Anda di halaman 1dari 30

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Berkuat kuasa mulai Disember 2013




PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
- 1 -
DISEMBER2013
KANDUNGAN MUKA SURAT


1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan 2
2. Falsafah Pendidikan Guru 2
3. Model Konseptual Pendidikan Guru 2
4. Pengenalan Program Bina Insan Guru 5
5. Matlamat dan Objektif Program BIG PPG 6
6. Objektif Modul Pelaksanaan BIG PPG 7
7 Sinopsis BIG Peringkat III PPG ( 2014 ) 8
8. Cadangan Jawatankuasa Pelaksana dan Bidang Tugas 9
9. Struktur Ahli Jawatankuasa Kerja 9
10. Jadual Pelaksanaan Program BIG PPG 12
11. Panduan dan Prosedur Pelaksanaan 13
12. Peraturan dan Arahan Tetap Program BIG PPG 16
13. Spesifikasi Tajuk BIG PPG 19
14 Prosedur Keselamatan BIG PPG 20
15 Panel Modul 23
16 Lampiran 1 24
17 Lampiran 2 25
18 Lampiran 3 26



PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
- 2 -
DISEMBER2013







Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan Negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta
menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.





PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
- 3 -
DISEMBER2013
MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU

Model Konseptual Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah
Pendidikan Guru ( FPG ) yang menekankan kepentingan tiga aspek asas iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
disepadukan merentasi semua disiplin mata pelajaran serta program yang dirancangkan seperti gambar rajah
di bawah:





















Model Konseptual Pendidikan Guru mengutamakan akauntabiliti guru kepada tiga dimensi utama, iaitu kendiri,
kemasyarakatan dan ketuhanan. Citra guru dalam ketiga-tiga dimensi ini dijelmakan dalam program yang dirancangkan
seperti berikut:



ROHANI

Kemahiran

Pengetahuan

Nilai

INTELEK

EMOSI

KEMASYARAKATAN KENDIRI
MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU

KETUHAN AN
JASMANI


PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
- 4 -
DISEMBER2013
Ketuhanan : Menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang percaya
dan patuh kepada ajaran agama.
Kemasyarakatan : Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai agen perubahan.
Kendiri : Menjurus kepada pembinaan profesionalisme, daya ketahanan, patriotisme, pemupukan budaya
ilmu dan pembentukan sahsiah dan berpekerti mulia.

Selaras dengan FPK dan FPG, model ini menggambarkan suatu usaha membina kekuatan dan ketahanan diri guru
berasaskan kepatuhan kepada Tuhan dan kesejahteraan bermasyarakat. Hasrat ini dapat dicapai menerusi pelaksanaan
kurikulum pendidikan guru yang menyepadukan aspek-aspek pengetahuan, kemahiran ikhtisas dan amalan nilai-nilai
keguruan.Kurikulum Bina Insan Guru Program Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan( PISMP ) digubal dengan
mengambil kira usaha menterjemahkan ketiga-tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai secara bersepadu yang
diperjelas seperti berikut:

Pengetahuan: Merangkumi pengetahuan dan kefahaman tentang kandungan ilmu bidang pengajian, teori
pembelajaran, bahan kurikulum, pentaksiran dan pengurusan persekitaran pembelajaran serta sumber
berkaitan bidang pengajian.

Kemahiran : Merangkumi kemahiran intelek yang melibatkan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam
pembelajaran, penyelesaian masalah dan membuat keputusan; penggunaan ilmu dan kemahiran dalam
pelaksanaan pengajaran pembelajaran; dan keupayaan memindahkan pengetahuan dan kemahiran
yang dikuasai dalam pelbagai situasi sebenar.

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
- 5 -
DISEMBER2013
Nilai : Merujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni sebagai insan yang percaya dan
patuh kepada ajaran agama dan kesejahteraan bermasyarakat serta memiliki dan menampilkan
nilai, etika dan amalan yang bertepatan dengan Prinsip Etika Kerja Perkhidmatan Awam dan Kod Etika
Keguruan Malaysia.



PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
- 6 -
DISEMBER2013
PROGRAM BINA INSAN GURU
BAGI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG )


1. PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU

Guru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan
dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi
menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan
intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan
teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat
negara.

YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan Rancangan Malaysia
ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik,
menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika
dan moral yang tinggi.

Selaras dengan hasrat ini, pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat serta komitmen
untuk membentuk, memupuk dan melahirkan insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki pengetahuan dan ketrampilan
profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji.

