Anda di halaman 1dari 34

PENHARGAA N.

Bersyukur kepada Tuhan kerana kami berjaya membuat folio Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan dengan sempurna.Terlebih dahulu,saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli kumpulan saya yang berkerjasama untuk membuat folio ini.Selain itu,kami juga ingin mengucap terima kasih kepada Pn.Najahiyah,iaitu guru Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan kami yang memberi maklumat dan tunjuk ajar kepada kami untuk menyiapkan folio ini pada masa yang

tepat,Akhir sekali,kami ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga kami yang memberi sokongan dan dorongan kepada kami dan juga membelikan barang yang kami perlukan untuk membuat folio ini.

OBJEKTIF PROJEK.
a) Pengetahuan. Mengenal pasti kepentingan kesihatan dan keselamatan diri. b) Kemahiran.

Berupaya menjelaskan cara menjaga kesihatan dan keselamatan diri. c) Nilai. Mempunyai disiplin yang tinggi untuk menjaga kesihatan dan keselamatan.

Definisi Kesihatan. Kesihatan adalah suatu keadaan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial, dan bukan semata-mata ketiadaan penyakit dan cacat cedera sahaja (WHO). Ia adalah kualiti hidup yang

melibatkan sosial, emosi mental, spiritual dan kecergasan biologikal individu hasil daripada adaptasi individu terhadap persekitaran (Dubos R., 1968). Kesihatan berkait rapat kepada siapa kita sebagai individu, bagaimana kita memberi maklum balas terhadap orang lain, persekitaran dan cabarancabaran kehidupan seharian. komponan kesihatan. Makanan seimbang. Kebersihan diri.

Tidak salahguna bahan. Rehat yang cukup. Senaman.

MAKANAN SEIMBANG.
Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkankesihatan. Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian dalam kadar yang betul.kekurangan nutrien boleh menyebabkan berlakunya malnutrisi.

Karbohidrat. Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya. Protein. Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

Lemak.

Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti.Selain itu,lemak

berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel. Pengambilam lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan.Hal ini kerana lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk.Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari. Galian. Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

Vitamin Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas

makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan. Serat Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.

MAKANAN SEIMBANG KURANGKAN RISIKO PENYAKIT BERBAHAYA.


Kanser (Barah) Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat. Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser. Serangan jantung dan angin ahmar (Strok) Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu. Lebihan kolesterol Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.

Tekanan darah TinggI. Mengambil banyak buah-buahan dan sayursayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari. Osteoporosis Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium. Spina Bifida Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.

KEBERSIHAN DIRI.
Kebersihan adalah keadaan bebas dari kotoran, termasuk di antaranya, debu, sampah, danbau. Di zaman modern, setelah Louis Pasteur menemukan proses penularan penyakit atau infeksi disebabkan oleh mikroba, kebersihan juga berarti bebas dari virus, bakteri patogen, dan bahan kimia berbahaya. Kebersihan adalah salah satu tanda dari keadaan higiene yang baik. Manusia perlu menjaga kebersihan lingkungan dan kebersihan diri agar sehat, tidak bau, tidak malu, tidak menyebarkan kotoran, atau menularkan kuman penyakit bagi diri sendiri mahupun orang lain. Kebersihan badan meliputi kebersihan diri sendiri, seperti mandi, menyikat gigi, mencuci tangan, dan memakai pakaian yang bersih. Mencuci adalah salah satu cara menjaga kebersihan dengan memakai air dan

sejenis sabun atau deterjen. Mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan produk kebersihan tangan merupakan cara terbaik dalam mencegah penularan influenza dan batuk-pilek. Kebersihan lingkungan adalah kebersihan tempat tinggal, tempat bekerja, dan berbagai sarana umum. Kebersihan tempat tinggal dilakukan dengan cara melap jendela dan perabot rumah tangga, menyapu dan mengepel lantai, mencuci peralatan masak dan peralatan makan(misalnya dengan abu gosok), membersihkan kamar mandi dan jamban, serta membuangsampah. Kebersihan lingkungan dimulai dari menjaga kebersihan halaman dan selokan, dan membersihkan jalan di depan rumah dari sampah. Tingkat kebersihan berbeda-beda menurut tempat dan kegiatan yang dilakukan manusia. Kebersihan di rumah berbeda dengan kebersihan kamar bedah di rumah sakit, sedangkan kebersihan di pabrik makanan berbeda dengan kebersihan di pabrik semikonduktor yang bebas debu.

