Anda di halaman 1dari 12

PERINGKAT SKEMATIK

(7-9 TAHUN)
BIODATA KANAK-KANAK
• Nama: Siti Nurlyana binti Razali
• Tarikh Lahir: 4 September 2007 (8 tahun)
• Tema lukisan: Kampung Saya
• Tempat tinggal: No.15, Kampung Sari Baru,
84600 Pagoh, Muar, Johor
• Pekerjaan ibu: Suri rumah
• Pekerjaan ayah: Pengawal keselamatan
MENGGAMBAR
• Matahari terbit di waktu
pagi.

ALAT DAN BAHAN


• Menggunakan media
kering iaitu pensil warna
pada kertas lukisan dan
tanpa memberi fokus
kepada ton.
PEMAHAMAN TERHADAP UNSUR SENI
• Tema: Tema yang dilukis adalah berkaitan alam
sekitar.
• Imbangan: Imbangan ditonjolkan adalah baik
melalui gunung-ganang yang memiliki tinggi dan
saiz yang hampir sama. Awan dan burung juga
dilukis sama banyak dan sama saiznya.
• Ruang: Penggunaan ruang yang baik, dibahagikan
kepada dua iaitu satah udara dan tanah. Bagi
pemandangan satah bawah, objek disusun secara
melintang dan sama manakala objek udara pula
dilukis pada bahagian atas.
• Warna: Warna yang digunakan adalah cerah
dan menarik. Kanak-kanak sudah mengetahui
cara penggunaan warna yang sesuai dengan
subjek. Buktinya, gunung diwarnakan dengan
warna hijau, matahari berwarna jingga, awan
berwarna biru, batang pokok berwarna coklat
dan daun pokok berwarna hijau.
• Ruang Komposisi: Kanak-kanak sudah mahir
dalam menguasai ruang. Kertas lukisan
digunakan secara menyeluruh dan seimbang.
PRINSIP REKAAN
• Imbangan: Imbangan yang baik antara
gunung-ganang, kedudukan matahari, dan
bilangan awan dan burung.
• Pergerakan: Burung dilukis secara simbol serta
aksi yang menunjukkan pergerakan terbang.
• Harmoni: Lukisan yang menunjukkan harmoni
melalui penggunaan warna yang sesuai, ceria
dan sekata, tidak comot dan kemas.
• Penegasan: Matahari sebagai subjek utama diwarnakan
dengan warna terang sambil tersenyum. Gunung-
ganang diberi penegasan melalui garisan luar berwarna
hijau terang dan memiliki saiz yang besar dalam
lukisan.
• Kesatuan: Secara keseluruhannya lukisan ini adalah
menyeluruh dari aspek kesatuan.
• Kepelbagaian: Cahaya matahari yang diwarnakan lebih
daripada satu, iaitu selang-seli antara warna kuning
dan jingga.
• Alternatif: Untuk menonjolkan suasana matahari terbit
yang ceria dan dinanti-nantikan, kanak-kanak melukis
mata, kening, hidung dan mulut pada matahari.
TAKSIRAN
• Siti melukis pemandangan
sewaktu matahari terbit.
Terdapat dua gunung dan di
celah gunung ada matahari
yang sedang tersenyum.
Selain itu, terdapat sepohon
pokok di sebelah gunung.
Ada simbol burung-burung
yang dilukis di antara awan-
awan pada bahagian atas
lukisan.
PENILAIAN
• Secara keseluruhannya, lukisan ini baik kerana
penggunaan unsur seni yang bagus dan
penggunaan warna yang benar.
• Kanak-kanak pada peringkat ini mula dapat
mencipta bentuk-bentuk yang terdapat di
sekelilingnya.
• Tanda contengan mulai hilang dan bentuk-bentuk
yang dihasilkan adalah gunung, matahari, dan
pokok.
• Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau
konsep tertentu. Objek diulang-ulang dengan
cara yang sama.
• Subjek merangkumi aspek persekitaran yang
terhasil daripada pengalaman langsung
pelukis dengan menegaskan subjek seperti
gunung-ganang, matahari dan pokok.
• Hal ini menunjukkan kanak-kanak tinggal di
persekitaran kampung dan bergunung-ganang
yang membolehkannya melihat suasana
matahari terbit setiap pagi.
• Dari segi emosi, pelukis menggambarkan
suasana ceria setiap pagi kerana matahari
yang dilukis tersenyum.
PENDAPAT TEORI LOWENFELD
Peringkat skematik merujuk kepada lukisan
kanak-kanak yang berumur 7-9 tahun.
Pada usia ini, kanak-kanak melukis bentuk
yang terdapat di persekitaran.
Imej manusia digambarkan dengan rupa asas.
Kanak-kanak cuba membuat penyataan
sendiri.

Anda mungkin juga menyukai