Anda di halaman 1dari 9

Novel Destinasi Impian

karya Mohd Ismail Sarbini

Tema

Novel ini membawa tema masalah dan konflik seorang remaja yang
menghadapi banyak cabaran dalam hidup. Firdaus seorang individu
yang berada dalam keadaan dicabar dan mencabar keadaan
sekelilingnya.

Firdaus, Johari dan Azlina perlu menempuh beberapa cabaran


dalam perjalanan mereka berbasikal ke Pantai Morib. Peristiwa
tersebut telah berjaya mematangkan Firdaus setelah dia
memperoleh pengajaran yang banyak sepanjang ekspedisi menuju ke
destinasi impian mereka.

Contohnya, Firdaus menghadapi cabaran untuk berkayuh sejauh


50 kilometer tanpa sebarang persediaan. Selain itu, Azlina pula telah
terbabas ke tepi jalan dan jatuh sehingga cedera di tangan. Akhir
sekali, Johari pula menghadapi cabaran melayan karenah Firdaus dan
Azlina yang suka bertelingkah dan sindir-menyindir sepanjang
ekspedisi berbasikal tersebut.

Persoalan

1) Persoalan keinsafan selepas menyedari kesilapan yang dibuat

Selepas peristiwa hampir lemas, Firdaus mula sedar dan insaf dengan
segala kesilapan seperti bersifat sombong dan membohong pada
waktu dahulu

2) Persoalan keberanian untuk menghadapi cabaran

Azlina telah menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50


kilometer.
3) Persoalan usaha yang dilakukan bersama-sama menghasilkan
kejayaan

Johari, Firdaus dan Azlina akhirnya berjaya mengayuh basikal


sehingga ke Pantai Morib.

4) Persoalan keprihatinan terhadap kebajikan orang lain

Johari membantu sepupunya Firdaus dan Azlina yang jatuh


kemalangan dengan segera untuk memberikan sebarang bantuan.

5) Persoalan mentaliti dan perasaan remaja yang memberontak

Firdaus seorang remaja yang cepat mengalah dan tidak boleh


menerima cabaran.

6) Persoalan semangat setiakawan yang begitu kuat antara


kawan-kawan

Kasmadiana, Kasman dan Tamrin merupakan sahabat baik Johari


telah menunggunya untuk tiba di Pantai Morib Baru.

Watak dan Perwatakan

1) Firdaus

 Abang kepada Azlina


 Seorang yang berperwatakan lembut kerana dikelilingi dengan
adik beradik perempuan sahaja
 Gemar menolong kakaknya memasak dan mengubah bunga
 Seorang yang sombong kerana dipuji oleh rakan-rakannya
kerana berjaya berbasikal sejauh 50 kilometer dan melupakan
pertolongan Johari dan Azlina
 Seorang yang menyimpan dendam selepas memerli adiknya,
Azlina yang cedera dan luka kerana puas dapat membalas
semula perbuatan tersebut
 Seorang yang tidak jujur kerana berbohong kepada rakan-
rakannya bahawa kelewatannya disebabkan oleh Azlina dan
Johari yang kerap berhenti untuk berehat

2) Johari

 Seorang pelajar Universiti Putra Malaysia


 Merupakan sepupu kepada Firdaus dan Azlina
 Gemar berbasikal sejak sekolah rendah
 Seorang yang aktif bersukan kerana menyahut cabaran
datuknya dengan berbasikal dari Klang ke Morib
 Seorang yang penyabar kerana melayan kerenah Firdaus
sewaktu mereka menyertai ekspedisi berbasikal
 Seorang yang rasional dan bertanggungjawab apabila dia
menyelesaikan masalah yang timbul di antara Azlina dan Firdaus

3) Azlina

 Merupakan sepupu kepada Johari dan adik kepada Firdaus


 Seorang pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kapar
 Pernah memenangi olahragawati di peringkat sekolah
 Seorang yang aktif dan cergas di mana Azlina tidak merungut
kepenatan berbasikal dan mengagumkan Firdaus
 Seorang penyayang kerana walaupun bertengkar dengan
Firdaus, Azlina tetap mempertahankan abangnya selepas Sazali
dan Moksin mempersenda abangnya.
 Seorang yang pandai berkata-kata apabila mematahkan hujah
atau kata-kata Firdaus

