Anda di halaman 1dari 2

Kajian Dan Analisis Lukisan Kanak-kanak

Lihat kepada gambarajah di bawah dan cuba anda menilai analisis karya kanakkanak berikut cuba anda kaitkan dengan pandangan anda sendiri.
Nama
Umur
Bangsa
Koleksi

Jenis karya
Olahan alat dan bahan

Isi kandungan / Hal benda

Tema / Makna
Kreativiti

: Nur Amni Qistina


: 7 tahun
: Melayu
: Lukisan peribadi

Perasaan
Menggunakan pastel pada kertas
lukisan dengan memberi fokus kepada
ton. Antara kegiatan yang digunakan
untuk menghasilkan karya ini ialah
lukisan.
Menggunakan hal benda seperti rumah,
pokok bunga, awan, dan matahari untuk
menggambarkan
perasaan
ketika
berada di rumah.
Tema
yang
digunakan
ialah
persekitaran laman rumah yang aman
dan tenang.
Menggunakan unsur-unsur seni dan
prinsip rekaan dengan penggunaan
warna yang cerah untuk menambahkan
nilai estetik.
Gambarajah 1.

Kanak-kanak pada peringkat ini mula dapat mencipta bentuk-bentuk yang terdapat di
sekelilingnya. Tanda contengan mulai hilang dan bentuk-bentuk yang dihasilkan adalah
orang, pokok dan rumah.
Melalui aspek apresiasi dari segi aspek menggambar (Description), penggunaan warna
yang cerah dan menarik antara warna asas serta sejuk menambahkan nilai astetik karya ini.
Keadaan persekitaran rumah diperkuatkan dengan penggunaan warna hijau, hitam dan
merah. Dari segi penggunaan garisan, objek yang dilukis berfokus kepada yang dilukis
untuk mewujudkan outline. Rupa objek yang dilukis seperti awan dan matahari digunakan
untuk mewujudkan kesan pergerakan (movement). Bentuk matahari yang menggunakan
dua ton warna untuk menampakkan lagi kesan pergerakan dengan lebih jelas. Penegasan
dalam karya ini ditegaskan melalui aspek garisan, rupa, warna yang difokuskan dan menjadi
tumpuan oleh pemerhati. Aspek imbangan dimanfaatkan dengan bentuk-bentuk seperti
rumah, pokok bunga, awan dan matahari. Secara keseluruhannya lukisan ini adalah
menyeluruh dari aspek perasaan.

Hal benda (Subject matter) yang digunakan pula dalam lukisan ini ialah merangkumi aspek
persekitaran yang terhasil daripada pengalaman langsung pelukis dengan menegaskan
subjek seperti rumah, pokok bunga, awan dan matahari.
Makna atau mesej yang disampaikan oleh pelukis melalui penggunaan unsur-unsur seni
serta prinsip rekaan dengan lebih menggambarkan kepada perasaannya ketika berada di
kawasan rumah yang aman, damai dan tenang.
Dari segi aspek penilaian, hasil karya seni ini dapat dapat diertikan dari segi kehidupan
seorang kanak-kanak yang selesa berada di kawasan rumah sendiri berbanding berada di
kawasan lain. Kanak-kanak gemar kepada suatu keadaan yang aman, damai, tenang dan
selesa untuk mereka bermain dan melakukan aktiviti mereka sendiri.

Anda mungkin juga menyukai