Anda di halaman 1dari 9

Perancangan Akademik

JMG 214
GEOGRAFI WILAYAH
ASIA TENGGARA
DAN ASIA
PASIFIK

Sidang Akademik 2018/2019


KELAS SIDANG VIDEO
Sidang Video Tarikh Jam

Perjumpaan 1

Perjumpaan 2

Perjumpaan 3

Perjumpaan 4

Perjumpaan 5

(Tarikh dan masa kelas sidang video perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual Sidang Video
Sidang Akademik 2018/2019 yang telah diupload dalam portal PPPJJ)

-1-
JMG 214 - GEOGRAFI WILAYAH ASIA TENGGARA

-2-
PENGURUS KURSUS: Profesor Madya Dr. Mohamed Zaini Omar

PENGENALAN

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia kepada pelajar-


pelajar semua. Syabas diucapkan kepada anda kerana berjaya meneruskan
pengajian ke tahun ini. Selaku Pengurus Kursus Geografi Wilayah Asia
Tenggara, kami mengalu-alukan anda mengikuti kursus ini. Seterusnya anda
dinasihati supaya menyediakan jadual belajar sendiri mengikut keupayaan
masa dan cara pembelajaran masing-masing. Selain dari itu anda
seharusnya juga sentiasa tanamkan dan tingkatkan motivasi untuk terus
belajar hingga mencapai kejayaan dan cita-cita.

TUJUAN KURSUS

Kursus ini bertujuan untuk membandingkan dan membezakan ciri-ciri


geografi di Asia Tenggara dalam aspek fizikal dan alam sekitar,
pembangunan pertanian dan luar bandar, masalah penduduk, penempatan
tanah dan migrasi, perbandaran, perindustrian dan lain-lain isu-isu
pembangunan. Penekanan juga diberi dalam aspek penilaian masalah, dasar
dan strategi pembangunan di setiap negara yang berkaitan. Kursus ini juga
mengkaji aspek-aspek geografi dan mekanisme kerjasama serantau wilayah
ASEAN dan dalam konteks yang lebih besar iaitu kerjasama ekonomi di luar
ASEAN. Sehubungan dengan ini anda perlu meningkatkan kekerapan
membaca bahan terkini yang berkaitan.

OBJEKTIF KURSUS

Setelah mengikuti kursus ini pelajar seharusnya dapat:

• Menghuraikan tentang persamaan dan perbezaan pola pembangunan


negara-negara ASEAN. Aspek-aspek itu termasuklah:

* latar belakang fizikal dan alam sekitar.


* populasi dan migrasi.
* pembangunan pertanian dan luar bandar.
* perbandaran.
* perindustrian.

• Menghuraikan tentang kerjasama wilayah di negara Asia Tenggara dalam


berbagai aspek kerjasama ekonomi seperti perindustrian, perdagangan,
kawasan pertumbuhan segitiga dan lain-lain.

• Menilai implikasi globalisasi (yang bersifat pertumbuhan perdagangan dan


aliran modal yang pesat dan sebagainya) ke atas negara-negara ASEAN.

• Meninjau kerjasama di kalangan negara wilayah ASEAN dalam konteks


kerjasama ekonomi yang lebih besar seperti Kerjasama Ekonomi Asia
Pasifik (APEC) dan negara-negara Asia yang lain serta di luar Asia Tenggara.

-3-
RANGKA KURSUS

Secara umumnya, kursus ini bernilai 4 unit dan terkandung dalam lima modul
dengan 22 pelajaran. Berikut adalah susunan tajuk modul dan pelajaran
tersebut:

MODUL TAJUK MODUL PELAJARAN


Modul 1 Pengenalan dan Pelajaran 1: Idea-idea dan Konsep-konsep
Latarbelakang Wilayah Mengenai Wilayah ASEAN.
ASEAN Pelajaran 2: Jalan ke arah Kewilayahan.
Pelajaran 3: Latar belakang fizikal.
Pelajaran 4: Sumber-sumber asli.
Pelajaran 5: Latar belakang ekonomi.

