Anda di halaman 1dari 13

Tugasan 1 (7 April 2021)

1. Skrip drama (PENDEKATAN PENULISAN SKRIP)

i. Pengenalan Genre Drama


 Secara asasnya kecenderungan khalayak untuk
menonton dan mendengar rancangan-rancangan jenis
drama adalah tinggi berbanding dengan rancangan jenis
lain kecuali rancangan-rancangan jenis hiburan dan
sukan.Mempunyai daya tarikan semulajadi yang terdapat
dalam semua budaya– dapat melihat diri sendiri,
merasakan perasaan sendiri dan menjadi sebahagian
daripada yang digambarkanKonsep drama sangat
berkait dengan konsep kehidupan manusia

ii. Bentuk penceritaan drama di radio, televisyen dan filem


 MediaGenre dramaBentuk penceritaan Radio
Berdasarkan genre:
 Drama tunggal pendek (30 minit dan kurang)
 Drama tunggal panjang (lebih 30 minit – 60 minit)
 Drama bersiri (10 minit ke 30 minit)
 Drama berantai (10 minit ke 30 minit)
 Televisyen Drama tunggal pendek (30minit)
 Drama tunggal panjang (lebih 30 minit sehingga 90
ke 120 minit)
 Drama bersiri (15-60 minit)
 Drama berantai (minit)
 FilemDrama tunggal (60 ke 180 minit)
2. Latar

Latar teater digunakan sebagai tempat untuk produksi


pementasan teater. Latar yang dipasang tersedia untuk persembahan
boleh sahaja seringkas seberapa barangan kecil sampailah sejauh
pembinaan semula suatu persekitaran yang rumit tidak kira besar
kecil - sama ada ia dibuat khas atau merupakan barang asli - asalkan
bersesuaian untuk kegunaan teater.Peloporan pementasan drama
pada zaman William Shakespeare menampakkan latar belakang
yang dilukis atau alat teater sesekali menjadi bukti, tetapi
persembahan dilangsungkan sendiri dikarang agar tidak bergantung
pada barang seperti itu untuk menyampaikan dirinya kepada
penonton. Namun, ini bermaksud bahawa pereka set hari ini harus
lebih berhati-hati, sehingga dapat menyampaikan suasana tanpa
mengaburi pelakon tar pentas.

3. Prop 

Set dan prop Ruang lakon atau pentas merupakan tempat untuk
menjalankan aktiviti pementasan drama. Ruang pentas merupakan
binaan yang agak tinggi daripada tempat duduk audiens agar segala
lakonan dan perlakuan pelakon dapat dilihat secara jelas melalui
tempat duduk audiens. Faktor ini adalah penting supaya audiens
dapat memahami jalan cerita yang ingin disampaikan serta menjaga
mood penonton. Oleh itu, set dan prop mempunyai fungsi yang
sangat besar iaitu bukan sekadar menghiasi ruang pentas tersebut
malah membantu sesebuah drama menjadi lebih efisien dan menarik.
Set dan prop merupakan alatan yang boleh dan mudah diangkat atau
digunakan oleh pelakon. Kebiasannya alatan tersebut merupakan
alatan tanganyang ringan dan senang dibawa. Sesebuah pentas
tidak lengkap tanpa peralatan-peralatan lain yang dapat membantu
mengukuhkan lagi sesebuah pementasan drama. Set dan prop
digunakan untuk menggambarkan situasi sebenar sesuatu peristiwa.
Dalam konteks pementasan drama kanak-kanak, set dan prop yang
digunakan perlulah sesuai dan berkait rapat dengan kehidupan
kanak-kanak. Set dan prop dapat membantu audiens terutamanya
kanak-kanak dalam memahami cerita dan mesej yang ingin
disampaikan. Oleh itu, perisapan set dan prop perlu dilakukan
terlebih dahulu sebelum aktiviti pementasan drama berlangsung.
Pengenal paastian alatan yang bakal disusun diruangan pentas
lakonan serta fungsinya dalam aktiviti drama perlu diketahui oleh
penganjur. Pemiihan alatan untuk dijadikan set dan prop mestilah
alatan yang paling hampir dalam mengambarkan sesuatu perkara
serta menarik. Sebagai contoh, setdan prop yang digunakan untuk
mewakili pokok-pokok di hutan boleh dilakukan dengan
menggunakan pokok tiruan ataupun menghasilkannya dengan daya
kreativiti sendiri seperti menggunakan kad manila yang diwarnakan
dengan warna hijau sebagai daun dan warna coklat sebagai batang
pokok. Setelah pemilihan set dan prop dilakukan, langkah-langkah
penyusunannya perlu dilaksanakan supaya aktiviti pementasan
drama dapat berlangsung dengan baik. Perkara tersebut supaya set
dan prop tidak menghalang ruang pentas untuk aktiviti berlakon.
Audiens juga dapat melihat secara jelas dari tempat duduk mereka.
Perkara yang paling penting adalah untuk menghindarkan
kemalangan daripada berlaku semasa aktiviti rehearsal ataupun
pementasan sebanar drama berlangsung.
4. Kostum

