Anda di halaman 1dari 60

Tajuk 1 Perkembangan dan Penguasaan Bahasa

1. Tahap Perkembangan Bahasa

Perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak dipengaruhi oleh perkembangan


intelek, umur, pengaruh persekitaran, dan juga kematangan alat pertuturan. Apabila
sampai pada peringkat umur tertentu kanak-kanak sudah boleh menuturkan perkataan-
perkataan, frasa, atau ayat mengikut tahap penguasaan bahasa mereka.

Menurut Marilyn Friend (2005), masa yang paling kritikal dalam perkembangan bahasa
dan pertuturan kanak-kanak adalah peringkat awal kanak-kanak. Beliau telah
memberikan beberapa petunjuk penting perkembangan kanak-kanak normal seperti di
bawah.

Petunjuk perkembangan bahasa kanak-kanak :


Umur Petunjuk perkembangan

Umur 1 - Mengenal nama


• Sudah boleh menyebut dua hingga tiga perkataan tambahan
kepada“mama” dan “papa”.
• Faham arahan mudah.

Umur 1-2 : Faham perkataan “tidak”/ “no”.


• Guna sepuluh hingga dua puluh perkataan, termasuk nama.
• Menggabungkan dua perkataan – “Mak. Makan”.
• Meniru bunyi binatang yang sudah biasa seperti lembu.
• Melambai-lambai selamat jalan

Umur 2-3 : Mengenal anggota badan

• Guna dua perkataan dalam frasa negatif - “tak mau”, “no want”.
• Memahami konsep masa yang mudah - “esok”, “ semalam”.
• Selesai masalah dengan bercakap, bukanya secara memukul atau
menangis.
• Menyesuaikan tiga atau empat warna, tahu tentang “kecil” dan
“besar”.

Umur 3-4 : Sudah boleh bercerita


• Menguasai lebih kurang 1000 patah perkataan.
• Memahami makna “kelmarin”, “makan tengah hari”.
• Mula menurut arahan/perminatan –“Letak kasut di luar”

Umur 4-5 : Menguasai lebih kurang 1,500 patah perkataan


• Mengenal pasti segi tiga, bulatan, atau segi empat.
• Boleh bercakap angan-angan - “saya harap ….”
• Banyak menyoal, termasuk “Mengapa…..?”

Umur 5-6 : Menguasai lebih kurang 2,000 patah perkataan


• Memahami hubungan ruang seperti “atas” dan “belakang”.
• Tahu alamat sendiri.
• Tahu perkataan antonim mudah seperti “kecil – besar”
• Membezakan tangan kanan dan kiri tanpa bantuan.
• Menggunakan berbagai jenis ayat

2. Teori Pemerolehan Bahasa

Teori Behavioris / Mekanis (B.F. SKINNER)

Teori Behavioris menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa


yang berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938).
Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli
keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan
memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang
diajar itu. Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa
yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan
adalah pujian seperti ”pandai”, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain
yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap.

B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan
keupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan
manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip
Teori Behavioris iaitu;

Rangsangan tindak balas

Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang sangat penting


terhadap kanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk bahasa dan
bukan bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat.
Manakala peneguhan yang diberi akan merangsang kanak-kanak mengulang-ulang
percakapannya.

Teori Mentalis/Innatis (NOAM CHOMSKY)


Teori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa
pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan
dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat ini kanak-kanak
berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja

Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis iaitu Hipotesis Nurani ( The
Innateness Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan
secara semula jadi (genetik) untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkapkan
dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD ( Language Acquisition
Device).

Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;

i. proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama;


ii. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang
IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama );
iii. proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-
kanak ; dan
iv. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.

Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari bahasa


ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut;

i. wjujudnya unsur-unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal


yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang berupa
kategori-kategori tatabahasa;
ii. bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehinya tanpa
keupayaan sejadi; dan
iii. kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4 hingga 5 tahun
dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.

Teori Kognitif (JEAN PIAGET)

Teori Kognitif berlandaskan pandangan Piaget seorang ahli psikologi berbangsa Swiss.
Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan
perkembangan mentalnya. Malah beliau berpendapat bahawa bahasa kanak-kanak itu
adalah manifestasi penting daripada perkembangan mentalnya. Untuk memperoleh
penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak perlu melalui beberapa peringkat
perkembangan kognitifnya.

Peringkat pertama dikatakan sebagai peringkat deria-motor iaitu kanak-kanak berumur


dalam lingkungan 18 bulan hingga 2 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak membentuk
skemata atau struktur kognitif hasil daripada interaksi yang aktif dengan persekitaran.
Pengetahuan digambarkan dalam pelbagai bentuk simbolik. Dari umur 2 hingga 7
tahun, kanak-kanak memasuki peringkat tahap pemikiran praoperasi konkrit. Dalam
peringkat ini penguasaan bahasa kanak-kanak semakin berkembang. Dalam
lingkungan umur 4 tahun kanak-kanak sudah mula pandai bercakap dan boleh
membentuk ayat serta memahami percakapan orang lain. Peringkat ketiga adalah
operasi konkrit (7 – 12 tahun) iaitu sudah dapat menguasai beberapa kemahiran seperti
hukum pengekalan, konsep hubungan, pengkategorian, dan persirian. Umur selepas 12
tahun dikatakan sebagai peringkat operasi formal.

http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/pengenalan-bahasa.html

Teori Interaktionis (HALLIDAY)

Teori ini mementingkan aktiviti komunikasi. Seseorang menghasilkan bahasa apabila


dia memerlukannya. Sebagai contoh cikgu Zainal melakukan aktiviti lakonan agar
muridnya berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa.
Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Melalui
interaksi, terhasillah ayat penyata dan ayat perintah. Hasil interaksi yang dilakukan
akan mempengaruhi kanak-kanak untuk mempelajari sistem bahasa.

Pandangan ahli Interaksionalis


• Kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik bagi menggambarkan
bentuk linguistik yang jelas dan tepat
Pandangan Dalam P&P
• Sebagai satu alat berinteraksi dan ia melibatkan proses mental dan linguistik
• Mementingkan proses pembentukanhipotesis mengenai undang-undang bahasa
dalam p&p
• Seseorang pelajar perlu menggunakanstruktur-struktur bahasa yang betul
darisegi tatabahasa dan makna
• Guru perlu banyak memberi latihan kepada murid
• Menganggap penyampaian makna (semantik) penting namun struktur bahasa
perlu berjalan serentak
• Ini membantu murid menggunakan sistem bahasa yang dipelajari dengan betu
Prinsip P&P Interaksionalis
• Penyampaian makna bermakna dalam komunikasi
• Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik
• P&P perlu penumpuan terhadap aktiviti yang bermakna

http://www.scribd.com/doc/3951911/TEORI-PEMEROLEHAN-BAHASA-1

3. Faktor-faktor yang mempengaruhi Pemerolehan bahasa.

Kematangan

• Faktor kematangan mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak.


Setiap kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan yang berlainan.
Kematangan otak kanak-kanak yang berkembang dengan cepat dapat
menguasai kemahiran bahasa. Mereka mempunyai kemahiran mendengar dan
kemahiran pemprosesan maklumat yang baik, jadi mereka dapat mempelajari
bahasa dan memahaminya dalam tempoh yang singkat. Sebaliknya,
perkembangan otak kanak-kanak yang kurang matang atau tidak matang,
kemungkinan besar tidak dapat menguasai kemahiran bahasa dan mempelajari
dengan lebih lambat jika berbanding dengan kanak-kanak biasa.

• Selain itu, perkembangan yang berlaku pada satu tahap juga akan
mempengaruhi tahap seterusnya. Oleh itu, ibu bapa perlu mengetahui tahap
perkembangan kanak-kanak dan sedar bahawa untuk menyediakan
persekitaran, kegiatan dan rangsangan yang sesuai dengan kebolehan dan
kesediaan anak mereka. Hal ini disebabkan jika perkembagan kanak-kanak
diurus dengan baik, kematangan otak mereka dapat berkembang dengan
normal dan tidak mempengaruhi mereka untuk menguasai kemahiran bahasa.

Persekitaran
• Faktor-faktor persekitaran merangkumi keluarga dan sekolah yang
mempengaruhi pemerolehan bahasa.
• Keluarga merupakan lingkungan pertama dan utama yang memberikan
landasan dasar bagi proses belajar pada lingkungan sekolah dan masyarakat.
Lingkungan keluarga yang berpengaruh terhadap perkembangan belajar anak
berupa fisik dan sosial psikologis. Lingkungan fisik dalam keluarga adalah
keadaan rumah, tempat belajar, sarana prasarana di rumah dan suasana dalam
rumah atau disekitar rumah. Sedang kondisi dan suasana sosial psikologis
dalam keluarga menyangkut keutuhan keluarga, iklim psikolois dan iklim belajar
serta hubungan antara keluagra.
• Ibu bapa berperanan dan bertanggungjawab untuk membantu anak mereka
dalam pemerolehan bahasa. Ibu bapa perlu sering mengajar dan melatih anak
mereka bercakap dan membaca kerana ini dapat membantu kanak-kanak
menguasai kemahiran bahasa dengan baik.

• Lingkungan sekolah juga memegang peranan penting bagi perkembangan


belajar kanak-kanak. Hal ini disebabkan, kanak-kanak mendapatkan
pengetahuan lain yang lebih banyak dan kompleks di sekolah berbanding
dengan keluarga. Lingkungan sekolah ini berupa lingkungan fisik sekolah dan
lingkungan sosial. Lingkungan fisik meliputi linkungan sekolah, sarana
prasarana, sumber belajar, dan media belajar. Keadaan belajar di sekolah akan
mempengaruhi pemerolehan bahasa kanak-kanak. Untuk meningkatkan
kemahiran bahasa kanak-kanak, pihak sekolah mestilah menyediakan suatu
persekitaran pembelajaran bahasa yang selesa dan baik.

Kognitif

• Perkembagan otak yang tidak sempurna akan menyebabkan kognitif kanak-kanak


terjejas. Perkembangan otak yang lebih lambat akan menyebabkan pemerolehan
bahasa kanak-kanak kurang memuaskan. Biasanya disebabkan semasa
dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau
kelahiran yang amat sukar.
• Menurut penemuan psikolinguistik kognitif, pemerolehan bahasa dan keupayaan
membaca seseorang individu bermula sejak ia dilahirkan malah kanak-kanak
sememangnya telah mula belajar menulis sejak dari peringkat awal
perkembangan mereka. Permulaan kanak-kanak belajar menulis boleh
diperhatikan melalui tingkah laku mereka, isyarat (gesture), perbualan, cara
mereka bermain dan contengan yang mereka lakukan membentukkan makna
yang tertentu (Vygotsky, 1978). Menurut aliran ini membuktikan bahawa apabila
seseorang individu itu dilahirkan dia terus berusaha untuk mempelajari dunia di
persekitarannya melalui pancainderanya. Pengetahuannya tentang dunia di
sekelilingnya itulah nanti akan menjadi dasar bagi dirinya untuk pemerolehan
bahasa dan bacaannya.

4. Alat artikulasi

• Alat-alat artikulasi adalah alat-alat atau organ-organ yang mempunyai peranan


untuk berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat artikulasi dapat
dilihat seperti yang berikut:


1 Bibir atas 11 Tengah lidah
2 Bibir bawah 12 Belakang lidah
3 Gigi atas 13 Akar lidah
4 Gigi bawah 14 Epiglotis
5 Gusi 15 Pita suara
6 Lelangit keras 16 Rongga tekak
7 Lelangit lembut 17 Rongga Hidung
8 Anak tekak 18 Rongga mulut
9 Hujung lidah 19 Rahang
10 Hadapan lidah 20 Tenggorok

1. Lidah
• Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam penghasilan
bunyi bahasa. Bahagian lidah terbahagi empat bahagian,iaitu hujung lidah,
tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah.
• Selain itu, bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah memainkan
peranan yang penting dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal
hadapan, tengah dan belakang.
• Hujung lidah merupakan bahagian yang paling berperanan dan boleh digerakkan
ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan udara. Hal ini
membolehkan lidah dapat membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi
dengan adanya pembahagian-pembahagian ini.

1. Gigi

• Gigi juga mempunyai peranan yang penting dalam penghasilan bunyi bahasa
tetapi peranannya pasif dan tidak aktif. Kedudukan gigi hanyalah statik dan
kebiasaannya digunakan sebagai penampan aliran udara dalam
penghasilanbunyi. Penampan aliran udara inilah yang telah menghasilkan bunyi.

1. Bibir Atas dan Bibir Bawah

• Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar daripada rongga
mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dibundarkan dan
dihamparkan dan juga berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai.
Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Kedua-dua bibir
(atas dan bawah) dapat digerakkan, dihamparkan dan dibundarkan.
Misalnya,untuk menghasilkan bunyi b, w dan v. Apabila membunyikan bunyi [ i ]
misalnya keadaannya menjadi terhampar, manakala jika menyembunyikan bunyi
[ u ] bibir menjadi bundar. Bibir juga berfungsi dalam membuat sekatan kepada
udarayang keluar daripada rongga mulut, untuk menyembunyikan bunyi [ m ]
misalnya,udara disekat di bibir.

1. Gusi

• Gusi merupakan bahagian yang terletak di antara gigi dan lelangit keras.
Rupanya cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut.
Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan. Gusi memainkan peranan dalam
penghasilan bunyi-bunyi seperti bunyi [ t ], [ d ], [ l ] dan sebagainya dengan
bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

1. Lelangit

• Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit lembut dan
lelangit keras. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke
akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian
hadapan atas rongga mulut dapat diturun naikkan untuk menutup atau membuka
saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga
mulutakan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila
diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga
hidung. Justeru itu, alat artikulasi ini amat penting bagi menentukan sama ada
bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau ataupun tidak. Apabila lelangit lembut
diturunkan, bunyi yang keluar adalah sengauan manakala jika dinaikkan, bunyi
yang keluar bukanlah bunyi sengau.

1. Tulang Rahang

• Tulang rahang juga terlibat dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa dalam


menentukan kedudukan gigi dan bibir. Tulang rahang memainkan peranan
utama kerana mulut akan terbuka luas jika rahang dibuka dan tertutup jika
rahang ditutup.
1. Anak Tekak

• Lokasi anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran
dengan lelangit lembut (anak tekak bersambungan dengan lelangit lembut). Anak
tekak berperanan sebagai alat artikulasi bersama dengan lelangit lembut
khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak
dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Di samping itu, anak tekak juga boleh
digerak-gerakkan sama ada dinaikkan atau diturunkan.

1. Rongga Hidung

• Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung
boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak
dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

1. Pita Suara

• Peta suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam
penghasilan bunyi. Dalam peti suara, terdapat otot-otot selaput nipis yang
dikenali sebagai pita suara. Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang
boleh terbuka dan tertutup. Ruang di antara kedua-dua selaput digelar glotis.
Apabila kedua-dua selaput itu dirapatkan, glotis akan menjadi sempit atau
tertutup dan apabila diregangkan, ia menjadi luas.
• Sewaktu pernafasan biasa, pita suara direnggangkan supaya arus udara boleh
melalui tanpa sekatan. Makna kata, dalam pernafasan biasa, glottis terbuka.
Jikalau glotis dirapatkan serapat-rapatnya dan tekanan udara dari paru-paru
yang kuat menyebabkan rapatan itu dilepaskan serta merta, terjadilah bunyi
letupan pita suara.
• Tambahan lagi, jika glotis dirapatkan tetapi tidak menutup keseluruhan ruang,
maka udara dari paru-paru dapat lalu. Jika laluan udara itu menggetarkan
pita,bunyi yang dihasilkan disebut bunyi bersuara, misalnya [ a ]. Manakala jika
pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi yang tidak
bersuara,misalnya [s].
5. Masalah dalam Penguasaan Bahasa

Mengingat Kembali Perkataan

➢ Sesetengah murid akan mengalami masalah dalam mencari semula


perkataan. Mereka lemah dalam mengimbas kembali pengajaran yang
telah diajar di dalam kelas.
➢ Selain itu, murid juga tidak dapat menjawab soalan secara spontan.
Setiap kali guru perlu mengulangi arahan dan soalan secara berkali-kali
agar murid dapat menjawab dan mengikut arahan guru.
➢ Fakta-fakta yang telah murid dengar juga sukar untuk mereka ingat
selepas pengajaran. Hal ini demikian murid tidak dapat menyerap dan
memahami fakta-fakta tersebut di dalam minda.
➢ Murid juga mengalami kesukaran mengingati nama kawan-kawan dan
anggota keluarga serta menyenaraikan waktu dan tarikh.
➢ Apabila ditanya soalan, murid akan menjadi kaku dan bisu.
➢ Bahasa-bahasa yang diajar mudah dilupai oleh murid.

Memahami Perkataan Pelbagai Makna


➢ Biasanya murid yang menghadapi masalah memahami perkataan
pelbagai makna mempunyai kognitif yang rendah.
➢ Mereka mempunyai ingatan yang lemah terutamanya dalam kemahiran
bahasa.
➢ Murid juga keliru dengan perkataan yang pelbagai makna dan tidak boleh
menggunakan perkataan tersebut dengan betul.
Menyatakan Sesuatu yang Abstrak
➢ Murid mengalami kesukaran membezakan sesuatu yang abstrak seperti
perasaan.
➢ Keliru dan sukar membezakan perkara yang abstrak disebabkan oleh
pemprosesan maklumat di dalam otak mereka.

Menggunakan Ayat yang Betul dan Lengkap


➢ Kesukaran murid dalam menghasilkan perkataan untuk menyampaikan
sesuatu pandangan atau kesukaran memahami pertuturan dan mencari
perkataan yang tepat semasa bertutur.
➢ Murid suka memperbanyakkan penggunaan perkataan seperti “apa
tu……”, “err……”.
➢ Ucapan murid biasanya dituturkan dalam keadaan terbalik ataupun silap.
➢ Mereka sering menterbalikan ayat, Cth: bapa topi. (topi bapa) serta
menambah dan mengurang sesuatu perkataan dalam ayat.

Memberi Penjelasan
➢ Murid-murid sukar menjelaskan sesuatu dengan menggunakan bahasa.
Merreka tidak dapat menggunakan bahasa (perkataan / frasa) yang betul
untuk menjelaskan suatu konsep atau fakta.
➢ Murid-murid suka menjawab @ menjelaskan jawapan yang tidak setampil
dengan soalan yang ditanya dan ketidakbolehan mereka dalam
mengeluarkan penjelasan yang lengkap dan baik walaupun mengetahui
jawapan tersebut.

Mempelbagaikan gaya berkomunikasi


➢ Semasa berkomunikasi, bukan bahasa sahaja aspek yang penting, gaya
berkomunikasi juga amat penting.
➢ Pendengar yang berbeza status, perlu menggunakan gaya yang berbeza
supaya dapat berkomunikasi dengan berkesan.
➢ Dalam aspek gaya berkomunikasi, ia juga merangkumi aspek pengunaan
bahasa.
➢ Semasa berkomunikasi, perlu menunjukkan gaya yang berpatutan dan
menggunakan bahasa yang tepat.
➢ Contohnya pada majlis rasmi, kita perlu menggunakan gaya yang formal
dan menggunakan bahasa yang lebih formal dan bersesuaian.

Menghasilkan mesej yang kompleks


➢ Murid yang bermasalah dalam bahasa, tidak akan dapat menghasilkan
mesej yang kompleks.
➢ Mereka hanya dapat menyatakan suatu mesej yang ringkas.
➢ Contohnya saya mahu makan.
➢ Mereka tidak dapat menghasilkan mesej yang kompleks seperti
melibatkan emosi, suatu yang abstrak, perasaan, suatu yang adjektif dan
sebagainya.
➢ Di dalam suatu ayat mesej sukar merangkumi dua atau lebih makna.

Memaklumkan sesuatu maklumat


➢ Tanpa menggunakan bahasa, ia adalah mustahil untuk menyampaikan
suatu maklumat yang lengkap.
➢ Bahasa adalah penting dalam menyampaikan suatu maklumat.
➢ Contohnya, jika seorang penyampai ingin menyampaikan suatu suatu
maklumat, penyampai perlu menggunakan bahasa yang betul supaya
pendengar dapat memahami maklumat yang ingin disampaikan.
www.keepandshare.com/doc/view.php?id=587498&da=y
http://www.blogger.com/feeds/8212937574644113700/posts/default?start-
index=26&max-results=25
Cheng Song Huat, Lai Choy. 2008. Kamus Perdana Edisi Ketiga. Selangor: United
Publishing House (M) Sdn. Bhd.
http://ain-sinarilmu.blogspot.com/2009/10/prinsip-prinsip-asas-intervensi-
bahasa.html

6. Prinsip-prinsip Intervensi Bahasa

Mempelajari perkara yang mudah kepada sukar


➢ Murid perlu diajar daripada perkara yang mudah kepada yang kompleks
dengan dikaitkan dengan bahasa.
➢ Guru memulakan intervensi bahasa dengan memperkenalkan perkataan
terlebih dahulu kepada murid. Kemudian diikuti dengan konsep atau
peraturan membina ayat mengikut urutan perkembangan bahasa yang
normal iaitu dari mudah kepada yang lebih sukar.
Mengajar perkataan asas kepada yang kompleks
➢ Guru perlu mengajari muridnya penggunaan perkataan baru yang biasa
digunakan dahulu dan tingkatkan penggunaan dalam konteks yang lebih
sukar, iaitu dari sedikit kepada banyak.
➢ Contohnya, guru mengajar murid dengan perkataan seperti ’bola, ayam,
baju’. Contoh-contoh tersebut adalah perkara yang paling biasa pada
murid dan merupakan objek yang di sekitar mereka.
➢ Kemudian, guru bolehlah mengajar yang lebih kompleks seperti imbuhan
dan perkataan yang lagi kompleks seperti perkataan majmuk.

Tajuk 2 Kemahiran Lisan

1. Definisi Kemahiran Lisan

DEFINISI KEMAHIRAN LISAN

➢ Lisan adalah pertuturan atau percakapan.


➢ Apabila seseorang bertutur, ia bukan hanya melibatkan kemahiran bertutur
sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran mendengar.
➢ Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu
mendengar dan bertutur.
➢ Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang itu perlu menguasai
kedua-dua kemahiran ini.
➢ Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran akan
mengalami masalah pertuturan juga. Malah bagi kes masalah pendengaran yang
teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak dapat bertutur langsung atau dikatakan
sebagai bisu.

➢ Mendengar:
• Mendengar adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-kanak
dalam perkembangan pemerolehan bahasanya.
• Lundsteen (1979) telah mendefinisikan mendengar sebagai satu proses
minda yang memberi makna kepada bahasa pertuturan.
• Berdasarkan definisi mendengar ini, Jalongo (1992) menyatakan bahawa
kemahiran lisan melibatkan tiga perkara penting, iaitu:
i. Pendengaran (Hearing) – iaitu proses fisiologikal yang merangkumi
ketajaman pendengaran atau keupayaan mendengar, dan persepsi
pendengaran iaitu keupayaan untuk membezakan bunyi-bunyi,
mengadun bunyi-bunyi, dan menyimpan urutan bunyi dalam
ingatan,
ii. Mendengar (Listening) – merupakan bentuk tingkah laku persepsi
iaitu memberi tumpuan, menjadi peka, dan memilih petunjuk-
petunjuk isyarat (cues) daripada persekitaran,
iii. Auding – iaitu tingkah laku pemahaman yang bermula daripada
pendengaran dan mendengar. Auding termasuklah memperoleh
makna daripada apa yang diudengar, menghubungkan bunyi
sesuatu yang sudah diketahui, menyusun, membayangkan, dan
menghargai apa yang didengar.

➢ Bertutur:
• Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada
alat sebutan (artikulator) ,ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam
suasana berbahasa manusia ( Kamarudin Hj. Husin, 1978).
• Kemahiran bertutur dikuasai oleh kanak-kanak hasil daripada meniru atau
mengajuk pertuturan orang dewasa di sekelilingnya.
• Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya akan menggalakkannya
mengulang-ulang perkataan yang disebutnya sehingalah ia dapat
menguasai pertuturan yang lebih kompleks.
• Apabila kemahiran bertutur sudah dikuasai, kanak-kanak akan mula
berinteraksi dengan orang lain di sekelilingya.
• Sebab itulah orang dewasa perlu menunjukkan model pertuturan yang
baik kepada kanak-kanak bagi membolehkan mereka bertutur dengan
berkesan.

