Anda di halaman 1dari 27

NOVEL DESTINASI

IMPIAN
Karya Mohd Ismail Sarbini
1. SINOPSIS

• Sinopsis Novel Destinasi Impian

• Johari, Azlina, dan Firdaus telah menyahut cabaran datuk mereka untuk melakukan ekspedisi
berbasikal dari Klang ke Morib. Mereka ingin membuktikan kepada datuk mereka bahawa
mereka juga boleh berbasikal ke Morib seperti yang pernah dilakukan oleh datuk mereka suatu
ketika dahulu. Azlina dan Johari yang sememangnya gemar akan sukan lasak ini kelihatan
gembira menyahut cabaran datuk mereka berbanding dengan Firdaus yang bersifat agak
manja.
Sinopsis
• Firdaus menganggap bahawa ekspedisi berbasikal itu sebagai kerja gila. Azlina dan Johari
ingin melakukan ekspedisi berbasikal tersebut supaya Firdaus menjadi seorang lelaki yang
tahan lasak berbanding dengan perwatakannya yang agak lembut dan gemar akan kerja-kerja
yang dilakukan oleh orang perempuan. Oleh itu, Azlina kerap mencabar dan menyakiti hati
Firdaus agar Firdaus menyahut cabaran mereka. Sepanjang perjalanan sejauh lebih 50
kilometer itu, pelbagai cabaran yang ditempuhi oleh mereka termasuk kerenah Firdaus yang
kerap merungut kerana keletihan. Sikap Firdaus yang tidak sabar itu menyebabkan kerap
berlakunya konflik antara dia dengan adiknya, Azlina. Walau bagaimanapun, Johari sepupu
kepada Azlina dan Firdaus yang lebih dewasa lebih bersikap sabar dan bijak dalam
menghadapi kerenah mereka.
Sinopsis
• Setelah hampir lapan jam berkayuh dan berhenti rehat beberapa kali, mereka pun tiba di
pantai Morib dengan didahului oleh Firdaus. Ketibaan Firdaus disambut oleh rakan-rakannya.
Dia berasa amat bangga tambahan pula Mazlinda turut berada di situ. Mereka tidak jadi
menonton wayang kerana mahu menyambut ketibaan Firdaus. Hari jadi Mazlinda juga telah
ditunda memandangkan ibu bapanya terpaksa keluar daerah. Firdaus juga membohongi
kawan-kawannya dengan mengatakan bahawa perjalanan mereka mengambil masa yang lama
kerana adiknya Azlina sering berhenti rehat. Firdaus juga tidak mempedulikan ketibaan Azlina
dan Johari. Sementara itu, Johari dan Azlina disambut oleh rakan-rakan kolej Johari dan
mereka menginap di khemah yang berlainan dan agak jauh dari khemah Firdaus. Dua orang
rakan Firdaus, iaitu Sazali dan Moksin yang tidak mempercayai cerita Firdaus berjumpa
dengan Azlina. Mereka bertanyakan kebenaran cerita Firdaus, iaitu kelewatan mereka tiba di
Pantai Morib kerana Azlina keletihan dan sering berhenti rehat.
Sinopsis
• Azlina menceritakan perkara yang sebenar kepada mereka. Sazali dan Mohsin bertekad untuk
memaksa Firdaus mengakui perbuatannya. Pada malamnya, Firdaus bermimpi dirinya lemas
setelah dihumban ke dalam laut oleh Sazali dan Moksin kerana berbohong. Mimpi tersebut
telah menyedarkan Firdaus akan kesalahannya berbohong dan mula berasa takut. Pada
keesokan harinya, Johari dan Azlina ingin bertolak pulang tetapi Firdaus tidak mahu
menyertai mereka. Pada mulanya, Azlina tidak sampai hati hendak meninggalkan abangnya
tetapi setelah dipujuk oleh Johari, akhirnya mereka berbasikal pulang berdua sahaja.
Sementara itu, Firdaus dan rakan-rakannya bergembira mandi-manda di laut. Dalam
kegembiraan itu, Mazlina lemas dan cuba dibantu oleh Firdaus, tetapi dia hampir lemas kerana
tidak pandai berenang. Sebaik sahaja sedar, Firdaus susah berada di hospital. Sebenarnya,
Mazlinda berpura-pura lemas kerana ingin menguji Firdaus. Firdaus berasa malu dan sedar
akan sikapnya yang angkuh. Firdaus juga menerima teguran Johari secara positif.
2. Tema dan Persoalan
Tema

• Tema – perkara utama yang hendak disampaikan oleh


pengarang
• Novel ini membawa tema masalah dan konflik seorang remaja
yang menghadapi cabaran dalam hidup. Firdaus seorang individu
yang berada dalam keadaan dicabar dan mencabar. Bukan mudah
untuk menghadapi cabaran dan bukan semua orang suka dicabar.
Firdaus seorang anak muda yang dicabar oleh orang yang akrab
dalam keluarga
Persoalan

• Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya:

• 1. Jiwa remaja yang mudah memberontak

• Contoh: Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak
tahan menerima cabaran. Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan
memberontak apabila mengalami kesusahan.