Kursus Bina Insan Guru (BIG ) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru
yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
- 7 -
DISEMBER2013
ini melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Program ini direalisasikan dalam
tiga fasa yang dilaksanakan ditempat masing masing dalam sepanjang tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang,
pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah
pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki
kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran
pendidikan dan arus globalisasi.

Pelaksanaan Bina Insan Guru ( BIG ) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah
dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di
kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul
ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).

2. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BIG PPG

Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-
nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun
Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha
berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan
guru adalah pembina generasi negara. Program BIG akan bermula dengan Peringkat III berjumlah 35 Jam - 5 jam pertama
di laksanakan di IPGK dan 30 jam lagi dilaksanakan secara berasaskan sekolah ( school based ). Fokus aktiviti Peringkat III
ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar: ( Sila Rujuk Lampiran 1 dan 2 )

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
- 8 -
DISEMBER2013
1. Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang
berbeza.
2. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti
3. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.
4. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya
keguruan.
5. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri
yang sesuai.
6. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
7. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani ( spritual ) dan sosial.
8. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara
berkumpulan.
9. Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil
tindakan penambahbaikan secara berterusan

3 OBJEKTIF MODUL PELAKSANAAN BIG PPG


Buku Panduan Pelaksanaan dan Modul BIG PPG ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

a. Menjadi rujukan dan panduan kepada pelaksana program BIG PPG di Institut Pendidikan Guru di Malaysia
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
- 9 -
DISEMBER2013
b. Memastikan wujudnya kesetaraan dan keseragaman dalam pelaksanaan BIG PPG di Institut Pendidikan Guru
di Malaysia
c. Memastikan pelaksanaan BIG PPG memenuhi matlamat kurikulum dan mencapai hasil pembelajaran yang
ditetapkan.
.
4 SINOPSIS BINA INSAN GURU PERINGKAT III

Bina Insan Guru Peringkat III bertujuan memberi peluang kepada pelatih PPG melaksanakan satu aktiviti yang
diakhirnya dapat mencungkil pengalaman pelajar sekolah mereka dalam menanam nilai-nilai positif seperti
kebertangungjawaban,amanah, menyayangi dan sebagainya.

Pelatih PPG akan merancang, melaksana dan menguruskan satu aktiviti yang berlandaskan kepada sikap
kepunyaan (belonging) dalam kalangan pelajar sekolah. Pelajar diberikan satu kawasan angkat di mana mereka akan
merancang dan melaksanakan aktiviti yang akhirnya menonjolkan kawasan angkat mereka dan menjadi satu tarikan atau
mercu tanda di sekolah. Sikap kepunyaan terhadap kawasan angkat tersebut akan terserlah di fasa pengurusan dan
penjagaan kawasan tersebut pada sepanjang masa.

Pada masa yang sama Pelatih PPG akan dapat meningkatkan entiti profesionalisme keguruan mereka secara
sistematik melalui proses pendokumentasian dan refleksi mereka terhadap aktiviti yang telah dilaksanakan ini. Diharapkan
Pelatih PPG akan membuat penilaian kendiri dalam mempastikan kejayaan mereka sebagai seorang guru disamping
membangunkan potensi anak didik mereka sebagai persediaan menghadapi cabaran hidup di masa akan datang.

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
- 10 -
DISEMBER2013
5 CADANGAN JAWATANKUASA PELAKSANA DAN BIDANG TUGAS


Struktur Jawatankuasa Program Bina Insan Guru PPG ( MENGIKUT KEPERLUAN AKTIVITI )


Pengerusi : Guru Besar

Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan KK

Setiausaha : Pelajar PPG ( Program Pensiswazahan Guru )

Bendahari : ( Lantikan sekolah )


Ahli Jawatankuasa :

i. Pengerusi Jawatankuasa Kerohanian dan Moral
ii. Pengerusi Jawatankuasa Peralatan
iii. Pengerusi Jawatankuasa Makanan
iv. Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti
v. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan





Lantikan sekolah dilantik mengikut
keperluan aktiviti atas nasihat Guru Besar
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
- 11 -
DISEMBER2013
SENARAI TUGAS PELAJAR PPG UNTUK
PERLAKSANAAN PERINGKAT III

Bil Jawatan Bidang Tugas
1.

Pelajar PPG Menyediakan kertas cadangan pelaksanaan BIG PPG
Mengadakan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan aktiviti.
Menguruskan surat menyurat dan hubungan dengan agensi-agensi luar yang terlibat
Membuat post mortem dan laporan pelaksanaan BIG PPG
Menyediakan laporan penilaian BIG PPG
Pemantauan pelaksanaan keseluruhan program
Menyediakan anggaran perbelanjaan BIG PPG.
Menyediakan laporan kewangan pelaksanaan BIG PPG
Mengendalikan aktiviti kerohanian / moral
Mengenalpasti fasilitator aktiviti kerohanian / moral
Menyediakan dan memastikan semua peralatan program / aktiviti boleh digunakan.
Menyediakan peralatan memasak
Menyediakan peralatan siaraya
Menyediakan bahan alat tulis
Menyediakan peralatan komunikasi
Menyediakan peralatan kembara dan orienteering
Mengawasi kuantiti bekalan makanan
Menyediakan menu makanan
Mengawasi kebersihan penyediaan makanan dan mengawal mutu penyediaan makanan
Memberi taklimat kepada semua jurulatih dan jawatankuasa.
Menyelaraskan semua aktiviti sepanjang program / aktiviti.
Mengadakan mesyuarat O Group setiap malam
Memastikan semua aktiviti sepanjang program / aktiviti berjalan mengikut jadual.
Sentiasa berada di tapak program / aktiviti.
Sentiasa menjaga kebajikan dan keselamatan jurulatih dan peserta
Menjadi pegawai perhubungan dengan pihak luar sepanjang program / aktiviti
Menjadi pegawai pengiring LO kepada VIP semasa perasmian penutup
Merancang dan mengendali aktiviti
Memilih dan menentukan jurulatih / fasilitator mengikut kepakaran.
Menjadi tempat rujuk bagi pelaksanaan sesuatu aktiviti.
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
- 12 -
DISEMBER2013
Bil Jawatan Bidang Tugas
Memastikan pelaksanaan aktiviti mengikut arahan dan prosedur yang ditetapkan
Menyediakan peralatan kecemasan dan ubat-ubatan
Menguruskan pengangkutan peserta ke tapak program / aktiviti
Menguruskan insuran peserta
Menyediakan kawasan selamat bagi setiap program BIG PPG
Dan lain-lain yang difikirkan perlu.

*** YANG MANA BERKAITAN



PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
- 13 -
DISEMBER2013

CADANGAN JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG ) PERINGKAT III

Hari/
Masa
8.00
9.00
9.00
10.00
10.00
10.30
10.30
12.30
12.30
2.00
2.00
4.00
4.00
4.30
4.30
6.30
Hari
Pendaftaran
dan Taklimat
Program /
aktiviti
Sayangi
Kawasan
Sekolah
Anda
Rehat
Sayangi
Kawasan
Sekolah Anda
Makan
tengahari/
Solat
Rehat
LDK /
Refleksi

Rehat/
Solat
Majlis
Penutupan


Cadangan Aktiviti : Sayangi Kawasan Sekolah Anda

i. Aktiviti ini hendaklah bersesuaian dengan program yang telah di rancang oleh pihak sekolah sepanjang tahun
2014
ii. Tarikh akhir menghantar laporan / tugasan adalah pada 30 SEPTEMBER 2014 dan tertaktluk kepada
keperluan IPGK masing masing.
iii. Rujuk Lampiran 3





PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
- 14 -
DISEMBER2013
6. PANDUAN DAN PROSEDUR PELAKSANAAN

6.1. PERANCANGAN AWAL DAN PERSEDIAAN PROGRAM

Program BIG PPG akan menjadi satu aktiviti yang sempurna jika terdapat perancangan dan persediaan dibuat dengan
teliti dan sistematik. Oleh sebab itu, pelajar PPG perlu mengadakan perbincangan, mesyuarat dan permuafakatan dalam
mengenal pasti beberapa perkara penting sebelum, semasa dan sesudah program dijalankan.

