Anda di halaman 1dari 12

2.

0 Pengenalan Konstrukvitisme

Pembelajaran merupakan perkara penting dalam perkembangan manusia. Bagi


menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian, manusia sentiasa belajar untulk
memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman. Pembelajarn
berlaku sepanjang hayat iaitu secara formal dan tidak formal. Pembelajaran formal
berlaku di peringkat sekolah, kolej dan university. Manakala pembelajaran tidak
formal berlaku malalui persekitaran seperti televisyen, asuhan ibu bapa serta
pergaulan dengan rakan-rakan dan juga dengan menyertai kursus-kursus dan
bengkel-bengkel yang dilakukan di luar pembelajaran formal sebagai tambahan.

Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu


termasuklah bidang psikologi pendidikan. Menurut E. R. Hilgard, R.C. Atkinson dan
R. L. Atkinson (1975) dalam buku Introduction to Psychology mentafsirkan
pembelajaran adalah proses dalaman yang dialami oleh pelajar malalui
pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dan membawa
perubahan kognitif dan tingkah laku pelajar secara kekal (Mok Soon Sang, 2010).
Oleh itu, teori-teori pembelajaran boleh didefinisikan sebagai huraian prinsip-prinsip
dan hukum-hukum yang terjalin dan saling bergantung dalam penguasaan ilmu dan
maklumat.

2.1 Teori Pembelajaran Konstruktivisme

Konstruktivisme berasaskan kepada pandangan bahawa proses pembelajarn adalah


aktif dinamik serta berkembang sedikit demi sedikit sepanjang hayat seorang
individu. Seseorang individu akan berusaha sendiri dan bukan menguasainya
daripada orang lain untuk membina atau konstruk ilmu pengetahuan. Teori ini
menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses yang aktif dan pelajar
membina konsep baharu atau pengetahuan baharu berasaskan pengalaman. Setiap
individu mempunyai perwakilan pengetahuan sendiri melalui pengalaman yang
dialami. Pembelajaran berlaku apabila ketidakseimbangan berlaku di antara
kerangka dengan maklumat baharu.

Para tokoh pengerak konstruktivisme terdiri daripada ahli-ahli psikologi dan


pakar pendidikan seperti Jean Piaget, Jerome Bruner, Lev Vygotsky, John Dewey dan
Seymour Papert. Mereka yang menyokong teori ini berpendapat, apabila manusia
berhadapan dengan sesuatu yang tidak diketahui, mereka akan ingin
memahaminya. Hal ini kerana menurut teori konstruktivisme, pengetahuan adalah
produk minda yang dibina dengan pengalaman dan input yang diterima melalui
deria-deria sebagai hasil persepsi. Justeru, pembelajaran konstruktivisme
merupakan pembelajaran aktif dan dinamik kerana ia terhasil darpada
pengubahsuaian idea-idea yang sedia ada dengan input melalui proses asimilasi
dan akomodasi dalam skema.

2.2 Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme

Teori konstruktivisme merupakan suatu teori yang digunakan sebagai panduan


dalam pendidikan. Dalam pendidikan konstruktivis, terdapat beberapa prinsip asas
iaitu pengetahuan dibina oleh para murid, setiap murid memiliki idea dan
pengetahuan asas, proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial, dan
guru merupakan fasilitator dalam pembinaan pengetahuan murid. Peranan guru dan
murid untuk saling bersandar di antara satu sama lain dapat diseimbangkan melalui
proses pengajaran dan pembelajaran yang berdasarkan konstruktivisme. Ini kerana,
peranan guru hanya dilihat sebagai pengawal bilik darjah selain mereka seharusnya
menerima murid-murid sebagai individu yang mempunyai cirri-ciri perlakuan yang
berbeza.

Melalui teori ini, ia dapat membuka ruang serta peluang kepada guru untuk
memilih kaedah yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan.
Konstruktivisme adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang untuk murid-
murid belajar untuk belajar (learn how to learn) dengan membina makna dan
kefahaman yang tinggi dalam kerangka minda masing-masing berdasarkan kepada
pengalaman dan persekitaran yang sedia ada. Dengan ini, guru akan lebih prihatin
terhadap keperluan dan kehendak murid secara individu jika keadaan sedemikian
berlaku.

