Anda di halaman 1dari 1

 Baiklah sekarang kita beralih kepada fasa yang keempat iaitu fasa pelaksanaan.

 Di peringkat ini, bahan pengajaran yang telah disediakan akan digunakan atau
dilaksanakan. Guru juga menyediakan pelbagai media bagi menarik murid dan
mengukuhkan kefahaman murid.
 Dengan itu, Dalam rancangan pengajaran, fasa pelaksanaan ini akan hadir pada di
bahagian pelaksanaan aktiviti pengagajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran akan dimulakan dengan set induksi selama 5 minit.
Dalam pelaksanaan set induksi guru akan memainkan lagu “Keluarga bahagia”
bersama liriknya. Seterusnya, Murid diminta memerhatikan dengan teliti dan
bernyani bersama lagu yang dimainkan. Selepas itu, Guru mengaitkan tayangan
video dengan tajuk pelajaran hari ini iaitu “Hari Minggu dengan Keluarga”.
 Seterusnya diikuti dengan langkah 1. Langkah satu ini akan dilaksanakan selama 15
minit. dalam langkah ini Guru memperkenalkan tajuk pelajaran hari ini serta
mengaitkan tajuk pelajaran dengan ayat tunggal dalam pembelajaran. Selanjutnya,
Murid diberi penerangan melalui paparan slide yang berfokus dengan definisi ayat
tunggal dan Contoh-contoh ayat tunggal.
 Guru melaksanakan langkah kedua selama 15 minit. Dalam langkah ini Guru
memainkan tayangan video berkaitan dengan aktiviti tanaman bersama keluarga.
Seterusnya Murid diberikan arahan untuk menyebut tiga ayat tunggal yang terdapat
dalam tayangan video. Selepas sesi langkah kedua terus mula melaksanakan
langkah yang ketiga selama 20 minit. Dalam langkah ini guru membahagikan murid
kepada 4 kumpulan. setiap kumpulan diminta berlakon dengan menggunakan ayat
tunggal. 
 Baiklah, Slide seterusnya danusiyah akan disambungkan

Anda mungkin juga menyukai