4) Mazlinda

 Merupakan kawan kepada Firdaus


 Seorang yang mempunyai semangat setiakawan yang tinggi
kerana sanggup berkhemah di Pantai Morib demi memberikan
sokongan dan semangat kepada Firdaus yang berbasikal dari
Klang ke Morib
 Seorang yang pandai berenang selepas menyelamatkan Firdaus
yang hampir lemas kerana cuba menyelamatkan dirinya
 Seorang yang bijak kerana telah berpura-pura lemas untuk
melihat kecekapan Firdaus untuk menyelamatkannya

5) Sazali

 Rakan kepada Firdaus


 Bangga akan kejayaan Firdaus yang mengayuh basikal dari Klang
ke Morib
 Dia curiga terhadap kata-kata Firdaus kononnya dia lewat tiba
di Morib kerana adiknya, Azlina banyak berehat
 Seorang yang berani kerana menemui Azlina untuk bertanyakan
sama ada apa yang diperkatakan oleh Firdaus adalah benar atau
tidak

Plot

Permulaan

Watak Firdaus, Johari dan Azlina diperkenalkan oleh pengarang


ketika mereka sedang menyertai ekspedisi berbasikal. Ekspedisi
berbasikal tersebut dilakukan dengan beberapa tujuan seperti untuk
menyahut cabaran datuk mereka yang mengatakan bahawa generasi
muda hari ini lemah dan tidak bersemangat tinggi. Tujuan seterusnya
adalah untuk melihat tanah air mereka yang merdeka dengan lebih
dekat dan menjadikan Firdaus seorang lelaki sejati.

Perkembangan

Kisah tentang sepanjang ekspedisi berbasikal mereka seperti


menemui gejala pencemaran bahasa, rumah tokoh dan jaguh
badminton negara. Pelbagai cabaran juga mereka hadapi seperti
Firdaus yang terjatuh selepas terkejut dengan bunyi hon. Johari
membandingkan sikap Azlina dengan Firdaus yang berbeza bagai
langit dan bumi.

Perumitan

Firdaus yang menganggap perjalanan mereka sebagai satu perjalanan


yang gila dan ingin berpatah balik menyebabkan Azlina menyindirnya
dan bertengkar dengannya. Sebuah lori besar yang laju melalui
sebelah mereka telah menyebabkan Azlina terbabas ke kiri jalan dan
jatuh terlanggar sebuah lubang. Menurut Firdaus, kemalangan yang
Azlina hadapi pula adalah balasan perbuatannya terhadap Firdaus.
Sikap Firdaus itu ditegur oleh Johari yang berdendam terhadap
Azlina.

Klimaks

Mereka akhirnya tiba di destinasi tujuan mereka iaitu Pantai Morib


Baru. Johari dan Azlina menyertai rakan-rakan Johari manakala
Firdaus menyertai rakan-rakannya seperti Moksin, Sazali, Erma dan
Mazlinda. Mereka bergembira sambil bermandi manda di pantai
tersebut. Keesokan harinya, Johari dan Azlina pulang tanpa Firdaus
yang masih ingin bermandi di pantai tersebut. Firdaus yang bermandi
di laut telah lemas dan diselamatkan oleh Mazlinda dan seterusnya
dibawa ke hospital

Peleraian

Selepas peristiwa hampir lemas, Firdaus sedar dengan kesilapan


dirinya yang angkuh. Johari dan Azlina melawat Firdaus di Hospital
dan Johari telah menasihati Firdaus agar bersikap waras dan berani
menghadapi cabaran. Akhirnya, Firdaus berani untuk berjumpa
dengan Mazlinda, Zarina, Erma Sazali dan Moksin selepas mengingat
kata-kata Johari untuk menjadi lebih baik.
Teknik Plot

1. Pemerian: pengarang memerihalkan keadaan Azlina yang keletihan


setelah mengayuh basikal sejak 7 pagi

2. Monolog: “Kalau macam ini, sampai esok pun tak akan sampai ke
Morib. Geram betul!” bisikku

3. Dialog: “Gila! Ini kerja gila!” jerit Firdaus

4. Imbas kembali: Wajah Salim tiba-tiba hadir di runag ingatanku.


Firdaus teringat kawannya yang bernama Salim

5. Imbas muka: Firdaus bermimpi Sazali dan Moksin


mencampakkannya ke laut

6. Saspens: Pembaca tertanya-tanya apa yang berlaku kepada Firdaus


dan Azlina setelah sebuah lori memotong mereka ketika menunggang
basikal

Latar

Latar tempat

1. Sekolah Menengah Kapar: Tempat di mana Johari, Firdaus dan


Azlina bersekolah
2. Pantai Morib Baru: Tempat yang dituju oleh Johari, Azlina dan
Firdaus untuk berkhemah selepas berbasikal
3. Pekan Banting: Tempat tinggal Johari, Firdaus dan Azlina di
mana mereka memulakan ekspidisi berbasikal
4. Hospital: Firdaus dibawa ke hospital kerana dia lemas ketika
menyelamatkan Mazlinda