Cara-cara menjaga kebersihan.


1.

Basuh tangan sebelum makan (amalkan 7 langkah basuh tangan)

2. Pakai pakaian yang dibasuh untuk mengelakkan daripada berbau dan penyakit kulit. 3. Bersihkan kawasan persekitaran (tempat tinggal) /

buang sampah di tempat yang dikhaskan (tong sampah). 4. Bersihkan badan dengan membersihkan setiap anggota badan. 5. Elakkan daripada memasuki rumah dengan berkasut/selipar. TIDAK SALAHGUNA BAHAN. Hindari tabiat yang sia-sia. -Pengambilan dadah. -Meminum alcohol. -Pengambilan candu atau narkotik dan tar.

-Menghidu gam.

REHAT YANG CUKUP.


Rehat merupakan salah satu faktor penting kesihatan optimum. Rehat bermaksud tidur yang cukup, selasa, tenang dan sedikit rekreasi. Ianya berkait rapat dengan fizikal dan minda. Rehat yang cukup membolehkan kita kembali segar dan bersedia melakukan tanggungjawab dengan lebih baik dan berkesan. Selalunya ia boleh dianggap sebagai salah satu cara menghilangkan stres dan tekanan. Ini bermakna ianya sangat penting bagi membolehkan kita sentiasa sihat dan terhindar daripada

penyakit kronik. Perkara ini seharusnya dilihat dengan serius oleh semua orang dan ianya perlu diurus sebaik mungkin, kerana ia melibatkan masa, wang ringgit serta tahap kesihatan semasa. Salah satu cara berehat ialah dengan membawa diri ke suatu tempat yang mungkin baru bagi kita atau pergi melancong. Untuk berbuat demikian, pastinya kita juga perlu mempunyai persediaan yang cukup dari semua aspek agar perjalanan kita itu tidak menjejaskan diri kita dan orang lain.

REHAT BERTUJUAN:

Mengurangkan stress. Pemulihan tenaga. Legakan fikiran. Persediaan aktiviti selanjutnya.

SENAMAN.

MELAKUKAN SENAMAN SECARA BERKALA. 20-30 MINIT SETIAP SESI X3 HARI SETIAP MINGGU. INTENSITI SENAMAN PERLU SESUAI DENGAN PERINGKAT UMUR. DAPATKAN NASIHAT DOKTOR SEBELUM MELAKUKAN PROGRAM SENAMAN.

Keselamatan pemakanan di Kantin.


Keselamatan pengendalian makanan amat penting untuk mencegah merebaknya kuman

atau pertubuhan bakteria dan keracunan makanan. Pastikan semua peralatan hendaklah bersih seperti sudu,garpu,senduk,berus dan mop.Ianya hendaklah disimpan dengan rapi. Periksa semua makanan yang sampai di tempat kita. Basuh semua buah-buahan sebelum digunakan. Elakkan daripada bercampur aduk antara satu sama lain.simpan secara berasingan.Tempat simpanan hendaklah diasingkan dan gunakan alas pemotong berlainan untuk kegunaan makanan yang berbeza. Tutup semua makanan di dalam tempat simpanan makanan.

KESELAMATAN KETIKA MENJALANI AKTIVITI FIZIKAL.