Modul 2 Penduduk dan Migrasi Pelajaran 1: Pola-pola Pertumbuhan dan


Taburan Penduduk di ASEAN.
Pelajaran 2: Struktur Penduduk dan Pola-pola
Tenaga Buruh di ASEAN.
Pelajaran 3: Migrasi Dalaman di ASEAN.
Pelajaran 4: Dasar-dasar dan Program-
program Mengenai Penduduk di
ASEAN.

Modul 3 Pertanian dan Pelajaran 1: Pertanian Dalam Ekonomi


Penerokaan Tanah ASEAN.
Pelajaran 2: Jenis-jenis Pertanian dan Revolusi
Hijau di ASEAN.
Pelajaran 3: Pembangunan Luar Bandar:
Aspek-aspek Reformasi Tanah di
ASEAN.
Pelajaran 4: Pembangunan Luar Bandar:
Penempatan Tanah di Wilayah
ASEAN.

Modul 4 Perbandaran dan Pelajaran 1: Perindustrian Dalam Ekonomi


Perindustrian ASEAN
Pelajaran 2: Pengalaman Negara-negara
ASEAN dalam Proses
Perindustrian.
Pelajaran 3: Perbandaran di Wilayah ASEAN.
Pelajaran 4: Masalah-masalah Urbanisasi di
Wilayah ASEAN.

Modul 5 Kerjasama antara Pelajaran 1: Organisasi Ruang Politik Dunia.


Wilayah Pelajaran 2: Isu-isu Politik di Wilayah ASEAN.
Pelajaran 3: Kerjasama Wilayah.
Pelajaran 4: Kerjasama Ekonomi - Satu
Penilaian.
Pelajaran 5: Masa Depan ASEAN.

ASAS PENILAIAN KURSUS

-4-
Setiap pelajar yang mendaftar kursus ini akan dinilai untuk mengetahui
sejauh manakah pengetahuan dan kefahaman mereka terhadap isi
kandungan kursus yang disampaikan. Penilaian bagi kursus ini datangnya
daripada dua sumber iaitu Kerja Kursus (30%) dan Peperiksaan Akhir (70%).

1) Kerja Kursus

Kerja kursus yang menyumbangkan 30% kepada keseluruhan gred kursus


terdiri daripada Ujian (15%) dan Tugasan (15%).

• Ujian (15%) - diadakan semasa Kursus Intensif (25 Januari sehingga


14 Februari 2019).

• Tugasan (15%) - Berbentuk esei dan tarikh akhir penyerahan tugasan


ialah 15 March 2019. Tugasan yang diterima selepas tarikh tersebut
akan dipotong markah dan selepas seminggu berikutnya akan diberi
markah kosong.

• Tugasan (Esei) – Pilih SATU tajuk ESEI seperti di bawah -

1. Kelainan lanskap fizikal dan budaya negara Malaysia, Myanmar, Thailand,


Filipina, Indonesia, Vietnam, Laos dan Cambodia boleh dijadikan sebagai
pemangkin dalam membangunkan industri pelancongan dan bukan
sebagai penghalang. Bincangkan.

2. Sejak ditubuhkan pada tahun 1967, gagasan ASEAN telah melalui


berbagai-bagai cabaran dalam merealisasikan kerjasama ekonomi
serantau serta usaha memperkukuhkan konsep “kesatuan di dalam
kepelbagaian (Unity in Diversity)”. Bincangkan.

3. Masalah utama yang dihadapi oleh majoriti negara Asia Tenggara ialah
ketidakseimbangan ekonomi di antara sektor luar bandar dengan bandar.
Bincangkan.

4. Fenomena migrasi antarabangsa di Asia Tenggara dapat dijadikan


instrumen untuk menjanakan pendapatan sesebuah negara, namun ia
juga boleh membawa implikasi yang negatif terhadap negara yang
menerima kemasukan migran. Bincangkan dengan kritis.

5. Dengan merujuk kepada sebuah negara Asia Tenggara, nilaikan implikasi


positif dan negatif akibat pertumbuhan pesat populasi dan proses
urbanisasi di negara berkaitan.

6. Dalam proses pembangunan ekonomi, anjakan daripada aktiviti pertanian


kepada aktiviti perindustrian serta perkhidmatan mencerminkan realiti
yang telah berlaku di Asia Tenggara. Adakah anjakan tersebut sesuatu
yang baik atau disebaliknya. Bincangkan dengan kritis berdasarkan
sebuah negara Asia Tenggara.