Antara perkara yang perlu diuruskan ialah:

a. Penubuhan dan pemilihan Jawatankuasa Kerja
b. Menyediakan Kertas kerja pelaksanaan dan mengemukakan kepada pihak sekolah untuk tujuan kelulusan
c. Memilih dan menentukan lokasi program
d. Merancang pengisian aktiviti.
e. Merancang perbelanjaan
f. Memberi taklimat dan merancang latihan asas kepada murid-murid / peserta taklimat kepada jurulatih /
fasilitator dan urusetia
g. Merancang dan menentukan bantuan logistik yang diperlukan
h. Mengenal pasti dan menyediakan peralatan yang diperlukan


PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
- 15 -
DISEMBER2013
6.2. TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN
SEBELUM AKTIVITI PERINGKAT III
Bil Perkara Isi Kandungan Tindakan
1. Taklimat Pertama Program BIG
PPG Kepada Pelajar
a. Rasional BIG PPG
b. Objektif BIG PPG
c. Model Konseptual BIG PPG ( Rujuk pro
Forma Fasa 1 hingga 6 BIG PPG)
d. Struktur Organisasi
e. Penulisan Refleksi / Folio
f. Persiapan awal
g. Etika Peserta BIG PPG
h. Keadaan Fizikal
i. Peralatan
j. Status Kesihatan
k. Aktiviti dan keselamatan di air
l. Kuatermaster makanan
m. Kuatermaster peralatan
n. Kebajikan dan Keselamatan
o. Jadual Pelaksanaan
*** MANA-MANA YANG BERKENAAN
Diadakan di IPG
Dikendalikan oleh Penyelaras
Program BIG PPG IPG
Bahan-bahan taklimat
VCD dan LCD
Bahan bercetak




2. Mesyuarat Perancangan
Pelaksanaan BIG PPG
Perancangan Pelaksanaan Program
a. Lokasi Program
b. Tarikh Program
c. Lawatan Tapak
d. Perhubungan luar
e. Peralatan
f. Pembahagian tugas Kem Komander
/Jurulatih / Fasilitator
g. Kos
h. Kebajikan / makanan
*** MANA-MANA YANG BERKENAAN
Pelajar PPG dengan
Jawatankuasa Pelaksana BIG
PPG peringkat sekolah.
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
- 16 -
DISEMBER2013
SEMASA AKTIVITI PERINGKAT III
Bil Perkara Isi Kandungan Tindakan
1. Taklimat kepada peserta
program
a. Memperkenalkan Jurulatih / Fasilitator
Siri BIG PPG kepada peserta.
b. Pembahagian Tugas kepada peserta
c. Keadaan Fizikal
d. Peralatan
e. Status Kesihatan
f. Kuatermaster makanan
g. Kuatermaster peralatan
h. Kebajikan dan Keselamatan
i. Jadual Pelaksanaan
j. Pergerakan Aktiviti
k. Disiplin Peserta
l. Peraturan Program / aktiviti
m. Jadual Aktiviti
n. Pembahagian Nombor Peserta
(Numbering).
*** MANA-MANA YANG BERKENAAN
Urusan pelajar PPG
2. Pelaksanaan Aktiviti a. Arahan tetap yang merangkumi
prosedur sebelum aktiviti.
b. Melaksanakan semua komponen dalam
jadual
c. Penilaian dan penulisan refleksi
Urusan pelajar PPG

3. Penutup Aktiviti a. Protokol acara penutup siri BIG PPG
b. Perbarisan
c. Ucapan VVIP
*** MANA-MANA YANG BERKENAAN
Urusan pelajar PPG
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
- 17 -
DISEMBER2013
4. Tindakan sebelum perjalanan
pulang
1. Membersihkan peralatan dan kawasan
program / aktiviti.
2. Memastikan peralatan adalah dalam
keadaan yang baik.
3. Pemulangan peralatan dengan amaun
yang sama.
4. Menyusun peralatan.

*** MANA-MANA YANG BERKENAAN
Urusan pelajar PPG

SELEPAS AKTIVITI PERINGKAT III
Bil Perkara Isi Kandungan
Tindakan

1. Tindakan Selepas Aktiviti 1. Membuat refleksi / laporan
perlaksanaan BIG PPG
2. Menyediakan dokumentasi audio/video
untuk tujuan pelaporan dan penilaian
( Rujuk Pentaksiran BIG PPG )
3. Menyiapkan portfolio.
4. Surat Penghargaan kepada agensi
yang membantu program BIG PPG (cth:
Polis, Jabatan Hutan, Jabatan Bomba
dan Penyelamat, , Jabatan Laut / Marin,
Penghulu) jika perlu.