Dalam kombinasi dengan aspek lain, kostum teater dapat


membantu para pelakon menggambarkan usia watak, peranan
jantina, profesi, kelas sosial, keperibadian, dan juga maklumat
mengenai era sejarah, lokasi geografi dan waktu, serta musim atau
cuaca persembahan teater. Selalunya, kostum teater bergaya boleh
membesar-besarkan beberapa aspek watak; sebagai contoh
Harlequin dan Pantaloon secara tradisional commedia dell'arte.

Biasanya, dalam kostum, ketepatan sejarah digabungkan dengan


visi tertentu. Perwatakan yang digayakan oleh pelanggan juga
merupakan aspek penting, dan sering kali sikap watak tersebut tidak
sesuai dengan jangka waktu. Contohnya, mereka mungkin lebih
terang dan berwarna, atau mungkin lebih kusam. Filem atau produksi
panggung yang menekankan penggunaan pakaian dan tetapan yang
betul untuk jangka masa tertentu disebut a drama kostum.
Pakaian pentas sering mengikut fesyen yang berkembang tetapi
dengan cara yang lebih mewah.[penjelasan diperlukan] Pakaian yang
dipakai oleh pelakon popular sering kali dapat mencetuskan fesyen
baru dengan sendirinya, kerana peminat persembahan ingin
kelihatan seperti idola mereka.

5. Teknik bunyi dan lampu

i. Fungsi Pencahayaan Pentas


Keindahan dalam pementasan hanyalah satu elemen kecil dan
bukan satu keutamaan dasar. Namun begitu pencahayaan
dalam pementasan tarian mestilah dibuat secara teratur dan
sistematik. Pencahayaan tersebut tidak boleh dibuat sesuka
hati dan sekadar untuk mencantikkan pentas dan persembahan
sahaja. Pencahayaan tarian mempunyai fungsi dan tatacara
tertentu yang perlu difahami dan dipatuhi. Terdapat enam
fungsi pencahayaan dalam pementasan; kejelasan, mood,
komposisi, focus, kesatuan dan kredibiliti.

ii. Kejelasan (Visibility)

Kejelasan bermaksud kemampuan melihat secara jelas apa


yang berlaku di atas pentas. Namun itu bukan bermakna setiap
sudut pentas atau penari itu mesti disinari oleh cahaya
sepanjang masa. Memadai hanya menyinari sebahagian ruang
atau penari sahaja mengikut keperluan skrip dan sutradara.
Kejelasan tertakluk juga dan bergantung kepada tahap
ilmunisasi yang digunakan. Ini bergantung kepada kehendak
skrip dan mood yang diperlukan. Dalam persembahan tarian,
cahaya yang digunakan itu mestilah mampu menerangkan
susuk tubuh dan gerak penari mengikut keperluan dan
kesesuaian naskah. Hanya ruang yang digunakan untuk
bergerak sahaja yang harus diterangi, sementara ruang lain
boleh sahaja disuramkan atau digelapkan.
iii. Mood dan Komposisi

Mood merujuk kepada kesan emosi hasil stimulasi olek kualiti,


warna dan komposisi pencahayaan yang digunakan.
Sementara komposisi pula adalah gubahan gambaran
persembahan yang diciptakan oleh pencahayaan hasil
gabungan bersama dengan penari, set, prop, kostum dan rias.
Pemilihan warna cahaya itu bergantung kepada keperluan dan
mood persembahan tarian itu sendiri. Yang penting ialah
bagaimana komposisi cahaya itu dihasilkan menentukan corak
penghasilan persembahan tersebut.

iv. Fokus

Fokus dapatlah dimaksudkan sebagai kemampuan


pencahayaan yang dipancarkan untuk menarik perhatian
penonton terhadap apa yang ingin ditonjolkan oleh penari. Ia
boleh dilakukan dengan memberikan mood dan gabungan
komposisi warna yang sesuai pada ruang atau penari yang
mahu difokuskan.