Latar masa

1. Waktu malam : Firdaus bermimpi tentang rakan-rakannya


mencampak dirinya ke laut kerana membohongi mereka
2. Waktu maghrib : Tamrin mengalunkan azan maghrib dari dalam
khemah
3. Hari Sabtu : Hari sambutan hari jadi Mazlinda tetapi tidak
dapat disertai sambutan tersebut kerana menyertai ekspedisi
berbasikal ke Morib

Latar masyarakat

1. Masyarakat yang aktif bersukan: Azlina selalu berjoging dan


tidak mempunyai masalah untuk menyertai ekspedisi berbasikal
2. Masyarakat yang penyabar: Johari sangat bersabar dengan
Firdaus yang tidak henti ingin membatalkan ekspedisi
berbasikal yang disertainya
3. Masyarakat lelaki yang berperwatakan seperti perempuan:
Firdaus yang membesar dengan adik beradik perempuan seorang
yang lemah lembut dan pandai menggubah bunga
4. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri: Pemandu lori yang
memandu dengan laju sehingga Azlina terbabas dan terjatuh di
kiri jalan
5. Masyarakat yang angkuh selepas mengecapi kejayaan: Firdaus
lupa diri selepas mendapat pujian dan daripada rakan-rakannya
6. Masyarakat yang memiliki semangat juang yang tinggi: Azlina
dan Johari kekal bersemangat ketika berbasikal ke Morib

Gaya Bahasa

 Peribahasa: bagaikan langit dengan bumi, macam kacang lupakan


kulit
 Simile: Aku berasa bangga bagaikan setitik minyak jatuh ke
permukaan air mengmbang seluas-luasnya dalam hatiku
 Hiperbola: makin kuat gelak ketawa kami. Dan aku berasa
seluruh kepenatan yang menggayuti tubuhku hilang serta-merta.
Mengapa?
 Metafora: Tetapi, bukankah aku lebih hebat kerana Mazlinda ke
sini semata-mata kerana mahu menyambutku! Gunung
kebanggaan di hatiku menjadi semakin tinggi
 Sinkope: “Kalau abang nak berjalan sampai ke Morib pun saya
boleh temankan” Azlina tergolek memandangku, kemudian
memandang abangnya.
 Personafikasi: Angin kencang yang menampar-nampar muka,
sekejap sahaja mereka hilang ditelan kegelapan malam

Nilai

1. Keberanian: Johari, Azlina dan Firdaus berani menyahut


cabaran datuk mereka untuk menyertai ekspidisi berbasikal
sejauh 50km
2. Bijaksana: Johari mempunyai banyak pengetahuan apabila dapat
menerangkan bangunan bersejarah yang ditemukan semasa
ekspedisi berbasikal
3. Prihatin: Johari dan Azlina prihatin dan mengekori Firdaus
supaya dia tidak tersesat jalan untuk ke Pantai Morib Baru
4. Setiakawan: Tamrin dan Kasman telah mendirikan khemah untuk
menyambut Johari dan Azlina manakala Kasmadiana membantu
menyediakan makanan dan minuman
5. Rajin: Firdaus rajin membantu enak dan kakaknya melakukan
kerja rumah seperti memasak dan menggubah bunga
6. Komited: Azlina yang cedera selepas terjatuh daripada basikal
tetap komited untuk meneruskan ekspidisi ke Pantai Morib Baru

Pengajaran

 Kita seharusnya berani untuk menyahut cabaran kerana ia dapat


membuka potensi diri kita ke arah atau perkara yang baru dan
lebih baik.
 Kita mesti kekal bersemangat tinggi selepas berazam untuk
melakukan sesuatu perkara atau misi.
 Kita perlu menyayangi ahli keluarga, saudara dan rakan-rakan
dengan kasih sayang kerana ia akan merapatkan hubungan dan
membuatkan diri dihargai.
 Kita hendaklah berlapang dada menerima kritikan yang
diberikan oleh orang lain jika kita sendiri suka mengkritik orang
lain.
 Kita perlu mengelak daripada lupa diri atas jasa baik orang lain
yang banyak berjasa kepada kejayaan kita pada hari ini.
 Kita seharusnya bersikap jujur dan mengukur kemampuan diri
kita supaya tidak menyusahkan orang lain.

Anda mungkin juga menyukai