Anda di halaman 1dari 8

PICTURE EXCHANGE

COMMUNICATION
SYSTEM (PECS)
KONSEP PICTURE EXCHANGE
COMMUNICATION SYSTEM (PECS)

– PECS merupakan sistem komunikasi augmentatif yang dibentuk untuk membantu individu memperolehi
salah satu cara untuk berkomunikasi dengan orang lain.

– Menurut Hallahan dan Kaufman (2006), PECS memungkingkan individu untuk membuat permintaan,
memilih item-item dan menyatakan perasaan dengan menggunakan kad-kad gambar sebagai penukaran
kepada komunikasi dalam kalangan-kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

– Program PECS menggabungkan kaedah tingkah laku dan teknik pengajaran untuk memperkembangkan
komunikasi sosial kanak-kanak bermasalah pembelajaran (Zaleha Tambi Adam, 2006).
Langkah-langkah Pelaksanaan
PECS
Langkah 1
- Ajar murid secara spontan untuk menyatakan bahan atau aktiviti yang mereka perlukan
dengan kad gambar.
- Murid membuat latihan dengan menggunakan satu kad pada satu-satu masa.
- Peneguhan diberikan serta-merta apabila murid dapat melaksanakan aktiviti.
- Latihan memilih gambar disertai dengan aktiviti perbuatan melakukan aktiviti tersebut, contoh
minum, Murid M akan diberi air minuman dalam cawan . Untuk aktiviti makan, Murid M diberi
makan sedikit roti untuk dimakan
Langkah 2
- Guru menambah perbendaharaan kata murid dengan menambah jumlah kad yang digunakan
tetapi masih menggunakan satu kad pada satu masa.
- Pengkaji menambah dua lagi kad gambar iaitu basuh tangan, dan tandas

· Seperti dalam fasa satu, pengkaji meminta Murid M untuk aktiviti basuh tangan, Murid M diminta
untuk membasuh tangan di sinki. Begitu juga untuk gambar tandas, murid diminta untuk ke tandas.

· Pelaksanaan dilakukan dengan menggunakan satu kad pada satu-satu masa


Langkah 3
- Guru mengajar murid untuk mendiskriminasi kad-kad gambar yang banyak untuk mengenalpasti
kad yang diperlukan oleh murid dengan meletakkan beberapa kad gambar di papan hitam
- Setelah melaksanakan Fasa 1 dan 2, pengkaji seterusnya mengajar murid untuk mendiskriminasi
empat gambar yang telah diajar.

· Murid M diminta memadan empat kad gambar yang telah diajar di atas meja

· Setelah itu, murid diminta memadan kad gambar dengan meletakkan kad gambar di dinding.
Langkah 4
– Guru mengajar struktur ayat asas kepada murid dengan menggunakan ayat, contoh Saya mahu
……………… (dipasangkan dengan gambar berdasarkan kehendak murid )
Langkah 5 dan 6:

Guru menambah perbendaharaan murid dengan kata sifat dan lain-lain perkataan, untuk menambah
komunikasi murid.

Contoh: Saya dengar …………………….

Saya lihat …………………….

Anda mungkin juga menyukai