Sebelum menjalankan aktiviti,kita hendaklah melaporkan taraf kesihatan yang terkini seperti sakit jantung,asma,lelah dan lain-lain penyakit dari semasa ke semasa kepada guru yang mengawasi. Kita hendaklah memakai pakaian dan kasut yang sesuai sewaktu aktiviti dijalankan. Kita hendaklah beratur di tapak perhimpunan sebelum bergerak ke kawasan sukan. Kita dikehendaki memastikan kawasan yang selesa dan selamat digunakan. Tidak boleh memulakan aktiviti fizikaltanpa arahan guru. Kita mesti mengikuti arahan guru semasa melakukan kemahiran asas pergerakan atau permainan.

Kita mesti menjalankan aktiviti dalam kawasan yang ditentukan.

KESELAMATAN PENDAWAIAN DAN PERALATAN ELEKTRIK.


Laporkan dengan kadar segera kepada pentadbir,guru atau para pekerja. Jangan ubahsuai peralatan elektrik yang rosak.(jika tiada pengetahuan) Jangan hampiri tempat yang berlabelkan atau bertanda BAHAYA/AWAS. Patuh kepada peraturan dan arahan yang tetap dan dikeluarkan. Pemeriksaan berkala perlu dilakukan dan diperbaiki setiap 10 tahun sekali oleh pihak pentadbir. Setiap laporan dan tindakan hendaklah direkodkan semula. Jika berlaku kemalangan patuh kepada peraturan dan arahan yang ditetapkan.

KESELAMATAN DI BENGKEL.
Murid mestilah mendapatkan kebenaran sebelum menggunakan bengkel. Murid hendaklah melaporkan kepada guru jika peralatan yang digunakan tidak berfungsi dan tiada dalam simpanan seperti yang dipamerkan. Penggunaaan sebarang peralatan,mestilah mengikut prosedur dan tunjuk ajar guru. Jika berlaku sebarangkecemasan,jangan panik dan patuhlah kepada arahan keselamatan yang telah dikeluarkan. Murid hendaklah mematuhi peraturan dari semasa ke semasa. Murid hendaklah memastikan tangan dibersihkan selepas aktiviti dijalankan.

Guru hendaklah memastikan bahan buangan/lebihan dibuang/disinpan di tempat yang telah ditetapkan.

KESELAMATAN DI JALAN RAYA. pEngenalan.


Keselamatan diri amat penting dalam perkembangan diri sendiri. Pengambilan langkah berjaga-jaga dapat mengekalkan kenormalan seseorang manusia itu. Diri kita yang berharga ini mesti dijaga dengan baik agar mendapat masa depan yang lebih cerah dan mendapat peluang keemasan yang lebih banyak lagi. Nasihat yang diberi oleh orang lebih tua daripada kita harus diikuti agar keadaan diri yang normal dapat dikekalkan sampai bila-bila. Penting untuk kita memastikan keselamatan orang lain juga agar

kita dapat hidup dengan cara hidup yang lebih normal dan tidak mempunyai masalah untuk menghadapi dunia sebenar.

Cara Perlindungan Diri Cara yang paling mudah untuk melindungi diri dari orang yang tidak dikenali adalah dengan menggunakan ilmu taekwando. Ilmu taekwando ini memang sering digunakan dalam seni mempertahankan diri. Selain taekwando, kita juga boleh mempelajari silat dan lain-lain lagi. Untuk melindungi diri daripada kemalangan jalan raya adalah dengan memakai pakaian yang berkilauan agar pemandu kenderaan nampak anda berada di hadapan mereka. Untuk lebih selamat pastikan anda memakai baju berpantul cahaya lengkap dengan topi,seluar dan kasut.

