Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN (18 APRIL 2021)

Bincangkan soalan-soalan berikut:

1. Jelaskan proses kognitif yang terlibat dalam ingatan jangka masa pendek dan
ingatan jangka masa panjang.

Ingatan Jangka Masa Pendek Ingatan Jangka Masa Panjang


 Kapasiti kecil  Kapasiti besar
 Tempoh simpanan maklumat:  Tempoh simpanan
singkat (10-20 saat) maklumat: lama (minit
 Maklumat diproses, ditapis hingga tahun)
diproses atau disintesis untuk  Segala pengalaman kita
dihantar ke stor ingatan jangka sejak lahir disimpan dalam
panjang. ingatan jangka panjang.
 Satu cara untuk simpanan
baru: ulang sebut berkali-kali

2. Bincangkan bagaimana mengatasi masalah lupaan berlaku dan bagaimana


ingatan boleh ditingkatkan.

 Memeringkatkan kaedah pembelajaran melalui interaksi guru murid dua


hala, pelajar bebas bertanya dan mengeluarkan pendapat serta
merancang aktiviti pembelajaran menarik dan berkesan.
 Menyusun jadual waktu di mana subjek yang susah seperti matematik,
kimia dan fizik di sebelah pagi, manakala subjek seperti seni di sebelah
tengah hari atau petang.
 Menggunakan kaedah mnemonik dan singkatan. Ia digunakan bagi
mengingat jenis memori dalam ingatan jangka panjang.
 Guru haruslah menggunakan bahan pengajaran yang bermakna. Di
mana guru menekankan kepada isi-isi pengajaran yang sangat penting.
 Guru menggunakan bahan bantu mengajar secara visual. Guru perlu
menggunakan banyak alat bantuan pengajaran visual.
3. Bincangkan sejauh mana penggunaan bahan bantu mengajar multimedia guru
dapat meningkatkan tahap pencapaian murid dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.

 Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran


 Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif
 Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
 Meningkatkan kemahiran guru dan murid
 Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang
pelbagai keupayaan

4. Jelaskan mengapa Teori pelbagai kecerdasan penting dalam pengajaran dan


pembelajaran bilik darjah.

 Seseorang guru itu dapat melihat potensi yang ada pada murid itu
sendiri. Ini kerana kecerdasan pelbagai ini bertindak sebagai petunjuk
kepada potensi murid. Apabila guru dapat mengenalpasti potensi yang
ada pada murid itu, maka ia dapat membantu guru untuk
memperkembangkan lagi potensi yang ada pada murid.
 Membolehkan guru memberi tunjuk ajar sepenuhnya tentang kekuatan
dan kelemahan yang ada pada murid. Dengan itu murid dapat
mengukuhkan lagi kekuatan mereka dan dapat memperbaiki kelemahan
yang ada pada diri mereka.
 Guru dapat membangunkan bukan sahaja kesemua bidang akademik
malah membangunkan ko-kurikulum pelajar. Ini kerana,sebagaimana
yang kita tahu, kecerdasan pelbagai bukan sahaja tertumpu kepada
bidang akademik tetapi juga mencangkumi bidang ko-kurikulum seperti
kecerdasan kinestetik,kecerdasan muzik dan beberapa kecerdasan lain.

Anda mungkin juga menyukai