Konstruktivisme ialah teori pembelajaran yang melihat murid sebagai


Pembina pengetahuan, dan bukannya sebagai penerima pengetahuan. Menurut
Piaget, keupayaan mengurus maklumat dan pengetahuan berlaku secara
berperingkat. Proses membina pengetahuan juga berlaku mengikut peringkat yang
bermula dengan pengetahuan yang sedia ada dalam struktur kognitif.
Perkembangan kognitif kanak-kanak dibahagikan kepada empat peringkat iaitu
peringkat sensori motor (0-2 tahun), peringkat praoperasi (2-7 tahun), peringkat
operasi konkrit (7-11 tahun) dan peringkat operasi formal (11-15 tahun).

Pada peringkat praoperasi, guru yang mengajar perlu memberi peluang


kepada murid meneroka alam fizikal melalui aktiviti main dan penyelesaian masalah
serta arahan yang diberi haruslah mudah dan singkat. Selain itu, guru mungkin
perlu mendemonstrasikan perlakuan-perlakuan semasa memberi arahan verbal
tersebut. Guru juga perlu menggalakkan murid melakukan aktiviti minds-on yang
melibatkan banding-beza dan susunan mengikut urutan seperti ketinggian, berat
atau panjang. Sebagai contoh, murid boleh berbaris mengikut ketinggian mereka
daripada rendah kepada paling tinggi. Guru juga boleh mengendalikan aktiviti
menyemai benih untuk menarik minat murid memerhati urutan proses
percambahan benih. Seterusnya, guru boleh meminta murid tentang sesuatu yang
diperhatikan atau melukis dan bersoal jawab tentang perkara tersebut.

Seterusnya murid-murid pada peringkat operasi konkrit masih belum dapat


berfikir secara abstrak. Oleh itu, guru haruslah menyediakan peluang untuk murid
membuat penerokaan dan penemuan konsep yang dipelajari menggunakan daya
pemikiran. Guru juga boleh memberi galakan kepada murid dengan melakukan
aktiviti keterbalikan atau susunan songsang. Murid pada peringkat ini mampu
mengikut arahan, peraturan dan giliran yang ditetapkan. Pada peringkat ini juga,
murid sudah mula memahami konsep kemenangan dan kekalahan dalam sesuatu
pertandingan serta memahami emosi diri dan orang lain. Oleh itu, guru haruslah
merancang aktiviti-aktiviti prososial seperti aktiviti berpasukan, bekerjasama,
bertolak ansur, dan tolong-menolong.

Peringkat seterusnya adalah operasi formal, murid-murid pada peringkat ini


digalakkan menggunakan pemikiran konvergen, divergen, reflektif dan metakognitif.
Justeru, untuk mengetahui pemikiran mereka guru harus sering mengadakan
perbincangan dengan murid-murid dan menerangkan sesuatu konsep dengan jelas,
sabar dan berfikiran terbuka. Jangan sesekali mencemuh dan mengetepikan sahaja
pendapat atau kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid.
Teori Konstruktivisme Sosial dipelopori oleh Lev Vygotsky. Menurut beliau,
perkembangan kognitif kanak-kanak bergantung kepada interaksinya orang-orang
berkepentngan dalam persekitaran budayanya. Vygotsky berpendapat bahawa isi
pelajaran mudah dikuasai oleh murid jika berasaskan kepada skema ataupun
pengetahuan sedia ada. Oleh itu, guru hendaklah menyediakan banyak contoh dan
bahan sumber yang boleh membantu murid membuat perkaitan dan membina
pemahaman baru. Guru juga hendaklah mengaitkan isi pelajaran dengan situasi
sebenar. Di samping itu, tugasan autentik yang berasakan kepada maslah alam
nyata, pengalaman berasaskan konteks sebenar, simulasi dan sebagainya boleh
dimanfaatkan.

Menurut Vygotsky lagi, berkomunikasi dengan diri sendiri (private-speech)


juga boleh dijadikan salah satu perkembangan kanak-kanak yang bagus kerana
dapat mengawal tingkah lakunya sendiri. Malah kanak-kanak yang sering bercakap
dengan diri sendiri lebih cekap berbanding kanak-kanak yang tidak bercakap
sendiri. Oleh itu, penggunaan private-speech semasa berfikir dan menyelesaikan
masalah perlulah digalakkan oleh guru keatas murid-murid. Misalnya, guru boleh
memberi permulaan cerita kepada murid dan meminta murid menyambung cerita
tersebut dengan berfikir sendiri.