• 2. Keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan lain.


• Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa
kemalangan. Beliau cepat-cepat datang memberi bantuan kepada
Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari basikal.
Persoalan
• 3. Keberanian mengharungi rintangan

• Contoh: Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima
cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya
juang yang tinggi dan penyabar.

• 4. Keinsafan setelah sedar dari kesilapan

• Contoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang
panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan
insaf dari kesalahannya.

• 5. Usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan

• Contoh: Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh basikal dan sampai ke destinasi Pantai Morib
Baru. Mereka berjaya kerana usaha yang gigih dan bekerjasama semasa dalam perjalanan.
CONTOH CARA MENJAWAB SOALAN
• Contoh Persoalan:

Berdasarkan novel,Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat beberapa
persoalan dipaparkan dalam novel ini.
Antaranya, ialah jiwa remaja yang mudah memberontak. Firdaus seorang anak muda
yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima cabaran. Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan
memberontak apabila mengalami kesusahan.
Selain itu, keberanian mengharungi rintangan juga salah satu persoalan dalam
novel ini. Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima
cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya
juang yang tinggi dan penyabar.
Persoalan terakhir ialah keinsafan setelah sedar dari kesilapan. Firdaus akhirnya
menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran, pembohong dan
bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.
• .
3. WATAK DAN PERWATAKAN
• Watak dan Perwatakan Firdaus (Watak Utama)
• ▪ Tingkah laku agak keperempuanan.- seorang yang agak lembut
perwatakannya kerana hanya dia seorang anak lelaki dalam keluarganya ▪
Tinggi lampai, berambut kerinting halus, berhidung mancung dan berkulit
putih.
• ▪ Seorang yang gemar duduk di rumah berbanding dengan melakukan
aktiviti luar-Firdaus beria-ia mahu pulang ke rumah dan tidak mahu
meneruskan racangan mereka untuk berbasikal ke Morib.
• ▪ Selalu dimanjakan-Dia dimanjai dan segala kemahuannya dituruti oleh
ibu bapanya memandangkan sebelum ini ibu bapa mereka mempunyai
empat orang anak perempuan sebelum memiliki Firdaus.
• ▪ Suka berdendam-Firdaus mendendami adiknya, Azlina. Dia langsung
tidak membantu Azlina yang tercedera.
Contoh menjawab soalan perwatakan watak utama

Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini watak
utama dalam novel ini ialah Firdaus.
Dia merupakan seorang yang bertingkah laku agak keperempuanan. Dia
seorang yang agak lembut perwatakannya kerana hanya dia seorang anak lelaki
dalam keluarganya. Dia juga seorang yang gemar duduk di rumah berbanding
dengan melakukan aktiviti luar. Firdaus beria-ia mahu pulang ke rumah dan tidak
mahu meneruskan rancangan mereka untuk berbasikal ke Morib.
Selain itu dia seorang yang selalu dimanjakan,Dia dimanjai dan segala
kemahuannya dituruti oleh ibu bapanya memandangkan sebelum ini ibu bapa
mereka mempunyai empat orang anak perempuan sebelum memiliki Firdaus.
Akhirnya, dia seorang yang suka berdendam,Firdaus mendendami
adiknya, Azlina.Dia langsung tidak membantu Azlina yang tercedera Azlina .
Watak dan perwatakan sampingan
• Azlina ( Watak Sampingan)