2. Masalah Mendengar

 Dikriminasi auditori menyebabkan sukar belajar menggunakan kaedah fonetik.


 Ketidakupayaan membahagikan perkataan kepada suku kata atau bunyi.
 Tidak dapat membunyikan semula dan mengingati huruf dalam perkataan serta
tidak boleh menyebut perkataan bermakna.
 Kesukaran memahami bunyi berurutan dan mengubah urutan huruf semasa
menulis.

3. Strategi Mengatasi Masalah Mendengar

1. Membezakan bunyi:
✔ Mengenalpasti bunyi sama ada ia sama atau berbeza dengan bunyi yang
lain:
i. Membeza bunyi suara manusia dengan bunyi yang lain. Kemahiran
suprasegmental seperti nada panjang, pendek, tinggi, rendah
kekuatan bunyi yang kuat dan perlahan mula dipelajari. Mengguna
dua atau tiga benda maujud.
ii.Membezakan bunyi bunyi binatang / kenderaan / benda yang
mengeluarkan bunyi. Contoh, ayam kucing Nama ahli
keluarga/anggota badan / binatang / tumbuhan / benda
persekitaran (1 suku kata) bas, jam,pen,bom 1-2 suku kata mata,
ibu dan ayah 1-3 suku kata kereta, kerusi, kelapa 1-4 suku kata
matahari, serigala.

2. Mengecam bunyi/perkataan:
✔ Memahami bahawa setiap bunyi membawa maksud tertentu. Sudah
mengenal objek yang diminta dan memahami arahan ringkas.
✔ Menggunakan 4 hingga 8 benda maujud / gambar bunyi binatang /
kenderaan / benda yang mengeluarkan bunyi. Contoh: miaw, kok kok.
✔ Nama ahli keluarga / tumbuhan / benda persekitaran / anggota tubuh (1-2
suku kata), sama ada (1-3 suku kata) – telefon, sama ada (1-4 suku kata)
– pembaris, matahari.
✔ Benda yang mempunyai 2 perkataan / frasa, contoh: surat khabar, cermin
mata, baju kotor, pen biru, bola kecil dan lain-lain.

Sumber rujukan:
http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/kemahiran-lisan.html
http://www.slideboom.com/presentations/93362/TERAPI-PERTUTURAN
http://www.slideboom.com/presentations/93684/Disleksia

4. Masalah Bertutur

1. Auditori Visual
Visual dan pemprosesan pendengaran adalah proses pengakuan dan
menafsirkan maklumat yang diambil dalam melalui indera penglihatan dan suara.
Istilah, pemprosesan "visual dan pendengaran" dan "persepsi visual dan
pendengaran", seringkali digunakan bergantian. Meskipun ada banyak jenis
persepsi, dua bidang paling umum dari kesulitan terlibat dengan
ketidakmampuan belajar visual dan persepsi auditori. Karena begitu banyak
maklumat di kelas dan di rumah disajikan secara visual dan / atau secara lisan,
anak dengan gangguan pendengaran atau persepsi visual dapat di kedudukan
yang kurang menguntungkan dalam situasi tertentu. Maklumat berikut ini
menggambarkan dua jenis gangguan, implikasi pendidikan mereka, beberapa
intervensi dasar dan apa yang harus dilakukan jika ada masalah disyaki.
Visual pemprosesan gangguan
Sebuah pemprosesan visual, atau persepsi, gangguan merujuk pada
kemampuan terhalang untuk memahami maklumat yang diambil melalui mata.
Hal ini berbeza dari masalah yang melibatkan penglihatan atau ketajaman visi.
Kesulitan dengan pemprosesan visual mempengaruhi bagaimana maklumat
visual diinterpretasikan, atau diproses oleh otak.

2. Auditori Memori
Memori auditori adalah kemampuan untuk memproses maklumat yang disajikan
secara lisan, menganalisis secara mental dan menyimpannya menjadi ingatan
kemudian. Mereka yang mempunyai kapasiti yang kuat untuk memori
pendengaran disebut pelajar pendengaran. Kemampuan untuk belajar dari
arahan lisan dan penjelasan adalah kemahiran asas yang diperlukan sepanjang
hidup.

Kanak-kanak dengan kemahiran belajar lemah pendengaran sering mengalami


kesulitan memahami apa ertinya kata-kata, dan boleh menunjukkan pemahaman
yang tertunda bahasa. Hal ini kerana phonics memerlukan memori jangka
pendek pendengaran bagi kanak-kanak untuk mengingati kata dan sepotong
suara mereka bersama-sama untuk membentuk kata-kata. Selanjutnya, kerana
ramai anak-anak menghadapi, masalah dengan belajar auditori ini, cenderung
kepada memakan masa yang lebih lama untuk belajar membaca, dan
penangguhan ini dapat dinampak pada kemudian hari dengan mengahadapi
masalah membaca dan kemahiran menulis.

5. Strategi Pengajaran-Pembelajaran Bertutur

Latih tubi
Teknik latih tubi adalah merupakan pengulangan fakta- fakta atau kecekapan yang
diajar. Tujuannya teknik ini diajar ialah untuk mencapai taraf kemahiran tersebut atau
untuk melekatkan sesuatu perkaitan supaya menjadi kekal. Teknik ini perlu dielakkan
dalam pengajaran mata pelajaran sains atau mata pelajaran yang bercorak
kemasyarakatan, kerana latih tubi dalam mata pelajaran ini akan menggalakkan
hafalan. Amat sesuai untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti melukis peta,
menyebut perkataan, atau mengingat fakta-fakta yang terpenting .Terdapat beberapa
kelemahan dalam menggunakan teknik latih tubi ini antaranya ialah mengehadkan
kebebasan berfikir dan daya kreatif murid dalam sesuatu tugasan dan mungkin akan
menimbulkan satu situasi yang sangat membosankan kepada murid-murid. Seterusnya
ialah maklumat yang diberikan adalah bersifat tidak kekal sekiranya tidak digunakan
secara berterusan. Kelemahan yang seterusnya ialah akan menjadikan pembelajaran
sebagai satu tindakan mekanikal.

Soal jawab
Strategi soal jawab merupakan strategi yang berpusatkan pelajar iaitu berfokuskan
kepada bentuk-bentuk komunikatif seperti meminta maaf, bercerita, melapor dan lain-
lain. Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari. Melalui pendekatan ini,
penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah bagi tujuan komunikasi.
Pendekatan ini wujud disebabkan didapati pendekatan yang lain lebih mementingkan
penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan
yang terkeluar daripada konteks wacana. Hasilnya, pelajar tidak menguasai kecekapan
berkomunikasi. Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh
guru agar pelajar dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi
antaranya ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah
merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid mengunakan bahasa dalam
berkomunikasi.

Nyanyian
Strategi ini merupakan strategi yang berpustkan pelajar iaitu menyerapkan bahasa yang
hendak diajar kepada lyric music yang digemari oleh murid. Ini dapat membolehkan
murid lebih mengingati tentang pengajaran yang diajar seterusnya lebih berfokus
kepadan apa yang diajar. Strategi ini juga dapat mengukuhkan peringatan murid .

Choral Speaking
Berbicara merupakan kompetisi paduan suara yang diadakan oleh kementerian
pendidikan. kompetisi ini bertujuan untuk menggalakkan dan meningkatkan
penggunaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Hal ini membangun rasa percaya diri
pelajar untuk bercakap, membuat, menghafal dan exprss dalam Bahasa Inggeris

Speaking gabungan suara adalah tafsiran puisi atau menimbulkan kumpulan-kumpulan,


yang terdiri dari apa pun dari setengah lusin hingga seratus speaker. Ini melibatkan
penggunaan penuh dan bervariasi dari suara individu membentuk kumpulan.
Kemungkinan pembahagian kumpulan suara utuh ke dalam terang dan gelap, lantang
dan tidak lantang, lelaki dan perempuan,dan sebagainya. Individu suara mungkin
digunakan sebagai solo.

Perbualan
• Aktiviti perbualan kebiasaannya dilakukan berdasarkan sesuatu tajuk.
• Teknik perbualan bertujuan melatih murid berkomunikasi secara sosial seperti
berbual melalui telefon.
• Perbualan hendaklah berkisar tentang perkara yang berlaku dalam kehidupan
mereka setiap hari.
• Murid-murid boleh diminta bercakap tentang ibu atau bapa, kawan, hobi,
permainan, dan sebagainya.
• Perbualan boleh berlangsung antara guru dengan murid atau sesama murid.
Tajuk yang guru tetapkan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid supaya
mereka dapat berbual tentang tajuk itu.
• Guru menjalankan aktiviti perbualan sebaik-baiknya berdasarkan sesuatu tajuk.
Kemungkinan tidak semua murid akan dapat peluang berbual dengan guru
tersebut, oleh kerana itu bolehlah guru menyusun atau meminta murid-murid
sendiri memilih kawannya.
• Dalam masa perbincangan dengan guru, tidak semestinya murid itu sendiri yang
menceritakan hal dirinya atau keluarganya atau lain-lain mengikut tajuk yang
telah ditetapkan tetapi murid yang dilawan berbual itu akan menceritakan semula
apa yang telah diceritakan oleh rakan bualannya itu.
• Ketika murid bercerita atau selesai bercerita, guru menyusun strategi:
1. Guru menyenaraikan isi-isi yang telah disebutkan oleh murid-murid dalam
perbualan itu.
2. Pilih satu daripada isi penting yang terdapat dalam senarai itu untuk
dibincangkan dengan secara lebih mendalam. Sebaiknya guru merancang tajuk
dan jika tajuk itu tidak disebut oleh murid, guru bolehlah kemukakan soalan yang
boleh menerbitkan tajuk yang dirancangkan itu.

Puppet
• Teknik Boneka dikenali juga sebagai teknik patung atau ”puppet”.
• Teknik ini adalah antara teknik yang sangat digemari oleh kanak-kanak kerana
pergerakan boneka dan dialog dalam lakonan boneka ini sangat menarik dan
menghiburkan.
• Ada kanak-kanak berkeperluan khas yang pendiam tetapi akhirnya mahu
bercakap setelah gurunya menggunakan boneka untuk bercakap dengannya dan
dia juga menggunakan boneka untuk menjawab soalan guru tadi.
• Guru boleh menyediakan berbagai-bagai jenis boneka seperti boneka kayu,
boneka sarung tangan, boneka tali, boneka piring dan sebagainya.
• Namun, boneka yang dibuat oleh murid sendiri adalah lebih bermakna kepada
mereka.
• Bagi mencapai objektif pengajaran lisan, guru hendaklah memberi peluang
muridnya bercakap atau berlakon dengan menggunakan boneka sesama
mereka.
Pemintal Lidah
• Latih tubi pemintal lidah sangat penting untuk melatih kanak-kanak menyebut
sesuatu bunyi dengan betul dan tepat. Latih tubi jenis ini hanya menumpukan
kepada bunyi tertentu yang menjadi masalah kepada kanak-kanak menyebutnya.

Contoh:
a) Masalah menyebut fonem /p/
Pandang pandan tepi pagar depan padang

b) Masalah menyebut fonem /s/ di awal perkataan


( contoh yang sangat popular digunakan dalam bahasa Inggeris)
She sells sea shells at the sea shore. The shells she sells are sea shore shells.

http://iptaa.edu.my/Portal/download/Bahasa%20Melayu%20Pend
%20Rendah/ModulPGSRBMM3104/2.pdf

Tajuk 3 Kemahiran Membaca

1. Definisi dan Konsep Membaca

2. Kesediaan Membaca

Definisi Kesediaan Membaca


➢ situasi yang wujud dalam diri seseorang individu yang memungkinkannya untuk
belajar atau mungkin melibatkan ciri-ciri yang menghalang pembelajarannya.

Konsep Kesediaan Membaca

➢ Kemampuan seseorang untuk menerima pengajran dari segi mental, emosi dan
fizikal.
➢ Mengikut Bruner (1966), kesediaan belajar merujuk kepada apa jua perkara yang
dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila–bila
peringkat perkembangan.
➢ Piaget (1966) mengaitkan kesediaan belajar dengan peringkat pembelajaran
mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu peringkat deria motor (0-2
tahun), peringkat pra-operasi (2-6 tahun), peringkat operasi konkrit (7–12 tahun)
dan peringkat operasi formal (selepas 12 tahun).