Akhirnya, guru juga boleh mengadakan gerak kerja berkumpulan dan


perbincangan secara kumpulan untuk mewujudkan interaksi yang berkualiti. Melalui
aktiviti dan perbincangan secara kumpulan, murid dapat berkongsi idea, mendapat
pemahaman yang lebih jelas dan meluahkan buah fikiran. Contohnya, guru boleh
menyediakan soalan Matematik yang agak sukar kepada murid-murid secara
berkumpulan supaya mereka bekerjasama dalam menyelesaikan soalan tersebut.
5.0 Implikasi Terhadap Pengajaran & Pembelajaran

Dalam teori konstruktivisme, guru tidak memberikan pengetahuan kepada pelajar-


pelajar tetapi para pelajar harus berusaha sendiri membangunkan ilmu
pengetahuan dalam struktur mental mereka. Hal ini kerana, pelajar-pelajar ini
adalah pembina teori dan dipertanggungjawab membina pengetahuan sendiri. Oleh
itu, guru perlu menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
untuk pembinaan pengetahuan pelajar-pelajar. Guru juga perlu menggalakkan
pembelajaran melalui penemuan di mana interaksi guru dan pelajar berlaku secara
aktif di samping guru dapat menyesuaikan pengajaran mengikut kefahaman pelajar.

Selain itu, guru akan menjadi role model ataupun ikutan yang paling efektif
untuk memberi pengetahuan kepada pelajar. Namun demikian, guru juga perlu
menerima hakikat bahawa pelajar-pelajar datang ke kelas berbekalkan pelbagai
pengetahuan yang sedia ada dan nilai-nilai tertentu. Mereka akan membina
pengetahuan berdasarkan idea-idea dan nilai-nilai yang sedia ada itu. Sebenarnya,
guru bukan merupakan penyebar pengetahuan, sebaliknya merupakan pemudah
cara atau fasillitator. Guru akan menyediakan pelbagai jenis bahan pembelajaran
dan menggalakkan uji kaji, percubaan serta penyelesaian masalah agar pembinaan
pengetahuan oleh kanak-kanak dapat berlaku.

Antara implikasi teori konstruktivisme yang lain adalah pembinaan ilmu


pengetahuan secara sendiri. Pelajar membina pengetahuan sendiri daripada
pengalaman, interaksi sosial dan persekitaran. Hal ini kerana, pengetahuan dibina
secara aktif melalui proses saling mempengaruhi di antara pengetahuan sedia ada
dan pengetahuan baru. Di samping itu, proses pembinaan pengetahuan adalah
berterusan yang melibatkan penjanaan idea, pemeriksaan dan penstrukturan
semula idea-idea tersebut.

Seterusnya, berlaku penaakulan dan penggunaan logik yang diaplikasi secara


aktif. Pelajar menyedari bahawa ilmu atau maklumat yang ada padanya tidak serasi
dengan penerangan baru. Setelah itu, pelajar tersebut akan bermotivasi untuk
membetulkan ketidakseimbangan dalam dirinya. Dengan ini, pelajar akan berusaha
menerima informasi baharu dan menganalisisnyasebelum menerima atau menolak.

Selain itu, guru akan menyediakan pelbagai bahan bantu mengajar yang
menarik untuk membantu pelajar dalam proses pembelajaran kendiri dan dapat
mempercepat pelajar menguasai ilmu yang baru. Namun begitu, bahan bantu
mengajar guru haruslah menunjukkan perkaitan dengan pengalaman sedia ada
pelajar.

Para pelajar juga boleh membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan diri
secara aktf dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pelajar
perlu menggunakan minda mereka secara aktif untuk membandingkan maklumat-
maklumat baru dengan pengalaman sedia ada untuk mencapai kefahaman
terhadap maklumat baru ini. Walaubagaimanapun, pelajar juga terlibat dalam
proses metakognitif iaitu operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran secara
kognitif dalam minda mereka. Pada akhir pengajaran, pelajar terlibat dalam proses-
proses menilai dan mentaksir pemikiran kendiri melalui refleksi dan renungan.