• ▪ Olahragawati Sekolah Menengah Kapar– Azlina yang


merupakan olahragawati Sekolah Menengah Kapar
kelihatan aktif dan tidak letih meneruskan kayuhan
(watak)
• ▪ Suka mengejek Firdaus-Azlina selalu menyindir
Firdaus bagi merangsang Firdaus untuk berubah
menjadi lelaki yang gagah. Azlina mengejek Firdaus
kerana dia mahukan seorang abang yang sememangnya
seorang lelaki.
• ▪ Seorang yang kuat semangat-Azlina yang kelihatan
cergas dan gembira walaupun mereka telah mengayuh
selama empat jam setengah.
• ▪ Suka akan cabaran– Azlina dan Firdaus menyahut
cabaran datuk mereka untuk berbasikal ke Morib.
Contoh menjawab soalan perwatakan sampingan
• Contoh watak sampingan / kegemaran :
Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini
watak sampingan yang saya perolehi dalam novel ini ialah Azlina.
Dia seorang yang suka mengejek Firdaus, Azlina selalu menyindir
Firdaus bagi merangsang Firdaus untuk berubah menjadi lelaki yang gagah.
Azlina mengejek Firdaus kerana dia mahukan seorang abang yang
sememangnya seorang lelaki.
Bukan itu sahaja, dia juga seorang yang kuat semangat.Azlina
kelihatan cergas dan gembira walaupun mereka telah mengayuh selama
empat jam setengah.
Akhirnya dia seorang yang suka akan cabaran.Azlina dan Firdaus
menyahut cabaran datuk mereka untuk berbasikal ke Morib.
4. Plot – Binaan Plot
(a) Permulaan – Cerita bermula dengan ekspedisi berbasikal yang telah
menyebabkan Firdaus berasa sangat letih dan ingin membatalkan perjalanannya.
Diceritakan juga tujuan ekspedisi berbasikal ini adalah untuk menyahut cabaran
datuk mereka.

(b) Perkembangan – Kisah berkisar tentang ekspedisi berbasikal yang telah


menemukan mereka dengan gejala pencemaran bahasa dan rumah jaguh badminton
negara. Perjalanan berbasikal itu juga menyebabkan mereka berhadapan dengan
pelbagai cabaran seperti terjatuh dari basikal, bertengkar, dan lain-lain.

(c) Konflik – Azlina dan Firdaus telah bertengkar dan sindir-menyindir berikutan
sikap Firdaus yang menganggap perjalanan ini sebagai perjalanan gila dan sering
kali Firdaus ingin berpatah balik.
4. Plot – Binaan Plot
(d) Klimaks – Firdaus menyimpan perasaan marah dan dendam terhadap Azlina
dan Johari. Malah, sewaktu Azlina terjatuh dari basikal dan tangannya berdarah,
Firdaus sempat memerlinya dan terus meninggalkan Azlina dan Johari di situ.

(e) Peleraian
– Johari, Azlina, dan Firdaus telah sampai di destinasi, iaitu Pantai Morib Baru.
Johari dan Azlina menyertai rakan-rakan Johari manakala Firdaus menyertai rakan-
rakannya seperti Moksin, Sazali, Erma, dan Mazlinda. Mereka bergembira sambil
mandi-manda. Keesokan harinya, Johari dan Azlina pulang tanpa Firdaus yang
masih mandi-manda di laut. Sewaktu bermain air laut itu, Firdaus telah lemas tetapi
diselamatkan Mazlinda. Johari dan Azlinda melawat Firdaus di hospital dan
menasihati Firdaus agar bersikap waras dan berani menghadapi cabaran. Kemudian,
kawan-kawan Firdaus datang melawat.
5. Plot – Teknik Plot
(a) Pemerian. Contohnya, Johari memerihalkan keadaan Firdaus yang kelihatan
begitu letih manakala Azlina pula sedang asyik merakam gambar bunga lalang di
tanah terbiar.
(b) Dialog. Contohnya, dialog antara Johari dengan Firdaus yang bertanyakan jarak
ke Pantai Morib Baru.
(c) Monolog. Contohnya, Azlina bermonolog tentang perwatakan abangnya,
Firdaus yang tampan tetapi tingkah lakunya agak keperempuanan.
(d) Imbas kembali. Contohnya, Firdaus teringat akan kawannya yang bernama
Salim yang merupakan kawan rapatnya di sekolah.
(e) Imbas muka. Contohnya, Firdaus berfikir sekiranya dia balik pada petang itu,
maka bolehlah dia ke majlis hari lahir Mazlinda yang akan diadakan pada keesokan
hari.
(f) Saspens. Contohnya, Johari segera menerpa ke arah Firdaus yang sedang
membongkok mengambil seketul batu untuk menghalangnya daripada membaling
adiknya, Azlina dengan batu tersebut.
Latihan
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan tiga teknik plot
yang digunakan dalam novel tersebut.
Berdasarkan novel Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin sarbini
memaparkan pelbagai teknik plot yang digunakan oleh pengarang.
Antara teknik plot yang saya kaji ialah………..
Selain itu, teknik….
Akhir sekali teknik…
6. Gaya Bahasa
i. Peribahasa
-Bagaikan langit dengan bumi.
Aku tersenyum. Ternyata perbezaan antara Azlina dengan Firdaus semenjak
meninggalkan rumah tadi, bagaikan langit dengan bumi.
Macam kacang lupakan kulit.
“Abang ni macam kacang lupakan kulit. Tak tahu mengenang budi orang.”

