Anda di halaman 1dari 2

SINOPSIS TINGKATAN 1: DESTINASI IMPIAN

Bab 1

Johari, Firdaus dan Azlina mengayuh basikal dari Kampung Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru
kerana menyahut cabaran datuk. Jarak perjalanan tersebut sejauh 50 kilometer. Firdaus sentiasa
merungut sepanjang perjalanan kerana destinasinya jauh dan berasa letih. Johari dan Azlina
memberi dorongan semangat dan pelbagai nasihat agar perjalanan mereka diteruskan. Tanpa
kerelaan diri, Firdaus terpaksa meneruskan perjalanan tersebut.

Bab 2

Firdaus terus merungut dan berasa menyesal sepanjang perjalanan. Beliau berasa letih
kerana lama mengayuh basikal. Kepanasan cahaya matahari yang begitu lama menambahkan lagi
keletihan Firdaus. Firdaus menyatakan kekesalan kerana menyertai Johari dan Azlina dan
menganggap perjalanan sebagai perjalanan gila.

Bab 3

Azlina adik kepada Firdaus sangat berani dan tabah. Walaupun sebagai seorang perempuan,
dia mempunyai semangat dan daya juang yang tinggi. Meskipun berasa letih, Azlina tetap ingin
meneruskan perjalanan kerana mengikut sepupunya Abang Johari. Johari sentiasa memberi nasihat
dan dorangan kepada Azlina sebagai pembakar semangat untuk meneruskan perjalanan.

Bab 4

Johari mempunyai hasrat tersirat sebab Firdaus dan Azlina perlu menyertai perjalanan
berbasikal. Tujuan Johari agar dapat mengajar Firdaus dan Azlina supaya tabah dan kuat menghadapi
cabaran. Selain itu, Johari mengharap agar Firdaus dan Azlina menjadi seorang yang lasak, berdikari
dan berani.

Bab 5

Firdaus berdendam terhadap adiknya, Azlina. Johari yang memainkan peranan untuk
mengubah sikap Firdaus. Johari berjanji pada dirinya untuk menghentikan perasaan api dendam dan
benci akan Firdaus terhadap adiknya, Azlina. Johari tidak menduga bagaimana Firdaus boleh
mendendami adiknya sendiri, Azlina.

Bab 6

Firdaus mula berasa bangga kerana perjalanan mengayuh basikal telah berakhir kerana
berjaya sampai ke destinasi Pantai Morib Baru. Firdaus tidak terduga kerana dapat berkayuh basikal
sejauh 50 kilometer. Firdaus berasa bangga atas kejayaannya sampai ke Pantai Morib Baru. Firdaus
gembira kerana ketibaannya telah disambut oleh kawan-kawannya Sazali, Mokhsin, Salim dan
Mazlinda. Kawan-kawan Firdaus berasa bangga atas kemampuan dan kejayaan Firdaus mengayuh
basikal.

Bab 7

Firdaus sampai di Pantai Morib Baru dan bergembira dengan kawan-kawannya. Johari dan
Azlina sengaja membicarakan tindakan Firdaus menghabiskan masa bersama dengan rakan-rakan.
Johari dan Azlina turut gembira dan bangga kerana Firdaus akhirnya berjaya sampai ke destinasi
perjalanan, Pantai Morib Baru.
Bab 8

Azlina berbual-bual dengan Kasmadiana tentang perjalanan berbasikal di pantai. Kasmadiana


memuji ketabahan dan kemampuan Azlina berbasikal sejauh 50 kilometer. Azlina memberitahunya
bahawa dia mengikuti Abang Johari dan menyahut cabaran datuknya. Kasmadiana memberitahu
bahawa abangnya Karman bersama Johari dan Tamrin merancang hendak mengelilingi Malaysia
dengan berbasikal. Semasa perbualan, mereka didatangi oleh Sazali dan Moksin bertanya sama ada
benar kenyataan yang diberikan oleh Firdaus bahawa dia sampai dahulu ke Pantai Morib. Azlina
menafikan dan mengatakan bahawa mereka berdua telah ditipu. Bab 9

Firdaus bermimpi semasa tidur dalam khemah. Dalam mimpi itu, Firdaus banyak mendapat
pujian daripada Mazlinda. Selain itu, dia merasa bertuah kerana dapat berjumpa dengan kawan
pujaannya Mazlinda. Moksin dan Sazali telah mengetahui kisah sebenar dan cuba mendapat
kepastian daripada Firdaus. Firdaus cuba menafikan tetapi setelah dipaksa, akhirnya dia mengaku
bahawa dia telah berbohong. Dalam mimpi itu, Firdaus telah lemas dan menjerit meminta tolong
sehingga terjaga. Firdaus menerima sindiran tajam daripada Mazlinda, Johari dan Azlina. Mulai saat
itu, Firdaus telah sedar dan insaf.

Bab 10

Johari membawa berita tentang Firdaus yang ingin pulang sendiri. Azlina terkejut dengan
tindakan abangnya dan merasa bimbang. Johari cuba menenangkan Azlina dan memberi penjelasan
bahawa Firdaus mampu, yakin dan boleh berdikari selepas pengalaman yang dilalui.

Bab 11

Firdaus membuat keputusan untuk pulang sendiri. Dia mengetahui Johari dan Azlina telah
pulang dahulu. Kesempatan itu digunakan oleh Firdaus dan rakan-rakannya untuk mandi manda di
pantai. Semasa mandi, Firdaus betul-betul lemas kerana cuba menyelamatkan Mazlinda yang pura-
pura lemas. Firdaus telah diselamatkan oleh Mazlinda kerana dia sebenarnya pandai berenang.
Peristiwa itu telah menyedarkan dan menginsafkan Firdaus agar tidak bercakap bohong dan bersikap
angkuh lagi.

Bab 12

Firdaus tersedar daripada pengsan dan mendapati Azlinadan Johari berada di sisinya. Rakan-
rakan Firdaus datang untuk menziarahinya. Akhirnya,Firdaus menerima nasihat yang diberikan oleh
Johari.

Anda mungkin juga menyukai