Anda di halaman 1dari 13

EPPD1023: Makroekonomi

Kuliah 10: Analisis Permintaan dan Penawaran Agregat Keynesian

Pengenalan

Penerbitan Keluk Permintaan Agregat

Pertambahan Stok Wang dan Perganjakan Keluk Permintaan Agregat

Kesan Faktor Benar dan Peralihan Keluk Permintaan Agregat

Kesan Dasar ke atas Keluk Permintaan Agregat Keynesian

Penerbitan Keluk Penawaran Agregat Keynesian

Perganjakan Keluk Penawaran Agregat

Analisis Dasar Pengurusan Permintaan Agregat dalam Model Keynesian

Pengenalan
1
- Topik ini membincangkan penerbitan keluk permintaan agregat dengan
menggunakan analisis Hicksian atau kerangka IS-LM dengan andaian faktor paras
harga berubah. Keluk permintaan agregat yang dibincangkan adalah bagi ekonomi
tiga sektor sahaja.

- Ia juga membincangkan penerbitan keluk penawaran agregat Keynesian, contohnya


model penawaran agregat upah tetap dan model upah berubah.

Penerbitan Keluk Permintaan Agregat

- Kesan Perubahan Harga


o Benar vs nominal

o Apabila harga diandaikan tetap dan permintaan dapat dipenuhi tanpa


sebarang kekangan, maka ia tidak memerlukan kita untuk membezakan sama
ada pembolehubah yang menentukan output negara dinyatakan dalam
bentuk benar atau nominal.

o Sekiranya ada perubahan harga, maka harga ini turut mempengaruhi


hubungan antara pemboleh ubah yang menentukan keluk-keluk IS-LM. Untuk
mengelakkan pengaruh perubahan harga maka adalah penting hubungan
tersebut dinyatakan dalam bentuk benar. Perlu diingat bahawa walaupun
tingkat harga adalah berubah, namun kedudukan keluk IS adalah tetap sama.
Pembentukannya tidak dipengaruhi oleh pemboleh ubah benar atau nominal.

- Pertambahan Stok Wang Benar


o LM(P) – menunjukkan stok wang benar atau LM(M/P)
o P  LM(P) 

2
Pertambahan Stok Wang dan Perganjakan Keluk Permintaan Agregat

3
4
Kesan Faktor Benar dan Peralihan Keluk Permintaan Agregat

- Peningkatan Perbelanjaan Kerajaan

5
- Peningkatan Perbelanjaan Penggunaan Autonomous
o Peralihan AD ke kanan

- Peningkatan Cukai Sekaligus

- Kejatuhan Perbelanjaan Pelaburan


6
o Peralihan AD ke kiri

Kesan Dasar ke atas Keluk Permintaan Agregat Keynesian

- Keluk permintaan agregat Keynesian seperti dijelaskan di atas diterbitkan melalui


model IS-LM. Ini bermakna keluk permintaan agregat Keynesian melibatkan kedua-
dua pasaran barangan dan pasaran wang. Keynes (Keynesian awal) berpendapat
bahawa cuma dasar fiskal yang berkesan untuk meningkatkan permintaan agregat
sekiranya ekonomi berada dalam keadaan kemelesetan atau di bawah gunatenaga
penuh. Sementara pengikut Keynes atau pemaham Keynesian pula mempercayai
kedua-dua dasar fiskal dan kewangan adalah berkesan untuk meningkatkan
permintaan agregat ke tahap yang lebih tinggi kerana pembentukan keluk
permintaan agregatnya berlandaskan model IS-LM.

Penerbitan Keluk Penawaran Agregat Keynesian

- Keynes percaya dalam jangka pendek upah wang tidak berubah. Keynes juga percaya
penawaran agregat (AS) tidak memainkan peranan untuk menentukan tingkat
keluaran dan guna tenaga kerana ianya anjal sempurna dan harga keluaran dan upah
wang diandaikan tetap. Bentuk keluk penawaran agregat yang anjal sempurna ini
dikaitkan dengan masa kemelesetan ekonomi yang teruk di mana pelbagai tingkat
keluaran output negara boleh dikeluarkan tanpa penigkatan paras harga input dan
juga kos atau upah buruh. Keadaan ini terjadi dengan andaian bahawa pelbagai jenis
input pengeluaran adalah tidak digunakan sepenuhnya dan juga ramai buruh yang
menganggur.

- Keluk Penawaran Agregat Keynesian dengan Harga Berubah dan Upah Wang Tetap
7
o Keynes bersetuju dengan ahli Klasik mengenai syarat memaksimumkan
keuntungan, iaitu dengan menyamakan upah wang dan nilai keluaran sut
buruh, iaitu:

o setiap kali paras harga meningkat dari P0 ke P1 dan seterusnya P2 , dengan


andaian upah wang tetap pada W, maka permintaan buruh oleh firma turut
meningkat kerana upah benar telah jatuh disebabkan kenaikan harga
tersebut.

- Keluk Penawaran Agregat Keynesian dengan Harga dan Upah Wang Berubah

8
o Perbezaan pemaham Klasik dan Keynesian wujud disebabkan perbezaan
persepsi pekerja terhadap upah. Bagi model Klasik, pekerja mementingkan
upah benar (W/P). Bagi Keynesian, pekerja mementingkan upah wang dan
tidak mengetahui tingkat harga. Keputusan menawarkan buruh bergantung
kepada upah wang dan harga jangkaan.

- Perbandingan Keluk Penawaran Agregat Keynesian Modal Upah Wang Tetap dengan
Modal Upah Wang Berubah

9
Perganjakan Keluk Penawaran Agregat

- Perubahan Harga Jangkaan

10
- Peningkatan Harga Faktor Pengeluaran

11
- Perubahan Teknologi dan Produktiviti

- Pertambahan Penduduk
o Peralihan keluk AS ke kanan

- Penemuan Sumber Baru


o Peralihan keluk AS ke kanan

Analisis Dasar Pengurusan Permintaan Agregat dalam Model Keynesian

12
13

Anda mungkin juga menyukai