v. Kredibiliti

Kredibiliti melibatkan kemampuan pencahayaan mewujudkan


kepercayaan sementara penonton terhadap situasi yang
dipaparkan di atas pentas. Ini bukan bermakna situasi dramatik
tersebut mesti dihasilkan secara realistik. Contohnya, skrip
memerlukan latar suasana yang gelap gelita di dalam bilik,
maka di atas pentas tidaklah boleh digelapkan sahaja ruang
persembahan sebagai memenuhi kehendak skrip. Perlu
dipancarkan kualiti cahaya yang sesuai agar penonton dapat
melihat aksi yang terhasil atau apa jua yang perlu dilihat
penonton. Ini berbalik semula kepada fungsi visibiliti tadi.

vi. Kesatuan

Kesatuan melibatkan kemampuan pencahayaan


menggabungjalinkan stail, warna dan lain-lain elemen dalam
produksi; set, prop, kostum dan rias. Sistem penggubahan
pencahayaan seperti yang telah sedia maklum akan hanya
boleh dilaksanakan apabila semua elemen lain seperti yang
dinyatakan sebelum ini telah berjaya disatukan dan disiapkan.
Semua fungsi yang dinyatakan itu memberikan kesan yang
besar kepada pementasan sama ada ia dirancang ataupun
tidak. Walau bagaimanapun, fungsi-fungsi ini digunakan
termasuklah kuantiti pencahayaan, sudut arahan, pergerakan,
warna dan kuantiti pencahayaan. Kuantiti tersebut sebagai
intensiti yang menjelaskan tentang tahap kuantiti cahaya yang
digunakan. Kuantiti cahaya yang digunakan bakal
menghasilkan kuantiti terang atau suram sesuatu objek yang
dipancarkan cahaya ke arahnya. Ini boleh terhasil bergantung
kepada jenis lampu yang digunakan, susun letak lampu, media
warna yang digunakan atau lain-lain aksesori yang dipakai
bersamanya.
Sudut Arah
Sudut arah atau direction merujuk kepada sudut di mana
pencahayaan itu dipancarkan di atas pentas. Susun letak lampu
baik di hadapan, sisi, bawah, atas atau belakang penari
memberikan kesan yang berbeza. Kedudukan ini bakal
menentukan atau mengubah bentuk tiga dimensi penari atau objek
tersebut.

Pergerakan
Pergerakan melibatkan apa jua perubahan cahaya bagi
menggambarkan pergerakan suasana dalam pementasan seperti
terang dan gelap, perubahan waktu dan sebagainya. Sebarang
perubahan cahaya akan menimbulkan keadaan suasana yang
memberikan kesan kepada penonton.

Warna
Penggunaan warna memberikan kesan yang besar kepada mood
persembahan. Penggunaan warna memberikan interpretasi
berbeza terhadap mood dan situasi yang digambarkan.
Contohnya, warna biru yang melambangkan kesayuan, mimpi dan
sebagainya.

Tekstur
Ia melibatkan variasi kualiti cahaya yang digunakan. Iluminasi
boleh sahaja bersifat lembut atau terfokus kepada keperluan
persembahan. Penghasilan tekstur cahaya melibatkan
pengawalan kuantiti pencahayaan yang digunakan. Ini boleh
terhasil dengan penggunaan penapis atau filter dan jenis lampu.

