Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENDAHULUAN

Pembangunan modal insan yang berkualiti dan seimbang adalah hasrat pendidikan
negara secara umum dan matlamat Pendidikan Islam secara khusus. Usaha untuk
melahirkan modal insan yang berkualiti dan seimbang menuntut profesionalisme
guru‐guru yang memikul tanggungjawab dan tugas mendidik. Profesionalisme adalah
satu isu yang besar dan penting. Ia merujuk kepada kualiti yang dimiliki guru daripada
segi ilmu, kemahiran, sikap atau atribut.

Membudaya profesionalisme guru Pendidikan Islam memberi maksud untuk


membiasakan sesuatu tingkah laku yang baik supaya berbudaya atau beradab dengan
sifat kemampuan, kemahiran dan cara pelaksanaan sabagaimana yang sewajarnya
dilakukan oleh seorag yang bersifat professional (Anom, 2005). Guru dalam tradisi
keilmuan Islam adalah ibu bapa kedua penting selepas ibu bapa pelajar sendiri. Guru
juga adalah pendakwah yang menjadi ikutan dan rujukankepada pelajar. Terdapat
empat atribut guru Pendidikan Islam yang penting bagi menunjukkan tahap
profesionalisme mereka iaitu sabar, bersedia meningkatkan ilmu dan kemahiran,
menilai amalan diri dan amalan pengajaran serta memiliki pergantungan yang kuat
dengan Allah s.w.t. Keempat‐empat atribut tersebut berperanan menghasilkan modal
insan atau pelajar yang berkualiti dan seimbang sesuai dengan kehendak Pendidikan
Islam (Fathiyah, 2011).

Guru merupakan sumber manusia penting dalam industri pendidikan bagi


menyokong hasrat wawasan negara ke arah negara maju sepenuhnya menjelang
tahun 2020. Gurulah yang akan memastikan para pelajar serasi dengan acuan
wawasan negara. Gurulah yang akan memastikan modal insan negara mampu
memenuhi usaha memartabatkan taraf pendidikan modal insan negara sejajar dengan
piawai negara maju. Justeru, guru juga mesti melengkapkan diri mereka dengan nilai
futuristik yang akan menanggapi cabaran pembentukan modal insan cemerlang dan
seimbang.

1
2.0 CIRI-CIRI GURU PENDIDIKAN ISLAM

2.1 Ikhlas

Ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang guru adalah ikhlas. Ini kerana ikhlas
berkait rapat dengan niat atau tujuan utama guru itu memilih bidang pendidikan. Ikhlas
itu amalan hati, yang tidak perlu diungkap dengan kata-kata. Boleh jadi semasa kita
menyatakan ikhlas, itulah tanda ketidakikhlasan kerana ikhlas tersimpan di lubuk hati
terdalam. Maka hanya Allah SWT saja yang pasti mengetahui ikhlas seseorang dalam
beramal. Ia bertepatan dengan firman Allah SWT :

ِ ‫ت َو ْاْل َ ْر‬
ۚ َ‫ض َويَ ْعلَ ُم َما تُس ُِّرونَ َو َما ت ُ ْع ِلنُون‬ َّ ‫يَ ْعلَ ُم َما فِي ال‬
ِ ‫س َم َاوا‬
(4) ‫ُور‬
ِ ‫صد‬ ِ ‫َّللاُ َع ِلي ٌم بِذَا‬
ُّ ‫ت ال‬ َّ ‫َو‬
Maksudnya : Ia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi;
dan Ia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu
zahirkan; dan Allah sentiasa Mengetahui segala (isi hati) yang
terkandung di dalam dada

( Surah At-Taghaabun : 4)

Guru yang ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab mereka adalah seorang


yang memfokuskan setiap perbuatan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT. Ada
seorang ulama mukhlisin, Ayyub As-Sakhtiyaany RA menyatakan, "Demi Allah, tiadalah
seorang hamba yang benar-benar ikhlas kepada Allah, melainkan ia merasa senang
apabila dirinya seolah-olah tidak mengetahui kedudukan dirinya". Guru yang ikhlas
faham dan sedar bahawa segala amal perbuatannya mesti bersih dari sikap riak dan
hanya diniatkan untuk mendapatkan redha Allah SWT semata-mata.

Apabila seseorang guru itu tidak ikhlas maka tidak ada rohnya dalam sesuatu
amalan. Hal ini kerana, ikhlas merupakan roh dan syarat diterimanya amal seorang
guru. Rasulullah SAW bersabda,

"Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat (menilai) bentuk tubuh serta


kemolekan wajahmu, tetapi Allah melihat (menilai) keikhlasan yang
bersemayam dalam lubuk hatimu." (HR Bukhari dan Muslim).

2
Ada beberapa ciri keikhlasan seorang guru. Pertama, guru berbuat baik bukan
kerana ingin dipuji, hendak mencari nama, atau mendapatkan penghargaan. Dipuji,
dihargai atau bahkan dicaci sama sahaja bagi seorang guru yang ikhlas. Yang penting
redha Allah SWT itu sudah cukup. Guru yang ikhlas tidak memerlukan pujian dari
manusia. Oleh itu, guru yang ikhlas tidak dapat disogokkan dengan penghargaan
dalam bentuk perkataan, perhatian, pemberian keperluan, tanda jasa dan sebagainya.
Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Dan apa saja harta yang kamu nafkahkan maka pahalanya itu untuk kamu
sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan (harta) untuk tujuan selain
mencari keredhaan Allah semata.” (Surah Al-Baqarah:272).

Antara peristiwa yang menunjukkan keikhlasan Rasulullah SAW dalam


berdakwah apabila Quraisy menghantar ‘Utbah bin Rabi’ah untuk menawarkan kepada
Rasulullah harta, pangkat, pejabat dan isteri yang cantik. Rasulullah terus
meninggalkan Utbah sehingga baginda tidak kembali lagi. Rasulullahmembacakan
beberapa ayat dari surah Fussilat. Ketika Utbah kembali kepada orang-orang yang
menghantarnya, dia sendiri yang meminta agar orang-orang itu membiarkan
Muhammad. Utbah disangka sudah terkena sihir Muhammad tetapi apabila mereka
sendiri bersemuka dengan baginda, Rasulullah SAW sama sekali tidak berganjak dari
sikapnya.

Ada seseorang bertanyakan sebab Rasulullah tidak menerima tawaran tersebut


untuk digunakan sebagai bekal dalam berdakwah. Hal ini kerana untuk mencapai
tujuan, tidak boleh dilakukan dengan menghalalkan segala cara. Dan politik yang
dilakukan Nabi SAW sangatlah bersih. Berdasarkan kisah tersebut, Rasulullah SAW
ikhlas dalam menyampaikan dakwah tanpa mengharapkan apa-apa balasan atau
habuan.

2.2 Sabar

Guru profesional adalah seorang yang bijak dalam mengendalikan setiap tugas
dan peranannya dalam pekerjaan. Guru perlu menerap nilai-nilai kesabaran yang amat
tinggi dalam mendidik anak bangsa. Dengan sifat sabar ini, seorang guru mampu terus
menjadi pendidik walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang pelbagai karenah.

3
Tanpa sifat sabar, bilangan guru akan berkurangan kerana tidak sanggup lagi melayan
karenah pelajar yang kadang kala mengundang rasa marah.

Dalam zaman serba moden serta mencabar ini, kerjaya seorang guru juga
semakin mencabar. Banyak dilaporkan mengenai adanya segelintir guru yang tidak
dapat mengawal emosi lantas mengambil tindakan menghukum anak didik di luar
batasan etika seorang pendidik seperti yang sering dilaporkan di dalam akhbar
tempatan. Justeru, guru perlulah sentiasa ingat bahawa mendidik memerlukan
kesabaran yang tinggi. Tanpa sifat ini, guru akan berhadapan dengan masalah.

Panduan yang ditunjukkan Rasulullah SAW perlu dijadikan amalan ketika


memenuhi tugas mendidik anak bangsa. Banyak kisah dan peristiwa yang dilalui
Rasulullah SAW menonjolkan perwatakan luhur pendidik yang unggul untuk dicontohi.
Guru yang penyabar dan penyayang akan berjaya dalam kerjayanya. Apabila nilai
sabar tersemat kukuh, guru mesti menyedari bahawa sabar itu memberkati usaha
gigihnya dalam mendidik. Gabungan ilmu pengetahuan dan kesabaran itu akan
membolehkan guru mengajar dengan berkesan dan menarik minat anak didiknya.
Sabar akan menjadikan seorang itu hebat dan kuat seperti pedang yang tidak akan
tumpul.

Antara kisah Rasulullah SAW yang dapat dikaitkan dengan sifat sabar ini adalah
apabila tempat pertama menjadi pilihan Rasulullah SAW bagi menyampaikan risalah
secara terbuka adalah Taif. Namun, Allah mentakdirkan rancangan tersebut gagal.
Apabila tiba di Taif, baginda disambut dengan begitu teruk. Penduduk Taif tidak kira
lelaki, tua, wanita mahupun kanak-kanakmencemuh dan menghalau baginda. Mereka
mengutip batu-batu dijalanan untuk dilempar ke arah Rasulullah SAW sehingga tumit
serta beberapa tempat di badan baginda luka berdarah.

Melihat situasi tersebut, malaikat menawarkan bukit-bukit di sekeliling Taif untuk


dihempapkan ke atas seluruh penduduknya sebagai balasan atas kebiadapan mereka.
Ternyata baginda tidak mengizinkannya kerana mengetahui dan memahami kelemahan
umatnya yang mudah terpengaruh dengan sesuatu berita dan adu domba tanpa usul
periksa. Daripada peristiwa ini, dapat kita lihat yang Rasulullah berdakwah dengan
penuh kesabaran.

4
2.3 Penyayang

Kehadiran murid disambut dengan senyum manis oleh guru-guru yang menanti
kehadiran mereka dengan penuh keikhlasan untuk mencurahkan ilmu kepada setiap
anak muridnya. Bagi murid yang datang dengan hati yang kosong dan kurangnya kasih
sayang akibat perpecahan institusi keluarga, kekosongan ini perlu ditampung seiring
dengan usaha guru mengajar dan mendidik. Guru perlu menyelami hati, minat,
kecenderungan, harapan dan impian murid supaya mereka berasa dihargai dan
diperlukan dalam setiap aktiviti yang disediakan. Sebagai pendidik, perlu sentiasa
mengingatkan mereka bahawa kehadiran mereka di dunia ini amat bermakna di sisi
Allah. Nasihati mereka dengan penuh kasih sayang.

Apabila hati sudah ditawan dengan kelembutan dan kasih sayang seorang guru,
maka mudahlah bagi mereka untuk menerima pelajaran, nasihat dan teguran. Kasih
sayang guru kepada muridnya bagaikan irama dan lagu, bagai ombak dan pantai,
bagai aur dan tebing. Walaupun realitinya dunia mereka berbeza tetapi mereka tetap
saling memerlukan dan saling melengkapi antara satu sama lain.

“orang yang terbaik daripada kalangan kamu adalah mereka yang baik
kepada keluarganya sendiri dan aku adalah orang yang paling baik kepada
keluargaku sendiri.”

(Riwayat Al-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Hadis diatas jelas menyatakan bagaimana sikap dan akhlak Rasulullah SAW
sebagai seorang bapa dalam menguruskan anak-anaknya. Baginda mempunyai sifat
azali iaitu mengamalkan apa yang dikata, malah melaksanakan sesuatu terlebih dahulu
sebelum menyuruh para sahabat mengikutinya. Kisah yang dapat dijadikan contoh
adalah apabila anak Rasulullah SAW, Ruqayyah sedang kesakitan. Baginda
mengarahkan Saidina Uthman, suami anaknya agar tidak turut serta dalam
Peperangan Badar. Ini menunjukkan bagaimana baginda sangat bertimbang rasa
sebagai seorang pemimpin dan bapa yang penyayang.

Dengan apa yang telah dilakukan Baginda, tidak timbul isu bias, nepotisme atau
kronisme kerana dalam kes perang yang lain sesiapa yang mempunyai ahli keluarga
yang sakit atau kurang keupayaan dan beberapa kekangan lain tidak dibenarkan keluar

5
berperang kerana keperluan hakiki mereka lebih besar berbanding keluar berjihad
kerana Allah.

2.4 Bijaksana

Seseorang yang bijaksana diertikan sebagai sesseorang yang menggunakan akal


fikiran dan pengalamannya. Ini membawa maksud orang yang bijaksana adalah orang
yang sentiasa menggunakan akal dan fikirannya dalam menghadapi atau memutuskan
sesuatu persoalan. Orang yang bijaksana tidak mudah teremosi dalam menghadapi
sesuatu dan tidak tergopoh-gapah dalam mengambil keputusan. Setiap permasalahan
yang dihadapi akan diurus secara rasional dan keputusan dibuat setelah memikirkan
sebarang kemungkinan berpandukan pengetahuan yang luas.

Seorang guru dikatakan bijaksana apabila dalam menghadapi setiap


permasalahan sentiasa dipertimbangkan dengan akal yang waras dan berdasarkan
ilmu pengetahuan. Misalnya apabila dia menghadapi murid yang melakukan kesalahan,
mereka tidak akan serta merta menyalahkan, mencela, memaki, dan menghukum
murid tersebut. Dengan tenang dan penuh kesabaran ia mengumpul beberapa bukti
yang kukuh terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan.

Selain itu, guru yang bijaksana merancang dan melaksanakan pembelajaran


sesuai dengan keadaan dan kemampuan murid-muridnya. Mereka tidak akan
memaksa murid dengan memberi tugasan yang berlebihan tetapi disesuaikan dengan
keupayaan dan keperluan murid. Bijaksana dalam dunia pendidikan dimana guru
memberi tugas tanpa harus membebankan murid, menghukum murid yang bersalah
tanpa harus menyakiti, menasihati murid yang salah tanpa memalukan mereka,
mendidik murid sesuai dengan keadaan dan kemampuan mereka serta menguji dan
menilai murid dengan kemampuan yang dimiliki.

Secara umumnya, murid sangat menyukai guru yang bijaksana kerana dari guru
yang bijaksana mereka mendapat pelajaran untuk kehidupannya dan mereka pun akan
merasa dihargai.

Dalam sirah Rasulullah SAW banyak peristiwa yang menunjukkan kebijsanaan


Rasulullah SAW. Antaranya adalah mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar, segera

6
mewujudkan sebuah perjanjian dasar antara semua masyarakat Madinah dipanggil
Piagam Madinah, memberi hak kesamaratan sosial kepada semua warga masyarakat
tidak kira Islam mahupun tidak serta mengadakan Perjanjian Hudaibiyah yang banyak
menguntungkan umat Islam.

2.5 Amanah

Amanah juga merupakan salah satu daripada sifat atau akhlak yang mulia. Bersifat
amanah atau lebih dikenali dengan sifat jujur adalah diwajibkan ke atas setiap orang
islam. Anas ibnu Malik Radiallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:

‫ال إيمان لمن ال أمانة له وال دين لمن ال عهد له‬

( ‫)رواه أحمد‬
Maksudnya: “Tidak sempurna imam orang yang tidak mempunyai sifat
amanah baginya dan tidak sempurna iman orang yang tidak mempunyai sifat
tanggungjawab baginya”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Oleh itu seorang guru yang dipertanggungjawabkan ke atas murid-muridnya


adalah salah satu daripada amanah yang wajib dilaksanakan. Melaksanakan tugas
atau tanggungjawab itu pula hendaklah dengan penuh sifat amanah. Jika amanah itu
diabaikan orang itu telah berkhianat, kerana lawan bagi sifat amanah itu ialah khianat.
Firman Allah:

‫يأيها الذين ءامنوا آل تخونوا هللا والرسول وتخونوا أمنتكم وأنتم تعلمون‬

(28 : ‫)سورة اْلنفال‬


Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu
mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu
mengkhianati amanah-amanah kamu sedang kamu mengetahui (salahnya)

7
Antara peristiwa sahsiah Rasulullah yang dapat dikait dengan sifat amanah
adalah dalam urusan perniagaan baginda. Baginda seorang yang amanah, malah
sangat berpegang teguh pada janji meskipun ia sukar dan tidak menguntungkan diri
sendiri. Hampir mustahil bagi seorang usahawan untuk tidak terlibat dengan hutang.
Menjadi kebiasaan Rasulullah SAW apabila membayar hutang-hutang, baginda akan
melebihkan bayaran sebagai tanda terima kasih dan penghargaan atas kepercayaan
serta keyakinan member kredit kepadanya.

Rasulullah SAW juga sangat menggalakkan para sahabat melakukannya. Kita


sebagai umat baginda sudah pasti perlu mengikutinya. Membayar hutang secara
lebihan sebagai niat hadiah dan rasa terima kasih ini berbeza dengan riba kerana ia
tidak dinyatakan sebagai syarat pinjaman dari awal hutang diperolehi.

2.6 Disiplin

Menjadi guru yang bersahsiah tinggi amat penting dalam pendidikan masa kini. Ini
kerana guru juga perlu mematuhi dan mengikut segala elemen-elemen penting dalam
Falsafah Pendidikan Guru. Falsafah Pendidikan Guru dirangka untuk membentuk guru
yang berkualiti selaras dengan objektif pendidikan kebangsaan. Dalam Falsafah
Pendidikan Guru, terdapat beberapa aspek atau ciri kualiti yang ingin dibentuk dalam
diri guru yang berperanan sebagai agen perubahan kepada generasi masa hadapan.
Antaranya ialah berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara, menyanjung warisan kebudayaan negara, menjalin
perkembangan individu, memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, memelihara
suatu masyarakat yang demokratik, memelihara suatu masyarakat yang progresif dan
memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin.

Elemen yang pertama iaitu berdisiplin. Berdisiplin merujuk kepada sahsiah


seseorang guru. Guru yang bertindak sebagai agen perubahan pelajar perlu terlebih
dahulu menunjukkan sahsiah yang baik supaya murid dapat mencontohi keperibadian
guru. Sekiranya seorang guru tidak menunjukkan disiplin yang mantap misalnya
merokok dalam kawasan sekolah, sudah semestinya menjadi teladan yang tidak baik
untuk pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar yang baru meningkat dewasa mudah terpengaruh
dengan keadaan sekeliling. Jadi sekiranya guru merokok di kawasan sekolah, pelajar

8
akan turut sama melanggar disiplin sekolah dengan menghisap rokok. Mungkin budaya
merokok dianggap mudah tetapi budaya inilah yang akan mendorong pelajar-pelajar
untuk melakukan lebih banyak masalah di sekolah seperti gangsterisme dan
vanderlisme.

Kebelakangan ini banyak terjadi kes-kes yang melibatkan guru, contohnya guru
mencabul pelajar di sekolah. Hal-hal sebegini tidak seharusnya berlaku sekiranya guru
mempunyai disiplin. Guru berperanan menjadi contoh teladan kepada pelajar tetapi
dalam masa yang sama telah memusnahkan kepercayaan pelajar itu terhadap guru.
Justeru, bagaimanakah aspirasi yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru
mampu tercapai? Maka, elemen disiplin dalam kalangan guru perlu diterapkan supaya
aspirasi negara dapat dicapai.

Dalam menjadi guru Pendidikan Islam yang berdisiplin, Rasulullah SAW


merupakan contoh yang terbaik boleh dijadikan teladan. Sebagai utusan Allah yang
menggalas amanah menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia, Rasulullah
SAW sentiasa memastikan dirinya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan
wahyu sama ada dalam sebesar-besar atau sekecil-kecil perkara. Rasulullah sangat
berdisiplin dalam pengurusan wahyu. Ini telah dijelaskan oleh Allah di dalam Al-Quran
dengan member gambaran bahawa apa sahaja yang dilakukan baginda bukanlah
bertunjangkan hawa nafsu tetapi wahyu dari-Nya.

Oleh itu, setiap wahyu adalah selamat daripada dusta, penambahan atau
pengurangan walaupun sedikit. Justeru, baginda sudah pun meninggalkan dua wasiat
terbaik untuk dijadikan panduan. Jika berpegang teguh pada keduanya, pasti kita tidak
akan sesat selamanya. Rasulullah telah berpesan yang bermaksud:

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, tidak akan sesat selamanya jika
kamu berpegang teguh kepada keduanya, ia adalah al-Quran dan Sunnah
Rasul.”

(Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwatta)

3.0 RUMUSAN

9
Sebagai kesimpulannya, seseorang guru perlu bersahsiah pekerti supaya dihormati
dan disanjung oleh murid-murid. Selain itu, Cabaran yang dihadapi oleh para guru
dalam mengajar murid-murid zaman ini bukanlah suatu yang mudah. Guru berhadapan
dengan kenakalan remaja yang semakin serius. Ibu bapa harus ikut serta dalam
memudahkan kerja guru-guru di sekolah. Kerajaan wajar peka dengan keperluan
persekolahan dan pembelajaran generasi baru yang semakin canggih dan pelbagai.
Masyarakat juga mustahak memainkan peranan sebagai pemangkin kejayaan guru dan
murid dalam pembelajaran mereka. Tanpa kerjasama semua pihak proses pendidikan
tidak akan berjaya menghasilkan generasi yang baik.

Untuk menjadikan profesionalisme guru Pendidikan Islam di pandang tinggi,


sahsiah yang perlu diterapkan dalam diri masing-masing adalah berpandukan Al-Quran
dan AsSunnah. Guru-guru Pendidikan Islam juga haruslah menjadikan Rasulullah SAW
idola dalam membentuk akhlk dan sahsiah diri seseorang guru. Ini kerana Rasulullah
merupakan Qudwah Hasanah iaitu contoh teladan yang baik. Ia bertepatan dengan
firman Allah SWT :

‫َّللاَ َو ْاليَ ْو َم ْاآل ِخ َر َوذَ َك َر‬ َ ‫َّللاِ أ ُ ْس َوة ٌ َح‬


َّ ‫سنَةٌ ِل َمن َكانَ َي ْر ُجو‬ ُ ‫لَّقَ ْد َكانَ لَ ُك ْم ِفي َر‬
َّ ‫سو ِل‬
ً ‫َّللاَ َك ِث‬
‫يرا‬ َّ
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan
(balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah
banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

(Surah al-Ahzaab:21)

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w adalah teladan yang paling baik untuk kita contohi.
kredibiliti yang ada pada Nabi Muhammad s.a.w menjadi ikutan para sahabat dan
pengikutnya dalam segala aspek kehidupan. Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang
diri Rasulullah yang memiliki contoh yang baik. Bagi orang yang ingin mengharapkan
keredhaan Allah s.w.t, perlu mengikuti contoh Baginda.

10
RUJUKAN

Ab. Aziz Mohd Zin. (2005). Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti

Malaya.

Ab. Aziz Yusof. (2013). Pengurusan Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Ahmad Mohd Salleh. (2011). Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pengajian Islam.

Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi (2014). Hebatnya Rasulullah. Selangor: Grup

Karangkraf Sdn.Bhd.

Amru Khalid. (2014). Di Bawah Naungan Sirah Nabawiyah. Selangor: Maghfirah

Pustaka (M) Sdn. Bhd.

Mardzelah Makhsin (ed.). (2003). Pendidikan Islam . Pahang: PTS Publications &

Distributor Sdn. Bhd.

Musthafa al-‘Adawy. (2007). Fikih Akhlak. Jakarta: Qisthi Press.

Saad, H. (2010). Ilmu dan Aplikasi Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publications

Sdn.Bhd.

Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2013). Guru dan Cabaran

Semasa. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Zulkifli Mohd. Yusoff & Noor Naemah Abd. Rahman. (2015). Biografi Muhammad bin

Abdullah. Selangor: PTS Islamika Sdn.Bhd.

11

Anda mungkin juga menyukai