Anda di halaman 1dari 2

Rumusan tentang topik Peringkat-peringkat perkembangan fizikal kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang berkaitan (Minggu 4) Definisi untuk

Perkembangan Fizikal Perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian badan, fungsi anggota badan dan perwatakan manusia (Woolfolk & Margetts, 2007). Perubahan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Berat badan, ketinggian dan fizikal menjadi kuat merupakan simpton perkembangan fizikal Asas perkembangan kognitif & emosi : Pertumbuhan Otak Struktur Badan Kemahiran Psikomotor

Peringkat fizikal kanak-kanak dan remaja biasanya dibahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu: 1. 2. 3. 4. Peringkat Pranatal (9 bulan dalam kandungan) Peringkat Bayi (masa lahir- umur 2 tahun) Peringkat Kanak-kanak (umur 3 tahun- 11 tahun) Peringkat Remaja (umur 11 tahun- 18 tahun)

Peringkat Pranatal Peringkat Pranatal adalah bermula dari zigot, hasil proses persenyawaan sperma dengan ovum, hingga fetus dalam kira-kira genap 9 bulan. Peringkat prenatal ini lazimnya dibahagikan kepada 3 peringkat, iaitu trimester seperti berikut: 1. Trimester Pertama : 01- 12 minggu (Fasa Pembenihan (Zigot) 2. Trimester Kedua : 13- 24 minggu (Fasa Embrio) 3. Trimester Ketiga : 25- 38 minggu (Fasa Fetal) Fasa Pembenihan (Zigot) Sel zigot membiak dengan cepat dan membentuk blastocyst yang menambatkan badannya pada dinding uterin. Otak primitive dan tulang belakang mula muncul, saluran pencernaan mula bertumbuh. Muka, tangan, kaki dan organ dalaman dibentuk. Perkembangan sensori sentuh disedari dengan mulanya pergerakan embrio. Saiz mula bertambah cepat. Sistem saraf, organ, dan otot mula dikaitkan untuk bergerak seperti menyepak, membuka mulut, menyentuh. Janita fetus mula dihayati apabila organ genital tumbuh.

Fasa Embrio Fetus terus tumbuh besar dengan cepat. Di dalam minggu ke-18, pergerakannya boleh dirasa oleh ibu. Menjelang minggu ke-24, banyak neuron otak tumbuh. Maka mula menjadi sensitif kepada cahaya serta boleh respons kepada bunyi. Fasa Fetal Saiznya bertambah, peparu menjadi matang. Perkembangan otak dengan cepat meningkatkan potensi sensori dan pergerakan fizikal. Di dalam minggu ke-32, lapisan lemak bertambah di kulit bawah. Antibodi ibu disalurkan kepada fetus untuk melindunginya daripada infeksi virus atau penyakit. Kebanyakan fetus dalam kelahiran normal biasanya berputar badan dengan kedudukan kepada terbaik untuk persediaan kelahiran. Peringkat Bayi Perkembangan fizikal merujuk kepada perkembangan motor yang merangkumi kemahiran-kemahiran kordinasi otot untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal. Di antara kemahiran-kemahiran motor asas ialah memegang, menyedut, menghisap, memanipulasi objek, duduk, merangkak, berjalan, berlari, melompat dan sebagainya. Peringkat Kanak-kanak dan Remaja Perkembangan fizikal kanak-kanak lazimnya boleh dibahagikan kepada peringkat berikut: 1. Peringkat awal kanak-kanak (2- 6 tahun) 2. Peringkat pertengahan kanak-kanak (6- 8 tahun) 3. Peringkat akhir kanak-kanak (9- 11 tahun) Manakala perkembangan fizikal remaja pula dibahagikan kepada 3 peringkat yang utama, iaitu: 1. Peringkat awal remaja (11- 14 tahun) 2. Peringkat pertengahan remaja (14- 16 tahun) 3. Peringkat akhir remaja (16- 18 tahun) Peringkat kanak-kanak hingga peringkat remaja: gigi susu akan diganti Kemahiran motor kasar bertambah Bermula haid (perempuan) dan memula memancut sperma (lelaki)

*Perkembangan perempuan dihad pada umur 16 tahun *Perkembangan lelaki boleh diteruskan sepanjang hayat hidup

Anda mungkin juga menyukai