Akhir sekali, guru merancang dan menggalakkan pembelajaran kumpulan


koperatif iaitu pembelajaran berasaskan projek dan pendidikan kajian luar yang
memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengendalikanpembelajaran kendiri
mereka. Di samping itu, pelajar juga perlu merancang strategi pembelajaran yang
berkesan untuk diri sendiri serta membuka refleksi dan menilai tentang
pembelajaran yang telah berlaku.

6,0 Rumusan

Kesimpulannya, dapat diandaikan bahawa teori konstruktivisme ini amat


menekankan bahawa pembelajaran merupakan suatu proses yang aktif dan
dinamik. Hal ini kerana, para pelajar dapat membina konsep dan pengetahuan baru
berasaskan pengalaman-pengalaman yang mereka perolehi. Melalui pengalaman
mereka, setiap individu mempunyai perwakilan pengetahuan sendiri. Pembelajaran
ini seterusnya berlaku apabila ketidakseimbangan berlaku di antara kerangka
denagn maklumat baru. Teori ini amat sesuai sekali untuk diaplikasikan ke dalam
proses pengajaran dan pembelajaran seiring sistem pendidikan masa kini yang
menuntut supaya setiap individu yang berkaitan mengaplikasikan kemajuan
teknologi yang tersedia pada masa kini.

1.0 Laporan PBS tentang perbezaan individu menurut Teori Kecerdasan


Pelbagai Howard Gardner

Teori Kecerdasan Pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan


intelektual yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini kerana
ukuran ujian IQ menekankan pada kemampuan logikal-matematik dan bahasa
sahaja. Sebenarnya, setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri dan unik
untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi mereka. Tambahan
lagi, kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperolehi seseorang. Hal ini
kerana kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk
melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah
tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain.

Teori kecerdasan pelbagai Howard Gardner mempunyai sembilan


kecerdasan pada dasarnya merupakan pengembangan dari kecerdasan otak (IQ),
kecerdasan emosional (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ). Semasa Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS) dijalankan selama seminggu, dapat dilihat bahawa murid-
murid di sekolah sememang mempunyai kecerdasan yang tidak sama. Dua orang
pelajar yang dicadangkan oleh guru sekolah berkenaan telah dibuat pemerhatian
keatas mereka. Mereka merupakan pelajar tahun 4 Cemerlang yang berlainan
jantina. Melalui temu bual bersama guru pendidikan islam 4 Cemerlang, didapati
bahawa dua orang pelajar ini mempunyai kecenderungan kecerdasan yang amat
berbeza.

Berdasarkan temu bual bersama Puan Radiah iaitu guru pendidkan islam
tahun 4 Cemerlang, beliau menyatakan bahawa setiap individu mempunyai
kecerdasan yang pelbagai. Oleh itu, guru perlu mengaplikasikan pelbagai teknik
pengajaran untuk menguji kecerdasan dan pencapaian murid-murid. Di samping itu,
beliau telah menggunakan beberapa teknik untuk mengatasi perbezaan individu ini.
Antaranya dengan menggunakan teknik pengajaran yang berbeza, bahan
pembelajaran yang menarik, bersoal jawab dan kerja berkumpulan. Selain itu,
bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dipamer di bilik darjah
digunakan secara berkesan dengan menjadikannya carta yang menarik. Bahan dan
sumber P&P yang mudah digunakan oleh murid ialah bahan bantu mengajar dan
pembelajaran kendiri.

Seterusnya, Puan Radiah juga memberi peluang kepada muridnya untuk


menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan TMK iaitu Teknologi
Maklumat dan Komunikasi. Kegunaan TMK oleh murid-muridnya adalah untuk
menjawab soalan atas talian dan proses mencari maklumat. Bagi pendapat Puan
Radiah, apabila murid terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran yang
dirancang, secara tidak langsung mereka akan berkeyakinan terhadap diri sendiri.
Selain itu juga, mereka tidak akan rasa tersisih dan faham dengan apa yang
dipelajari serta dapat bekerjasama dan bergaul mesra sesama mereka.
Berdasarkan senarai semak B, dapat dilihat bahawa pelajar lelaki ini
mempunyai kecenderungan kecerdasan interpersonal, kinestetik, visual-ruang dan
naturalis yang masing-masing berperatusan sebanyak 80%. Pelajar ini dapat
berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik dan dapat memahami perasaan,
motivasi, tabiat dan hasrat orang lain. Selain itu, dia dapat berinteraksi dengan
mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk
menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Dapat diperhatikan di sini, pelajar ini perlu
belajar lebih baik dengan melibatkan pergerakan otot dan secara amnya baikpada
aktiviti-aktiviti fizikal seperti sukan atau tarian.