ii. Simile
-Debar di dadaku bagaikan hempasan ombak di pantai sana.
Aku tersenyum. Aku berasa bangga bagaikan setitik minyak jatuh ke permukaan
air mengembang seluas-luasnya dalam hatiku.
Gaya Bahasa
iii. Hiperbola
-Makin kuat gelak ketawa kami. Dan aku berasa seluruh kepenatan yang
menggayuti tubuhku hilang serta-merta. Mengapa?

iv. Metafora
-Tetapi, bukankah aku lebih hebat kerana Mazlinda ke sini semata-mata kerana
mahu menyambutku! Gunung kebanggaan di hatiku menjadi semakin tinggi.

v. Sinkope
-“Kalau abang nak berjalan sampai ke Morib pun saya boleh temankan.”
Azlina tergelak memandangku, kemudian memandang abangnya.
7. Latar Masa, Latar Tempat dan Latar Masyarakat
i. Latar masa
(a) Pukul 7:00 pagi
(b) Pukul 2:30 petang
(c) Pukul 3:00 petang

(d) Pukul 3:30 petang

(e) Hari Sabtu bulan Jun


ii. Latar masyarakat

• (a) Masyarakat yang gemar membaca

• (b) Masyarakat yang tidak mempercayai kata-kata orang lain melainkan melihat
dengan sendiri.

• (c) Masyarakat lelaki yang bertingkah laku lembut.

• (d) Masyarakat yang sentiasa menjadi bahan usikan.

• (e) Masyarakat yang tegas.

• (f) Masyarakat yang prihatin.


• iii. Latar tempat

• (a) Gerai air tebu

• (b) Tepi jalan

• (c) Tapak perkhemahan

• (d) Di bawah pokok ru


8. Nilai
i. Cinta akan bahasa kebangsaan – Azlina cinta akan bahasa kebangsaan. Dia sanggup
memberhentikan basikalnya dan mengambil gambar beberapa papan tanda yang mempunyai
kesalahan bahasa.

ii. Keberanian – Mazlinda berani menyelamatkan Firdaus yang kelemasan di lautan.

iii. Keprihatinan – Johari prihatin memberikan bantuan kepada Azlina semasa Azlina luka akibat
terjatuh dari basikalnya.

iv. Bertanggungjawab – Johari dan Azlina rasa bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku
dan pemikiran Firdaus agar menjadi lelaki yang sejati.

v. Semangat setia kawan – Rakan-rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah di Pantai Morib bagi
menyambut Firdaus yang telah berjaya menghabiskan kayuhannya
Cara menjawab soalan nilai
Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat
beberapa nilai yang dipaparkan dalam novel ini.

Antaranya ialah nilai cinta akan bahasa kebangsaan. Azlina cinta akan bahasa
kebangsaan. Dia sanggup memberhentikan basikalnya dan mengambil gambar beberapa
papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa.

Seterusnya, nilai kedua ialah nilai bertanggungjawab. Johari dan Azlina rasa
bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku dan pemikiran Firdaus agar menjadi lelaki
yang sejati.

Nilai lain dalam movel ini ialah nilai semangat setia kawan. Rakan-rakan
Firdaus sanggup mendirikan khemah di Pantai Morib bagi menyambut Firdaus yang telah
berjaya menghabiskan kayuhannya.
9. Pengajaran
o Kita janganlah mempunyai perasaan hasad dengki dalam diri.

o Kita janganlah menghina sesama sendiri.

o Kita hendaklah berani menyahut cabaran.

o Kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan.

o Kita janganlah berdendam terutamanya kepada adik-beradik.

o Kita janganlah bercakap bohong.


Cara menjawab soalan pengajaran.
Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat beberapa
pengajaran dipaparkan dalam novel ini.

Antaranya ialah kita hendaklah berani menyahut cabaran. Azlina seorang perempuan
berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50
kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar.

Selain itu, kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan. Firdaus
akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran,
pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari
kesalahannya.

Pengajaran lain dalam novel ini ialah kita hendaklah prihatin dan murah hati terhadap
insan lain. Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Beliau cepat-cepat
datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari basikal.
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai