Anda di halaman 1dari 5

# Part 1.

Sarah menghempaskan badan di tilam empuk.hari ini hari pertama sesi kuliah
kejururawatan bermula.terasa lenguh 1 badan.dalam setahun lagi sarah akan bergelar
jururawat desa.tempat bertugas nanti? Tentu saja kampung halaman menjadi
pilihanya.gadis itu tersenyum sendiri.kalaulah ayah dan mak masih ada..mesti mereka
gembira melihat anak tunggal mereka ini memakai seragam jururawat.hatinya terasa
sebak sedikit.sarah melihat jam ditangan.ahh...dah pukul 7 petang.baik bersihkan
diri dahulu.dicapainya tuala mandi di tepi dinding.langkahnya terhenti,keningnya
berkerut sedikit.sarah mendekati meja solek bersebelahan kamar mandi.keningnya
berkerut memandang ke cermin.kelihatan garis mengelilingi leher dan berbentuk y
memanjang hingga ke dadanya semakin jelas.sebelum ini sarah memang perasan akan
kewujudan lingkaran di leher.sewaktu kecil sarah kerap diejek pasal tanda
tersebut.nampaknya garisan itu semakin terang sejak usianya mencecah 20
tahun.sewaktu kecil dahulu sarah pernah bertanya pada mak.kenapa lingkaran pelik
itu ada padanya? Mak tidak menjawap pertanyaan itu.dia hanya memberi sarah bekas
sisa makananya."ahhh...mungkin sarah ni byk fikir agaknya.mungkin ini tanda lahir
kot.sarah terus melangkah ke kamar mandi.
Suasana riuh rendah di asrama kejururawatan saint memecahkan suasana
malam.rakan sebilik sarah wati dan hana sibuk melayan cerita kpop yang ditayangkan
di kaca televisyen.sarah pula sedang mengulangkaji pembelajaran di kuliah pagi
tadi."hei...korang ada dengar cerita hot di awal semester ni tak?" Wati tiba-tiba
mencelah.sarah dan hana memandang serentak ke arah wati."apa dia?" Wati membetulkan
posisi duduk lalu memandang ke arah rakanya itu." Ni...budak junior yg duduk dekat
blok G tu.."mulut wati sengaja dimucungkan."korang nak tau..budak tu mengandung 4
bulan! Boyfriend dia hilang entah kemana.nak tak nak dalam keadaan memboyot tulh
dia turun ke kolej! "Awak biar betul wati,betul ke cerita tu? Kan kolej kita ni x
terima student yang mengandung tanpa berkahwin? Jgn jd fitnah nti.kesian anak orang
tau.' Hana bersuara..."hek eleh...saya nampak sendiri budak tu waktu kat kuliah
tadi.betullh!" Sarah terasa ada renjatan halus meresapi kedalam tubuh...angin malam
seakan berbau harum.jari-jemarinya bergerak-gerak...dalam separuh sedar kakinya
berjalan ke arah balkoni yang terbuka luas.matanya meliar..ke kiri dan
kanan...dihirupnya angin malam yang semakin deras.sepantas kilat matanya tertumpu
ke arah asrama blok G yang berada di sebelah kiri asrama mereka.matanya terbutang
luas.kelihatan seorang gadis sedang menjemur kain di balkoni asrama
tersebut.selesai menjemur kain,gadis tersebut mencapai baldi yang sudah
kosong.diusap-usap lembut perutnya yang terbonjol sedikit.sarah mengeletar,dengusan
nafasnya semakin laju."oii sarah...knapa awak ni? Apasal mengeletar ni?? Awk demam
ke?" Sarah bagaikan tersedar dari hayalan.dagunya terasa basah.bila diusap,ya
ampun.kenapa mulut saya dibasahi air liur??.sarah tersipu malu.sarah masuk kedalam
ruang tamu dan mengelap mulut dan dagu yang dibasahi air liur menggunakan tisu yang
diletakkan di atas meja.wati dan hana saling berpandangan.dua tiga menjak ni mereka
memang menyedari perangai pelik rakan baik mereka itu.