*** MANA-MANA YANG BERKENAAN
Penyelaras Program BIG
PPG IPG

7. PERATURAN DAN ARAHAN TETAP PROGRAM BIG PPG
Peraturan dan arahan tetap program Bina Insan Guru perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan supaya program dan
aktiviti yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar, berdisiplin, selamat dan mencapai objektif.
Peraturan dan arahan tetap adalah seperti berikut:
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
- 18 -
DISEMBER2013
1. Pelajar PPG memastikan semua peserta mematuhi arahan, jadual aktiviti dan penglibatkan diri secara menyeluruh
dalam setiap aktiviti BIG PPG.
2. Pelajar PPG memastikan semua peserta hendaklah menjalinkan hubungan silaturahim, kenal mengenal dan
hormat menghormati antara satu sama lain.
3. Pelajar PPG memastikan semua peserta hendaklah mengawal diri sendiri, berdisiplin dan mempamerkan tingkah
laku yang terpuji sepanjang program / aktiviti .
4. Pelajar PPG memastikan semua peserta yang beragama Islam diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di tapak
program / aktiviti apabila masuk waktu solat.
5. Pelajar PPG memastikan semua peserta diwajibkan meghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program /
aktiviti yang dilaksanakan.
6. Pelajar PPG memastikan semua peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang
disediakan. (Dilarang merosak atau memindahkan peralatan ke tempat lain tanpa kebenaran)
7. Pelajar PPG memastikan semua peserta dilarang merokok sepanjang masa program / aktiviti.
8. Pelajar PPG memastikan semua peserta dilarang membuang sampah di merata tempat dan bertanggungjawab
menjaga kebersihan kawasan.
9. Pelajar PPG memastikan semua peserta dilarang menebang atau merosakkan pokok dan perlu sentiasa
mengamalkan sikap mesra alam sekitar.
10. Pelajar PPG memastikan semua peserta lelaki dilarang masuk ke kawasan program / aktiviti perempuan dan juga
sebaliknya tanpa kebenaran.
11. Pergaulan sihat secara kumpulan adalah dibenarkan tetapi berpasangan lelaki dan perempuan sepanjang
program / aktiviti adalah ditegah.
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
- 19 -
DISEMBER2013
12. Pelajar PPG memastikan semua peserta mesti sentiasa berpakaian yang sesuai dengan aktiviti (berlandaskan
tuntutan agama ) dan dilarang memakai selipar atau kain pelikat di dewan makan atau mana-mana kawasan
rasmi program / aktiviti.
13. Pelajar PPG memastikan semua peserta dilarang membawa dan memakai barang kemas semasa aktiviti
program / aktiviti.
14. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali.
15. Pelajar PPG memastikan semua peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah selepas jam 11.00 malam.
16. Pelajar PPG memastikan semua peserta dilarang memancing, berburu, menangkap dan membunuh fauna atau
merosakkan habitatnya.
17. Pelajar PPG memastikan semua peserta dilarang membeli makanan dan minuman dari luar semasa aktiviti
program / aktiviti.
18. Pelajar PPG memastikan semua peserta dilarang keluar dari kawasan program / aktiviti kecuali semasa aktiviti
rasmi atau dengan kebenaran.
19. Pelajar PPG memastikan semua peserta bertanggungjawab terhadap penjagaan diri, peralatan dan harta
persendirian.
20. Pelajar PPG memastikan semua peserta dilarang membakar dalam kawasan program / aktiviti tanpa kebenaran.
21. Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu mendapat kebenaran dan pengawasan jurulatih / fasilitator.
22. Pelajar PPG memastikan semua peserta dilarang menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran.
23. Pelajar PPG memastikan semua peserta mesti mematuhi lain-lain arahan keselamatan berkaitan pelaksanaan
sesuatu aktiviti yang dilaksanakan.
24. Pelajar PPG memastikan semua peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan
oleh Jawatankuasa Keselamatan / Urusetia.
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
- 20 -
DISEMBER2013
PERINGATAN

Pelatih PPG dikehendaki berada bersama pelajar dari mula sehingga tamat program / aktiviti dan pada setiap
aktiviti yang dijalankan.
Kenderaan kecemasan perlu disediakan dan berada sepanjang masa di kawasan program / aktiviti.


8. SPESIFIKASI TAJUK BINA INSAN GURU PPG PERINGKAT III

TAJUK / AKTIVITI KANDUNGAN JAM INTERAKSI
1. Progam /Aktiviti BIG PPG
Aktiviti:
Menguruskan aktiviti / program
Perancangan, pemilihan
tapak, pembahagian tugas
Penyediaan tapak aktiviti
dan penyajian makanan

Berjiwa merdeka dan perkasa
Membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan.
Membina kemahiran membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah
Membina kemahiran mengurus perubahan diri,
organisasi, dan persekitaran.

Kerohanian dan akhlak keguruan
Mengenali dan menilai potensi diri insan guru
- Potensi kendiri
- Personaliti kerjaya
- Citra diri insan guru
Membina pemikiran positif dan motivasi kendiri terhadap
kerjaya keguruan.
Menghayati nilai, etika dan akhlak keguruan.
Pembangunan insan guru yang seimbang.

Berilmu, beramal dan berbakti
Mengamalkan semangat berpasukan, kerjasama dan
bertanggungjawab.
Menghayati konsep kerja sebagai ibadah dan hidup
berbakti.

Berakauntabiliti dan amanah
Berakauntabiliti kepada profesion keguruan
35 jam.
1. Malaysia cergas dan patriotik.
Nyanyian patriotik
Menaikkan bendera
Kawad kaki
Senamrobik / aktiviti kalistenik
2. Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
- Ice Breaking
- Personaliti Guru dan Konflik
Personaliti
- Realiti persekitaran
- Realiti diri dan motivasi
keguruan
- Perubahan sikap
3. Pembinaan self-esteem
4. Kembara dan Orienteering
- Berjalan merentas rimba
5. Berjalan lasak
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
- 21 -
DISEMBER2013
TAJUK / AKTIVITI KANDUNGAN JAM INTERAKSI
6. Tazkirah / aktiviti moral
7. Persembahan kumpulan
8. Refleksi
- Refleksi aktiviti
- Refleksi umum

Berdaya tahan yang tinggi
Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan
jasmani,


9. PROSEDUR KESELAMATAN BIG PPG PERINGKAT III

9.1. SEBELUM AKTIVITI

Pelatih PPG

a. Menguruskan borang kebenaran waris / penjaga.
b. Memastikan setiap peserta dilindungai insuran/takaful PTKB.
c. Taklimat pelaksanaan BIG PPG Jurulatih, dan semua AJK.
d. Taklimat pelaksanaan BIG PPG peserta / pelajar
e. Memilih dan memastikan tapak program / aktiviti
f. Memastikan peralatan dalam keadaan baik & selamat digunakan
g. Memaklumkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Polis,Bomba dan Penyelamat dan
hospital terdekat
h. Memastikan jurulatih yang berkelayakan menjalankan tugas
i. Memastikan peserta memulakan perjalanan di Institut dan tamat di institut
j. Memastikan peralatan & ubat-ubatan dibawa bersama
k. Memastikan semua peserta / pelajar dalam keadaan sihat sebelum, semasa dan selepas aktiviti BIG
PPG
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
- 22 -
DISEMBER2013
l. Memastikan pengangkutan pelajar terurus dengan baik pergi dan balik
m. Memastikan borang-borang penilaian yang berkaitan mencukupi untuk digunakan

*** YANG MANA BERKAITAN

9.2. SEMASA AKTIVITI

KEM KOMANDAN
a. Tiba lebih awal di tapak program / aktiviti
b. Memastikan tapak program / aktiviti selamat dan ada kemudahan air dan eletrik
c. Memastikan semua jurulatih yang dilantik sampai di tapak program / aktiviti sebelum memulakan aktiviti
d. Taklimat kepada jurulatih tentang spesifikasi tugas dan keselamatan pelajar
e. Taklimat kepada peserta/ pelajar tentang spesifikasi tapak program / aktiviti
f. Memastikan semua peserta menduduki kawasan yang telah disediakan
g. Menentukan kawasan / tempat yang selamat berkumpul sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini /
waktu kecemasan

9.3. JURULATIH AKTIVITI KETAHANAN

a. Membuat tinjauan awal ke lokasi aktiviti
b. Head Count untuk memastikan semuanya selamat
c. Memastikan semua bilangan peralatan mencukupi dan selamat digunakan
d. Membuat laporan sekiranya kehilangan / kerosakan peralatan kepada QM Peralatan
e. Melaporkan keadaan / perubahan struktur muka bumi di lokasi aktiviti kepada kem komandan
f. Menunjuk cara menggunakan peralatan dengan betul dan selamat
g. Memberi penerangan tentang keselamatan diri
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
- 23 -
DISEMBER2013
h. Mengenal pasti tahap kebolehan kesihatan dan kecergasan pelajar sebelum melaksanakan aktiviti
i. Menyediakan satu pelan tindakan sekiranya berlaku kemalangan semasa aktiviti

*** YANG MANA BERKAITAN

9.4. SELEPAS AKTIVITI

KEM KOMANDAN

a. Menerima Laporan ketua jurulatih
b. Menerima Laporan Kuarter Master Kebajikan dan Keselamatan
c. Menerima Laporan Kuarter Master Peralatan
d. Menerima Laporan Kuarter Master Makanan
e. Menerima Laporan Kewangan daripada Bendahari
f. Memastikan peralatan yang digunakan dibersihkan selewat-lewatnya 1 hari selepas program / aktiviti
g. Memastikan semua peralatan mencukupi dan dalam keadaan baik
h. Memastikan surat penghargaan dihantar kepada agensi yang membantu program BIG PPG ( Polis,
Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin, Jabatan Hutan )
i. Menyediakan sijil-sijil penyertaan kepada peserta yang mengambil bahagian.
j. Memastikan laporan penilaian dan segala bukti perlaksanaan program / aktiviti dihantar kepada mentor
kuliah berkenaan di IPG masing-masing ( Mesti dihantar pada interaksi bersemuka berikutnya )

*** YANG MANA BERKAITAN
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
- 24 -
DISEMBER2013
PANEL PENGGUBAL DAN PEMURNIAN
BUKU PANDUAN PELAKSANAAN BINA INSAN GURU-PPG
OKTOBER 2013


Bil. Nama Jabatan / Institut
1 En.Baharuddin bin Ab.Latif Penyelaras Pusat Pengembangan Akademik, IPGM, KPM
2 Tn Haji Sudin bin Sarmin Ahli IPG Kampus Perlis, Kangar, Perlis
3 Tn Haji Ruslan bin Saad Ahli
IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai petani
Kedah Darul Aman
4 En. Mohamad Hafedz b. Salleh Ahli
IPG Kampus Darulaman, Jitra, Kedah Darul
Aman
5 En.Mustafa bin Othman Ahli
IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor
Baharu Johor Darul Takdzim
6 Tn Haji Mohd Noor bin Awang Ahli IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan Darul Naim,
7 En.Mohd Zaid bin Yusof Ahli
IPG Kampus Dato Razali Ismail, Kuala
Terengganu, Terengganu Darul Iman
8 En. Hishamuddin bin Hassan Ahli
IPG Kampus Temenggung Ibrahim, Johor
Bharu, Johor Darul Takdzim


PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
- 25 -
DISEMBER2013
LAMPIRAN 1
STRUKTUR PELAKSANAAN BIG PPG


Bil Proforma BIG PISMP Sem.1 Sem.2 Sem.3 Sem.4 Sem.5 Sem.6 Jumlah Jam
1 Peringkat Pkt 1 Pkt 2 Pkt 3 Pkt 4
2 Tahun Pelaksanaan 2012 2013 2014 2015
3 PPG 45 10 10 35 10 10 120



PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
- 26 -
DISEMBER2013
LAMPIRAN 2
CADANGAN JADUAL PELAKSANAAN BIG PPG

Peringkat
Semester
Pelaksanaan
Pro Forma Kursus
Jumlah
Jam
Catatan
3 4
WAJ3114 ( Khidmat Kemasyarakatan / Kem
Motivasi dan Bimbingan )
Pro Forma BIG 4




A. Aktiviti di IPG ( IPG Based )
Taklimat Umum BIG
Taklimat Program
Taklimat Aktiviti - Sayangi Kawasan Sekolah Anda
Taklimat LDK / Refleksi


1
1
1

2


5

Taklimat
dilaksanakan di IPG
oleh Pensyarah
kepada Pelatih PPG
( 1 pensyarah :30
pelajar )
B. Sayangi Kawasan Sekolah Anda ( School Based )
Pendaftaran
Malaysia Cergas
LDK / Refleksi
Sayangi Kawasan Sekolah Anda

10jam

Pelaporan
Refleksi
Persediaan
20 jam


1
2
2
5



5
5
10






30
Dilaksanakan di
sekolah
( school based )
***Semua aktiviti ini
hendaklah diuruskan /
dijalankan oleh Pelatih
PPG semasa aktiviti






Pelajar
Sekolah
Pelatih PPG
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
- 27 -
DISEMBER2013

