Anda di halaman 1dari 3

Debat Bahasa Melayu

Terima kasih yang dipertua dewan, yang saya hormati rakan-rakan barisan pembangkang,
yang disengani barisan kabinet kerajaan serta seisi dewan yang sudi bersidang bersama
kami. Selamat bersidangZZS dan salam sejahtera semua.

Yang dipertua dewan dan seisi dewan sekalian, usul kita pada hari ini pilihanraya
kampus melahirkan pemimpin berintegriti. Perdana Menteri kita telah membentangkan
konsep pilihanraya kampus melahirkan pemimpin berintegriti dengan tepatnya iaitu proses
pemilihan calon pemimpin mahasiswa universiti. Pertikaian saya yang pertama ialah adakah
proses pemilihan calon pemimpin mahasiswa yang dilakukan berdasarkan kapasiti
pilihanraya kampus itu sendiri mampu melahirkan calon yang berintegriti?

Yang dipertua dewan dan seisi dewan sekalian, melalui pemahaman saya untuk
berada dalam pilihanraya kampus para calon itu akan dicalonkan dan akan menjadi
pemimpin selepas mendapat undian majoriti. Pihak kerajaan juga ada menyatakan bahawa
pemimpin yang berintegriti dapat dilihat apabila mereka menuntut hak. Seperti yang
dikatakan oleh Dato, sekadar menuntut hak yang dinafikan itu dikatakan berintegriti. Kes
yang diajukan oleh beliau cukup mudah pada hari ini, Pro Mahasiswa telah menang tiba-tiba
dinafikan kemenangan itu. Mereka semua bangkit menentang dan menuntut balik hak
mereka. Adakah itu dikatakan pemimpin yang berintegriti. Bagi saya tidak berintegriti
langsung.

Yang dipertua dewan dan seisi dewan sekalian, menelusi kembali tujuan pilihanraya
kampus iaitu bagi memilih pemimpin pelajar yang benar-benar berkualiti bagi menerajui
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). MPP ini berfungsi sebagai mata dan telinga pelajar bagi
menjaga kebajikan pelajar di universiti. Ini bermakna pemimpin yang dipilih dan berintergiti
mempunyai tanggungjawab yang berat. Soalan saya, adakah pemimpin itu menjalankan
tanggungjawabnya? Terdapat juga kes yang tidak dapat diselesaikan oleh MPP sehingga
timbulnya demonstrasi.
Yang dipertua dewan dan seisi dewan, untuk kes yang kedua saya ingin bertanya
mereka, pada masa yang mana pilihanraya kampus ini melahirkan pemimpin yang
berintegriti? Semasa manifesto dibentangkan ke, semasa tengah bergaduh-gaduh ke,
semasa berkempen ke atau selepas pilihanraya dijalankan. Merujuk kepada penjelasan
Dato sebentar tadi, banyak menyatakan selepas pilihanraya dan semasa sudah menjadi
MPP. Maksudnya semasa menjadi MPP baru hendak tuntut hak itu dan ini. Ketika menjadi
calon tidak boleh menuntut hak. Kes mereka ini melibatkan manifesto semata-mata. Itu saya
katakan kes mereka bercanggah sebenarnya kerana pilihanraya kampus melahirkan
pemimpin berintegriti atau tidak, dapat dilihat semasa proses pilihanraya dijalankan, semasa
manifesto dibentangkan atau semasa pengucapan umun dijalankan.

Yang dipertua dewan dan seisi dewan sekalian, pada masa proses pengundian
berlaku, kita dapat lihat tindak tanduk atau tingkah laku para calon MPP sama ada
berintegriti atau tidak. Adakah beliau agresif atau bertentangan dengan etika yang
ditetapkan? Untuk pengetahuan umum sebenarnya pilihanraya kampus ada etika-etikanya.
Andaikata para calon ini terus melanggar etika pilihanraya kampus maka dia boleh
dikatakan tidak berintegriti. Hal ini kerana, untuk menjadi pemimpin yang berintegriti para
calon harus mematuhi etika tersebut. Etika yang pertama, tidak boleh berkumpul berbentuk
demonstrasi dan keduanya tidak boleh bertindak mengoyak, menconteng atau membakar
sepanduk dan gambar pihak lawan. Etika yang ketiga ialah tidak boleh mewujudkan situasi
yang huru hara semasa pilihanraya kampus berjalan. Apabila calon-calon ini melanggar
etika ini, jelas menunjukkan kepada kita bahawa pilihanraya ini tidak dapat melahirkan
pemimpin berintegriti.

Akhir sekali, saya dengar kes mereka sangat bertentangan kerana mereka kata
pilihanraya kampus kesannya selepas pilihanraya kampus bukan sebelumnya atau semasa
pilihanraya. Mereka menyatakan bahawa hak kebebasan akademik boleh dituntut selepas
menjadi MPP. Selain itu, saya juga mahu katakan bahawa kebanyakan pilihanraya kampus
di universiti di Malaysia telah melanggar etika pilihanraya kampus. Hasilnya, pilihanraya
kampus tidak mampu melahirkan pemimpin yang berintegriti.

Mohon usul ini ditolak. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai