Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan

 Viktor Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif


 Penyataan ini dibuktikan dengan hakikat sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar
meneroka & penuh dengan perasaan ingin tahu. Kanak-kanak dilahirkan dengan
mempunyai sifat yang dinamik & berkembang mengikut fitrah semula jadi dalam proses
tumbesaran mereka
 Kebolehan dan minat kanak-kanak dapat dilihat sejak kecil lagi dengan melalui hasil
karya seni visual terutamanya lukisan atau contengan yang berfungsi sebagai alat
komunikasi serta refleksi pemikiran.

Teori Perkembangan Lukisan Kanak-kanak Viktor Lowenfeld

 Viktor Lowenfeld (1982), telah memperkenalkan teori perkembangan lukisan


kanak-kanak yang mengikuti peringkat-peringkat perkembagan fizikal, mental,
sosial, intelek & estetik kanak-kanak
 Teori perkembangan lukisan kanak-kanak merangkumi peringkat umur dari 2
hingga 17 & terbahagi kepada 6 tahap utama iaitu:

1. peringkat contengan (2-4 tahun)


- terbahagi kepada 3 tahap iaitu:
a) contengan tanpa kawalan
b) contengan terkawal
c) contengan bermakna.

2. Peringkat pra-skematik (4-7 tahun)


- Berlaku peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan

3. Peringkat skematik (7-9 tahun)


- Peringkat skematik diambil dari perkataan skema yang bermaksud
sebagai suatu konsep dan ianya diulang-ulang
4. Peringkat awal realism (9-12 tahun)
- Kanak-kanak mula menyedari tentang diri sebagai seorang ahli rakan
sebaya dan masyarakat

5. Peringkat penaakulan (12-14 tahun)


- Kanak-kanak pada tahap ini didapati mula peka dengan konsep realistic
dalam menghasilkan lukisan

6. Peringkat remaja (14-17 tahun)


- Remaja telah mula membuat kritikan diri, idealistik & menyedari bahawa
peranannya dalam masyarakat.

 Pada setiap peringkat, kanak-kanak mempunyai keperluandan keinginan asas


dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intelek dan estetik.
 Pengetahuan serta bakat yang bersifat pasif yang termendung dalam diri dapat
diaktifkan dengan cara-cara yang bekaitan dengan peringkat perkembangan
yang tertentu.
 Aksi kanak-kanak, objek yang berbentuk konkrit serta tajuk yang sesuai akan
menggalakan perkembangan lukisan serta pengutaraan tampak kanak-kanak.
 Perkembangan lukisan kanak-kanak akan dipengaruhi oleh faktor luaran seperti
latar belakang keluarga, persekitaran, sosiobudaya,tempat tinggal, sekolah &
rakan sebaya.

Anda mungkin juga menyukai