LAMPIRAN 3
PANDUAN ARAHAN PELAKSANAAN BINA INSAN GURU-PPG
PERINGKAT 3


Arahan Perlaksanaan Program / aktiviti

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, kepada semua pelajar PPG KPM,

" Anda dikehendaki mengendali, mengurus dan melaksanakan program aktiviti kemasyarakatan dengan kerjasama
pihak sekolah kepada pelajar sekolah anda dengan mengambil kira semua domain pelaksanaan BIG. Bagi melaksanakan
program berkenaan anda dikehendaki melaksanakan beberapa tindakan sebelum, semasa dan selepas sebagaimana
terdapat di dalam Buku Panduan Pelaksanaan BIG PPG.Sekiranya di sekolah anda terdapat ramai pelajar PPG, anda
bolehlah melaksanakan program ini secara berkumpulan dengan agihan kerja dan tugas seperti yang dimaklumkan dalam
Buku Panduan Pelaksanaan ini.

Instrumen pentaksiran BIG PPG ini adalah seperti berikut:

a. Portfolio program
b. Laporan dalam bentuk audio dan video.
c. Laporan penilaian sahsiah oleh Guru Besar.
d. Semua audio dan video hendaklah di masukkan dalam cekera padat untuk dihantar kepada pensyarah sebagai
bukti dan bahan penilaian.
e. Semua laporan, portfolio dan rakaman ( audio/video ) hendaklah diserahkan kepada pensyarah anda pada atau
sebelum 30 SEPTEMBER 2014. Kegagalan menghantar laporan ini pada tarikh yang ditetapkan boleh
menjejaskan keputusan peperiksaan.

Sekian dimaklumkan, semoga anda semua berjaya melaksanakan tugasan ini dengan jayanya.

Terima kasih.
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
- 28 -
DISEMBER2013
CADANGAN SENARAI PORTFOLIO BIG PPG AKTIVITI KEMASYARAKATAN

1. Maklumat diri pelajar PPG
2. Isi Kandungan
3. Kertas kerja program
4. Surat panggilan
5. Minit mesyuarat
6. Agihan tugas dan jawatankuasa
7. Jadual program
8. Senarai nama pelajar / peserta
9. Surat kebenaran waris (jika ada)
10. Surat kepada pihak berkuasa tempatan ( Polis, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Hospital dan sebagainya ) (jika
ada)
11. Laporan Kewangan
12. Laporan aktiviti//program
13. Refleksi
14. Maklum balas (Penilaian kendiri)

FORMAT PENYEDIAAN RAKAMAN AUDIO-VIDEO

1. Pelajar boleh menggunakan sebarang perisian pengauditan video ( video editing ) seperti Corel Video Studio,
Movie Maker, Cyberlink Power Director dan sebagainya.
2. Dimuatnaik dalam cekera padat CD / DVD.
3. Rakaman yang gagal ditonton/dibuka akan dikira tidak menepati kehendak penerbitan rakaman.
4. Rakaman boleh menggunakan format FLV ,Mpeg-4, AVI, WMV dan sebarang format yang menyokong perisian
Windows atau Apple.
5. Pelajar tidak perlu menghantar papan cerita ( story board ) bersama dengan laporan ini.
6. Tempoh rakaman adalah tidak melebih 30 minit setiap satu program.
7. Sekiranya ada unsur plagiat, rakaman tersebut tidak akan dikira untuk penilaian.

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PPG
- 29 -
DISEMBER2013
LAPORAN AKTIVITI
1. Penulisan laporan pelaksanaan dengan melampirkan bahan-bahan bukti seperti:
(a) buku program / brosur
(b) gambar-gambar
(c) dan bahan-bahan lain yang berkaitan
a. Gambar bersama peserta gotong royong
b. Gambar bersama pengurusan sekolah.
c. Gambar banner aktiviti

REFLEKSI
1. Laporan dilaksanakan secara individu
2. Pelatih PPG membuat ulasan menggunakan analisis SWOT ( kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman ) untuk
a. Apa yang dialami dan dipelajari sepanjang program
b. Memberikan cadangan penambahbaikan program untuk masa hadapan
c. Menyatakan manfaat yang diperolehi oleh pelatih PPG hasil daripada program BIG PPG yang telah
dilaksanakan dan memberi cadangan penambahbaikan.
d. Pelatih PPG berjaya mencungkil pendapat atau komen dari peserta ( murid sekolah ) sepanjang aktiviti
dijalankan

Anda mungkin juga menyukai