemah, menghargai waktu dan sebagainya.
Semuanya boleh dipupuk secara tidak langsung dalam kehidupan sehari-hari. Tidak
semua akhlak dan sifat sifat mulia boleh dilaksanakan sepanjang masa atau setiap
keadaan. Remaja mesti bijak menyesuaikan diri mengikut situasi dan kehendak. Tidak
sepatutnya remaja berlemah lembut dan sabar terhadap kemungkaran dihadapannya
sedang dirinya pada waktu itu dalam kapasiti berkuasa untuk mengubahnya. Apapun
setiap tindakan mesti didahului dengan fikiran atau kebijaksanaan.
5. PERANAN REMAJA

Setelah mengetahui akhlak yang wajib ada dan disemai setiap masa, maka kita perlu
membina identiti remaja Islam yang sejati. Identiti melambangkan peribadi seseorang
dan perlu ada pada setiap remaja. Namun wajar diingatkan, remaja Islam mestilah
mempunyai identiti sendiri tanpa meniru identiti orang lain. Kalau sekadar identiti
murahan yang dicipta oleh barat maka tiada yang perlu dibanggakan. Identiti barat
masa kini sedang menghadapi kehancuran. Benarlah firman Allah SWT yang berbunyi:
Apakah kamu tidak perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsunya menjadi
Tuhan lalu ia disesatkan oleh Allah. [Al-Jaathiah: 23]
Banyak berlaku kemungkaran di mana-mana di dunia hari ini. Bila sebut remaja barat
orang lebih nampak gaya hidup bebas sehingga merendahkan akhlak mereka.
Perbincangan perlu diadakan dengan kawan-kawan untuk membincangkan isu-isu
sebegini. Jika tidak diadakan, realiti di dalam kehidupan tidak dapat diketengahkan.
Tanya dan belajar untuk mereleasasikan kehidupan. Belajarlah untuk sensitif dan pandai
meletakkan kebenaran pada tempatnya, kadang-kadang sesuatu perkara itu baik tetapi
kerana kurangnya sensitiviti remaja itu maka hilanglah kebaikannya. Lebih teruk lagi
kalau syaitan dan kawan-kawan sealiran mempengaruhi remaja lain. Sebab itu sensitif
patut jadi pakaian remaja. Perasaan dan emosi setiap remaja itu haruslah dikawal
supaya sealiran dengan akal dan jiwa.
Remaja kini haruslah berlumba-lumba untuk belajar agama dan lain-lain ilmu
bermunafaat. Pembacaan, pengkajian dan meneroka bidang-bidang baru mestilah
dilaksanakan. Namun iman tetap dijadikan pakaian. Inilah yang dinamakan remaja
contoh, remaja harapan bangsa. Yang paling penting, remaja Islam hari ini mestilah
mempunyai identiti sendiri dengan mencontohi peribadi Rasul SAW.