# Part 2

Wati terjaga dari tidur,begitu juga dengan hana.suara mengerang jelas


kedengaran dari arah bilik sarah.diikuti bunyi benda-benda yang jatuh ke atas
lantai." 2 sekawan itu bergegas ke bilik sarah,daun pintu ditolak kasar oleh
wati.kelihatan sarah mengulupur di lantai."wati..hana tolong saya...perut saya rasa
sakit sangat ni"..dengan suara yang terputus-putus sarah menghulurkan tangan ke
arah rakan2 nya..harapanya agar dua sekawan itu dapat menolongnya yang sedang
melawan kesakitan yang amat sangat.gadis itu menangis semahu mahunya." Ya
allah..sarah kenapa ni??" Kaki sarah dihentak-hendak di atas lantai sambil tanganya
memegang perutnya."saya tak tahu....perut saya rasa sakit sangat sekarang ni...,"
air mata sarah jatuh bercucuran..hana melihat aliran darah perlahan-lahan mengalir
dari garisan leher sarah.keadaan menjadi panik."bertahan...awak tunggu sini k,saya
dan hana pergi panggil warden asrama.kita kena ke hospital ni!".wati berlari ke
arah pintu manakala hana masih tercegat memandang rakanya,rasa serba salah bila nak
tinggalkan sarah bersendirian menahan kesakitan."hana! Apa yang awak tunggu lagi
tu?? Mari temankan saya pegi pejabat warden asrama!' Dengan hati yang berat hana
berpaling menyusuli wati dari belakang.
Warden yusoff terperanjat melihat wati dan hana memanggil namanya."warden
usoff! Ada kecemasan dalam dorm kami!" Warden yusoff baru sahaja menghabiskan makan
malam."kecemasan apa?"."rakan kami sarah tengah sakit perut kronik,kita kena cepat
warden takut bertambah teruk nanti!" Warden yusoff mencapai walkie talkie yang
terselit di pinggangnya.laporan segera dibuat.saat menunggu bantuan sampai,hana
melihat jam tanganya.jam menunjukan tepat jam 12 tengah malam dan tiba-tiba matanya
tertangkap 1 bebola api kemerahan terbang melintasi blok G."komet? Atau tahi
bintang?,' saat melayan persoalan warden yusoff mencelah." Kamu berdua mari ambil
rakan kamu yang sakit tu.ambulans sampai dalam masa 5 minit lagi.' Tanpa berlengah
mereka naik semula ke atas blok mereka.sesampai di situ,wati bergegas ke dalam
bilik sarah dan.....sunyi.lampu bilik dibuka,bilik sarah yang gelap gelita kini
menjadi terang benderang.wati dan hana berpandangan.bilik sarah kini kosong.titisan
darah yang mengalir dari leher sarah tadi pun tidak kelihatan langsung di atas
lantai bilik.warden yusoff memandang dua gadis itu dengan perasaan marah.
"Kamu berdua ni dah melampau lah!".wati dan hana hanya tertunduk ke
lantai."berani kamu buat kenyataan palsu! Kamu tahu tak disebabkan prank yang kamu
buat semalam banyak department yang kena tempiasnya! Menyusahkan orang!" Marah
betul madam wardah pagi itu.pensyarah-pensyarah lain hanya memandang pelajar
jurusan perubatan itu.kehadiran miss julia mengejutkan mereka. " maafkan saya madam
wardah,awak kna baca laporan ni. Madam wardah mencapai beberapa helaian kertas dari
tangan miss julia." Kami dapat laporan ni pagi tadi.ingat tak student junior
perubatan yang mengandung tu?,madam wardah menganggukan kepala."dia ditemui mati
dalam bilik dorm pagi tadi.janinya hilang." Wati dan hana tersentak.
Wati dan hana membatukan diri di bangku taman kolej.masing-masing
membisu.tepukan di bahu wati mematikan khayalan.kelihatan sarah tersenyum
manis.wajahnya berseri-seri pagi itu.sekali lagi mereka berpandangan.sarah segera
mengambil tempat duduk di antara mereka."sarah.awak pegi mana semalam?",wati
memberanikan diri bertanya.sakit hatinya masih terasa.disebabkan rakanya itu mereka
dilabel sebagai KAKI PRANK di asrama.walaupun itu adalah kali pertama tetapi
perbuatan itu tidak dapat dimaafkan."saya pergi rumah kawan di blok sebelah
semalam" sarah menjawap tanpa memandang wati."cakaplah betul-betul awk pegi mana
semalam! Tau tak sebab perbuatan awk tu saya dan hana...."."kan saya dah kata sya
pegi rumah kawan!!!". Sarah bangkit dari tempat duduk sambil memandang tajam ke
arah wati dan hana.wati dan hana tersentap.selama berkenalan dengan sarah,sarah tak
pernah meninggikan suara sebegitu.