Peraturan Keselamatan Diri


Jenis Pemakaian Untuk lebih selamat amat dicadangkan untuk memakai pakaian yang cerah serta mampu membalikkan atau mempantulkan cahaya pada waktu malam agar anada mampu dilihat di dalam keadaan yang gelap. Kita juga harus sentiasa memakai peralatan keselamatan seperti alat perlindungan siku, lutut serta muka seperti anda ingin menaiki basikal. Peralatan ini juga boleh membantu kita untuk menahan impak daripada jatuhan badan ke tanah dengan

kuat. Lebih selamat anda memakainya di dalam baju untuk lebih menyerap impak yang dihasilkan oleh badan kita sendiri. Keadaan Diri Diri yang sihat membolehkan kita untuk memastikan keselamatan diri semasa berada di luar rumah. Diri yang sihat amat penting untuk menjaga diri agar tidak berada dalam keadaan yang memperbahayakan diri sendiri terhadap keadaan keselamatan yang sememangnya tidak selamat di zaman sekarang. Sememangnya, keadaan diri yang tidak sihat boleh mengundang kepada kemalangan diri yang lebih boleh mengundang maut. Untuk lebih berhati-hati, pastikan diri anda sudah berada pada tahap yang boleh tahan kepada keadaan di luar rumah serta jangan lupa untuk mengambil ubat penahan jika perlu. Tidak Terlalu Tergesa-gesa

Sifat tergesa-gesa adalah sifat yang menjadi punca kepada kemalangan diri yang sering berlaku. Perkara sedemian memang sudah banyak kali menimbulkan kemalangan diri serta kemalangan jalan raya. Bagi orang dewasa pula, sifat tergesa-gesa untuk ke tempat kerja mengundang kepada kemalangan jalan raya dan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Keadaan lalu lintas yang teruk boleh menyebabkan lebih banyak orang yang akan ketinggalan masa untuk pergi bekerja. Bukan kita saja yang lambat malah ramai lagi yang akan menerima nasib yang sama. Sifat tergesagesa haruslah sentiasa dikawal agar tiada apa-apa yang buruk berlaku.

Sentiasa Memerhatikan

Keadaan Sekeliling Kita harus sentiasa mengawasi diri kita sendiri seperti mana ibu bapa kita mengawasi dan memerhatikan kita. Keadaan sekeliling yang mungkin

semakin bahaya sekarang boleh menyebabkan kecelakaan seseorang itu mahu pun seorang dewasa. Amat penting bagi kita untuk mengawasi diri kita sendiri agar tidak cedera mahupun celakaan akibat kemalangan atau insiden yang berlaku ke atas diri kita sendiri. Mata kita harus sentiasa mengawasi tingkah laku yang kita buat agar apa yang kita buat tidak menyebabkan kecelakaan diri sendiri atau kecelakaan orang lain. Oleh itu, amat penting kita mengawasi apa yang berlaku sekeliling sebelum bertindak.

SENARAI KANDUNGAN.
TAJUK

HALAMAN

PENGHARGAA M/S 1 N OBJEKTIF M/S 2 PROJEK KESIHATAN M/S 3-M/S DIRI 17 KESELAMATA M/S 18N DIRI M/S27 RUMUSAN. M/S LAMPIRAN. M/S

RUMUSAN.
KESIHATAN.

Kesihatan ditentukan berdasarkan kesihatan dan gaya hidup seseorang.Selain itu,sikap dan pertimbangan diri sangat penting dalam menentukan kesihatan dan gaya hidup.Akhirnya,ubah gaya hidup untuk mendapatkan kesan kesihatan yang baik.

KESELAMATAN .
Keselamatan adalah tanggungjawab setiap individu.Selain itu,kita mempunyai pelbagai bahaya dalam hidupan seharian kita.Oleh sebab itu,kita perlu mengetahui beberapa cara untuk selamatkan diri kita.Akhir sekali,setiap individu perlu mengetahui pentingan keselamatan diri sendiri.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (P) KAPAR. FOLIO SIVIK TINGKATAN 1 (2011) TEMA:KESIHATAN DAN KESELAMATAN DIRI. AHLI KUMPULAN:LAKHNESSWARY A/P VADIVELOO. DHARSHINI A/P RAJAKUMAR. KALPANA A/P ELANKOVAN. SUBHASHINY A/P DEVARAYAN. YOGESWARY A/P SANTHANAM. GURU BIMBINGAN:PUAN.NAJAHIAH.

LAMPIRAN. KESIHATAN.

Anda mungkin juga menyukai