6. ANCAMAN REMAJA

Selepas kejatuhan Russia sebagai salah satu kuasa dunia, pihak barat terus mengkaji
kuasa-kuasa lain yang dicurigai mampu menggoyangkan kuasa dan pengaruh mereka.
Memandangkan Islam pernah dicatat sebagai agama yang paling cepat berkembang di
Eropah maka Islam dilihat sebagai satu ancaman. Mereka belajar daripada sejarah dan
kajian orientalis bahawa umat Islam tidak mampu dikalahkan dengan senjata atau
kekerasan.
Umat Islam pernah diserang selama 200 tahun, sehingga pemimpin kristian mengakui
bahawa umat Islam tidak boleh dicabar dengan kakuatan fizikal dan berperang secara
berhadapan. Lalu mereka mencari jalan merancang menyusun strategi baru untuk terus
meranapkan umat Islam. Akhirnya mereka menemui jalan dengan cara serangan
pemikiran iaitu ghuzwatul fikri yang mengakibatkan Islam terpecah kerana menganut
fahaman-fahaman yang pada hakikatnya telah menghancurkan tamadun mereka sendiri.
Pemikiran-pemikiran atau isme-isme seperti Sekularisme, Nasionalisme, Pragmatisme,
Rasionalisme dan sebagainya telah berjaya memecahkan kesatuan umat Islam hingga
negara-negara umat Islam dibahagikan oleh pihak kafirin sesama mereka seperti
Malaysia kepada Britain, Indonesia kepada Belanda, Mesir kepada Perancis, Libya
kepada Italy dan sebagainya. Selain daripada itu pemikiran anak muda diracun dengan
budaya hedonism atau budaya berhibur yang keterlaluan dan melalaikan.
Dr. Samuel Zwimmer dalam Muktamar Kaherah pada tahun 1909 berkata: Sebenarnya
tidak penting untuk kita mengkristiankan umat Islam. Sekiranya umat Islam masuk
kristian, ia adalah satu rahmat, hidayah dan kemuliaaan bagi mereka. Yang paling
penting, kamu hendaklah menjauhkan mereka daripada Allah supaya mereka menjadi
manusia yang tiada hubungan langsung dengan akhlak sebagaimana akhlak itu teras
utama dalam kehidupan masyarakat di dunia. Kesimpulannya, tidak mengapa bagi umat
Islam tidak duduk didalam kristian asalkan ia jangan duduk di dalam Islam.
Sebagaimana kita lihat berjayanya mereka menghindukan Hartina kamaruddin dan
beberapa orang lagi yang sepertinya. Atau melahirkan orang-orang yang berfahaman
free thinker atau komunis atau sekkular atau sebagainya. Oleh itu apa-apa jua
kepercayaan sekalipun apa yang mereka anuti tidak mengapa asalkan ia tidak ada kena
mengena dengan Islam.
Manakala puak Yahudi yang kini mendominasi ekonomi eropah dan politik barat turut
mengambil kesempatan menyerang Islam dari sudut kerapuhan dan pengabaian umat
Islam terhadap remaja. 2 daripada 24 protokol Yahudi diterjemahkan. Salah satunya
protokol kesembilan menyatakan:
Yahudi akan mendirikan kerajaan diktator dengan membuat dan melaksanakan undang-
undang yang tegas, iaitu undang-undang yang akan membunuh tanpa pengampunan.
Yahudi akan merosakkan moral pemuda-pemuda bukan Yahudi dengan menanamkan
teori-teori palsu dan ilmu-ilmu yang batil.
Dan protokol ketiga belas:
Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses
keruntuhan, maka bangsa Yahudi hendaklah menghapuskan golongan korporat dari
bukan bangsa Yahudi di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek
mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan lain di kalangan bangsa bukan Yahudi
kerana semua ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalih perhatian orang
bukan Yahudi daripada memikirkan persoalan politik, maka agen Yahudi hendaklah
membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga, pesta-pesta,
pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi.

PENUTUP

Nilai kepekaan dan sensitiviti seseorang remaja itu berbeza antara satu sama lain.
Seseorang mungkin melihat sesuatu dengan perasaan sahaja. Ada juga yang menilai
sesuatu mengikut akal. Namun begitu, bagaimana pula kalau remaja melihat melalui
jiwa pula?. Tetapi yang terpenting ialah kesepaduannya. Kesepaduan diantara perasaan,
akal dan jiwa akan dapat melahirkan remaja yang mampu melihat dan menafsirkan
keadaan sekeliling. Oleh itu remaja hari ini perlulah peka terhadap alam sekeliling dan
rentaknya. Kepekaan yang kurang ditambah dengan akhlak yang rendah akan
memudahkan remaja terpengaruh dengan unsur bukan Islamik. Rasul SAW ada
bersabda yang bermaksud
Siapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia digolongkan sebagai kaum itu.
Orang Yahudi dan musuh-musuh Islam tidak pernah diam menjahanamkan remaja
Islam. Mereka sentiasa menunggu masa untuk menghancurkan remaja Islam. Mulai
dengan menjauhkan remaja dari sifat dan akhlak yang baik kemudian melalaikan
mereka dengan perkara yang sia-sia akhirnya Islam pada diri kita hanya tinggal nama.
Jadi, seorang remaja Islam perlu tahu strategi musuh. Berpegang teguh dengan akhlak
dan sahsiah terpuji. Maka Allah SWT akan selamatkan umat Islam dari generasi ke
generasi.

Rujukan

Abdullah Nasih Ulwan, Daur Syabab Fi Hamli Risalatul Islam. Darus Salam
Fathi Yakan, Maza Yakni Intima lil Islam.
Said Hawa, Thaqafatan wa Akhlakan Jundullah
Modul Pembangunan Remaja, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

PS:

oleh sebab ini first time, content agak heavy dan kertas kerja agak padat, kalau deorang
takleh faham pun satu hari nanti mereka akan faham. InsyaAllah

Anda mungkin juga menyukai