# Part 3

Tak sedar 6 bulan dah berlalu.hari ini tarikh bermulanya


praktikal.wati,hana, dan sarah bersorak gembira apabila mendapati ditempatkan di
kawasan praktikal yang sama.kejadian yang berlaku 6 bulan yang lalu beransur hilang
ditelan masa.persahabatan mereka bertiga pun beransur pulih.sebetulnya jika
diikutkan hati wati memang marah sangat tentang hal tersebut.tetapi bila difikirkan
semula tak ada manusia yang lari dari membuat kesilapan bukan? Lagipun wati
bersimpati dengan sarah.seorang anak yatim piatu yang kena berdikari sendiri untuk
meneruskan hidup.kawan yang sebenar memaafkan antara satu sama yang lain.
Hana turun dari van yang dinaiki.diikuti sarah dan wati."hah...inilah
tempat praktikal kita kali ni." Hana memandang rakan-rakannya.terpancar perasaan
teruja di wajahnya.RUMAH KEBAJIKAN KAMPUNG DELIMA.selama 3 tahun berhempas pulas
memerah otak,praktikal kali ini hana memberi cadangan kepada Madam wardah untuk
berkhidmat di rumah kebajikan.kononya dah bosan asyik praktikal dekat klinik desa
dan pusat kesihatan.kali ni sesuatu yang lain dari yang lain.mujur sahaja madam
mardah meluluskan permohonan mereka.tanpa berlengah lagi mereka segera melaporkan
diri.3 sekawan itu mula berkenal-kenalan dengan penjaga rumah kebajikan
tersebut.Ustaz firdaus dan istri ustazah jannah yang bertanggungjawap mengurus
semuanya."kamu bertiga mesti sukarelawan yang nak praktikal di tempat ni.""syukur
alhamdullilah bang.sebelum ni jarang student praktikal nak praktikal dekat sini"
ustazah jannah memberi senyuman yang amat manis pada suaminya."kalau begitu,kamu
bertiga akan memberi rawatan di bilik 1 hingga 3 nanti."maaf ustaz,boleh kami tahu
bilik 1-3 tu untuk apa ya?" Wati bertanya."oh..maaf.lupa nak beritahu.bilik-bilik
tu untuk remaja-remaja yang mengandung sebelum berkahwin.boleh dikatakan pusat
pemulihan untuk remaja-remaja yang ada masalah begitulah." Telinga sarah
berdesing.jari-jemarinya bergerak-gerak."maaf ustaz...berapa usia kandungan remaja-
remaja tersebut?" Kali ini giliran sarah bertanya.ustaz firdaus memandang
sarah."dalam lingkungan 6 hingga 9 bulan".sarah menyeringai.ustaz firdaus tidak
segera memaling.dilihatnya garisan melingkar yang mengelilingi leher
sarah."astaghfirullahallazim"...."kenapa bang?" Masing-masing saling
berpandangan."owh...tak ada apa-apa.ma..boleh ikut saya kejap,dan kamu bertiga ini
kunci tempat penginapan.belok sebelah kiri bilik tu kemudian belok ke kanan.istri
saya dah bt persiapan untuk kamu selama 3 bulan praktikal dekat sini."kunci
bertukar tangan."terima kasih ustaz,ustazah." Wati mengucapkan terima kasih,dan
mereka bersurai.
"Apa bang?,ustazah jannah terkejut mendengar apa yang di maklumkan oleh
suaminya."ya nah..abang dapat rasa salah seorang budak praktikal tu ada yang tak
kena.apa-apapun kita berserah pada allah'.
"Ustaz...ustaz! Kehadiran seorang wanita pertengahan umur mengejutkan suami istri
itu."kenapa puan suri?,"ustaz..ada seorang penghuni nak melahirkan anak.' Puan suri
tengucap-ngucap sambil menghabiskan katanya."ma...bawa penghuni tu keluar,saya
pergi sediakan kenderaan.dan puan suri,tolong panggilkan 3 orang budak praktikal
tu.kita akan pergi klinik desa berhampiran." Masing-masing mengangguk.
Keadaan bilik bersalin kampung delima riuh rendah.wati,sarah dan hana sedia
menyambut kelahiran bayi remaja yang baru berusia 17 tahun.mereka yakin.ini bukan
kali pertama pengalaman mereka menyambut kelahiran bayi.pengalaman praktikal yang
sebelumnya banyak membantu mereka.hana memberi arahan pada pesakit apa yang perlu
dibuat.jam sudah menunjukkan jam 3 petang.kini telah masuk fasa pembukaan ke
4.leher rahim sudah terbuka sebesar 4cm,kepala bayi pun dah kelihatan sedikit,bau
hanyir air ketumban yang pecah memenuhi ruang dewan bersalin.masa berlalu sehingga
bukaan ke 10.hana ditemani seorang doktor memberi arahan remaja tersebut untuk
mengejan."sarah meh tolong saya dekat sini..." wati memohon bantuan sarah yang
tidak bersuara dari tadi.sarah tidak menyahut,apabila wati berpaling...

# Part 4

Sarah berdiri tegak memandang pesakit yang kelihatan lemah.matanya


terbeliak,colar seragam jururawatnya telah basah dibasahi air liur yang melimpah
deras dari mulut.badannya bergoncang kuat.melihat situasi itu 2 orang jururawat
segera mendapatkan sarah namun goncangan badan sarah semakin kuat hingga gadis itu
terbaring ke atas lantai,tidak terhenti setakat itu.kuku sarah galak mencakar
lantai,sarah mula mengesot di atas lantai menuju ke arah katil yang terlentangnya
pesakit tadi.hana menjerit kuat melihat keadaan sarah.manakala wati hanya
terkaku.lututnya terasa lemah.jururawat dan doktor semakin banyak masuk dan
memenuhi dewan bersalin.sarah ditenangkan.
Wati dan hana tidak dapat melelapkan mata malam itu.mereka masih ketakutan
disebabkan tragedi pagi tadi.mujur sahaja sarah meminta supaya mendapat bilik
penginapan untuk perseorangan.kononya dia nak privasi selama 3 bulan di
situ.manakala hana dan wati berkongsi bilik.sarah yang dahulunya adalah seorang
gadis yang amat disenangi sesiapa sahaja kini menjadi seorang yang amat misteri
dan menakutkan.hana bangkit dari tidur.jam menunjukkan jam 12 malam.tekaknya terasa
haus lalu hana melangkah ke penjuru bilik.dicapainya mineral water di atas
meja,seteguk demi seteguk air membasahi tekak.hana tersedak.terdengar bunyi ayam
di balik tingkap,hana memberanikan diri mendekati tingkap kaca tersebut..kelihatan
reban ayam ustaz firdaus yang berada di depan bergoncang.ayam berterbangan ke kiri
dan kanan.dalam cahaya koridor yang suram hana memerhati dengan teliti.1 objek
kehitam-hitaman keluar dari pintu reban ayam yang terbuka sedikit.bila
diamati...botol mineral yang digengam hana jatuh ke lantai.badanya mengeletar.bila
objek itu melintasi tingkap jelas kelihatan.sebiji kepala dengan isi perut
terjuntai-juntai sedang meratah seekor ayam.menyedari dirinya diperhati perlahan-
lahan kepala tersebut berpusing.kini mata makhluk itu bertentangan dengan hana.hana
menjerit histeria.rumah kebajikan yang berlampu suram tadi terang benderang.makhluk
tadi terbang ke dalam hutan berhampiran lalu menghilang.
Ustazah jannah cuba menenangkan hana.wati memeluk erat rakanya
itu..."ustaz...apa yang sedang berlaku ni?" Wati tidak tahan menahan sebak.air
matanya jatuh membasahi pipi.sepatutnya praktikal terakhir mereka tak akan berakhir
seperti ini.ustaz firdaus mencari-cari kelibat seorang lagi pelajar praktikal di
tempatnya.memang tepat tekaanya sebelum ini.hembusan nafas dilepaskan."nak tak nak
ustaz kena berterus terang dengan kamu berdua" ustaz firdaus memandang 2 sekawan
itu."sebelum ini ada tak sesuatu yang pelik berlaku di tempat kamu?" Wati mengimbas
semula kejadian yang berlaku 6 bulan yang lalu.
"Tepat jangkaan saya.berdasarkan apa yang cik wati beritahu sebentar
tadi....saya pasti rakan kamu berdua itu adalah.....seorang penanggal".wati tidak
terkata apa-apa..hanya tangisan yg semakin kuat kedengaran." Maafkan saya,saya
terpaksa hapuskan dia.tapi saya kena kumpulkan orang kampung dahulu sebelum
menjelang subuh." Wati menatap wajah hana yang pucat lesi.lalu mengangguk lemah.