➢ Secara luas, kesediaan membaca melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu


peringkat bacaan dimulakan, sama ada di peringkat mendirikan asas,
mengukuhkan asas mahupun peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi.
➢ Secara khusus, iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan
sebarang aktiviti bacaan, kesediaan membaca merangkumi kebolehan fizikal,
emosi dan mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan asas.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Membaca

➢ Kematangan
Kematangan ialah salah satu daripada faktor kesediaan
pembelajaran.Kematangan boleh merupakan kematangan fizikal, kematangan
intelek, kematangan sosial dan kematangan emosi. Kesemua sifat-sifat ini
memang sedia ada di dalam diri setiap pelajar. Ia merupakan faktor-faktor asas
yang mempengaruhi proses pembelajarannya.

➢ Pengalaman
Kesediaan murid untuk belajar di sekolah bukan sahaja bergantung kepada
kematangan, tetapi juga jenis pengalaman pendidikan. Pengalaman yang
disusun rapi dapat menolong kanak-kanak mempunyai kesediaan yang teratur
dalam mata-pelajaran tertentu.

➢ Persekitaran
Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman bermakna
akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca. Sebagai
contoh, kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak
lahir, sentiasa melihat orang di sekeliling membaca dan ada pula orang yang
membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia membaca
berbanding dengan kanak-kanak sebayanya yang tidak mendapat peluang yang
sama.

➢ Keadaan fizikal
Keadaan fizikal merujuk kepada keadaan mata, telinga, dan organ pertuturan
yang sempurna.

➢ Emosi, motivasi, dan sahsiah


Keadaan rumah tangga dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan
emosi, motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu
bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak.

➢ Kecerdasan
Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat mempengaruhi
kemahiran membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat
menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-
kanak lain yang sebaya dengannya.

➢ Pengamatan
Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat, iaitu daya
diskriminasi penglihatan dan pendengaran. Semasa membaca, kanak-kanak
perlu mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf.

➢ Penguasaan Bahasa
Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar
kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana
bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran, perasaan, kehendak, dan
sebagainya semasa berkomunikasi.

Faktor-faktor yang Menghalang Kesediaan Membaca

➢ Konsep kematangan mental


– Gangguan kepada mental akan mengakibatkan masalah kepada kebolehan
membaca

Aspek Kemahiran Kesediaan Membaca

➢ Bagi kanak-kanak yang belum didedahkan dengan dengan aktiviti bacaan,


kesediaan membaca merangkumi,
○ Kebolehan fizikal
– Keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang akan
diajarkan.
○ Kebolehan emosi
– Minatnya terhadap bahan-bahan bacaan terutama buku cerita dan akan
mendengarnya.
○ Kebolehan mental
– Keupayaannya mengingat apa-apa yang akan diberitahu

Sumber Maklumat:

http://www.scribd.com/doc/12950789/konsep-kesediaan-membaca

http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/pengajaran-kemahiran-bahasa-melayu_19.html

http://www.scribd.com/doc/19688863/Konsep-kesediaan-membaca
http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaran

http://www.scribd.com/doc/20747438/BONEKA-SIAP

3. Faktor-faktor yang mempengaruhi Kemahiran Membaca

Kognitif

Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat mempengaruhi kemahiran


membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran
membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya
dengannya.

Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat, iaitu daya


diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran. Semasa membaca kanak-
kanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf. Oleh itu,
kanak-kanak yang lebih mahir dalam bahasa dapat mempengaruhi kemahiran
membacanya.

Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran
membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat
manusia melahirkan fikiran, perasaan, kehendak ,dan sebagainya semasa
berkomunikasi.

Persekitaran

Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman bermakna akan


dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca serta meningkatkan
kemahiran membaca mereka. Misalnya mendengar cerita, lawatan ke perpustakaan
atau ke kedai buku, ibu bapa yang kerap berbual dengan anak mereka, dan
sebagainya.

Keadaan rumah tangga yang dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan
emosi, motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa
boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak. Dengan ini, secara tidak
langsungnya mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak.
Persekitaran rumah banyak memainkan peranan dalam menguasai kemahiran
membaca. Ini termasuklah tahap pendidikan ibu bapa, kegiatan sosio budaya,
pendapatan, kestabilan sosio-ekonomi, corak interaksi dan komunikasi ke atas
pembelajaran.
Ahli keluarga khususnya ibu bapa dan adik-beradik yang lebih tua merupakan role
model dalam membina tingkah laku, tabiat dan sikap suka membaca dalam kalangan
kanak-kanak. Oleh itu, rumah yang diisi dengan majalah, surat khabar dan buku
mempunyai dorongan untuk meningkatkan kemahiran membaca anak-anak.
Persekitaran sekolah juga boleh mempengaruhi kebolehan membaca kanak-kanak.
Sekolah yang menyediakan persekitaran yang sesuai bagi membaca boleh
memberikan kesan psikologi kepada pelajar supaya gemar membaca dan
meningkatkan kemahiran membaca.
Peranan guru dalam mengendalikan bilik darjah banyak mempengaruhi kemahiran
membaca murid, termasuklah :
a. Pemilihan bahan
b. Jenis soalan yang ditanya
c. Jenis maklum balas yang diberi
d. Suasana pembelajaran
e. Dorongan
f. Pengukuhan yang digunakan.
Apabila bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar menarik minatnya, ini memberikan
respon yang positif dan mudah baginya memberikan tindak balas. Dengan ini, mereka
dapat menguasai kemahiran membaca.
Budaya

Budaya dikaitkan dengan tingkah laku dan kebudayaan yang dihasilkan oleh kumpulan
budaya itu seperti seni, bahasa, muzik, makanan, aktiviti membaca dan sebagainya.
Pihak sekolah yang menitikberatkan budaya membaca dapat mempengaruhi kemahiran
membaca murid-murid. Budaya ini diamalkan pada setiap guru dan murid agar
peningkatan berlaku. Misalnya, setiap hari pada waktu 10 minit sebelum kelas bermula,
guru mengalakkan murid membaca bahan bacaan dan semakin lama budaya ini boleh
mempengaruhi kemahiran membaca murid.
Sosioekonomi

Sosioekonomi lebih ditujukan kepada tanggungjawab ibu bapa. Pendapatan ibu bapa
berkait rapat dengan pembelajaran kanak-kanak termasuklah kemahiran membaca
mereka.

Sememangnya, keluarga yang lebih berpendapatan boleh menyediakan kemudahan


yang mencukupi untuk meningkatkan kemahiran membaca anak mereka. Misalnya,
memberi tuition, membeli buku rujukan, membeli alat elektronik yang mengajar
pembacaan, prasarana dan suasana yang selesa untuk membaca dan lain-lain lagi.
Semua ini dapat meningkatkan kemahiran membaca anak-anak.

Bahan Rujukan:

http://cikguhaidi.wordpress.com/2009/10/15/strategi-pengajaran-dan-pembelajaran-
bahasa-melayu-part-5/
http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/tajuk-5-kemahiran-membaca-pengenalan.html

4. Masalah dalam Membaca

PENGENALAN
Masalah membaca di kalangan murid sekolah bukanlah perkara luar biasa lagi
walaupun mereka telah mengikuti pembelajaran bacaan terutamanya dalam pelajaran
mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran membaca adalah merentas semua mata
pealajaran dan kelemahan dalam kemahiran membaca akan menyebabkan pencapaian
rendah dalam pelajaran di sekolah .

Adalah menjadi tugas guru mengesan kelemahan membaca muridnya dan seterusnya
menjalankan pengajaran pemulihan bacaan dengan segera. Berbagai-bagai kaedah
dan teknik mengajar bacaan boleh digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan.
Kaedah dan teknik mengajar bacaan yang digunakan oleh guru hendaklah sesuai
dengan kebolehan membaca murid.

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan jenis kesalahan bacaan, punca masalah
membaca, dan seterusnya kaedah-kaedah mengajar bacaan Bahasa Melayu. Bagi
mengajar kanak-kanak berkeperluan khas, guru hanya perlu sesuaikan kaedah-kaedah
ini dengan keupayaan murid-murid.

Masalah Bacaan
Masalah bacaan di kalangan pelajar sekolah sekarang mendapat perhatian umum.
Kerisauan tentang masalah ini bukan hanya pada ibu bapa dan guru-guru sahaja malah
sudah hingga ke peringkat pemimpin tertinggi negara . Berbagai-bagai usaha telah
dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri, dan peringkat nasional. Satu usaha
terbesar yang dilaksanakan adalah KBSR yang bermatlamatkan kecemerlangan
pendidikan sekolah rendah, dan diikuti dengan KBSM di sekolah menengah.

Namun selepas fasa pertama KBSM,didapati ramai pelajar kita yang masih gagal
menguasai 3M. Hakikat ini diakui dalam seminar Kebangsaan KBSR pada 1989 yang
merumuskan;

Pelaksanaan Program Pemulihan dan Pengayaan dalam kelasKBSR tidak mencapai


tahap yang dijangkakan – menyebabkan terdapat sebilangan kanak-kanak tidak dapat
menguasai kemahiran asas 3M hingga ke peringkat tahap II persekolahan rendah dan
di peringkat persekolahan menengah.

Keadaan ini amat menakutkan apabila semakin ramai pelajar kita yang gagal membaca
walaupun sudah memasuki sekolah menengah. Sebagai usaha untuk memulihkan
masalah bacaan murid di sekolah randah, Kementerian Pelajaran telah
memperkenalkan pprogran Kelas Intervensi Membaca dan Menulis atau KIA2M.

Jenis Masalah Bacaan


Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat melalui aktiviti bacaan
nyaring, manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan
kefahaman.

Antara masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah seperti berikut:

a) membuang/meninggalkan (omission)
Bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya ”buah”
disebut ’uah”, ”kering” disebut ”kerin”. Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan
semasa membaca, seperti;
”Buku itu sangat tebal. ” dibaca sebagai ”Buku itu tebal”.
Manakala meninggalkan imbuhan adalah seperti ”mengandungi” disebut ”mengandung”
dan sebagainya.

b) Ulangan (repetition)
Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan
mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap.

c) Gantian (substitute)
Menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca, misalnya ”ladang” disebut
”lalang”. Manakala terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan lain sehingga
boleh mengubah maksud ayat.

d) Tambahan (insertion)
Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca, misalnya “buah” disebut
“buwah”. Manakala penambahan perkataan berlaku seperti berikut;

”Saya suka makan rojak.” dibaca sebagai ” Saya sangat suka makan rojak.”

e) Pembalikan (reversals)
Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara terbalik atau songsang.
Contoh ;
”Bala” disebut ”laba”, manakala pembalikan perkataan dalam ayat berlaku apabila
perkataan diubah kedudukannya, contoh: ”Dia makan nasi” dibaca sebagai ” Dia nasi
makan”, dan begitu juga dengan pembalikan frasa.

f) Tidak kenal huruf


Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak gagal
membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan menyebut
sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu
tidak bermakna atau berlainan
makna.

g) Salah sebutan

Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau tidak tahu
membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam
konteks ayat berkenaan.

Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca
dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu
memerhati tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca yang boleh
menunjukkan murid itu bermasalah dalam bacaan.Antara tingkah laku yang kerap
ditunjukkan adalah seperti berikut:

a) membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan,
b) bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar,
c) teragak-agak (hesitation) - teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum
menyebut sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak pasti
akan bacaannya,
d) membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan,
e) membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak,
f) menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca,
g) tingkah laku yang tidak selesa seperti mengejip-ngejip mata, mengerut
dahi, menggeleng kepada, dan sebagainya,
h) Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau ”blurring”,
i) kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan,
j) cuba mengelak daripada aktiviti membaca, dan
k) tidak boleh membaca langsung.

Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh
murid-muridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid berkenaan
menghadapi masalah dalam bacaan.

