Anda di halaman 1dari 4

Unit 1 : Teori Kreativiti dan Pemikiran Kreatif

1. Kreativiti dan pemikiran kreatif kanak-kanak adalah dalam aktiviti seni


visual dan seni
persembahan yang dikenalpasti melalui sikap, motivasi, kemampuan dan
kemahiran.

2. Kreativiti kanak-kanak bermula dengan berimaginasi, mengeluarkan idea,
menerokai dan
membuat keputusan.

3. Menurut Kamus Dewan (2010) kreativiti sebagai kemampuan (kebolehan)
mencipta, daya kreatif
dan kekreatifan. Manakala kreatif pula bermaksud mempunyai kebolehan
mencipta,
menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.

4. May (1975) : kreativiti sebagai proses membawa sesuatu yang baru ke dalamnya.

5. Torrance (1970) : Kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan.

6. Schirmacher (1998) : Perkembangan kreativiti kanak-kanak terbahagi kepada
dua iaitu ;
a) menerusi aktiviti seni
b) aktiviti harian mengikut umur.

7. Aktiviti seni dan aktiviti harian yang kreatif kanak-kanak.
2-3 tahun : menconteng, melukis, menyanyi dan bermain.
4-5 tahun : melukis, mewarna, menyanyi, menari dan permainan kata-kata.
6-7 tahun : drama, memasak dan aktiviti lain yang berinteraksi
8-9 tahun : bercerita, permainan dan pakaian beragam.
10-11 tahun : visualisasi, numerasi dan literasi
12-13 tahun : mendapat informasi, mengenali mesin dan penulisan kreatif

8. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kebolehan kanak-kanak
untuk mencerna,
berimaginasi, menghasilkan idea dan mempelbagaikan idea.

9. Pemikiran kreatif dapat merangsang kanak-kanak untuk menghasilkan idea baru
dalam aktiviti
seni. Membantu kanak-kanak berfikir, menghasilkan karya seni yang unik dan
mencungkil bakat.

10. Empat ciri pemikiran kreatif :
a) imaginatif
b) keberanian
c) perkembangan idea
d) merekacipta

11. Teori-teori berkaitan kreativiti :
a) Teori dua belahan otak - Hemisfera otak mempengaruhi cara berfikir. Otak
kanan merupakan
bahagian otak yang melihat sesuatu secara menyeluruh. Otak kanan lebih
fokus kepada
imaginasi dan kreativiti seseorang kanak-kanak.Otak kiri fokus pada urutan,
kemahiran
analisis dan pemikiran logik untuk aktiviti membuat eksperimen dan numerasi.

b) Teori Six Thinking Hats (Edward de Bono) - Emosi sangat penting dalam
proses berfikir.
Seseorang yang kreatif perlu pandai mengurus emosi. Enam warna menjadi
pemikiran untuk
memakai topi ketika berdepan dengan situasi tertentu. Topi putih - mendapat
informasi yang
meliputi fakta, figura dan maklumat. Topi merah - menghadapi situasi
perasaan yang meliputi
luahan mood dan emosi. Topi hitam - semasa membuat penilaian negatif
pada kesalahan dan
halangan. Topi kuning - semasa membuat penilaian positif. Topi hijau -
semasa situasi yang
berkaitan dengan kreativiti. Topi biru - semasa situasi metakognitif yang
berkaitan aspek
seseorang yang berfikir.

c) Teori Kreativiti Paul Torrence - 7 perkara dalam proses
mencungkil kreativiti iaitu :
i) Penyoalan : Stimulasi minda kanak-kanak.
ii) Penemuan : Galakan dan rangsangan kepada kanak-kanak.
iii) Pemerhatian : Menggunakan pancaindera.
iv) Percubaan : Eksperimen dan usaha untuk terbaik.
v) Penerokaan : Galakan untuk eksplorasi pelbagai bahan di sekeliling.
vi) Memanipulasi : Menggunakan bahan atau situasi di sekeliling.
vii) Aktiviti : Mencungkil aktiviti
(4PMA)

d) Teori Multiple Creative Talent (Calvin W Taylor) - Bukan semua individu
mempunyai bakat
yang sama. Pengembangan bakat kanak-kanak berkait rapat dengan cara
guru merangsang
pemikiran mereka. Taylor mengkategorikan kreativiti kepada lima sifat iaitu :
i) Kreativiti bersifat ekspresif (Bebas. Bimbingan untuk meluahkan idea
mengikut
kemampuan kanak-kanak dalam menghasilkan karya.)
ii) Kreativiti bersifat penghasilan (Kecekapan. Bimbingan untuk
penambahbaikan karya)
iii) Kreativiti bersifat inovatif .(Modifikasi. Bimbingan kepada idea baru yang
lebih
bermakna)
iv) Kreativiti bersifat inventif. ( Keupayaan mencipta melalui proses
penerokaan. Guru beri
pujian dan galakan).
v) Kreativiti bersifat emergen (Bentuk kreativiti yang tinggi. Prinsip formal
diterjemah
dalam bentuk abstrak. Cth. lukisan tanpa menitikberatkan bentuk
asalnya)

e) Teori Lowenfeld Stages of Arististics Development (Lowenfeld) - Aktiviti
seni yang
dilaksanakan secara berterusan memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk menggunakan
deria pencaindera secara menyeluruh sebagai proses pengamatan dan
merekod. 8 kategori
kreatif Lowenfeld iaitu :
i) Cabaran - Menerima cabaran masalah dan dapat sesuaikan dengan
situasi
ii) Kelancaran - Berimaginasi dan berfikiran terbuka untuk mengaitkan idea
dengan hasil
kerja kreatif.
iii) Kelenturan - Sanggup menerima perubahan.
iv) Keaslian - Idea asli tanpa meniru sesiapa
v) Pemikiran bercapah - Mengembangkan idea
vi) Keinginan - Perasaan ingin tahu dan berupaya membuat analisis.
vii) Kompleks - Membuat sintesis
viii) Makna baru - Menghasil sesuatu produk atau idea yang kreatif dan
inovatif.
* 4 komponen kreativiti Lowenfeld boleh diukur ialah ;
i) kelancaran - menterjemah idea secara spontan dan pantas.
ii) flesibel - mampu menyesuaikan diri dengan situasi yang berbeza.
iii) keaslian - Idea yang baru dan asli
iv) kepekaan - Daya kepekaan yang tinggi terhadap sesuatu keperluan.

f) Teori Perkembangan Kreativiti Fisher (Fisher 1943) - Terdapat lima tahap
pemikiran kreatif
iaitu :
i) Peringkat rangsangan - Guru mengemukakan soalan untuk merangsang
pemikiran kreatif
kanak-kanak. Interaksi secara aktif kerana ingin tahu.
ii) Peringkat penerokaan - Guru membimbing mencari jawapan dan
penyelesaian.
Berupaya mencari dan pemikiran ke hadapan.
iii) Peringkat perancangan - Proses perbincangan, pemerhatian, interaksi
sebelum aktiviti
sebenar.
iv) Peringkat aktiviti - Pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merancang.
Guru
membimbing semasa kanak-kanak melaksanakan aktiviti.
v) Kajian semula - Menilai keberkesanan aktiviti/tindakan. Membimbing
untuk
penambahbaikan dan memberi pendapat.
(RPPAK)

Anda mungkin juga menyukai