# Part 5 Final

Penduduk kampung delima mula menerokai hutan tebal yang berada di belakang
rumah kebajikan kampung delima.masing-masing membawa obor dan beberapa batang buluh
runcing,ada juga yang membawa parang,manakala gadis-gadis uzur dan ibu-ibu
mengandung diarahkan berkurang di dalam rumah."jikalau terdengar apa-apa jangan
sesekali buka daun tingkap dan pintu".itulah pesanan suami dan ahli keluarga
mereka.berita tentang kewujudan penanggal di kampung delima begitu cepat
tersebar.penduduk kampung kini diselubungi ketakutan.
Seorang pemuda menyuluh ke arah pokok rimbun,dia mengeluh " ustaz
firdaus.betul ke cerita psl penanggal tu? Dah Dekat 3 jam kita meronda dekat
sini...apa pn tak ada.nyamuk banyaklah!" "Sabar encik azman.benda yang kita nak
berdepan ni bukan manusia biasa.kalau kita tak selesaikan malam ni juga takut
masalah semakin besar". Encik azman mengeluh lagi."ustaz dan yg lain cariklh
dulu,ni saya nak rehat kejap dkt bawah pokok tu...letihlah ustaz." Ustaz firdaus
hanya mengeleng kepala.selesai melabuhkan punggung di sebatang pokok yang
rendang.azman menyeluk saku seluarnya,"mana pulak rokok ni...tadi dah simpan dalam
ni!" Di saat sibuk menyeluk saku 1 titisan pekat menitik di dahi azman,"hishh...apa
ni? X kan gerimis subuh-subuh macam ni?? Digosok-gosok dahinya yang penuh dengan
jeragat.bila diamati....cecair tersebut berwarna merah pekat.azman mula merasa
tidak sedap hati.perlahan-lahan lampu picit dihalakan ke atas pokok tempat dia
melabuhkan punggung."ya allah ustaz!!!!"ustaz firdaus dan orang-orang kampung
segera berpaling ke arah azman.azman mengigil,celahan seluarnya telah basah
dibasahi air kencing.azman tidak mampu bergerak.perlahan-lahan 1 objek hitam
kemerah-merahan terapung-apung dan turun dari atas pokok."semua orang yang berada
di sini,jangan sesekali lari dari kelompok kamu!" Ustaz firdaus memberikan
arahan.penduduk kampung panik,masing-masing memegang tangan di antara satu sama
yang lain.
Sarah memandang ustaz firdaus dengan senyuman yang sinis."apa masalah kau
persetan!,kamu mahu mencabar saya!!" Suara sarah bergema di setiap penjuru
hutan."cik sarah.kembalilah ke jalan allah,apa yang awk buat ni bercanggah dari
ajaran agama".ustaz firdaus kelihatan tenang sungguhpun mata merah sarah memandang