Pencahayaan amat penting untuk memberi gambaran situasi


daripada masa kini ke masa silam, menyinari gerak penari dan
mempertajamkan ekspresi gerak dan tubuh penari, menambahkan
mood dan atmosfera kepada sesuatu persembahan iaitu dengan
permainan warna dalam pencahayaan pentas. Sebagai contoh warna
terang menggambarkan keceriaan dan keseronokan, warna sejuk
menggambarkan sesuatu perasaan dan keadaan kemurungan. Low
lighting yang memberikan efek bayang-bayang mungkin
menggambarkan keadaan misteri dan seram. Selain itu,
pencahayaan dapat mencipta komposisi dengan menunjukan
pandangan mata penonton kepada elemen-elemen yang penting iaitu
dengan penggunaan teknik pencahayaan fokus. Pencahayaan juga
dapat mencipta dimensi terhadap objek di atas pentas. Objek yang
berbentuk tiga dimensi akan kelihatan rata jika lampu dipancarkan
kepada satu arah sahaja. Namun begitu, bentuknya akan kelihatan
jika memancarkan pencahayaan dipelbagai sudut dengan
memanipulasi permainan sudut seperti backlight, downlight, frontlight
dan crossing light. Pencahayaan juga mampu menonjolkan sesebuah
stail dalam pementasan. Pencahayaan juga mampu memperjelaskan
perkembangan aksi dramatik dalam sesebuah persembahan dengan
menonjolkan mood perasaan dan juga perubahan mood yang berlaku
bagi setiap adegan contohnya perubahan daripada perasaan ceria
kepada rasa marah.
Jenis-jenis Intrumentasi Lampu
Terdapat pelbagai jenis lampu yang sering digunakan seperti
lampu Par Can, Fresnel, Ellipsoidal dan Spot. Setiap lampu tersebut
mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Lampu Par
Can yang dicipta oleh Clarence Birdseye, pelopor makanan
sejukbeku, adalah lampu yang paling praktikal dan banyak digunakan
kerana ketahanan dan kelasakannya. Lampu ini boleh digunakan
untuk kegunaan dalam dewan dan juga luar dewan. Ia ada banyak
jenis dan saiz namun Par-64 8 inci yang juga dikenali sebagai `Par
can’ berkapasiti 1000Watt merupakan yang paling kerap digunakan
oleh kebanyakan penggiat teater Kelemahannya ialah cahaya
lampunya berserak (spread) dan kemampuan fokusnya juga agak
terhad. Tetingkap (barn door) di gunakan untuk mengawal serakan
cahaya yang terhasil melalui lampu Par ini. Ia juga sesuai digunakan
sebagai lampu belakang pentas seperti Fresnel namun agak sukar
untuk menggabungkan lampu Par dengan lampu-lampu lain yang
bukan sejenis dengannya.

1. Soket lampu
2. Kekunci belakang untuk membuka lampu
3. Yoke
4. .Kabel wayar (Three-wire)
5. Lampu par-64 1000 watt
6. Pengadang cahaya
7. Pemegang bingkai pewarna (color-frame).

Lampu fresnel yang juga disebut `Fra-nel’ yang dicipta oleh


Augustin-Jean Fresnel, menghasilkan cahaya lembut dan luas kerana
lensa plano-convexnya yang unik. Lampu ini biasanya digunakan
untuk menerangkan kawasan yang agak luas dan diletakkan sama
ada di bahagian belakang pentas atau di kawasan hadapan pentas.
Lampu ini juga mempunyai focus yang dikenali sebagai flood focus;
serakan pencahayaan yang luas dan spot focus: serakan
pencahayaan yang paling kecil.

Fresnel Spotlight
1. Penyambung twist-lock
2. Wayar penebat getah
3. Pembias Cembung
4. Lubang pengalir udara
5. Yoke
6. Mentol pra-fokus Quartz
7. Lensa
8. Pemegang bingkai berwarna
9-11.Pemfokus mentol

Sementara itu lampu ellipsoidal reflector spotlight (ERS) yang juga


dikenali sebagai lekos, Kleiglight atau cannon mempunyai laras fokus
yang boleh digunakan untuk memfokuskan cahaya mengikut
kesesuaian. Di hujung lampu ini juga terdapat slot gobo untuk
membuat kesan khas. Lampu ini sering digunakan sebagai lampu
hadapan (front) dan mempunyai variasi fokus sinaran menggunakan
shutters, iris dan gobo.

Ellipsoidal Reflector Spotlight


1. Pemegang lampu
2. Mentol berprestasi tinggi
3. pembias ellipsoidal bersalut besi atau kaca
4. aperature
5. shutter atas mengawal bentuk sinaran di bahagian bawah
6. slot gobo
7. lensa plano-convex
8 & 9. pemegang bingkai berwarna
10. Pengawal focus lampu
11. pengunci
12. pemegang rotasi
13. Shutter bawah
14. pengawal fokus cahaya

Tinggi atau rendahnya nada ( Pitch ) dan lingkungan ( Range ).Pitch


adalah bagaimana tinggi atau rendah bunyi suara. Manakala range
pula adalah ukuran jarak dalam nota antara pitch paling rendah dan
paling tinggi.

Infleksi
Infleksi adalah naik dan turunnya pitch pada suara

Kekuatan ( Intensity )
Kekuatan memasukkan emosi di dalam menggabungkan kualiti
percakapan dengan kelakuan.

Kadar atau Tempo


Kelajuan dengan satu percakapan

Tekanan Suara
Tekanan suara merujuk kepada jumlah tekanan, kekuatan atau berat
vokal menempatkan sesetengah kata atau perkataan di dalam ayat.

Pause ( berhenti seketika )


Permulaan penangguhan pada suara atau keraguan dalam
percakapan.

Irama ( rhythm )
Perubahan dalam senyap, bunyi, kekuatan dan kelemahan dalam
percakapan

Anda mungkin juga menyukai