Anda di halaman 1dari 3

Tugasan 2 (24 Mac 2021)

Cari satu cerpen kanak-kanak atau remaja dan buat kritikan terhadap cepen
tersebut.

Gaya bahasa

Para pengkritik, sebagaimana yang dijelaskan oleh Mohd. Yusof Hussain


(1965:13), bersetuju bahawa gaya bahasa dalam novel ini umumnya memang
mudah difahami, tetapi ada kalanya sedikit keinggerisan. Bagaimanapun, dialog-
dialognya natural sekali dan sesuai dengan bahasa pertuturan yang terdapat sehari-
hari dan sepadan dengan taraf dan keadaan masing-masing pelaku. Pengarang juga
menggunakan ungkapan-ungkapan dan kiasan-kiasan yang baru dan asli serta kaya
dengan penggunaan bahasa kedaerahan.

Penggunaan bahasa

Penggunaan bahasa yang "sesuai dengan pertuturan yang terdapat sehari-


hari" ini sangat sesuai dan bererti dalam kajian analisis wacana dalam tesis ini yang
cuba melihat bahasa dari segi penggunaa nnya yang sebenar, bukan bahasa reka-
rekaan, seperti yang dinyatakan oleh Stubbs:

“…discourse analysis is also concerned with language in use in social contexts, and
in particular with interaction or dialogue between speakers.” (1983:1)

Perwatakan

Dari sudut perwatakan, di antara kira-kira dua puluh orang watak dalam
Salina, watak-watak yang besar ialah 'Siti Salina' sendiri, Abdul Fakar, Zarina',
Nahidah', 'Sunarto', 'Hilmy', 'Razman' dan "Haji Karman'. 'Siti Salina', 'Sunarto',
Himy', Haji Karman' dan 'Razman' mewakili aspek-aspek yang positif; "Abdul Fakar
dan 2arina' aspek-aspek negatif. Pada keseluruhannya, watak-watakini hidup, tetapi
gambaran mereka tidak begitu terang, padat dan penuh. Bagaimanapun, pengarang
dapat menggambarkan watak-watak secara natural, realistik dan menarik sekali."

Latar masyarakat

Faktor sosial dan psikologi diberi peranan tama untuk membentuk 'Siti Salina'
sedemikian rupa. Selain dari kematian keluarga dan kenodaan kegadisan, yang
semuanya berpunca dari kekejaman perang ala nada "Bunga Popi", faktor psikologi
lain juga membuka peluang untuk menjerum uskan dirinya ke dalam lembah terkutuk
itu. 'Siti Salina' sedikit pendidikan agamanya, sebagaimana disebut oleh pengarang
secara sambil lalu, Siti Salina sebenamya buta agama. Tidak ada sinar agama
sepalit pun untuknya dijadikan obor dalam situasi yang gelap dan sesat itu. Akibat
kekosongan iman ini 'Siti Salina' mudah menjadi pelacur"

Teknik plot

Kajian Mohd. Yusof Hassan (1986) pula melihat tentang kompleksiti konflik isi
dalam novel Salina. Novel ini memperliha tkan isi yang kompleks dari bab ke bab,
iaitu kumpulan interaksi-interaksi di antara para wataknya. Dalam interaksi atau
perhubungan itulah tercetus pokok-pokok persoalan novel tersebut. Bagi tiap-tiap
bab, pengarang berkecen derungan untuk mengemukakan dua orang watak
berinteraksi untuk menimbulkan berbagai-bagai persoalan. Dalam 34 bab novel ini
terdapat interaksi-interaksi di antara lebih kurang sepuluh orang wataknya." Satu lagi
ciri penting yang membawa kejayaan kepada novel Salina ialah pengolahan
ceritanya yang penuh dengan teknik dan komplot. Pengarang menggunakan
berbagai-bagai teknik yang menarik dan mengadakan berbagai bagai komplot di
kalangan para wataknya. Antaranya, termasuklah teknik gambaran, teknik
bayangan, teknik konfik, teknik simbol psikologi, teknik ironi dramatik dan
sebagainya. Tekn ik-teknik inilah yang memberikan kekuatan dan kemantapan
kepada karyanya. Selain daripada teknik-teknik dalam plot itu terdapat banyak pula
komplot-komplot yang bermusuhan-musuhan di antara watak-wataknya. Dalam
novel ini, watak-wataknya berkomplot seperti '"Abdul Fakar, Zarina' dan 'Cik Salim'
ditentang oleh komplot 'Sunarto, Nahidah Mansor dan "Hilmy' yang melibatkan
komplot orang-orang baik seperti "Haji Kaman, 'Razman' dan Khatijah'; disaksikan
oleh komplot 'Belwant Singh' dan 'Kurupaya Samy.

Anda mungkin juga menyukai