Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN WAKIL MURID

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh dan salam sejahtera

Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Majlis,

Yang Berusaha Puan Naseha bt Ahmad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan


Rapat Jaya,
Yang dihormati Puan Zaimah bt Musa, Penolong Kanan Pentadbiran,
Encik Ahmad Sarji bin Abdullah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.,
dan Encik Kamarul Zaman b Ishak, Penolong Kanan Kokurikulum,
Ustaz, ustazah, guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati sekalian.

Para hadirin yang dihormati,

     Tanpa kita sedari, masa berlalu dengan begitu pantas. Tempoh enam tahun
dirasakan umpama semalam sahaja. Kini, kita sudah berada pada penghujung
tahun terakhir di sekolah rendah, iaitu tahun enam. Maka, minggu ini
merupakan minggu terakhir kita menuntut ilmu di Sekolah Kebangsaan Rapat
Jaya yang hebat ini. Begitu berat rasanya untuk meninggalkan sekolah  yang
tercinta ini. 

Begitu hiba rasanya untuk kita berpisah dengan guru-guru yang amat dedikasi
dan prihatin mendidik serta mengasuh kita. Namun demikian, apalaah daya
kita untuk menghalang waktu untuk terus berlalu, lantaran setiap pertemuan
pastinya akan berakhir dengan perpisahan. Justeru itu, walaupun berat hati
untuk berpisah, kenyataannya perpisahan itu pasti akan hadir.
Guru-guru yang dikasihi dan dihormati,

     Jasa dan bakti guru-guru terlalu besar buat kami semua. Tidak akan
terbalas dengan wang ringgit dan harta benda untuk segala bakti yang telah
dicurahkan kepada kami. Pastinya akan kami kenang selama-lamanya selagi
jantung dan nadi ini masih berdengup dan berdenyut. Pada kesempatan ini,
saya mewakili rakan-rakan ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon
kemaafan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki kepada guru-guru yang
dikasihi. Hanya Allah sahaja yang  dapat membalas segala jasa dan bakti yang
telah guru-guru abadikan kepada kami.

     Maka dengan ini sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah mendidik dan
membimbing kami selama ini dan maafkanlah segala kesilapan dan kesalahan
kami. Kepada rakan-rakan pula, selamat menempuh alam sekolah menengah
yang tentu jauh bezanya dengan budaya di sekolah rendah. 

Semoga kita akan terus membina kecemerlangan dan terus berbakti kepada
ibu bapa kita serta masyarakat dan negara. Gunakanlah segala ilmu yang telah
guru-guru kita curahkan untuk melayari alam remaja dan seterusnya dewasa
dengan penuh ketabahan, keimanan dan ketakwaan.

Pulau pandan jauh ke tengah


Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai