Anda di halaman 1dari 2

Pada waktu itu Sarah sedang memakai baju t-shirt ayahnya dan seluar ketat 

(leggings) masa
hari kejadian.

“Saya belajar memandu selama 4 jam dengan dia hari tu, dan kami berdua sangat mesra
sebab dia sangat baik”

Mereka berborak sambil sesi belajar memandu, sepanjang 2 jam Sarah belajar memandu,
cikgunya minta untuk berehat seketika dan minta Sarah pandukan kereta ke kedai runcit
serbaneka untuk membeli minuman. Masa ini lah, dia dah mula diancam.

“Dia akan bagi arahan kat mana saya perlu berhenti, dia bagi panduan tempat yang
sepatutnya saya park kereta. Tapi saya mula hairan tempat yang dia suruh saya berhenti
tu tempat agak sunyi, saya pun ikut je lah”

Kemudian mereka berbual, tiba-tiba si cikgu ni sentuh pasal satu topik ni..

Cerita pasal kisah cinta yang ada unsur-unsur kotor


Saat masing-masing ceritakan masalah dan luahan hati hubungan mereka sebelum ini. Cikgu
itu tiba-tiba mula melakukan perbuatan seksual terhadap Sarah dengan mengatakan.

“Saya suka masa saya jilat dan dia pancut dekat saya” – Cikgu

Sarah dah mula rasa cemas sebab cikgu tu dah mula pegang dan raba Sarah. Terkejut dengan
apa yang dia lakukan, Sarah cuba nak cakap tapi cikgu tu potong dia kata:

“Saya rindu dia sangat, tapi dapat juga lepaskan sebab semua buah dada wanita bagi saya
sama je”

Malah siap tanya soalan lucah lagi!

“Awak ni shave ke berbulu”

Lepas dia katakan begitu tangan si cikgu tu terus merayap. Risau, terkejut, marah dan takut
pada masa tu, Sarah cuba lindungi dirinya sambil menangis kerana tergamam dengan apa
yang terjadi.

Rasa trauma, marah, dan dendam sampai sekarang


Sebagai seorang wanita, sudah semestinya Sarah jadi panik. Sarah terus minta pulang tapi
sepanjang perjalanan tu tangan dia melakukan perbuatan tak senonoh, rasa trauma dan sedih
sejak dia dah mula sampai ke pusat memandu itu sehingga dirasai sampai ke hari ini.

“Saya sampai rumah, saya saya menangis, rasa geram dan marah pun ada sebab biarkan
dia buat kat sana macam tu. Sampai sekarang saya tertanya-tanya kenapa saya tak lawan”
–  Sarah
Ibubapa Sarah minta suruh buat laporan polis, tapi katanya macam tak membantu dirinya.

“Rasa macam neraka je, kena duduk dalam bilik kecil, ceritakan balik apa yang terjadi
masa tu dan kena ingat balik setiap perincian detik-detik sewaktu saya tengah memandu
tu yang menyakitkan hati saya, tapi tak ada keadailan yang sepatutnya saya boleh tuntut”

Buat lah apa-apa sekalipun lelaki tu tak disabitkan kesalahan pun, kata Sarah lagi. Sejak kes
itu, Sarah menangis setiap malam sehingga makan minggu, dia diselubungi dengan rasa
trauma, sedih, malah dan marah dengan diri sendiri kenapa tak tegas pada hari kejadian.

Kalau dia suruh berhenti takkan ada perkara buruk yang terjadi kepadanya. Sampai harini,
insiden itu masoh lagi menjadi mimpi ngerinya.

“Sekarang ini saya dah tak pakai leggings lagi dah, sejak saya tahu dia tak boleh kawal
dirinya bila nampa saya pakai seluar ketat”

Berdasarkan perkongsian Sarah secara eksklusif dengan WORLD OF BUZZ, ini dia sekarang
cuba untuk ubati dirinya sendiri dan belajar untuk memaafkan diri sendiri atas apa yang
terjadi.

Bila admin tengok cerita macam Sarah ni kan, admin baru teringat yang kalau korang ada
pengalaman kena gangguan atau mangsa keganasan seksual ni korang boleh persi satu
tempat ni.

Neo SPICE Co. & Se(sh) ada menganjurkan event  setengah hari dimana korang boleh buat 
perkongsian secara terbuka, perbincangan panel, bacaan puisi dan aktiviti yang mewujudkan
kesedaran tentang gangguan seksual dan keganasan seksual.

Acara ini merangkumi seluruh maklumat dan info tentang gangguan seksual, perbincangan
panel akan memberi tumpuan bagaimana ia memberi kesan kepada seseorang.

Anda mungkin juga menyukai