PERINGATAN

-5-
Berdasarkan pengalaman masa lalu, terdapat segelintir kecil pelajar yang
masih merujuk bahan “model answer” STPM/SPM sebagai sumber rujukan
utama sewaktu membuat esei JMG 214. Ini tidak mencerminkan tahap
kesarjanaannya dalam membuat esei dan tidak layak bergelar mahasiswa
universiti. Agak melucukan juga kerana bahan-bahan rujukan yang begitu
banyak dalam dunia Universiti telah dilupakan dan masih berada ditakuk
lama. Pelajar tersebut tidak layak walaupun gred D- bagi eseinya.

PERINGATAN : Tarikh akhir penyerahan tugasan 15 March 2019.

SYARAT-SYARAT YANG WAJIB DIPATUHI DALAM MEMBUAT ESEI:

1. Esei yang original dan mesti bertaip (Font 12 – TULISAN TANGAN


AKAN DIPULANGKAN UNTUK DITAIP atau diberi “0” tanpa
sebarang peringatan.
2. 1.5 lines (spacing). Mesti dipatuhi atau markah akan dipotong.
3. Hanya kertas A4 sahaja. Tak perlu tanya lagi sama ada boleh guna
kertas yang lain daripada A4.
4. Hanya 1 salinan sahaja perlu dihantar.
5. Sila simpan satu salinan sebagai “BACK-UP COPY”. Ini adalah
untuk memastikan bahawa jika timbul masalah esei yang tidak
sampai kepada saya, maka “BACK-UP COPY” dapat membantu
saudara pos semula.
6. Panjang esei – 12 hingga 15 muka surat sahaja (tidak termasuk
lampiran).
7. Lampiran seperti salinan fotostat sesuatu artikel daripada surat
khabar/jurnal/majalah/internet dan lain-lain TIDAK PERLU
DISERTAKAN. Lampiran-lampiran seperti Rajah, Jadual, Peta dan
Gambar boleh disertakan.

2) Peperiksaan Akhir

Peperiksaan akhir menyumbangkan 70% kepada keseluruhan gred


kursus ini. Soalan peperiksaan berasaskan kepada perkara yang
dipelajari daripada modul, telesidang, perjumpaan semasa intensif dan
apa yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui sidang video.
Soalan peperiksaan adalah berbentuk subjektif dan masa yang
diperuntukkan ialah tiga (3) jam untuk menjawab empat (4) soalan.
Pengurus berhak mengubah atau menentukan sebarang bentuk soalan
tanpa memaklumkan kepada pelajar, tetapi masih berasaskan silibus
yang telah ditetapkan.

-6-
KEGIATAN SEMASA KURSUS INTENSIF

Kursus intensif akan diadakan pada 25 Januari 2018 sehingga 14


Februari 2019 dan slot perjumpaan akan ditentukan kemudian. Aktiviti
yang dijadualkan bagi setiap slot meliputi perkara berikut:

• Menyelesaikan masalah berhubung dengan pengurusan kursus


dan modul-modul yang telah dibincangkan semasa telesidang.
• Sesi soal jawab.
• Huraian (dalam bentuk kuliah atau tutorial) tentang topik-topik
terpilih.

KELAS SIDANG VIDEO

Telesidang merupakan kemudahan yang disediakan oleh PPPJJ untuk


pelajarnya yang mengikuti kursus yang ditawarkan.

Sidang Agenda Persediaan


Video
Perjumpaan 1 Pengenalan kepada Wilayah Asia Tenggara Modul 1 serta
• Jalan kearah Kewilayahan bahan tambahan
• Sejarah ASEAN dalam e- portal
(jika ada)
Perjumpaan 2 Aspek populasi dan migrasi Wilayah Asia Tenggara Modul 2 serta
• Pola Taburan bahan tambahan
• Isu Penduduk dalam e- portal
• Trend dan masalah dalam migrasi (jika ada)

Perjumpaan 3 Sektor pertanian dalam konteks ekonomi negara Wilayah Modul 3 serta
Asia Tenggara. bahan tambahan
• Peranan sektor pertanian dalam e- portal
• Strategi pembangunan luar bandar (jika ada)

Perjumpaan 4 Perindustrian dan Perbandaran di Wilayah Asia Tenggara Modul 4 serta


• Peranan sektor perindustrian bahan tambahan
• Isu-isu Perbandaran dalam e- portal
(jika ada)

Perjumpaan 5 Kerjasama antara negara ahli ASEAN Modul 5 serta


• Isu-isu kerjasama politik dan ekonomi bahan tambahan
• Rasional di sebalik kerjasama ASEAN dalam e- portal
• Konsep ”pertumbuhan segi tiga” di Asia Tenggara (jika ada)

BACAAN YANG DICADANGKAN

-7-
1. Abdul Samad Hadi 1989, Mobiliti Penduduk, Universiti Kebangsaan
Press.

2. Ariff, M. and Fong, C.O., 1977, ASEAN Cooperation in Industrial


Projects, Malaysia Economic Association and ISEAS: Kuala Lumpur.

3. Bahrin, T.S., Policies on Land Settlement in Southeast Asia: A


Comparative Study, in Modern Asian Studies Vol. 5, pp. 21-34.

4. Ch'ng, M.K., 1977, ‘Strategies of Industrialisation in ASEAN Countries,’


dalam Saw, S.H. and Lee, S.A., Economic Problems and Prospects
in ASEAN Countries: Kuala Lumpur.

5. Clark D. Neher, 1994, Southeast Asia in the New International Era,


Westview Press.

6. Dean Forbes, 1996, Asian Metropolis: Urbanization and the


Southeast Asian City, Oxford University Press.

7. Dennis Dwyer (ed.) 1980, Southeast Asian Development:


Geographical Perspective, Longman.

8. Fong, C.O., 1986, Technological Leap: Malaysian Industry in


Transition: Kuala Lumpur, Oxford University Press.

9. Fu-Chen Lo dan Yue-Man Yeung (eds.) 1996, Emerging World Cities


in Asia Pacific, United Nation University Press.

10. Geoffrey Murray and Audrey Perera, 1995, Singapore - The Global City
State, China Library.

11. Hassan Naziri Khalid dan lain-lain., 1997, Penubuhan dan


Perkembangan Semasa ASEAN: Perspektif Geografi. Penerbit
Universiti Sains Malaysia.

12. Imran Lim (ed.), 1996, Growth Triangles in Southeast Asia: Strategy
for Development.

13. Inayatullah and Anis, 1997, Asia-Pacific Economics: A Survey.

14. Hill, R.D., 1979, A Systematic Geography: Kuala Lumpur, Oxford


University.

15. Lim, W., 1980, Application of Land Policy Instruments in the Third
World, With Special Reference to ASEAN Countries Development
Planning Architects: Kuala Lumpur.

16. Mahinder, S.S.M., 1977, Economic, Geographic and Social


Conditions for and Constraints on Regional Development in
Southeast Asia. I.G.U Industry Commission: Kuala Lumpur.

17. Pryor, R., 1971, Migration and Development in Southeast Asia: A


Demographic Perspective: Kuala Lumpur, Oxford University Press.
-8-
18. Ray Watters and Terry McGee (eds.) 1997, Asia Pacific: New
Geographies of the Pacific Rim.

19. Ron Edwards and Michael T. Skully, 1996, Asean Business, Trade and
Development, B.H. Asia.

20. Solehah Abdul Hamid, 1997, Pembangunan Ekonomi ASEAN U.U.M.

21. Wong, J., 1979 ASEAN Economics in Perspective: London,


MacMillan.

22. Beberapa bahan yang lebih terkini akan dimaklumkan judulnya


sewaktu sidang video atau kursus Intensif.

PERHUBUNGAN DAN MASALAH

Semoga anda semua bijak dalam pengurusan masa. Sila hubungi kami
secara bersurat, e-mel atau forum di e-portal PPPJJ jika menghadapi
sebarang masalah. Pengurus kursus boleh dihubungi di:

Profesor Madya Dr Mohamed Zaini Omar


PPPJJ, USM
11800 Minden, Pulau Pinang.
e-mel: omzaini001@gmail.com

Akhir kata kami ucapkan selamat belajar dan semoga maju jaya.
"USAHA TANGGA KEJAYAAN"

- ooo -

- 10 -

Anda mungkin juga menyukai