Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN SINTAKSIS 1 – CAKAP AJUK CAKAP PINDAH

1. Khatijah : Yati, mengapa awak tak datang ke sekolah kelmarin?


A Khatijah bertanya mengapa Norhayati tidak datang ke sekolah pada hari
sebelumnya.
B Khatijah ingin mengetahui sebab Norhayati tidak datang ke sekolah pada hari
sebelumnya.
Khatijah bertanya

2. Norhayati: Maaflah. Saya ada hal di rumah.


A Khatijah meminta maaf daripada Norhayati dan menjelaskan bahawa dia ada
hal di rumahnya.
B Norhayati meminta maaf dan memaklumkan bahawa dia ada hal di rumah.

3. Khatijah: Apa halnya? Ceritakanlah kepada saya.


A Khatijah ingin tahu sebab Norhayati tidak ke sekolah dan meminta Norhayati
menceritakan kepadanya
B Khatijah bertanya mengapa Norhayati tidak hadir ke sekolah dan memintanya
menceritakan kepadanya.

4. Khatijah: Andainya susah sama-samalah kita tanggung


A Khatijah menegaskan bahawa sekiranya timbul masalah, mereka akan
menyelesaikannya bersama-sama.
B Khatijah menerangkan bahawa sekiranya timbul masalah, mereka akan
menyelesaikannya bersama-sama.

5. Norhayati: Sebenarnya ibu saya sakit. Dah seminggu terlantar di hospital.


A Norhayati menjelaskan bahawa ibunya sedang sakit dan sudah seminggu
terlantar di hospital.
B Khatijah menjelaskan bahawa ibunya sedang sakit dan sudah seminggu
terlantar di hospital.

6. Khatijah: Oh, begitu! Semoga ibu awak cepat sembuh.


A Khatijah simpati mendengar berita tersebut lalu mendoakan ibu Norhayati
agar cepat sembuh.
B Khatijah terkejut mendengar berita tersebut lalu mendoakan ibu Norhayati
agar cepat sembuh.

Anda mungkin juga menyukai