Anda di halaman 1dari 4

MAKLUMAT BACAAN UMUM

INFLUENZA
PROGRAM KELAB DOKTOR MUDA

_________________________________________________________

BULAN : Januari

PENGENALAN

Influenza lazimnya dipanggil selesema adalah jangkitan virus yang

mudah berjangkit melalui titisan salur pernafasan yang dilepaskan oleh

pesakit melalui batuk atau bersin. Influenza disebabkan oleh virus

influenza. Virus influenza ini kerap bermutasi untuk mengadaptasi

keadaan persekitaran, ubat dan antibodi badan. Jadi, tidak hairan

sekiranya individu berulang-ulang dijangkiti influenza. Sememangnya,

suntikan vaksin influenza pada setiap tahun adalah cara terbaik untuk

mencegah penyakit ini. Selain dari mendapatkan vaksin, amalkan cara

pencegahan influenza.

TANDA-TANDA & GEJALA-GEJALA

Tanda dan gejala jangkitan influenza, sesetengah orang yang dijangkiti

influenza tidak menunjukkan gejala awal, namun mereka boleh

menghadapi:

 Demam tinggi melebihi 38ºC


 Selsema
 Sakit Tekak
 Batuk
 Sakit Kepala
 Sakit Badan

RAWATAN INFLUENZA

Tiada ubat yang khusus untuk influenza tetapi gejalanya boleh dilegakan

dengan

 Mengambil ubat demam seperti Paracetamol untuk mengurangkan


demam dan rasa sakit.

 Minum air atau minuman suam bagi melegakan sakit tekak dan batuk

 Amalkan pemakanan seimbang dan tidur atau rehat yang


secukupnya

 Hindarkan stress kerana ini akan melemahkan sistem pertahanan


badan

 Jika tanda dan gejala berlarutan atau tambah teruk dapatkan rawatan
di klinik

LANGKAH PENCEGAHAN INFLUENZA

Influenza boleh dicegah dengan vaksin. Vaksin influenza perlu diambil

setiap tahun kerana

 Struktur virus influenza berubah setiap masa (antigenic drift)

 Formulasi vaksin influenza dikemaskini oleh WHO setiap tahun

 Formulasi ini mengikut kesepadanan vaksin dengan virus yang

dianjurkan menular setiap musim


Selain itu,

1. Sentiasa mengamalkan cara hidup sihat.

2. Mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi;

3. Kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun,

atau hand sanitizer

4. Tidak bergaul dengan orang yang bergejala influenza

Jika anda dijangkiti dan mempunyai gejala jangkitan influenza

1. Dinasihatkan untuk berehat di rumah

2. Tidak mengunjungi tempat-tempat tumpuan awam

3. Tidak bertemu dengan orang lain.

4. Sekiranya perlu bertemu dengan orang lain, pakai penutup

mulut dan hidung (topeng muka / face mask).

5. Pemakaian surgical mask atau 3-ply mask dengan cara yang

betul adalah memadai untuk mengelakkan penularan virus.

6. Mengamalkan adab batuk / bersin yang baik

7. Tutup mulut dengan tisu/ sapu tangan apabila batuk atau bersin

8. Mendapat rawatan segera di fasiliti kesihatan sekiranya gejala

berterusan atau bertambah teruk.


Untuk maklumat lanjut sila layari www.infosihat.gov.my,
www.myhealth.gov.my untuk mendapatkan maklumat yang lebih
terperinci mengenai Influenza.

Anda mungkin juga menyukai