Seterusnya, pelajar ini berkebolehan menceritakan dan menggambarkan


pengalaman yang pernah dilalui serta bijak menghubungkaitkan antar objek-objek
dalam ruang. Dia juga berkebolehan dalam mempersembahkan idea-idea visual
dalam aspek imaginative dan kreatif. Selain itu, pelajar ini berkemampuan
mengingat jalan dan sesuatu tempat itu dengan mudah tanpa berasa bingung. Dia
juga mampu untuk menggunakan warna dengan sempurna, mebaca peta dengan
baik dan mempunyai daya imaginasi yang kuat.

Bagi kecerdasan naturalis, pelajar ini merupakan pencinta alam dan


berkemampuan mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian dengan
mudah. Mereka yang bekecerdasan naturalis ini akan lebih banyak menghabiskan
masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat dalam alam
sekitar. Individu seperti ini merupakan individu yang sensitif terhadap alam sekitar
dan dapat menghubungkait antara kehidupan flora dan fauna.

Bagi pelajar perempuan pula, dia lebih cenderung ke arah kecerdasan


interpersonal, logik-matematikdan linguistik dimana masing-masing berperatusan
sebanyak 90%. Oleh itu, dapat dilihat pelajar ini lebih cenderung untuk menjadi
pemimpim berbanding pelajar lelaki berkenaan. Jika dibandingkan dengan pelajar
lelaki tadi, pelajar perempuan ini tidak cenderung ke arah kecerdasan kinestetik dan
visual-ruang.

Pelajar ini dapat diperhatikan bahawa dia boleh menjadi seotrang pemimpin
yang baik. Hal ini kerana, seseorang yang mempunyai kecerdasan interpersonal
yang tinggi mudah untuk bekerjasama dengan rakan sebaya dan mudah terlibat
dengan sebuah pergaulan. Dia juga merupakan anak yang baik dimana dia mampu
berasa sensitif terhadap perasaan orang dewasa di sekitarnya.

Seterusnya, pelajar ini mempunyai kecerdasan logik-matematik di mana dia


mempunyai dominan di bahagian kiri otak yang membolehkan dia menaakul secara
deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual. Individu yang mempunyai
kecerdasan logikal matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang besar
terhadap kegiatan yang berbentuk eksplorasi. Individu ini sering bertanya tentang
berbagai-bagai fenomena yang dilihat yang berlaku di sekeliling. Individu ini suka
menuntut penjelasan logik dari setiap pertanyaan. Selain itu, individu ini suka
mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira.

Akhir sekali, individu yang mempunyai kecerdasan linguistik ini memaparkan


kemudahan dengan berkata-kata dan berbahasa. Individu ini biasanya yang baik
dalam membaca, menulis, bercerita dan menghafal kata-kata bersama-sama
dengan tarikh. Individu ini sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk
memanipulasikannya. Mereka cenderung untuk belajar dengan lebih baik dengan
membaca, mengambil nota, mendengar kuliah, dan dengan berbincang dan
berdebat mengenai apa yang mereka pelajari. Individu yang mempunyai
kecerdasan verbal-linguistik dapat mempelajari bahasa asing dengan mudah kerana
mereka mempunyai ingatan yang tinggi lisan dan ingatan, dan kebolehan untuk
memahami dan memanipulasi sintaks dan keupayaan struktur.

Kesimpulannya, setiap pelajar mempunyai kecerdasan yang tidak sama


antara satu sama lain. Hal ini kerana setiap orang mempunyai caranya yang
tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi
mereka. Oleh itu, sebagai seorang pendidik perlulah peka dengan keadan murid-
murid yang diajarinya.

Anda mungkin juga menyukai