Anda di halaman 1dari 34

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI

BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI


SEMESTER 1 SESI 2015/2016
TUGASAN 1
NAMA DAN NOMBOR MATRIK :
NURULFATHIN HANNANI NOORMAN (185430)
NUR ANATI BINTI JUHARI (185727)
PUTERI NARINA BINTI MEGAT SABRI (185365)
PUTERI NURASIKIN BINTI NASARUDIN (185382)
MUHAMMAD FITRI BIN AHMAD JASNI (185383)

NAMA PENSYARAH :
PROF MADYA DR. MOHD SHARIFUDDIN BIN YUSOF

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN

Isi Kandungan
Abstrak..... 2
1.0 Definisi Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran... 3-4
2.0 Matlamat Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran. 5
3.0 Pendapat dan Pandangan Pelaksannaan Sekolah Satu Aliran..
6-7
4.0 Ciri-Ciri Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran...... 8-9
5.0 Faktor-Faktor Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran...... 10
6.0 Kesan-Kesan Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran... 11-13
7.0 Contoh Sekolah Yang Melaksanaankan Sekolah Satu Aliran.....
14-15
8.0 Cabaran dan Pendapat Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran....
16-17
8.1 Isu dan Cabaran....
9.0 Rumusan... 27
10.0 Bibliografi....

18-26
28

Abstrak
Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran merupakan sistem pendidikan yang
bertujuan

mewujudkan

perpaduan

dan

integrasi

nasional

menggunakan satu bahasa penghantar di sekolah. Matlamat

serta
utama

penubuhan sekolah satu aliran adalah untuk perpaduan nasional yang tulen,
sejati

dan harmoni

selari

dengan

gagasan 1Malaysia. Bukan

hanya

bersemangat apabila bercakap tentang gagasan 1Malaysia dan terdiam


apabila terpaksa berkorban untuk melaksanakan satu agenda yang jauh

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN

lebih besar dari itu. Menurut Tan Sri Ainuddin Wahid sebagai seorang tokoh
pendidikan beliau berpendapat pelaksanaan sekolah satu aliran sepatutunya
dilaksanakan sebelum merdeka lagi seperti yang dicadangkan 48 tahun lalu
oleh Allahyarham Aminuddin Baki yang menjadi Penasihat Pelajaran Negara.
Tan Sri Ainuddin menjelaskan, cadangan Aminuddin itu kerana beliau telah
menjangka masalah perkauman pasti akan timbul dikemudian hari berikutan
setiap kaum mendapat pendidikan di sekolah berlainan.. Selain itu, sekolah
satu aliran adalah untuk mewujudkan integrasi antara kaum di kalangan
pelajar, guru dan juga ibu bapa selain memupuk semangat keharmonian di
negara ini. Ia dapat menyemai dan memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan pelajar, membuka ruang masa dan tempat untuk saling mengenali
dan

memahami

etika

kemanusiaan

tersendiri

dan

dapat

menyemai

semangat perpaduan nasional dalam kalangan pelajar. Sekolah Victoria


Institution (V.I) merupakan contoh terbaik Sekolah Satu Aliran di Malaysia.
Justeru, cabaran yang perlu dihadapi dalam pelaksanaan sistem sekolah satu
aliran adalah sistem pendidikan yang berasingan menyebabkan kesukaran
memupuk perpaduan. Pelaksanaan Sekolah Wawasan oleh pihak kerajaan
tidak

seharusnya

dieksploitasikan

oleh

pihak

tertentu

terutamanya

pembangkang untuk kepentingan politik maisng-masing kerana matlamat


asal penubuhan sekolah tersebut amat penting iaitu dalam melahirkan
generasi yang bersatu-padu dan saling memahami antara satu sama lain.

1.0

Definisi Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN

Menurut tokoh pendidikan, Prof Datuk Dr. Kamaruddin (Internet) ,


sistem pendidikan satu aliran ialah sistem pendidikan yang menggunakan
satu bahasa penghantar di sekolah. Ia bertujuan mewujudkan perpaduan dan
integrasi nasional. Sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa
penghantar, secara tidak langsung akan mewujudkan satu sistem nilai dan
budaya sosial. Melalui sekolah satu aliran, murid kaum lain masih berhak
mempelajari bahasa ibunda masing-masing di samping membolehkan
mereka memupuk dan mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional
menerusi pendidikan. Jika pengasingan pendidikan mengikut kaum ini
berterusan, ia akan menghasilkan masyarakat yang terpisah di antara satu
sama lain dan Mengakibatkan satu suasana segrasi dengan memiliki bibit
perpecahan yang berbahaya. Semangat kekitaan dalam satu masyarakat
Malaysia yang harmoni dan bersatu padu akan tercapai sekiranya sistem
persekolah yang mengabungkan terus ketiga-tiga aliran ini menjadi satu
dapat direalisasikan. Perpaduan dan integrasi nasional dapat diwujudkan
selaras matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Dengan cara ini, pelajar boleh bergaul secara meluas di antara
mereka, secara tidak langsung, mereka juga boleh memahami budaya kaum
lain. Jika perkara ini dapat dipraktikan, maka masalah semangat perkauman
akan terhakis dengan sendirinya melalui pergaulan antara pelajar dan saling
memahami. Ia akan mewujudkan satu sistem nilai dan budaya sosial.
Pengwujudan sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa penghantar
juga diberi jaminan tidak akan mengugatkan bahasa ibunda kaum lain.
Menurut tokoh pendidikan, Tan Sri Ainuddin Wahid (Internet) pula,
sekolah satu aliran adalah sebuah sistem yang dapat mengeratkan
perpaduan antara kaum di Malaysia khususnya. Melayu, India dan Cina.
Beliau berkata, jika sekolah satu aliran tidak dilaksanakan, ia akan memberi
kesan pada masa hadapan seperti timbulnya masalah perkauman berikutan
setiap kaum mendapat pendidikan di sekolah yang berlainan.Perpaduan
kaum tidak dapat dicapai jika semua pelajar diletakkan di sekolah yang

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN

berasingan. Sekolah adalah tempat terbaik untuk memulakan hubungan


intergrasi. Apabila pelajar sudah terdedah daripada kecil lagi dan terbiasa
dengan pergaulan berbilang kaum di sekolah, mereka tidak akan mengalami
kejutan apabila memasuki alam pekerjaan dan masyarakat. Menurut beliau.
dalam kehidupan realiti, pergaulan antara kaum hanya untuk memberi laluan
kepada kehidupan satu bangsa Malaysia yang lebih harmoni. Peringkat
sekolah rendah mahupun sekolah menengah adalah tempat yang terbaik
untuk mencambah rasa harmoni diantara kaum.
Seterusnya, menurut tokoh pendidikan, Prof. Emeritus Tan Sri Khoo Kay
Kim (Internet), menerangkan konsep sekolah aliran ialah semua pelajar akan
ditempatkan di sekolah yang sama dan penggunakan bahasa penghantar
yang sama tetapi bahasa ibunda setiap kaum akan diselitkan sebagai
sebahagian daripada kokurikulum di bilik darjah. Sekolah satu aliran sangat
penting untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dan ia bersesuaian dengan
konsep Satu Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri iaitu Dato Seri
Najib Tun Abdul Razak.Beliau berkata sistem pendidikan yang mengamalkan
sekolah pelbagai aliran ketika ini tidak membantu rakyat menyelami makna
sebenar gagasan 1Malaysia kerana sejak dari kecil lagi rakyat sudah
diasingkan mengikut aliran dan bahasa ibunda masing-masing dan apabila
dewasa, semangat kerjasama dan persefahaman sukar untuk diwujudkan.
Walaupun

terdapat

beberapa

pihak

yang

membantah

cadangan

pembentukan sekolah satu aliran. Mereka yang berbuat demikian perlu


menilai sejauh mana sistem pendidikan ketika ini boleh membantu
mengukuhkan pembentukan sebuah negara bangsa.
Dalam prepektif lain, Tun Mahathir Mohammad (Internet) menyatakan
bahawa sistem pendidikan satu aliran sebenarnya telah pun diamalkan
tetapi kebanyakan daripada kita tidak faham peranan sistem sekolah
kebangsaan. Beliau menjelaskan semasa kerajaan membentuk sistem
sekolah kebangsaan dahulu, sekolah-sekolah aliran jenis cina dan tamil
sudah pun ada. Kerajaan memberi bantuan kepada sekolah aliran tersebut