tajam ke arahnya,mulutnya masih dibasahi oleh darah."kau tak payah nasihatkan saya
binatang!! Saya lagi sanggup mati dari mencemarkan nama keturunan saya! "Sebelum
awak membunuh ramai lagi nyawa orang yang tak berdosa,saya akan menentang awak
habis-habisan makhluk laknatullah!".mendengar kata-kata ustaz firdaus ketawa sarah
semakin galak.."kamu manusia bodoh!! Kewujudan keturunan saya disebabkan anak-anak
perempuan kamu yang hanyut dengan zina! Bayi dan janin hasil dari hubungan
terlarang kamu yang dicampak kedalam tong sampah,sungai atau longkang itulah yang
menjadi makanan saya!",sarah merengus kasar."tidak ada makhluk tuhan yang tidak
pernah melakukan dosa sarah..masih belum terlambat untuk bertaubat," bunyi kokokan
ayam mematikan suasana...sarah gelisah.sarah kena pulang ke badanya sebelum azan
subuh berkumandang."hoii keturunan adam yang tak berguna,baik kamu jangan menganggu
saya lagi,biar saya hidup dengan cara saya!!!" Saat sarah terbang ke tempat yang
lebih tinggi ustaz firdaus melontar sebatang lembing ke arah sarah lalu terkena
tepat di dahinya.sarah meraung kuat.sedetik kemudian azan subuh berkumandang di
udara.kini sarah dihurungi api membakar hangus usus dan isi perutnya yang
terjuntai.raungan semakin kuat sehingga didengari semua penduduk kampung
delima.masing-masing berpelukan dan mengucap syukur.
wati dan hana kini mengengam segulung sijil degree jurusan
perubatan.sungguhpun banyak suka dan duka yang telah ditempuhi oleh mereka ketika
bergelar pelajar dahulu,akhirnya mereka berjaya menamatkan pembelajaran dengan
pointer yang cemerlang.sewaktu berkemas untuk pulang ke rumah halaman masing-masing
2 sahabat itu berbual kosong."hana,baru saya perasan.sejak bila awk suka pakai
skarf leher ni? Cantik-cantik koleksi awk".wati membelek-belek lipatan skarf yang
disusun di dalam kotak milik hana.hana tidak menjawap,hanya melemparkan senyuman
tawar.tiupan angin membuatkan skarf yang dipakai dileher hana terbuka
sedikit,kening wati berkerut memandang hana.kelihatan garis halus mengelilingi
leher jinjang rakanya itu."wati.awk tahu tak,saya rindu sangat dengan arwah
sarah.kami mempuanyai makanan kegemaran yang sama.kari ayam,saya rindu sangat
kongsi makanan dengan dia.

TAMAT.

Anda mungkin juga menyukai