Lemah daya ingatan


Ingatan di otak kadang kala mendatangkan masalah seperti sel-sel di otak tidak dapat
berhubung antara satu sama lain. Ia mungkin juga disebabkan oleh kecederaan yang
pernah di alami oleh pesakit samaada kemalangan mahupun kecederaan terhantuk
benda yang keras.
Simptom:
1. Semakin lemah daya ingatan/ lupa
2. gagal mengenalpasti objek
3. Masalah emosi seperti kemuringan dan depresi
4. Rasa janggal di tempat yang biasa dilawati
5. Hilang kemampuan jasmani
6. Tidak mengendahkan kebersihan diri
7. Tidak berminat dengan pelajaran/ pekerjaan

Faktor-faktor penyebab:

1. kecederaan kepala
2. Penyakit tarik sawan
3. Trauma
4.Genetik
5. Pemakanan

Menambah perkataan

-Tertinggal atau menambah perkataan semasa membaca

-Penambahan seperti bulan-bulang,ikan-ikang dan sebagainya

Mengulang perkataan

-semasa membaca berulang-ulang perkataan dalam sesuatu ayat

Mengeja semasa membaca

-Teragak-agak semasa membaca

-Menunjuk teks bacaan dengan jari ketika membaca

-Tidak berupaya membaca ayat yang panjang ~ was-was dan kurang yakin salah atau
betul.

-Kemajuan pembacaan yang lemah

5. Kaedah Membaca

Kaedah bunyi
1. Kanak-kanak seawal usia 3 tahun dapat mengecam dan membezakan bunyi-bunyi
dan bentuk-bentuk pada usia ini. Oleh itu dengan teknik yang betul anak-anak dapat
mengenal bunyi dan mengaitkan bunyi tersebut dengan bentuk huruf yang ditunjukkan
dengan cepat.

2. Anak-anak dapat menyebut bunyi ‘aa’ apabila melihat huruf ‘a’ (nama huruf ‘ei’) dan
bunyi ‘ii’ apabila melihat huruf ‘e’. Sehubungan itu, apabila anak-anak melihat huruf
‘ani’, dia akan menyebut bunyi ‘aa’ ‘nn’ ‘ii’ (iaitu bunyi ani) bukannya ‘ei’ ‘en’ ‘ai’ (bunyi
enai).

3. Beberapa teknik mengajar bunyi boleh dilakukan oleh ibu bapa tetapi kaedah
asosiasi adalah yang terbaik. Melalui kaedah asosiasi, bunyi ‘aa’ tersebut boleh
dikaitkan dengan aksi terkena api. Jadi buat aksi orang terkena api sambil menjerit
‘aaaaaaa panasnya!’ Melalui asosiasi ini anak dapat mengingat dan menyebut bunyi
dengan lebih berkesan, cepat dan berkekalan.

Guru tidak perlu memperkenalkan semua bunyi sekaligus dan hanya beberapa bunyi
asas terlebih dahulu. Sila dapatkan siri cepat membaca Bacalah Anakku yang telah
disusun secara sistematik dalam pemilihan bunyi-bunyi huruf yang sesuai terlebih
dahulu. Dengan mengikut susunan siri ini, anak dapat menguasai bunyi dengan lebih
teratur dan berkesan. Oleh sebab laras bahasa Melayu terbina daripada gabungan
huruf konsonan dengan huruf vokal ‘a’ ‘i’ dan ‘u’ lebih kerap, wajarlah bunyi-bunyi ‘a i u’
diperkenalkan dahulu. Lebih-lebih lagi bunyi-bunyi ini lebih senang disebut oleh kanak-
kanak. Seterusnya bunyi-bunyi konsonan lain diperkenalkan satu persatu , contohnya
‘b’ ‘n’ ‘m’ ‘s’ dan ‘k’.

Seterusnya, dengan berpandukan siri cepat membaca Bacalah Anakku, ajar anak-anak
membaca gabungan huruf konsonan dan vokal yang diajarkan , contohnya ‘b’ dan ‘a’ ‘i’
dan ‘u’ untuk membaca ‘ba’ ‘bi’ dan ‘bu’. Melalui kaedah fonetik, anak-anak tidak akan
mengeja ‘ba’ menjadi “ba” ; tidak juga menghafal suku kata ‘ba’; tetapi mereka
membaca dengan menggabung-gabungkan bunyi ‘beh’ (bagi huruf ‘b’) dan ‘aa’ (bagi
huruf ‘a’).

http://readnetwork.com/index.php?option=com_content&view=article&id=148:ajar-anak-
anda-membaca-bagaimana-menggunakan-kaedah-fonetik-bahagian-
1&catid=57:tips&Itemid=30

Kaedah fonik
1. Menurut Azman Wan Chik, kaedah fonik adalah untuk mengajar murid melihat
hubungan antara simbol (huruf) dengan bunyi supaya kemudian mereka dapat
membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baharu yang mereka jumpa.
2. Bunyi-bunyi huruf diajar. Ertinya lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya.
Contoh : “a” dibunyikan ‘aaaa…..’, “u” dibunyikan ‘uuuu…….’.
3. Setelah tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina.
Misalnya, ‘ba’, ‘da’, ‘tu’ dan sebagainya.
4. Seterusnya, digabungkan suku kata ini menjadi perkataan seperti ‘baba’, ‘batu’, ‘ibu’
dan sebagainya.
Kaedah abjad
1. Menurut Azman Wan Chik (1993), kaedah abjad dianggap sebagai kaedah nama-
nama huruf yang digunakan di dalam tulisan Melayu iaitu A, B, C, hingga Z.
2. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf secara mengikut turutan bermula
dari A hingga Z.
3. Teknik pengajaran dimulakan dengan guru menunjukkan kad abjad kepada murid
dan guru menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untuk memperkenalkannya
kepada murid.
4. Kemudian, sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta murid
untuk mengenalpasti dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan bantuan
guru.
5. Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad
ditunjukkan.
6. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenalpasti dan menulis abjad-abjad
yang telah diajar.
7. Seterusnya, guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitam. Guru akan
memilih murid secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad kad di papan
hitam berdasarkan apa yang disebut oleh guru.
8. Selepas itu, murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masing-masing.
Guru akan menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan
menulisnya dalam buku.
http://cikgufais.wordpress.com/2009/09/10/kaedah-pengajaran-bacaan/

Kaedah seluruh/seluruh perkataan/pandang dan sebut

✔ Menyebut keseluruhan perkataan tanpa mengeja menurut suku kata.


✔ Pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa
(sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita
seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya.
✔ Perkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya.
Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan
yang murid belajar secara pandang (visual). Kaedah ini tidak menggunakan
aktiviti mengeja sama sekali.
✔ Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak
menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf
dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut.
Misalnya bagi perkataan ”rumah”, guru boleh membantu murid dengan
menyebut bunyi huruf ”r” iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata
[ ru ].
✔ Dasar kaedah ini ialah menggunakan perkataan dari mulanya tanpa
mengenalkan dan menghafalkan huruf-huruf abjad terlebih dahulu.
Perkataan-perkataan yang diperkenalkan itu disertakan dengan gambar.
Kaedah ini mementingkan bunyi perkataan atau rangkaikata berdasarkan
pengalaman melalui gambar dan bunyi ayat atau cerita berdasarkan
gambar.
✔ Kanak-kanak dilatih melakukan dua kemahiran dalam satu masa, iaitu
menyebutkan keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap
rangsangan berbentuk gambar.
✔ Guru kerap kali menunjukkan seluruh perkataan-perkataan seiring dengan
gambar-gambar yang dilambangkannya. Contohnya, perkataan “bunga”
ditulis di tepi atau di bawah gambar bunga. Kadang-kadang ini boleh
digunakan sebagai kad-kad imbasan.
Kaedah suku kata

✔ Kaedah suku kata ini tidak memerlukan murid-murid untuk mengeja atau
membatangkan ejaan. Murid-murid hanya perlu mengecam dan menghafal
tulisan dan gabungan bunyi dua, tiga atau empat huruf lalu menyebut terus.

✔ Contohnya;

ba bi bu be bo (untuk 2 huruf)
ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf)
bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf)

Kaedah pelbagai deria/ kaedah VAKT


VAKT:
V - visual ( penglihatan )
A - audio ( pendengaran )
K - kinesthetic ( pergerakan )
T - tactile ( sentuhan )

✔ Kaedah ini berpegang kepada prinsip “rangsangan” dalam pembelajaran dan


berdiri atas Premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif
akan mengukuhkan pembelajaran .

✔ Langkah-langkah pengajaran adalah seperti berikut:


a. Kaedah ini menggunakan surihan (tracing)’ untuk mengajar bacaan.
b. Guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4” x 10”. ( menggunakan
krayon )
c. Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu.
d. Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf dibuat
daripada kertas pasir, menggunakan talam berpasir/lumpur, mewarna dengan
jari, huruf timbul yang besar dan lain-lain.

✔ Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT, murid hendaklah:


a. lihat huruf (V)
b. dengar guru sebut huruf (A)
c. menyebut huruf (A)
d. dengar huruf yang disebut (A)
e. rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K)
f. rasa permukaan huruf dengan hujung jari (T)
g. lihat pergerakan tangan semasa tracing (V)
h. dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat surihan (A)

Kaedah pembelajaran masteri


✔ Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran
yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit
pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang
mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

✔ Kaedah P&P untuk Pembelajaran Masteri:

1. Tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang terbaik untuk pembelajaran masteri
kerana pelajar berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai gaya
pembelajaran yang berlainan.

2. Kaedah atau aktiviti p&p yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah
kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan
menyeronokkan.

3. Jadi guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti p&p
yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran
pelajar anda.

4. Berikut ialah kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada guru iaitu guru
yang melalukannya:

• Syarahan
• Penerangan
• Penjelasan
• Huraian
• Demonstrasi
• Bercerita
• Pembacaan
• Memberi nota

5. Kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada pelajar di mana pelajar yang
melakukannya ialah:
• Soal jawab
• Latih tubi
• Bercerita
• Membuat latihan
• Penerangan, penjelasan, huraian
• Perbincangan
• Inkuiri
• Penemuan
• Bacaan
• Sumbang saran
• Demostrasi oleh pelajar
• Kerja amali
• Eksperimen
• Projek
• Kuiz
• Penyelesaian masalah
• Reka cipta
• Pembelajaran koperatif atau kerja kumpulan
• Main peranan
• Lakonan
• Simulasi
• Membuat nota sendiri
• Lawatan
• Pengajaran berprogram
• Pembelajarean berbantu komputer
• PAK (Pembelajaran Akses Kendiri)
6. Guru harus ingat bahawa setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan
dan kekurangan.

Kaedah lain yang sesuai


 Kaedah Eklektik
✔ Kaedah ini adalah kaedah campuran – campuran kaedah-kaedah mengikut
kesesuaian murid, situasi bilik darjah dan bahan-bahan bacaan yang digunakan.
Ada yang menggunakan penujuan sintetik, ada penujuan analitik dan ada pula
penujuan sintetik-analitik.

✔ Terdapat pelbagai lagi jenis Kaedah Eklektik ini. Bagi bahasa Melayu, kesan
yang didapati apabila seseorang menyebutkan Kaedah Eklektik ini, ialah seolah-
olah mereka memikirkan kaedah ini adalah yang paling sesuai untuk mengajar
membaca bagi kanak-kanak Melayu kita.

✔ Kemudian jika diperhatikan betul-betul cara kaedah ini diterapkan, agak banyak
yang mengajar kurang sistematik. Jadi kerap kali kaedah ini menjadi akedah
cacamurba, kerana asas gabungan itu kurang diperhatikan.

✔ Apa yang harus difikirkan dan diciptakan ialah kaedah mengajar ‘eklektik’ tetapi
sistematik, yang mengambil perhatian keistimewaan sifat-sifat ejaan bahasa
Melayu, struktur suku-katanya, dan tatabahasanya di suatu pihak, dan keadaan
pembelajaran murid-murid Melayu di pihak lain. Maksudnya kita harus
menciptakan Kaedah Eklektik yang sesuai untuk mengajar membaca bahasa
Melayu sebagai bahasa pertama; tetapi kaedah itu haruslah sistematik.

LAMAN WEB :
1.http://www.scribd.com/doc/4853453/PBK-kemahiran-bahasa
2.http://www.docstoc.com/docs/22588752/bahasa-kanak-kanak
3.http://www.scribd.com/doc/20747438/BONEKA-SIAP
4.http://www.scribd.com/doc/3392892/Pembelajaran-Masteri

5.http://blog.cepatbaca.com.my/20070808/jom-kenali-kaedah-mengajar-
membaca-sukukata/
6.http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/masalah-membaca.html
7.http://sharidah-mimi.blogspot.com/2009/12/strategi-pengajaran-bacaan.html
8.http://www.teachersrock.net/masteri3.htm

Tajuk 4 Kemahiran Kefahaman

1. Definisi Kefahaman

1. Keupayaan (kemampuan) memahami, faham tidaknya (seseorang) akan sesuatu


yang dipelajari (dibaca dan sebagainya)

2. Hal faham akan sesuatu; keupayaan memahami sesuatu

3. Berkaitan dengan kognisi

2. Tahap Kefahaman

Selain masalah bacaan nyaring, kanak-kanak juga menghadapi masalah memahami


apa yang dibaca. Masalah tidak memahami isi bahan bacaan tentu akan mengganggu
proses pembelajaran murid berkenaan. Guru dapat mengesan masalah memaham di
kalangan muridnya berdasarkan pemerhatian dan juga melalui aktiviti-aktiviti soal
jawab, kuiz, menceritakan semula, merumus petikan, dan sebagainya.

1. Memahami maksud perkataan dan ayat


2. Membuat urutan idea
3. Hubungan sebab dan akibat
4. Membuat andaian
5. Membuat tafsiran/ andaian

Antara masalah dalam kefahaman bacaan adalah:


i) gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti
selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap, dan sebagainya,
ii) tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya dalam ayat
“Panjatlah lagi pokok itu.” yang bermaksud melarang seseorang daripada memanjat
pokok,
iii) gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam
bahan bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca,
iv) lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang
dibaca,
v) gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca,
vi) tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam
bahan yang dibaca,
vii) tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah, dan sebagainya
dalam buku.

Masalah pemahaman bacaan akan menjejas pencapaian dalam pelajaran secara


keseluruhannya sama ada di sekolah rendah atau di sekolah menengah.
Masalah pemahaman kanak-kanak boleh diatasi melalui beberapa aktiviti pengajaran
yang boleh merangsang pemahaman mereka terhadap bahan yang dibaca. Antaranya
adalah seperti melatih mereka membuat pemetaan semantik atau peta konsep, carta
alir terutamanya untuk melatih membuat urutan peristiwa, membuat carta organisasi,
menggunakan kamus untuk mendapatkan makna perkataan, dan yang paling penting
adalah melalui teknik penyoalan seperti teknik soalan 5WH (what, who, , where,
when,why, dan how).

3. Strategi Pengajaran-Pembelajaran Kefahaman


Masalah pemahaman kanak-kanak boleh diatasi melalui beberapa aktiviti pengajaran
yang boleh merangsang pemahaman mereka terhadap bahan yang dibaca. Antaranya
adalah seperti melatih mereka membuat pemetaan semantik atau peta konsep, carta
alir terutamanya untuk melatih membuat urutan peristiwa, membuat carta organisasi,
menggunakan kamus untuk mendapatkan makna perkataan, dan yang paling penting
adalah melalui teknik penyoalan seperti teknik soalan 5WH (what, who, , where,
when,why, dan how).
http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/masalah-membaca.html

Alat-alat berfikir seperti pemetaan semantik dan pengurusan grafik membantu kita
menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebih
tersusun,luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu. Ia juga boleh
membantu kita membuat pengurusan lisan , mengurus pemikiran secara visual dan
terkawal. Dengan itu, kefahaman kita tentang terhadap sesuatu dapat ditingkatkan.

http://ramlanhamzah.tripod.com/RM/id1.html

1. Pemetaan semantik

Proses pemahaman selain berkaitan dengan proses visual, juga berkaitan dengan
proses non-visual. Bahagian terpenting dari informasi non-visual yang cukup
berperanan dalam proses pemahaman adalah skemata. Dalam proses pemahaman,
menurut teori skemata, dimainkan oleh skemata-skemata yang dimiliki oleh seorang
pembaca, serta tingkat kedalaman pemahaman itu sangat dipengaruhi oleh latar
belakang skemata isi. Menurut penulis, pengaktifan skemata isi dapat dilakukan dengan
pemetaan semantik (semantic mapping).

http://journal.um.ac.id/index.php/bahasa-seni/article/view/2492

Kegunaan :
1. Mengambil nota.
2. Simpanan nota ringkas.
3. Memanggil maklumat.
4. Mengembangkan isi.
5. Menyelesaikan masalah.
Disesuaikan/mempunyai perkaitan rapat dari bentuk saraf otak manusia. Kebetulan
ia juga boleh dikaitkan dengan bentuk dan kekukuhan akar tumbuhan.
Digunakan bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif. Ia boleh digunakan
mengikut kesesuaian. Guru dan pelajar boleh membuat peta minda mengikut aktiviti
yang dijalankan.
Peta minda yang dihasilkan adalah penting mengikut kefahaman pembuatnya
sendiri kerana ia dibuat berdasarkan kefahaman, cara mengingat dan cara
mengolah yang amat tersendiri dan bersifat individu.
Pemetaan semantik: membantu pelajar dalam proses mengarang

Antara bentuk peta minda adalah :


1. Pengkelasan
2. Rantai urutan
3. Kitaran
4. Kitaran (berpusat)
5. Tangga hiraki
6. Pohon fikiran
7. Pengkelasan (berpusat)

Panduan membuat peta minda


Bahan :
1. Pen/pensel berwarna.
2. Kertas kosong (warna putih adalah dicadangkan), saiz sesuai (saiz kertas lukisan
adalah dianggap baik).

Persediaan :
a. Kenalpasti konsep/idea utama.
b. Bina dengan pantas.
c. Bina dengan riang dan positif.
d. Penggunaan muzik lembut mempercepat tercetusnya idea tambahan.
e. Dalam keadaan selesa & tenang.
f. Bina yang unik. Cuba rangsang kreativiti sendiri.
Langkah-langkah dalam membina peta minda :
1. Tulis tajuk utama di tengah-tengah kertas.
2. Kurungkan tajuk utama dengan menggunakan bentuk, simbol atau gambar yang
sesuai.
3. Bentuk cabang-cabang kasar dari tajuk utama – satu cabang untuk satu isi utama.
4. Tulis dengan huruf besar kata kunci atas tiap cabang.
5. Lakar cabang-cabang kecil yang halus sedikit dari cabang utama. Tuliskan
maklumat tambahan.
6. Gunakan gambar, lambang atau simbol untuk menjelaskan butiran.
7. Lakarkan lagi cabang-cabang yang lebih kecil dan halus sedikit dari cabang
tambahan. Tuliskan maklumat tambahan.

Strategi-strategi untuk menjadikan peta minda lebih bermakna dalam ingatan :


1. Saiz semakin mengecil dari isi utama ke semua isi tambahan berikutnya.
2. Cabang semakin mengecil dari cabang utama ke semua cabang-cabang
tambahan berikutnya.
3. Gunakan lambang yang sesuai dengan diri, minat, persekitaran dan sejarah kita.
4. Gunakan anak panah/warna untuk menunjukkan perkaitan antara isi-isi atau
cabang-cabang.
5. Gunakan nombor jika perlu untuk menentukan keutamaan.

http://btpn.moe.edu.my/pspnns/Unit_PSM&HE.PKG/kbkk.htm

2. Carta organisasi
Carta Organisasi tidak mempunyai definisi yang khusus. Namun demikian ianya
bolehlah ditakrifkan atau diertikan sebagai :-
“ Satu bentuk rajah grafik yang menunjukkan struktur susunan, kedudukan tempat
atau posisi seseorang individu di dakam sesuatu organisasi selaras dengan bidang
kuasa ( authority) , tugas dan tanggungjawabnya. ”
Carta Organisasi bukan sekadar bertujuan memaparkan bagaimana sesebuah
organisasi itu perlu ditadbirkan mengikut struktur operasi organisasi itu tetapi carta
itu perlulah menggariskan dengan jelas bidang tanggungjawab tiap-tiap anggota
organisasi itu. Setiap individu itu perlulah diberikan peranan yang khusus supaya
tidak berlaku pertindihan tugas dan kekeliruan yang akan menghalang dan
mejejaskan kelicinan perjalanan organisasi itu.
http://arifomar.blogspot.com/2008/12/organisasi-adalah-lebih-dari-apa-yang.html

Bentuk struktur organisasi dalam kebanyakan organisasi adalah terlalu kompleks


untuk difahami . Bagi mengatasi masalah ini, carta organisasi digunakan untuk
menjelaskan sistem atau susunan pengorganisasian dalam sesebuah organisasi .
Cara organisasi merupakan gambarajah yang menunjukkan fungsi-fungsi jabatan ,
unit-unit , atau individu-individu dan bagaimana mereka berkait antara satu sama
dengan lain.
Unit –unit yang berasingan ditunjukkan dalam kotak-kotak segiempat yang
berasingan. Kotak-kotak ini pula terus dihubungkan antara satu sama lain
menggunakan garisan terus . Garisan ini juga dapat menunjukkan rantaian perintah
dan saluran rasmi komunikasi antara unit dalam organisasi.
Secara umumnya carta organisasi dapat menunjukkan lima aspek pengurusan
berikut:
a) Pembahagian Kerja
b) Hubungan ketua-pekerja bawahan
c) Jenis kerja yang dijalankan
d) Pengumpulan bahagian-bahagian kerja
e) Tingkat pengurusan
Ini dapat membantu kefahaman struktur yang menunjukkan fungsi, aktiviti dan hierarki
di dalam sesebuah organisasi.

2. Carta aliran
Alatan logik popular yang menunjukkan secara grafik jujukan operasi atau aliran
kerja yang akan dilaksanakan bagi menyelesaikan sesuatu masalah.
Dengan lain perkataan carta alir menunjukkan algoritma dalam bentuk grafik.
Carta alir selalunya dibina di peringkat awal apabila sesuatu masalah
pengaturcaraan hendak diselesaikan.
Carta ini sangat berguna untuk memahami logik masalah yang hendak diselesaikan.
Apabila carta alir telah dibina, adalah mudah untuk menulis atur cara komputer
dalam apa jua bahasa pengaturcaraan.

http://books.google.com.my/books?
id=eQ995zdkW0gC&pg=PA41&lpg=PA41&dq=definisi+carta+aliran&source=bl&ots=uN
ErbM-
KQK&sig=mhAS4Q1loYcymlX4VOVPps9FXfI&hl=en&ei=hZY5TODYC5G2rAeHuP35C
A&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=2&ved=0CBkQ6AEwATgK#v=onepage&q=
definisi%20carta%20aliran&f=false

Carta aliran kerja bolehlah dimaksudkan sebagai gambaran secara grafik atau
gambarajah ke atas tindakan-tindakan yang terlibat dalam aktiviti atau prosedur.
Carta aliran kerja ialah gambaran secara grafik atau gambarajah ke atas tindakan-
tindakan yang terlibat dalam sesuatu aktiviti atau prosedur.
Carta aliran kerja menggambarkan secara grafik atau gambarrajah ke atas tindakan-
tindakan yang terlibat dalam satu-satu aktiviti. Setiap langkah yang diambil
hendaklah mengikut urutan yang betul dan jelas dilihat, iaitu dengan menunjukkan
secara jelas dan ringkas peringkat permulaan dan peringkat selesai. Dengan
adanya carta aliran akan dapat:
i. Memberikan kefahaman kakitangan mengenai tugas dan tanggungjawab
masing-masing.
ii. Menunjukkan dimana berlaku kelewatan, ‘bottle neck’ dan kerja berulang-
ulang.
iii. Menunjukkan gambaran menyeluruh mengenai aktiviti yang dilakukan.
Penggunaan simbol-simbol tertentu dalam carta aliran adalah perlu disediakan
selepas penyediaan proses kerja. Langkah-langkah bagi penyediaan carta aliran
adalah seperti berikut:
i. Rujuk proses kerja akitiviti yang terlibat.
ii. Sediakan carta aliran kerja terperinci berdasarkan proses kerja aktiviti
tersebut.
iii. Gunakan simbol-simbol carta aliran yang ditetapkan.
Carta aliran kerja diperlukan kerana ia dapat memperlihatkan dengan jelas setiap
langkah atau tindakan yang perlu diambil mengikut urutan yang betul,iaitu
menunjukkan peringkat permulaan dan peringkat selesai yang dijelaskan secara
ringkas.
Carta aliran memberikan kefahaman kepada staf mengenai tugas dan
tanggungjawab masing-masing. Selain itu, carta aliran juga dapat menunjukkan di
mana berlaku kelewatan, “bottleneck’ dan kerja berulang-ulang. Ia juga dapat
menunjukkan gambaran menyeluruh mengenai aktiviti yang dilakukan.
Simbol-simbol tertentu digunakan dalam carta aliran. Simbol-simbol itu termasuklah
simbol tindakan, simbol aliran, simbol pilihan/keputusan,simbol tindakan serentak
dan simbol penyambung.
http://gurubashid.com/blog/fail-meja-ketua-panitia-dan-manual-prosedur-kerja/carta-
aliran-kerja.html

Simbol-simbol yang digunakan:-

2. Pengurusan Grafik
Menghasilkan tujuan yang jelas untuk belajar kandungan pelajaran
Memperlihatkan apa yang sudah diketahui sebagai asas untuk belajar yang baru
Secara aktif mencadang dan menilai kemungkinan perhubungan dalam kandungan
yang dikaji
Mentadbir proses berfikir mereka sendiri
http://www.slideboom.com/presentations/145399/Pengajaran-Pembelajaran-KBAT

Memberi penjelasan untuk kefahaman pelajar.


http://www.scribd.com/doc/2882944/MAKSUD-ISTILAH-KONSEP-

Sejenis alat berfikir


Membantu mengurus fikiran
Tidak akan berfungsi tanpa kemahiran berfikir
Bentuk dan corak boleh diubahsuai
http://www.scribd.com/doc/4025887/Kemahiran-Berfikir?
secret_password=&autodown=doc

Digunakan untuk mengumpul, menyenarai dan menganalisis fakta dan data untuk

membantu menghurai masalah / situasi / kandungan

Antaranya adalah :
1. Membanding dan membeza.
2. Mengkelaskan.
3. Membuat urutan.
4. Menyusun mengikut keutamaan.
5. Membuat ramalan.
6. Menerangkan sebab.
7. Mengusul periksa andaian.
8. Membuat inferens.
9. Mentafsir maklumat.
10. Membuat gambaran mental.
11. Membuat analogi.
12. Membuat keputusan.
http://btpn.moe.edu.my/pspnns/Unit_PSM&HE.PKG/kbkk.htm
Tajuk 5 Pentaksiran dan Penilaian dalam Kemahiran Lisan, Membaca
dan Kefahaman
Kemahir DEFINISI & TUJUAN CARA LAIN-LAIN Matlamat
an/ KONSEP PENTAKSIR PENTAKSIRAN
AN pengajaran
kompone
n

Bahasa  Kenalp  Ujian  Komponen


sti Diagnostik bhsa lisan :
Lisan  kemahir kelema : ✔ Fonologi –  dpt lafaz
an han & ✔ Mengesan bunyi ucap
menyeb kekuata mslh ✔ Semantik – tatasusil
ut & n murid pmbljrn yg makna a.
bunyika  Utk dihadapi ✔ sintaksis –
n bunyi2 meranc murid & susunan
bahasa ang puncanya ✔ morfologi –  Dpt ajuk
dgn RPI/RP bg prbhn makna bunyi
penguja H membolhkn ✔ pragmatik – perkataa
ran  Utk intervensi/p pggunaan n & ayat
kata2/ay tentuka rogram yg yg
at dalam n khusus didengar
intonasi, penem dsediakan  bahasa
nada patan bg mmbntu ekspresif :
(tekana  Kenalp mrd ✔ bhsa yg  bersoal
n asti berkenaan digunakan o jwb utk
suara), mslh yg pggunanya utk dpt
jeda dihada menyatakan mklmt
serta pi pljr  Komponen pemikiran,
helaan  Utk Ujian idea, emosi &
yang kemaju Diagnostik nilai.  menyata
betul. an : ✔ T’capai melalui kan
murid ✔ Ujian pncapaian perminta
 Utk saringan- darjah an ikt
baiki knlpsti mrd pguasaan & situasi
kelema brmslh kefasihan bhsa
han & ✔ Pemerhatia yg tggi.
n – kumpul ✔ Masalah –  dpt
tetapka
mklmt ○ Sukar bergaul
n
pncapian &
interve ekspresi
mrd beriterak
nsi kan
si
awal. bhsa
lisan
○ Xbyk  bleh
bertutur komunik
○ Sukar asi dgn
komunik msyrkt
asi
○ Sukar
igt &  cerita
atur semula
Penilaian Kemahiran Bahasa
Penilaian Kemahiran Lisan
• Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan
kemahiran bertutur.
• Kemahiran mendengar
=Kemahiran paling asas
=Berlaku pada peringkat penerimaan
=Murid yg telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan
mentafsir apa yg didengar.
• Kemahiran bertutur
=Melafazkan bunyi2 bahasa drpd alat2 artikulasi
=Peringkat penglahiran
=Perlu ditiru & diajuk
=Model bahasa lemah hasil ajukan yg lemah, tp model bahasa baik tidak
semestinya menjamin ajukan yg baik.

• Tujuan kemahiran lisan :


1. Menyebut perkataan / ayat dgn betul
2. Melatih murid mendengar & memahami pertuturan org lain.
3. Untuk berinteraksi dgn org lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll).
4. Melatih murid agar berkeyakinan & percaya kpd diri (berani bercakap,
menyatakan perasaan dan kehendak)
5. Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yg tersusun, perkataan yg
sesuai, & perbendaharaan kata yg luas.

• Kemahiran-kemahiran yang boleh


1. Bertutur dgn tenang menggunakan gaya yg betul
2. Bertutur dgn nada, intonasi, & sebutan yg betul.
3. Mendengar dgn baik, memahami perkara yg didengar, & menghormati
pertuturan org lain.
4. Bercerita & membuat laporan menggunakan bahasa yg menarik & betul.
5. Berkebolehan memberi arahan dgn berkesan.
6. Mengunakan bahasa yg baik mengikut situasi.

• Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:


1. bacaan kuat
2. syarahan
3. perbahasan
4. bercerita
5. perbincangan
6. hafazan
7. temu bual
8. soal jawab
9. nyanyian
10.deklamasi sajak
11.mendengar dan memberi respon secara lisan
• Penilaian lisan membolehkan guru :
1. mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan
bertutur secara gramatis.
2. mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
3. mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
4. mengesan kelancaran dalam sebutan.
5. mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.

• Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan


aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan.
• Cth : PLBS
• menyediakan instrumen
1. soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah
difahami.
2. aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
3. pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan
untuk merangsang murid berfikir.
4. aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

http://pentaksiranbahasamelayu.blogspot.com/2009/09/penilaian-kemahiran-
bahasa.html

Tajuk 6 Kajian Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran

1. Aspek-aspek dalam Sukatan Bahasa Melayu dan Pemulihan Khas Bahasa

Kemahiran

Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran


membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa ini merupakan teras kepada
penguasaan bahasa baku. Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid
mendengar dengan teliti, memahami, dan menghayati perkara yang didengar dalam
pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. Kemahiran
bertutur merujuk kepada keupayaan murid
berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat,
perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif, dengan sebutan dan intonasi yang betul
secara sopan. Penekanan diberikan pada pengucapan yang menggunakan tatabahasa
yang betul.
Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan,
intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek
pemahaman dan
penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan
pelbagai teknik bacaan. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca.
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat,
serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan
ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan
ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan
menggunakan kreativiti
mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif.

Hasil pembelajaran
Hasil pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum
bahasa. Pernyataan hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang set
kemahiran yang
perlu dicapai oleh murid. Hasil pembelajaran dibina dengan menyepadukan kemahiran
bahasa, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum. Oleh itu, murid perlu menguasai
kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Hasil
pembelajaran dapat membantu guru
memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan
berkesan. Pendekatan yang berfokus pada gaya pembelajaran yang pelbagai dapat
membantu murid
mencapai hasil pembelajaran. Selain itu, hasil pembelajaran juga membantu dalam
membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.

Aktiviti
Cadangan Aktiviti / Nota dalam lajur ketiga mengandungi cadangan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran serta bahan bantu belajar di bilik darjah. Cadangan tersebut
disesuaikan dengan Huraian Hasil Pembelajaran serta mengambil kira elemen yang
terkandung dalam pengisian kurikulum, contohnya kemahiran meramal dan membuat
pilihan menggunakan kajian masa depan atau mengaplikasikan jenis kecerdasan
pelbagai yang unik bagi seseorang murid. Semua cadangan ini hanyalah sebagai
panduan untuk guru. Guru boleh mengubah suai atau memilih teknik atau aktiviti lain
yang sesuai dengan kebolehan murid.

Tajuk 7 Bahan Bantu Belajar

1. Kepentingan Bahan

Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 ) kepentingan
BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut:

a) BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep

b) Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar

c) Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal

d) Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di


kalangan pelajar

e) Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak.

f) Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar.

g) Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan
beragam.

Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242) merumuskan kepentingan BBM seperti berikut:

a) Memberi rangsangan dan minat murid-muird.

b) Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran


dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid.
c) Membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran
mereka lebih kekal.

d) Menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara
lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam.

e) Dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan


perbendaharaan kata.

f) Ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat


menambahkan lagi bacaan murid-murid.

Sebagai rumusannya BBM adalah sangat penting kerana dapat:

a) Menjimatkan masa

b) Dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid

c) Menyeronokkan murid-murid.

http://www.scribd.com/doc/12807608/Definisi-ABM

2. Jenis Bahan

Terdapat beberapa jenis sumber atau alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang
boleh digunakan untuk membantu guru dalam proses pembelajaran. Dalam tugasan ini
jenis-jenis sumber pengajaran dan pembelajaran yang terlibat ialah bahan bercetak,
bahan teknologi maklumat dan bahan maujud. Semua jenis-jenis bahan ini mempunyai
ciri-ciri yang berbeza tetapi akan mencapai hasil yang sama iaitu untuk memastikan
murid-murid memahami isi-isi pelajaran serta mencapai objektif pembelajaran.

Menerusi penggunaan bahan-bahan ini, murid-murid akan lebih tertarik untuk melihat
serta mendengar apa yang hendak disampaikan oleh guru dan secara tidak langsung
murid dapat memberikan tumpuan dengan sepenuhnya kepada guru. Dengan cara ini
juga, objektif yang hendak dicapai akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan dan
hasilnya akan lebih memuaskan serta memberi manfaat kepada kedua belah pihak iaitu
murid-murid dan guru itu sendiri.

Bahan Maujud

Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud adalah merupakan bahan


konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan maujud ini juga
adalah nyata yang ada di lingkungan alam, baik digunakan dalam keadaan hidup
ataupun yang sudah diawetkan. Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam
sumber P&P sahaja malah kota atau bangunan yang kekal serta alam persekitaran juga
boleh dikatakan sebagai bahan maujud. Manakala dari segi sumber P&P pula bahan-
bahan yang mungkin terlibat ialah alat komputer, OHP, alat tulis dan perkakas sains.

Bahan maujud terbahagi pula kepada 3 jenis iaitu realia asli, realia awet dan
spesimen. Realia asli terbahagi kepada dua iaitu bahan yang hidup dan bahan bukan
hidup. Bahan yang pertama ialah bahan hidup yang sebenar dalam dunia realiti dan
masih hidup contohnya cacing tanah. Manakala bahan bukan hidup pula ialah seperti
jentera ataupun bangunan. Realia awet pula mestilahberasal daripada benda hidup
yang kemudiannya diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia. Jenis bahan maujud
yang ketiga ialah spesimen.

Spesimen ialah sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan
hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat
pada kumpulan hidup tersebut. Kebiasaanya spesimen selalu didapati dalam bentuk
bahan awetan. Contoh bahan hidup yang boleh dijadikan spesimen ialah daun-daun.
Aplikasi penggunaan bahan maujud boleh menggunakan situasi, gambaran atau
kenyataan sebenar. Murid akan didedahkan dengan pengalaman sebenar di mana
melibatkan pengalaman sedia ada mereka dan juga merangsang penggunaan deria
penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan bauan murid-murid.

Bahan cetak

Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yangmempunyai tulisan dan


wujud secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus. Ciri
penting pada bahan bercetak ialah ianya mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan
hasil daripada tulisan tangan mana-mana individu.

Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad
katalog, kamus, buku teks dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak. Bahan
bercetak seperti ini banyak disimpan di pusat sumber atau di perpustakaan ataupun di
arkib. Semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau pereka-pereka yang mahir dan
terkenal di bidang masing-masing.

Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah digunakan secara meluas oleh
guru-guru di sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat pada bahan
ini. Bahan ini murah dan senang didapati di mana-mana. Selain itu ia adalah bahan
yang kekal dan mudah dirujuk pada bila-bila masa.

Kelebihannya yang lain ialah ia mudah alih dan mudah diakses yang menyebabkan ia
menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal dan selalu digunakan.

Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan bercetak ini.
Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal
contohnya buku teks. Jadi ia sukar untuk dibawa kerana berat. Ia juga tidak boleh
disunting dan akan menjadi masalah apabila berlakunya peredaran zaman di mana isi
kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan dan tidak terkini. Ini kerana buku-buku
selalunya perlu disunting terlebih dahulu kemudian dicetak seterusnya diedar di mana
ia mengambil masa yang agak lama untuk mengikut peredaran zaman.

Bahan teknologi maklumat

Bahan teknologi maklumat merupakan sumber pengajaran dan pembelajaran


yang semestinya mendapat perhatian daripada murid-murid. Teknologi Maklumat
(Information Technology) ataupun IT adalah teknologi dunia yang terkini dan dapat
memberi banyak manfaat jika digunakan secara betul. Penggunaan sumber ini perlulah
dikendalikan oleh guru yang berkemahiran kerana pengguanaan IT secara terancang
dan bersesuaian dapat meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P itu.

Bagi guru yang menggunakan sumber P&P ini, mereka boleh menggunakan
portal pendidikan, internet dan intranet, rangkaian LAN dan akhir sekali ialah
multimedia. Komputer adalah alat atau bahan utama yang perlu digunakan oleh guru
untuk menyampaikan isi pelajaran dalam proses P&P. Pada masa kini guru-guru sudah
mempunyai kemudahan kerana terdapat perisian- perisian yang percuma disediakan
oleh kerajaan di mana isi perisian tersebut bertepatan dengan sukatan pelajaran yang
sedia ada. Banyak kelebihan bahan ini di mana jika ia digunakan secara betul jadi guru
perlu selalu memantau pergerakan murid-murid semasa proses P&P sedang
berlangsung.

Kelebihan bahan ini ialah murid-murid cepat mudah faham kerana mereka akan
tertarik dengan grafik yang ada pada bahan ini di mana secara tidak langsung telah
menarik perhatian mereka. Selain itu murid-murid mudah untuk mengulangkaji apa
yang telah dipelajari dan guru juga mudah untuk membuat suntingan sekiranya guru
mendapati terdapat perubahan yang perlu dibuat. Secara keseluruhannya penggunaan
bahan teknologi maklumat ini adalah banyak kelebihannya berbanding kelemahan yang
ada dan dengan bimbingan daripada guru. Walaubagaimanapun tidak dinafikan
kelemahan yang mungkin timbul tetapi ia akan dapat diatasi dengan mudah sekiranya
pengisian yang menarik daripada guru dihasilkan.

http://www.scribd.com/doc/21171336/PSK-TUJUAN-PENGGUNAAN-SUMBER-
PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN-sid

3. Ciri-ciri Bahan

1. Kesesusaian
a. Sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak
b. Saiz bahan bantu belajar yang direka adalah sesuai digunakan di dalam
bilik darjah untuk kelihatan semua murid.
c. Sesuai dengan isi pelajaran murid-murid
d. Harus membawa manfaat kepada guru dan murid-murid.
e. Sesuai dari segi tajuk, bahasa, kandungan dan pengalaman murid-murid.
f. sesuai dengan keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah, seperti sama ada
elektrik, plug, dapat digelapkan dan sebagainya.
g.

h. selamat digunakan oleh murid-murid supaya tidaka mendatangkan


sebarang kemalangan yang tidak diingini.

2. Pelbagai kegunaan

a. Ini dapat menjimatkan tenaga, kos, masa atau sebagainya dalam P&P.

b. Contoh: Guru dapat menyimpan semua bahan pengajaran dalam


komputer dan ini menjimatkan tenaga dan kos yang diperlukan untuk
menyediakan BBM.

c. Boleh digunakan dalam beberapa subjek. Contohnya, bahasa melayu


dengan matematik.
d. Boleh digunakan oleh murid-murid pada bila-bila masa bagi
mengkukuhkan ilmu mereka.
3. Mudah Alih

a. senang dibawa, difahami dan dimudah alih oleh guru mahupun murid-
murid. Ini memberi peluang kepada murid belajar dengan lebih berkesan.

b. Menyenangkan guru untuk menyimpan.


c. Senang digunakan semasa di dalam bilik darjah.

Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar

Proses untuk menyediakan atau memilih Bahan Bantu Mengajar yang bersesuaian
tidak sepatutnya diabaikan. Ini bagi memastikan segala Bahan Bantu Mengajar yang
digunakan oleh guru mahupun pelajar mesti membawa manfaat kepada kedua-dua
pihak. Beberapa kajian telah turut dijalankan dalam memastikan ciri-ciri yang sesuai. Di
sini diturunkan beberapoa kajian yang berkaitan dengan ciri-ciri bahan yang akan
digunakan sewaktu pengajaran pembelajaran.

Sebagai panduan am, Abdul Rahim ( 1989, dalam Zaiton Zainal, 1991, m.s. 12), telah
menyenaraikan beberpa ciri penting dalam membuat pemilihan media pengajaran.
Menurut beliau kesesuaian dari segi tajuk, bahasa, kandungan dan pengalaman pelajar
itu sendiri adalah penting. Begitu juga fakta yang dikemukakan haruslah kemas kini,
tepat, tidak berat sebelah dan logik. Teknik seperti bunyi yang jelas, saiz penglihatan
dan warna harus juga diambil kira. Beliau turut menekankan ciri fizikal seperti selamat
digunakan, mudah digunakan dan disimpan,tahan lasak, ringkas dan sentiasa kemas
kini. Bahan-bahan ini adalah lebih baik jika boleh dikaitkan dengan mata pelajaran lain.
Kesemua aspek ini amat berguna kepada guruguru kerana beliau banyak menekankan
cara pemilihan yang tepat.

Kepentingan ciri Bahan Bantu Mengajar ini juga dijelaskan oleh Razali (1990, dalam
Zaiton Zainal, 1991, m.s.15) mengariskan beberapa kriteria pemilihan bahan seperti
berikut:

1. tepat dengan tajuk


2. tahan lama dan ekonomi
3. saiz yang mudah dilihat serta menarik perhatian pelajar
4. mudah disimpan
5. kepelbagaian penggunaan.
Kajian berkaitan penggunaan warna di dalam penyediaan Bahan Bantu Mengajar juga
telah dijalankan oleh Barry ( 1976, dalam Suzita Mohd Resad, 2002, m.s. 21). Kajian
Barry ialah tentang keberkesanan arahan dan gambar berwarna yang realistik dan
bukan realistik. Di mana dalam kajian ini, beliau telah menguji dua teori yang berlainan
tentang kepentingan warna dalam pembelajaran dengan alat pandang. Hasil kajian
beliau mendapati warna memberi suatu demensi untuk pemahaman yang lebih, iaitu
pelajar dapat sesuatu gambaran yang lebih tepat akan sesuatu bahan atau perkara dan
menyenangkan lagi penyimpanan maklumat. Manakala Fungsi warna pula adalah
sebagai kod yang menyenangkan ingatan dan mengingat kembali sesuatu imej.

Seterusnya, Noraziah (1981, dalam Zaiton Zainal, 1991, m.s. 13 ) memberi beberapa
ciri pemilihan bahan yang boleh diambil kira oleh seseorang guru iaitu bahan tersebut
tidak semestinya mahal, boleh dibuat oleh guru sahaja atau bersama pelajar dengan
bimbingan guru. Bahan itu perlulah sederhana dan mudah didapati, boleh digunakan
lebih dari satu mata pelajaran. Ia juga mudah di bawa, ringan dan mudah diganti,
mudah disimpan dan tidak merbahaya.

Tajuk 8 Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran


1. Rancangan Pendidikan (RPI)

2. Komponen Rancangan Pengajaran Harian

A. Format Penulisan:

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran :
Kelas :
Bilangan :
Tarikh :
Tajuk :
Tema :
Hasil Pembelajaran/ :
Objektif
Masa :
Pengetahuan Sedia Ada :
Penerapan Nilai :
Bahan Bantu Mengajar :
Pendekatan :
Terapi :

Langkah Kandungan Aktiviti P & P Elemen Bestari


Set Induksi
(5 minit)

Langkah 1
(15 minit)

Langkah 2
(15 minit)

Langkah 3
(10 minit)

Langkah 4
(10 minit)

Penutup
(5 minit)

B. PEMILIHAN BAHAN BANTU MENGAJAR:

Prinsip pemilihan Bahan Bantu Mengajar:


Terdapat beberapa garis panduan pemilihan bahan pengajaran, dan prinsip-
prinsip pemilihan bahan pengajaran bahasa dirumuskan seperti yang berikut :

1. Sesuai
– Pemilihan bahan hendaklah mempunyai hubungan kesesuian dengan
perkara-perkara seperti berikut :

a) Objektif dan matlamat pengajaran bahasa


b) Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
c) Keadaan pelajar
d) Suasana pembelajaran
e) Minat pelajar

2. Mencabar
- Terdapat tiga konsep penting yang perlu wujud dalam proses pembelajaran
iaitu
rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Oleh yang demikian, bahan-bahan
yang
dipilih dapat memberikan rangsangan untuk pelajar berfikir dan mendorong
mereka
untuk terus belajar.

- Satu strategi pemeringkatan bahan pembelajaran yang dapat mencabar


pemikiran
pelajar ialah bahan-bahan yang dipilih itu mesti terdiri daripada bahan- bahan
yang
mengandungi ciri-ciri berikut :

a) Bahan yang konkrit kepada bahan yang abstrak.


b) Bahan yang mudah kepada yang kompleks.
c) Bahan yang mengandungi fakta terasing kepada bahan yang mempunyai
hubungan yang bersepadu.
d) Bahan yang khusus kepada bahan yang umum (induktif)
e) Bahan yang umum kepada yang khusus (deduktif)
f) Bahan yang umum kepada teori.
g) Bahan masakini kepada masa akan datang.

3. Menepati
- Ketepatan bahan pengajaran dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan
pengajaran yang menepati kandungan kurikulum pengajaran. Bahan
pengajaran yang dipilih mestilah menunjukkan perkaitan antara aspek
kandungan bahasa, proses pembelajaran dan pengajaran. Ketepatan
sesuatu bahan dengan kurikulum pengajaran bahasa adalah berdasarkan
ciri-ciri yang berikut:

a) Isi kandungan sesuai dengan kemampuan dan kehendak pelajar.


b) Susunan bahan
c) Mengandungi maklumat atau fakta yang yang tepat.
d) Maklumat yang kemaskini
e) Perbendaharaan kata yang sesuai
f) Bahan pengajaran yang diperakui.

4. Menarik
a) Reka letak; peta, lukisan, carta, jadual, graf, rajah, gambar atau kartun mestilah
disusun berhampiran dengan sesuatu maklumat yang berkaitan. Ini akan
memydahkan pelajar membuat rujukan atau memahami sesuatu konsep.

b) Saiz huruf cetak atau saiz huruf haruslah sesuai dengan peringkat umur
pelajar.

c) Bahan pengajaran mengandungi arahan yang jelas.

5. Mudah alih
- Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sentiasa berfungsi, boleh dibawa
kemana-mana,dan tidak terlalu berat atau besar.

6. Jimat dan mudah


- Sekiranya untuk menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut dibeli,tidak
semestinya
mahal.sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan dengan kreativiti guru
contohnya
dengan menggunakan bahan terbuang.

A. REFLEKSI
– Amalan refleksi ada amat penting untuk peningkatan profesionalisme
keguruan. Dengan penggunaan proses refleksi, guru dapat menggunakan
teori pengajaran dan pembelajaran untuk menilai kebaikan dan kelemahan
pengajaran serta pembelajaran muridnya, lalu membaiki dan mengubahsuai
rancangan, kaedah dan teknik mengajar ke arah meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Sumber rujukan:
http://www.scribd.com/doc/25146893/Konsep-Bahan-Bantuan-Mengajar-Dan-Ciri

Anda mungkin juga menyukai