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN

dengan harapan murid-murid dari sekolah itu akan menyertai sekolah


kebangsaan.Tetapi malangya, sehingga kini orang cina dan india tidak
berminat

menghantar

anak

mereka

ke

sekolah

kebangsaan

kerana

susananya kurang menarik serta bimbang anak-anak mereka terpengaruh


dengan adat resam Melayu terhadap sekolah kebangsaan. Lalu apa yang
berlaku dalam sistem persekolahan sekarang adalah faktor sikap perkauman
yang masih menebal di kalangan masyarakat.
Oleh hal yang demikian, kesedaran masyarakat terhadap sekolah satu
aliran harus dipertimbangkan untuk memupuk perpaduan antara kaum
supaya perpecahan tidak akan berlaku dan Tragedi 13 Mei tidak akan
berulang lagi. (http://tuanmat.tripod.com/aliransekolah.html)

2.0

Matlamat Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran

Setiap penubuhan institusi dan organisai memerlukan matlamat untuk


menjayakan program itu. Penubuhan sistem sekolah satu aliran juga tidak
ketinggalan dalam melaksanakan matlamat mereka.
Matlamat utama penubuhan sistem sekolah satu aliran adalah untuk
perpaduan nasional yang tulen, sejati dan harmoni selari dengan gagasan
1Malaysia.

Perdana

Menteri

Malaysia,

Dato

Seri

Najib

bin

Razak

melaksanakan gagasan 1Malaysia yang mempuyai banyak kebaikan dalam


penyatuan perpaduan antara kaum. Sejajar dengan gagasan 1Malaysia,
sistem sekolah satu aliran adalah salah satu landasan untuk mempraktikkan
gagasan itu. Justeru, perpaduan nasional yang tulen, sejati dan harmoni
dapat merealisasikan gagasan 1Malaysia dan dapat memperkukuhkan
perpaduan kaum,
Sekolah satu aliran perlu diterima sebagai satu wahana untuk
membentuk identiti dan jati diri rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Identiti
dan jati diri setiap kaum di negara ini akan terus wujud sebagai komponen
yang penting yang mewarnai dan mewujudkan perpaduan sejati di Malaysia.

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN

Melalui sekolah satu aliran, murid kaum lain masih berhak mempelajari
bahasa ibunda masing-masing di samping membolehkan mereka memupuk
dan mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional menerusi
pendidikan.

(http://sekolahsatualiran.blogspot.

my/2010/08/matlamat_28.html)

3.0

Pendapat dan Pandangan Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran

Terdapat ramai tokoh yang beribawa memberi pandangan dan


pendapat masing masing tentang pelaksanaan Sekolah Satu Aliran. Antara
tokoh-tokoh yang memberi pendapat dan pandangan mereka ialah Professor
Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim, Tan Sri Ainuddin Wahid dan Professor Datuk
Dr Kamaruddin.
Menurut Professor Emiritus Tan Sri Khoo Kay Lim, Beliau yang
mencadangkan pelaksanaan sekolah satu aliran kerana beliau yakin dengan
pelaksanaan ini dapat lebih mengeratkan perpaduan antara kaum seperti
konsep 1Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kita iaitu Dato Seri
Najib Tun Abdul Razak malahan dapat membina generasi muda yang lebih
memahami dan saling menghormati sesama kaum. Beliau juga berpendapat

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN

pelaksanaan sekolah pelbagai aliran seperti sekarang tidak membantu


rakyat menyelami makna sebenar gagasan 1Malaysia. Katanya lagi, sejak
dari kecil lagi rakyat sudah diasingkan mengikut aliran dan bahasa ibunda
masing-masing dan apabila dewasa, semangat kerjasama dan persefahaman
sukar untuk dijalankan. (http://sekolah satualiran.blogspot.my/)
Tan Sri Ainuddin Wahid sebagai seorang tokoh pendidikan beliau
berpendapat pelaksanaan sekolah satu aliran sepatutunya dilaksanakan
sebelum merdeka lagi seperti yang dicadangkan 48 tahun lalu oleh
Allahyarham Aminuddin Baki yang menjadi Penasihat Pelajaran Negara. Tan
Sri Ainuddin menjelaskan, cadangan Aminuddin itu kerana beliau telah
menjangka masalah perkauman pasti akan timbul dikemudian hari berikutan
setiap kaum mendapat pendidikan di sekolah berlainan. Jika sekolah satu
aliran ini ditubuhkan, maka sekolah jenis kebangsaan akan dimansuhkan. Hal
ini

kerana,

semua

pelajar

akan

menjalankan

persekolahan

mereka

menggunakan sistem persekolahan yang sama iaitu sekolah satu aliran.


(http://sekolahsatualiran.blogspot.my/)
Professor Datuk Dr Kamaruddin juga berpendapat sekolah satu aliran
dapat mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional. Wujudnya sistem
pendidikan yang menggunakan satu bahasa pengantar, secara tidak
langsung akan mewujudkan satu sistem nilai dan budaya sosial. Jika
pengasingan

pendidikan

mengikut

menghasilkan

masyarakat

yang

kaum

terpisah

ini
di

berterusan,

antara

satu

ia
sama

akan
lain,

mengakibatkan satu suasana segrasi dengan memiliki bibit perpecahan yang


berbahaya. (http://sekolahsatualiran.blogspot.my/)
Selain tokoh, masyarakat yakni pendidik dan pelajar juga memberi
pendapat dan pandangan mereka tentang pelaksanaan Sistem Sekolah Satu
Aliran. Pendidik dan pelajar adalah mereka yang terlibat dalam pelaksanaan
ini. Menurut pendidik, sebagai seorang yang sangat berkait rapat dengan
pendidikan,

sistem

ini

wajar

dilaksanakan

kerana

semestinya

dapat

memupuk semangat kekitaan antara kaum. Walaupun banyak positifnya

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN

dalam pelaksanaan sistem ini namun negatifnya juga ada seperti lambakan
guru-guru yang tidak punya kerja selepas tamat pengajian kerana semua
sekolah diseragamkan. Selain itu sebagai seorang yang sudah lama
mengajar dan pemerhatian yang dibuat, mungkin akan timbulnya masalah
kesesuaian

sosiobudaya

antara

pelajar.Pelajar

juga

berpendapat

pelaksanaan sekolah satu aliran ini patut dilaksanakan berikutan masalah


perkauman yang kurang senang ditonton masa sekarang. Tetapi jika melihat
dari perspektif lain, mungkin akan timbul masalah lain seperti pergaduhan
antara sesama kaum bagi mempertahankan bahasa ibunda masing-masing.
Mungkin cara lain, kerajaan perlu mengambilberat mengenai isu ini dan adil
dengan semua kaum jika mahu pelaksanaan ini terhasil.

4.0

Ciri-ciri Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN

Terdapat beberapa ciri yang telah diletakkan dalam sistem Sekolah


Satu Aliran ini. Antara ciri-ciri yang dibincangkan adalah dari segi kurikulum
dan bahasa pengantar serta kokurikulum. Setiap pelaksanaan haruslah
mempunyai ciri-ciri tertentu bagi membezakan ia dari perlaksaan yang
lain..Sekolah Satu Aliran menggunakan Kurikulum Kebangsaan dengan
bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan ialah Bahasa Malaysia manakala
SJK(C)

menggunakan

Bahasa

Cina

dan

SJK(T)

menggunakan

Bahasa

Tamil.Mata pelajaran yang diajar di sekolah adalah mengikut Kursus-Kursus


Pengajian bagi jenis aliran sekolah.
Pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Satu Aliran juga adalah
mengikut jenis aliran sekolah dan jumlah tenaga pengajarnya adalah
mengikut norma perjawatan yang telah ditetapkan. Kokurikulum adalah salah
satu ciri pelaksanaan Sistem Sekolah Satu Aliran yang telah ditetapkan oleh
kerajaan. Selain daripada aktiviti kokurikulum yang sedia ada di setiap
sekolah, warga Sekolah Satu Aliran digalak menjalankan aktiviti kokurikulum
tambahan secara bersama.
Bahasa pengantar masing-masing juga boleh digunakan semasa
aktiviti kokurikulum dijalankan oleh sekolah masing-masing. Dalam sebarang
bentuk pertandingan sama ada aktiviti kurikulum atau aktiviti kokurikulum,
sekolah-sekolah berkenaan akan menghantar wakil terbaik dari sekolah
masing-masing.
Di samping itu, sekolah berkenaan boleh menghantar wakil sebagai
satu pasukan sekolah satu aliran dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum
yang melibatkan pasukan yang mempunyai ramai penyertaan. Untuk
mengeratkan perpaduan antara kaum, Sekolah-Sekolah Satu Aliran adalah
digalakkan

mengadakan

Temasya

Sukan

Tahunan,

Hari

Guru,

Hari

Kebangsaan, Hari Kantin secara bersama. Namun demikian, sekolah masingmasing boleh mengadakan acara-acara tersebut secara berasingan.

10

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN

Perhimpunan bulanan hendaklah dijalankan secara bersama dengan


menggunakan

bahasa

Malaysia

sebagai

bahasa

rasmi

perhimpunan.

Bagaimanapun, bahasa Cina dan bahasa Tamil juga boleh digunakan untuk
memperjelaskan jika ada isu-isu yang perlu diperjelaskan. Sekolah-sekolah
berkenaan boleh menjalankan perhimpunan mingguan dan perhimpunanperhimpunan lain dengan menggunakan bahasa pengantar masing-masing.
(http://bpkupg.blogspot.my/2009/07
wawasan.html.)

/konsepdanpelaksanaansekolah

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN

11

5.0 Faktor Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran


Sekolah merupakan tempat yang terbaik untuk memulakan hubungan
integrasi pada peringkat awal. Oleh demikian, pihak kerajaan berusaha untuk
melaksanakan sekolah satu aliran untuk memupuk perpaduan kaum. Pada
masa yang sama, banyak pihak menentang pelaksanaan sekolah satu aliran
tersebut kerana bimbang bahasa dan identiti kaum mereka terhakis. Justeru
itu, nilai dan kepentingan tidak seharusnya menjadi perbalahan kerana
pendidikan merupakan landasan terbaik dalam mewujudkan perpaduan di
kalangan generasi muda.
Faktor yang seterusnya ialah sekolah satu aliran akan menyediakan
satu persekitaran di mana remaja berbilang kaum bukan sahaja boleh
melalui proses pembelajaran dengan selesa tetapi juga menyediakan ruang
yang secukupnya untuk mereka berinteraksi dan memahami di antara satu
sama lain. Ini merupakan satu proses menuju ke arah sebuah negara maju
dalam erti kata saling memahami perasaan dan sensitiviti di kalangan rakyat
yang berbilang kaum serta menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial.
Sekolah satu aliran iaitu sekolah kebangsaan bukan sekolah Melayu
tetapi sekolah untuk semua kaum. Sekarang ini pun orang Melayu tidak
mempunyai sekolah sendiri berbanding Cina dan India yang mempunyai
sekolah jenis kebangsaan. Pemimpin politik bukan Melayu gagal mewaraskan
kaum mereka bahawa sekolah satu aliran adalah sekolah semua anak
Malaysia.
aliran.html)

(http://ikatanperpaduan.blogspot.my/2009/11/sekolah-satu-

12

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN

Selain itu, sekolah satu aliran adalah untuk mewujudkan integrasi


antara kaum di kalangan pelajar, guru dan juga ibu bapa selain memupuk
semangat keharmonian di negara ini. Keharmonian dan nilai perpaduan
semua kaum akan dapat diperkuatkan di peringkat akar umbi lagi. Kita
semua dapat menjadikan ia sebagai satu identiti masyarakat yang harmoni
di

negara

ini

yang

selaras

dengan

gagasan

1Malaysia.

(http://ikatanperpaduan.blogspot.my/2009/11/ sekolah -satu-aliran.html)

6.0 Kesan-kesan Pembentukan Sekolah Satu Aliran


Kewujudan sekolah satu aliran ini melangkaui sempadan kaum dan
budaya. Hal ini menimbulkan beberapa implikasi dalam pelbagai aspek
terutamanya dalam kalangan pelajar.
Antara kesan positif kewujudan sekolah satu aliran adalah dapat
menyemai dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar,
membuka ruang masa dan tempat untuk saling mengenali dan memahami
etika kemanusiaan tersendiri dan dapat menyemai semangat perpaduan
nasional dalam kalangan pelajar. Melalui sistem pendidikan sekolah satu
aliran yang sistematik, ia dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang
lebih harmoni. Sekolah satu aliran menyatukan semua kaum dalam satu
sekolah yang mana menggunakan satu bahasa sebagai bahasa pengantar
sementara bahasa kaum lain turut ditawarkan mengikut keperluan. Sebab
itulah pentingnya, seperti yang dicadangkan oleh ahli akademik dan tokoh
pendidikan negara supaya Kementerian Pendidikan mewujudkan sekolah
satu aliran. Matlamat atau agendanya adalah satu iaitu perpaduan kaum.

13

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN


(http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kekuatan-politik-mampurealisasikan-sekolah-satu-aliran-1.143454)

Kesan positif seterusnya, ia dapat mengikis masalah perkauman antara


kaum iaitu melayu, cina dan india. Sekolah satu aliran dapat mengubah
masalah yang sekian lama yang telah berlaku ini sehingga berlakunya
Tragedi 13 Mei. Pergaduhan antara kaum yang sangat dahsyat sehingga
diisytiharkan

darurat.

Melalui

sistem

ini,

pelajar

dapat

bergaul

dan

memahami antara satu sama lain. Disamping itu, ia dapat mewujudkan satu
nilai dan budaya sosial pada masa hadapan.
Selanjutnya, sistem sekolah satu aliran dapat mengukuhkan lagi
pembentukan sebuah negara bangsa yang jelekit. Semangat kerjasama dan
persefahaman dapat diwujudkan dalam kalangan kaum melayu, cina dan
india. Mereka perlu dididik untuk memahami dan menghormati bangsa lain
sejak mereka kecil lagi kerana kefahaman sejak kecil yang ditanam dalam
diri mereka sehingga dewasa akan terus kekal sehingga masa yang akan
datang. Hal ini sangat penting apabila mereka memasuki alam perkerjaan
dan hidup bermasyarakat. Mereka akan bergaul dan hidup di bawah satu
payung yang sama.
Majoriti pendapat dan pandangan para tokoh-tokoh dan masyarakat
sekeliling menyatakan pelaksanaan sekolah satu aliran ini dapat memupuk
semangat perpaduan yang lebih tinggi. Di samping boleh bergaul secara
meluas di antara mereka, secara tidak langsung, mereka juga boleh
memahami budaya kaum lain. Sekolah dapat menggabungkan kanak-kanak
berbilang kaum dari kecil lagi dengan murid-murid berpeluang mendekati
budaya yang berbeza. Sekolah juga adalah tempat terbaik untuk memulakan
hubungan integrasi. Apabila kanak-kanak sudah terdedah dan terbiasa
dengan pergaulan antara berbilang kaum di sekolah, mereka tidak akan
mengalami kejutan apabila memasuki alam pekerjaan dan bermasyarakat.
Kesan positif lain, ia dapat memberi laluan kepada kehidupan satu bangsa
Malaysia

yang

lebih

harmoni.

14

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN


(http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kekuatan-politik-mampurealisasikan-sekolah-satu-aliran-1.143454)

Jika wujudnya kesan positif, pasti wujudnya jugak kesan negatif. Begitu
juga dalam pelaksanaan ini mempunyai kesan negatif. Antara kesan
negatifnya adalah masalah pertukaran agama kerana sekolah satu aliran
terdiri daripada pelajar yang berlainan agama. Masalah ini mungkin berlaku
kepada

pasangan

yang

berlainan

agama.

Terutama

kepada

pelajar

perempuan yang beragama Islam. Jika masalah ini tidak dibendung dari awal
mungkin akan menjatuhkan imej penganut agama Islam. Penghapusan etnik
dan budaya yang memungkinan kelab kebudayaan dari sekolah Cina
ataupun Tamil sebelum ini akan dihadkan apabila sekolah dan kaum telah
bergabung kerana mereka terpaksa mencantumkan kebudayaan antara tiga
kaum menjadi satu.
Selain itu, sistem persekolahan adalah faktor sikap perkauman yang
masih menebal dalam kalangan masyarakat. Sehingga kini, kaum Cina dan
India tidak berminat menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan
kerana suasananya kurang menarik serta bimbang anak-anak mereka
terpengaruh dengan adat resam Melayu dan agama Islam. Sikap dan
fahaman agama yang begitu kuat juga menakutkan bukan Melayu terhadap
sekolah satu aliran ini. Menurut

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu

menganggap sistem pendidikan yang membenarkan kewujudan sekolah


yang berbeza-beza aliran berdasarkan kaum yang sedia ada sudah dapat
memenuhi hasrat semua kaum. (http://ww1.utusan.com.my/utusan/info. asp?
y=2001&dt=0320&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm)
Tambahan lagi, isu agama terus dikhuatiri para ibu bapa jika
berlakunya percintaan antara berlainan agama. Percintaan antara pelajar
seagama juga dapat menyumbangkan perkara-perkara yang sumbang dan
tidak diingini, inikan pula percintaan antara pelajar yang berlainan agama.
Hal ini boleh mendatangkan masalah sosial dengan lebih serius. Oleh itu,
sistem sekolah satu aliran ini, perlu diambil

perhatian tentang isu

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN

15

keagamaan ini kerana ianya menjadi kesan negatif dalam perlaksanaan


sistem ini.Dalam pelaksanaan Sistem Sekolah Satu Aliran, terdapat beberapa
kesan positif dan kesan negatifnya. Kesan positif dalam pelaksanaan ini
adalah kewujudan sekolah satu aliran ini melangkaui sempadan kaum dan
budaya. Hal ini menimbulkan beberapa implikasi dalam pelbagai aspek
terutamanya dalam kalangan pelajar itu sendiri.

16

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN


7.0

Contoh Sekolah Yang Melaksanakan Sekolah Satu Aliran

Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran merupakan sistem pendidikan yang


bertujuan mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional sertamenggunakan
satu bahasa penghantar di sekolah. Sekolah Victoria Institution (V.I)
merupakan contoh terbaik Sekolah Satu Aliran di Malaysia. Melalui sekolah
satu aliran, murid kaum lain masih berhak mempelajari bahasa ibunda
masing-masing di samping membolehkan mereka memupuk dan mencapai
matlamat perpaduan dan integrasi nasional menerusi pendidikan. (Kua
Choon Sheng, 28 Ogos 2010. http://sekolahsatualiran.blogspot.my/.)
Sekolah

Menengah

Kebangsaan

Victoria

(SMK

Victoria)

telah

ditubuhkan pada tahun 1893 sebagai satu peringatan kepada Queen


Victoria. Bangunan asal sekolah dibina di High Street, Kuala Lumpur. Tapak
ini amat rendah dan kerap mengalami banjir. Maka satu bangunan baru
dibina

pada

tahun

1927

di

Bukit

Petaling

(tapak

sekarang)

yang

berkedudukan tinggi. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Sir Hugh Clifford
pada 26 Mac 1929. (http://smkvictoria. edu.my/)
Sekolah Victoria Institution merupakan antara sekolah perdana untuk
sekolah lelaki dan perempuan bagi Tingkatan 6. Sekolah ini dikenali umum
sebagai V.I dan

para

pelajar

yang

belajar

di

Victoria

dikenali

sebagai Victorian. Victoria merupakan sekolah satu aliran yang tertua di


Kuala Lumpur danterletak di Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur. Sekolah ini juga
merupakan sekolah jenis kerajaan bukan berasrama penuh lelaki. Lencana
dan cogan kata Victoria melambangkan kelelakian iaitu To Be a Scholar, a
Sportsman and a Gentlemen. Pada tahun 2015 , Victoria mencipta misi dan
visi baharu , iaitu Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk
membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi Negara bagi Misi
Sekolah dan Pendidikan berkualiti , Insan terdidik , Negara sejahtera bagi
Visi

sekolah.

(https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Victoria)

17

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN

Ibu bapa daripada pelbagai kaum berlumba-lumba ingin menghantar


anak-anak mereka belajar di sekolah VI itu. Suasana perkauman yang
menarik adalah salah satu factor yang menjadikan sekolah VI sekolah terbaik
dalam sistem satu aliran. Kita dapat melihat bagaimana mesranyapelajarpelajar dari ketiga-tiga kaum bergaul mesra dan bersaing secara sihat dalam
pelajaran. Selain pelajar yang berbilang kaum, guru-guru dan staf juga
mempunyai komposisi ketiga-tiga kaum ini. Begitu juga dengan Persatuan
Ibu Bapa dan Guru juga diwakili ketiga-tiga kaum ini. Selain mempunyai
suasana pelajaran yang menarik, suasana semasa bersukan dan apa jua
kokurikulum juga menarik dek kemesraan antara mereka. Sekolah VI ini
mempunyai keselarasan matapelajaran yang dipelajari justeru menjadikan
iasebagai

sekolah

cemerlang.

(http://ikatanperpaduan.blogspot.my/2009/11/sekolahsatualiran.html)

18

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN

8.0 Cabaran dan Pendekatan Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran


Banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam pelaksanaan system
sekolah satu aliran. Antaranya ialah sistem pendidikan yang berasingan
menyebabkan kesukaran memupuk perpaduan.. Beberapa pergaduhan dan
ketegangan kaum bermula dari peristiwa 13 Mei 1969, peristiwa masjid
kampung rawa-kali raja mathuraiveeran pada1998 dan terbaru di jalan klang
lama merupakan isyarat mencemaskan betapa perpaduan rakyat pelbagai
kaum begitu rapuh . Dasar pendidikan kebangsaan menjadi tunjang
perpaduan di malaysia .tidak dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan
memainkan peranan yang sangat penting. Di Malaysia,terdapat empat jenis
buah sekolah yang terdiri daripada sekolah Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris.
Keempat-empat buah sekolah ini menggunakan sukatan pelajaran yang
berbeza. Hal ini menyebabkan ketidakseragaman bahasa, identiti dan
fahaman. Keadaan ini,menimbulkan dampak dalam memupuk perpaduan
rakyat

Malaysia.

Terdapat

beberapa

aspek

perpaduan

yang

perlu

dibincangkan seperti aspek masyarakat, pihak sekolah dan media massa.


Dari segi masyarakat, Ibu bapa di Malaysia boleh memilih sama ada mahu
menghantar

anak-anak

mereka

ke

sekolah

kebangsaan

atau

jenis

kebangsaan. Tiada sesiapa yang boleh memaksa atau menghalang mereka


dalam membuat keputusan. Bagaimanapun, apa yang dilihat sekarang,
ramai dalam kalangan ibu bapa kaum Cina dan India lebih berminat
menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan bahasa ibunda
masing-masing. Jika pengasingan pendidikan mengikut kaum ini berterusan,
ia akan menghasilkan masyarakat yang terpisah di antara satu sama lain,
mengakibatkan satu suasana segrasi dengan memiliki bibit perpecahan yang
berbahaya.

19

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN

Selain itu, pihak sekolah juga merupakan aspek perpaduan kaum di


sekolah satu aliran.Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen
dalam menyatupadukan rakyat. Namun begitu, sekolah jenis kebangsaan
yang menggunakan bahasa pengantar bukan Melayu masih terus kekal bagi
menjaga identiti kaum Cina dan India.

Sehingga kini, kita masih lagi

berhadapan dengan kekangan untuk memupuk

integrasi nasional di

kalangan rakyat Malaysia. Walaupun di peringkat sekolah menengah, kaum


Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum lain sama-sama mengikuti
pembelajaran, tidak wujud semangat kekitaan yang menyeluruh. Masih
wujud budaya prejudis dan stereotaip di negara ini. Media massa juga aspek
penting dalam penyebaran berita atau isu pelaksaan sekolah satu aliran.
Pengaruh yang sangat mudah meresapi jiwa rakyat adalah media massa
seperti televisyen, radio dan surat khabar. Elemen ini sepatutnya memainkan
yang besar dalam menyatupadukan rakyat yang berbagai kaum ini. Didapati
setiap kaum lebih suka kepada rancangan atau program televisyen dan radio
yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Begitu juga dengan
akhbar-akhbar

yang

dijual,

permintaannya

juga

mengikut

komposisi

penduduk di mana setiap kaum cenderung memilih versi bahasa ibunda.


Selain itu, perbezaan agama dan budaya juga menjadi cabaran dalam
pelaksanaan sistem ini.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan

bahawa Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Keseluruhan masyarakat Melayu di Malaysia menganuti agama
Islam,

masyarakat

Cina

pula

menganuti

agama

Buddha,

manakala

masyarakat India menganuti agama Hindu. Bumiputera Sabah dan Sarawak


tidak

terkecuali

kerana

mereka

mempunyai

pelbagai

kepercayaan.

Perbezaan latar belakang rakyat sebegini menyukarkan perpaduan di


bentuk, Namun masalah ini bukanlah terletak pada agama tetapi sikap

20

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN

manusia yang jahil menyebabkan perselisihan faham berlaku.(Siti Fatimah


Binti

Othman,

http://sekolahsatualiran.blogspot.my/2010/08/cabarandalammelaksanakan_
28.html)
Bantahan daripada pelbagai pihak terhadap cadangan penubuhan
sekolah satu aliran memperlihatkan mentaliti perkauman di negara ini.
Hakikatnya, Perdana Menteri menyatakan bahawa sistem pendidikan satu
aliran sebenarnya telah pun diamalkan tetapi kebanyakan daripada kita tidak
faham peranan sistem sekolah kebangsaan. Mereka yang menentang
cadangan sekolah satu aliran ini adalah mereka yang tidak mengutamakan
cita-cita dan rakyat Malaysia untuk membentuk sebuah negara yang bersatu
padu. Sebelum ini pun terdapat pihak yang menentang dan membantah
penubuhan Sekolah Wawasan dan meminta pihak kerajaan menarik balik
cadangan membina sekolah itu di Subang Jaya, Selangor dan Johor Jaya,
Johor.

Alasan

mereka

menolak

Sekolah

Wawasan

kerana

bimbang

penggunaan bahasa Cina dan bahasa Tamil akan dihapuskan manakala


sekolah

itu

juga

dilihat

tidak

boleh

menyatupadukan

kaum.

Walau

bagaimanapun kerajaan tidak akan menghalang dasar sekolah pelbagai


aliran sekarang diubah kepada satu aliran jika itu yang rakyat mahukan dan
mendapat sokongan rakyat pelbagai kaum. Rakyat terutamanya kaum India
dan Cina tidak harus bimbang dengan cadangan ini kerana kerajaan akan
mendengar suara rakyat sebelum memutuskan sesuatu. (Nazialita Geynna
Maharan,

http://sekolahsatualiran.blogspot.my/2010/08/cabaran-

dalammelaksanakan_ 28.html)
8.1

Isu Dan Cabaran


Etnik Dan Kebudayaan
Di dalam mengupas dan membincangkan mengenai tajuk sekolah

satu aliran ini, sedar ataupun tidak, terdapat beberapa isu telah timbul. Isuisu ini telah dibangkitkan selepas Prof Emiratus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang
merupakan seorang tokoh sejarah telah menyokong cadangan Mukhriz

21

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN

Mahathir agar sistem pelbagai sekolah dihapuskan dan disatukan menjadi


sistem tunggal dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa ibunda orang Cina serta India
diperkukuh dan diperluaskan pengajarannya.
Dipetik daripada Utusan Malaysia pada 2 Disember, Prof Emiratus Tan
Sri Dr Khoo Kay Kim telah menyifatkan bahawa, cadangan Mukhriz yang juga
Ahli Parlimen Jerlun merangkap ahli majlis kerja Pemuda Umno ini adalah
sangat baik dan menyamai cadangan dalam Penyata Razak 1956 dan
Jawatankuasa

Barnes

(1950).

Namun,

cadangan

ini

telah

mendapat

tentangan daripada pelbagai pihak terutamanya orang Cina dan India. Hal
yang demikian telah mencetuskan bermacam- macam isu yang jika dibiarkan
boleh membawa masalah kepada perpaduan antara kaum.
Antara isu yang paling banyak dibangkitlan rata-ratanya menyentuh
kepada elemen etnik dan kebudayaan. Kebudayaan merupakan sesuatu
yang amat penting bagi setiap kaum atau etnik. Dengan kebudayaan ini
jugalah sesebuah etnik itu dapat dibezakan dengan etnik yang lain.
Memandangkan ia adalah antara sesuatu yang berharga, maka setiap
individu daripada kumpulan etnik itu akan cuba dengan sedaya upaya untuk
mempertahankan kebudayaan masing-masing.
Hal
menubuhkan

yang

sedemikian

sekolah

satu

telah

aliran

menyebabkan

kurang

diterima

cadangan
oleh

untuk

sesetengah

masyarakat di Malaysia ini terutamanya oleh etnik Cina dan India dengan
alasan masing-masing ingin tradisi dan kebudayaan mereka dikekalkan. Ini
bermaksud, mereka ingin bahasa ibunda mereka dijadikan seebagai bahasa
penghantar

dan

bahasa

Melayu

menjadi

bahasa

kedua

semasa

perlaksanaan sistem sekolah satu aliran itu.


Jika kita kaji dan renungkan semula, isu Malaysia sebagai sebuah
negara berbilang kaum penting untuk difikirkan. Kita melihat perbezaan
bukan sahaja dari segi etnik malahan dari aspek ekonomi, kebudayaan dan

22

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN

agama. Sesuatu etnik adalah mustahil untuk menjadi etnik yang lain. Maka
struktur ekonomi, budaya dan pendidikan telah dijadikan pemangkin untuk
mencapai perpaduan. Kerajaan telah merancang berbagai strategi jangka
panjang untuk menyelesaikan masalah berkaitan hubungan antara etnik.
Antaranya adalah melalui dasar-dasar pendidikan pada tahun 1970an seperti
perubahan aliran Inggeris kepada bahasa Melayu. Pada tahun 1979, Laporan
Jawatankuasa

Kabinet

dihasilkan

sebagai

matlamat

untuk

mencapai

perpaduan dalam masyarakat pelbagai etnik.


Sistem

pendidikan

melalui

bahasa

kebangsaan,

pengalaman

persekolahan yang sama dan peperiksaan yang selaras telah menyediakan


pengalaman-pengalaman yang bertujuan mensosialisasikan pelajar-pelajar
ke arah cara berfikir yang sama. Pada masa kini, murid-murid di sekolah
dididik

untuk

memeperkembangkan

nilai-nilai

positif

yang

akan

menggalakkan perpaduan. Kurikulum sekolah dibentuk sebegitu rupa agar


ianya

mempunyai

hubungan

yang

erat

dengan

perpaduan

nasional.

Kurikulum juga dapat membentuk personaliti dan watak baik sebagaimana


yang dikehendaki oleh aspirasi negara.
Cabaran ataupun masalah berbangkit sememangnya banyak yang
perlu ditempuhi oleh pihak kerajaan dan pihak-pihak lain yang berkenaan.
Etnik Cina dan India sekeras-kerasnya menyatakan yang mereka ingin
menjadikan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa penghantar dan agama
serta kebudayaan masing-masing sebagai yang utama dalam perlaksanaan
sekolah satu aliran itu kelak. Mereka juga ingin sistem perlaksanaan sekolah
tersebut dijalankan seperti sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC
dan SJKT ) kerana pada mereka, sistem persekolahan tersebut adalah yang
terbaik. Hal ini menambahkan lagi masalah kerana mana mungkin sesebuah
sistem persekolahan menggunakan dua bahasa penghantar yang sama pada
satu masa.
Mereka berasa sangat khuatir terhadap kebudayaan masing-masing
akan terhakis dan lenyap apabila anak mereka dihantar untuk belajar di

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN

23

sekolah satu aliran kelak. Sikap mereka yang terlalu mementingkan


kebudayaan masing-masing ini sedikit sebanyak

akan menambahkan

kerumitan dan menyebabkan keadaan menjadi tegang. Ketegangan ini juga,


jika tidak dikawal akan dikhuatiri menyababkan hubuan antara etnik di
Malaysia ini menjadi semakin rapuh.
Perpaduan Dan Perkauman
Selain itu, isu yang melibatkan dan menyentuh sensitiviti perpaduan
dan perkauman dalam membincangkan cadangan pelaksanaan sekolah satu
aliran ini juga hangat diperkatakan disana sini. Etnik Cina dan India adalah
kelompok majoriti yang mempersoalkan cadangan penubuhan sekolah satu
aliran ini. Ramai yang mempersoalkan, jika ingin meningkatkan perpaduan
antara kaum, mengapa baru ditubuhkan sekarang dan bukan daripada
dahulu lagi. Nampaknya penerimaan mereka terhadap sekolah satu aliran ini
amatlah tipis. Jika kita merujuk kembali kepada sejarah terdahulu mengenai
sistem persekolahan ini, sekolah satu aliran ini sebenarnya telah lama
dicadangkan untuk dilaksanakan bagi tujuan mengeratkan perpaduan antara
kaum.
Menurut tokoh pendidik, Tan Sri Ainuddin Wahid, sekolah satu aliran
sepatutnya dilaksanakan sebelum merdeka lagi seperti yang dicadangkan 48
tahun lalu oleh Allahyarham Aminuddin Baki yang menjadi Penasihat
Pelajaran Negara. Ainuddin menjelaskan, cadangan Aminuddin itu kerana
beliau telah menjangkakan masalah perkauman pasti akan timbul di
kemudian hari berikutan setiap kaum mendapat pendidikan di sekolah yang
berlainan. ``Jangkaan beliau itu betul dan kita lihat apa yang berlaku
sekarang. Jika kita bertegas dari dulu dan semua kaum sanggup berkorban
untuk belajar di satu sekolah mungkin soal permusuhan antara kaum tidak
terjadi,'' katanya.
Kata -kata beliau terang lagi jelas dapat menjawab semula isu yang
telah dibangkitkan yang mempersoalkan sistem sekolah satu aliran yang

24

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN

baru ingin diwujudkan sekarang. Jika sekolah satu aliran ini ditubuhkan,
maka sekolah jenis kebangsaan akan di mansuhkan. Hal ini kerana, semua
pelajar akan menjalankan persekolahan mereka dengan menggunakan
sistem persekolahan yang sama iaitu sekolah satu aliran. Etnik lain tidak
bersetuju terhadap penubuhan sekolah ini juga kerana mereka terpaksa
menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya semasa sesi pengajaran dan
pembelaran.
Jika dibandingkan di SJK mereka dahulu, mereka bebas untuk belajar
dan bertutur dalam bahasa ibunda mereka. Ini merupakan halangan yang
besar kepada pihak kerajaan kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai
isu dan cabaran. Hal ini sebenarnya adalah berpunca daripada semangat
perkauman yang telah lama menebal dalam diri mereka. Sejak daripada
kecil, mereka telah dilahirkan dan dibesarkan berlatar belakangkan etnik dan
kebudayaan masing-masing. Semasa menerima pendidikan awal di sekolah
tadika dan sekolah rendah juga mereka telah dibiasakan untuk bertutur
menggunakan bahasa ibunda mereka. Tetapi, apabila memasuki alam
sekolah

menengah,

mereka

terpaksa

bersekolah

di

sekolah

yang

menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.


Perkara ini sedikit sebanyak telah memberikan masalah kepada
mereka untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan dalam masa yang
sama mereka perlu memahirkan diri mereka untuk bertutur dengan fasih
dalam bahasa Melayu. Hal ini adalah merupakan salah satu daripada
penghalang dan sebab mengapa mereka mnenentang sekeras kerasnya
cedangan penubuhan sekolah satu aliran ini. Akibat daripada keyakinan yang
kurang, mereka telah memberikan pelbagai alasan bagi mengelakkan
sekolah satu aliran ini tidak dilaksanakan. Ada juga ibu bapa yang
menentang cadangan ini kerana mereka khuatir apabila anak mereka
dihantar di sekolah ini, fikiran mereka tidak berkembang kerana kurangnya
komunikasi antara pelajar dan guru.

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN

25

Jika berlaku masalah komunikasi, maka proses pengajaran dan


pembelajaran tidak dapat dilakukan secara optimum disebabkan tiada
komunikasi dua hala. Hanya para guru yang bercakap, tetapi pelajar hanya
mendengar dan tidak mahu memberikan pandangan dan idea kerana
mungkin disebabkan perasaan malu ataupun takut ditertawakan oleh rakanrakan kerana tidak fasih Berbahasa Melayu. Situasi ini amatlah merugikan
pelajar kerana masalah komunikasi telah menjadi penghalang bagi mereka
untuk berkomunikasi seterusnya bertukar-tukar idea dan pandangan. Jika
perkara yang terjadi ini terus dibiarkan begitu sahaja tanpa memirkan cara
yang sesuai untuk mengatasi, maka Malaysia akan kekurangan pelapis untuk
menjadi pemimpin pada masa hadapan yang terdiri daripada seorang yang
betul-betul berkeyakinan dan berani bersuara.
Ekonomi
Malaysia sebagai sebuah negara yang kian pesat membangun, sudah
pastinya akan mengalami perubahan dalam semua aspek keperluan negara,
khususnya dalam bidang politik, sosial dan ekonomi. Jika disoroti kembali
sejak negara mencapai kemerdekaan, berbagai usaha telah dilakukan untuk
membetulkan semula kepincangan dan perpecahan yang dilakukan oleh
pihak penjajah terutamanya untuk menyatupadukan semula kaum melalui
pelbagai program yang bersepadu seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Ekonomi Malaysia merupakan ekonomi terbuka dan justeru itu, ia terdedah
kepada ketidaktentuan perdagangan luar dan aliran modal antarabangsa.
Penyusunan semula masyarakat kita supaya menjadi lebih seimbang
terutamanya dari segi pemikiran ekuiti ekonomi sudah hampir tercapai.
Namun, penyusunan masyarakat kita dari segi pendidikan masih belum
menampakkan hasil yang membanggakan. Keadaan ekonomi negara yang
kurang baik pada hari ini menyebabkan banyak institusi yang bergantung
kepada derma dan sumbangan kewangan korporat menghadapi masalah
kewangan yang serius.

26

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN

Antara yang teruk berhadapan dengan situasi ini ialah sekolahsekolah bukan kebangsaan iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK)
Cina, SRJK Tamil, Sekolah Agama Rakyat (SAR). Prasarana kebanyakan SRJKT
dan SAR amat daif dan sesetengahnya tidak sesuai untuk pelajar mengikuti
pembelajaran awal kepada anak-anak kita. Sungguhpun sekolah-sekolah ini
mendapat bantuan dan geran kerajaan namun banyak infrastruktur dan
prasarana sekolah-sekolah ini disediakan sendiri oleh Lembaga Pengelola
Sekolah. Lembaga Pengelola Sekolah terpaksa mencari dana dan sumbangan
korporat dan orang ramai bagi memberi keselesaan yang lebih baik kepada
para pelajar. Antara keempat-empat jenis sekolah ini, SRJK Cina merupakan
sekolah yang paling hadapan dan jauh lebih baik berbanding SRJK Tamil, SRA
dan SMA.
Jadi, sejauh manakah pelaksanaan sekolah satu aliran dapat memberi
keselesaan dan kemudahan secukupnya kepada pelajar-pelajar sekolah
bukan kebangsaan jika keadaan sedia ada mereka tidak meyakinkan mereka
untuk menerima cadangan untuk mewujudkan sekolah seumpama itu.
Lihat sahaja status ekonomi dan penguasaan perniagaan oleh kaum
Cina yang membolehkan mereka menyumbang lebih banyak dana dan
sumbangan

kepada komuniti mereka sendiri terutamanya di SJKC. Ini

menyebabkan
cadangan

ramai

sekolah

di

satu

antara
aliran

mereka
kerana

menentang
kerajaan

sekeras-kerasnya

sendiri

tidak

dapat

menyediakan infrastruktur yang mencukupi untuk sekolah-sekolah bukan


kebangsaan terutamanya SJKC.
Namun dalam keadaan ekonomi hari ini SJKC juga berhadapan
dengan masalah kewangan. Sumbangan dan dana swasta makin menyusut.
Jika SJKC bermasalah maka sekolah-sekolah lain tentulah menghadapi
masalah yang lebih serius. Keadaan sekolah-sekolah ini yang dianggap
kurang sempurna sebelum ini mungkin akan menjadi status daif dalam masa
beberapa tahun akan datang.

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN

27

Dong Jiao Zhong atau dikenali sebagai gabungan Persekutuan


Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina dan Persekutuan Guruguru Sekolah Cina yang telah ditubuhkan sejak awal 1950an ketika negara
belum mencapai kemerdekaan yang mewakili 1,284 Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan Cina (SRJKC), mampu menyalurkan bantuan RM1 bilion setahun
untuk membiayai 1,284 SRJKC dan 60 Sekolah Menengah Persendirian Cina.
Inilah yang menyebabkan mereka menentang perlaksanaan sekolah satu
aliran kerana mereka menjangkakan hak tidak sama rata atau diskriminasi
akan berlaku jika ianya dilaksanakan. Mereka boleh berdiri di atas kaki
sendiri tanpa bantuan daripada pihak kerajaan.
Sungguhpun kewujudan sekolah-sekolah ini dilihat tidak selari dengan
kehendak untuk mewujudkan sekolah satu aliran, namun kita harus
menerima hakikat bahawa sekolah-sekolah ini juga membantu kerajaan
mengurangkan tekanan menyediakan ruang belajar di sekolah kebangsaan
yang kian sempit dan sendat dalam setiap kelas. Saya percaya jika semua
sekolah ini ditutup, sekolah kebangsaan sendiri akan menghadapi masalah
untuk menyediakan ruang kepada pelajar dari aliran ini terutamanya di
bandar besar. Justeru walau apa pun persepsi penggubal dasar pendidikan
negara, harus diakui tanpa kewujudan sekolah-sekolah ini, kerajaan sendiri
akan menghadapi masalah menyediakan ruang dan tenaga kerja untuk
memenuhi keperluan. Oleh itu, perlaksanaan ekonomi yang lebih sistematik
perlu dirancang bagi membolehkan semua pihak bersetuju dengan agenda
ini.
Agama
Dalam isu ini perkara yang disuarakan ialah kerisauan sestengah pihak
sekiranya ada pelajar yang terbiasa dengat amalan sesuatu agama
seterusnya meninggalkan agama asalnya. Isu ini merupakan satu isu yang
sensitif. Dalam soal agama, sekolah satu aliran hanya memberi kelebihan
kepada pelajar yang beragama Islam. Sedangkan agama lain tidak diajarkan.
Pelajar bukan Islam secara tidak langsung terdedah kepada ajaran Islam.

28

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN

Lama-kelamaan mereka menjadi keliru. Ini tidak digemari ibu bapa kerana
bimbang anak mereka akan menukar agama. Ini merupakan satu-satunya
perkara yang amat ditakuti ole ibu bapa apabila menghantar anak mereka ke
sekolah satu aliran.
Bukan itu sahaja, kerisauan juga melanda apabila perkara yang sama
berlaku kepada pelajar bukan Islam. Kerisauan melanda ibu bapa apabila jika
terdapatnya

pelajar Islam yang mula bermain-main cinta dengan pelajar

bukan Islam. Sedangkan dengan pelajar seagama pun boleh berlakuknya


perkara-perkara sumbang, apatah lagi jika bercampur dengan pelajar-pelajar
bukan Islam. Hal ini boleh mendatangkan lebih banyak masalah sosial dalam
kalangan pelajar. Keadaan boleh menjadi lebih parah apabila terdapatnya
pelajar Islam yang secara diam-diam telah murtad dan memasuki agama
lain. Hal ini banyak berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar universiti. Maka
tidak mustahil perkara ini boleh terjadi kepada pelajar sekolah.
Selain itu, kesulitan berlaku apabila semua agama meninginkan
keadilan, di mana sekolah perlu menyediakan semua jenis rumah ibadat
dalam bagi berskap adil kepada semua agama. Hal ini mengundang kepada
kos yang begitu tinggi sedangkan keadaan ekonomi Malaysia kini masih lagi
berada pada tahap yang kurang memuaskan. Seterusnya ialah apabila tiba
untuk sesuatu perayaan yang lebih menjurus kea rah keagamaan. Adakah
semua

pelajar

perlu

terlibat

walaupun

darii

agama

yang

lain?

Ini

sememangnya menimbulkan lagi kesulitan dalam pengurusan sesebuah


sekolah.
Kedudukan Dalam Organisasi Sekolah
Setiap orang di Malaysia mempunyai hak-hak dan kewajipan yang
serupa walau bagaimanapun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai
hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Malaysia. Hak-hak istimewa
orang Melayu ini bukanlah peraturan baru, malahan hak-hak ini telah
tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-

29

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN

perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak


bersekutu sebelum perang lagi.
Sungguhpun begitu, terdapat sesetengah pihak juga merisaukan
mengenai

kedudukan

kaum

mereka

apabila

sekolah

satu

aliran

ini

dilaksanakan. Ini juga menjadi alasan apabila mereka menolak sekeraskerasnya mengenai cadangan ini.

Sedangkan telah termaktub dalam

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu bahawa sememangnya kaum Melayu


mempunyai hak keistimewaannya.
Kedudukan dalam organisasi ini termasuklah dari pihak pengurusan
sekolah sehinggalah organisasi atau persatuan pelajar. Sebelum ini jika di
sekolah jenis kebangsaan, merekalah yang menguasai atau mendominasi
jawatan-jawatan yang ditawarkan. Oleh sebab itu, mereka membantah
sekolah satu aliran kerana sememangnya kaum Melayu akan mendominasi
kembali jawatan di sekolah dan mereka akan merasa tergugat jika keadaan
ini berlaku.
Selain itu, pihak tertentu juga menyatakan pendapat mereka bahawa
sekolah satu aliran ini bukanlah satu cara yang efektif bagi merealisasikan
Gagasan 1Malaysia. Mereka menyatakan bahawa banyak lagi cara yang lebih
baik bagi meningkatkan perpaduan kaum. Tambahan lagi, mereka juga
berpendapat bahawa sekolah satu aliran ini akan lebih membuatkan
perpaduan kaum di Malaysia semakin berkurangan akibat pelbagai perkara
yang tidak diningini apabila kedudkan mereka di sesebuah sekolah menjadi
tergugat.
Politik
Sebelum ini ia pernah dibangkitkan oleh ahli politik Umno termasuk
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir. Tetapi, isu itu dikecam dan
dipertikai hebat oleh banyak pihak terutama pemimpin bukan Melayu serta
menuduh beliau sebagai rasis. Dari segi isu politik ada di antara para

30

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN

pemimpin yang apat menerima dan juga masih belum dapat menerima
cadangan ini atas sebab-sebab kepentingan politik mereka sendiri.
Mereka yang bersetuju berpendapat bahawa perpaduan antara kaum
harus menjadi matlamat utama kerajaan dan usaha mewujudkan sekolah
satu aliran mungkin boleh menjadi titik tolak ke arah itu. Hamim Samuri, Ahli
Parlimen Ledang berkata, sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah
pelbagai aliran sekarang tidak akan membantu kerajaan menyatupadukan
rakyat apatah lagi untuk menyelami makna sebenar gagasan 1Malaysia.
Justeru, beliau mencadangkan supaya semua sekolah menengah di negara
ini dibuat dalam satu aliran bagi memastikan pelajar daripada semua kaum
berada di bawah satu bumbung perpaduan.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat (Mohd. Salleh Lebar,
1992) berkata, beliau tidak bersetuju dengan langkah mewujudkan sekolah
satu aliran kerana ia akan menyekat kaum Cina dan India daripada
menguasai bahasa ibunda mereka. Kerajaan juga perlu membenarkan
kewujudan sekolah aliran Cina sebagai menghormati bahasa dan sastera
kaum itu yang telah lama wujud. Langkah untuk mewujudkan sekolah satu
aliran perlu dikaji secara mendalam bagi memastikan ia tidak memberi
kesan negatif kepada negara pada jangka masa panjang. Setiausaha Agung
DAP, Kerk Kim Hock pula menggesa kerajaan mewujudkan satu dasar yang
boleh menjadi alat untuk merapatkan hubungan antara kaum di negara ini
jika ada. Beliau berkata, cadangan mewujudkan sekolah satu aliran tidak
akan membantu menyelesaikan isu hubungan kaum kerana telah terbukti
negara-negara

lain

yang

mengamalkan

dasar

seumpama

itu

tetap

berhadapan dengan masalah tersebut.


Beliau juga berpendapat walaupun Malaysia melaksanakan sistem
pendidikan yang liberal tetapi sehingga kini rakyat hidup dalam keadaan
aman walaupun sesekali terjejas akibat isu yang berbau perkauman. (Mohd.
Salleh Lebar, 1992)

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN

9.0

31

Rumusan

Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran akan mampu membentuk bangsa


Malaysia yang bersatu padu, bekerjasama dan hidup harmonis dengan rasa
taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bahagi terhadap bangsa dan
negara.

32

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN

Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen penting bagi


menyatupadukan rakyat. Aspek perpaduan kaum perlu diberi perhatian
serius dan penekanan yang menyeluruh oleh semua pihak. Generasi awal
terutamanya

para

pelajar

sekolah

rendah

perlu

didedahkan

betapa

pentingnya perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang bersifat


majmuk ini. Mahu tidak mahu, perkara ini turut melibatkan sistem
pendidikan negara kerana melalui pendidikanlah, generasi pelajar dapat
membentuk dan mencorakkan masyarakat Malaysia pada masa hadapan.
Ianya selaras dengan pepatah Melayu iaitu melentur buluh biarlah dari
rebungnya.

Mereka

ini

perlu

dan

semestinya

didedahkan

bahawa

perpaduan kaum begitu bermakna dan akibat buruk yang akan timbul
daripada sikap curiga mencurigai di antara mereka.
Justeru, pelaksanaan Sekolah Satu Aliran oleh pihak kerajaan tidak
seharusnya dieksploitasikan oleh pihak tertentu terutamanya pembangkang
untuk kepentingan politik maisng-masing kerana matlamat asal penubuhan
sekolah tersebut amat penting iaitu dalam melahirkan generasi yang
bersatu-padu dan saling memahami antara satu sama lain.
Kesimpulanya , ibubapa serta guru perlulah memainkan peranan serta
memikirkan masa depan generasi akan datang. Jika perpaduan tidak dipupuk
dari awal ini dikhuatiri akan tercetus kembali Tragedi 13 Mei yang mana telah
meragut banyak nyawa. Tragedi itu masih lagi segar di ingatan setiap rakyat
Malaysia. Pembentukan sekolah satu aliran juga bersesuaian dengan
gagasan 1Malaysia pada masa kini. Maka semua pihak perlulah bersetuju
dengan pembentukan sekolah satu aliran tersebut. Walaupun terdapat
kebaikan dan keburukan mengenai sistem tersebut, perkara ini masih boleh
diperbaiki dari semasa ke semasa.

33

PEMBENTUKAN SEKOLAH SATU ALIRAN

10.0Bibliografi

Azhan Yusof, 6 Oktober 2015. http://www.utusan.com.my/berita/nasional/


kekuatan-politik-mampu-realisasikan-sekolah-satu-aliran1.143454
Kua Choon Sheng, 28 Ogos 2010. http://sekolahsatualiran. blogspot.my/.
Mohd Khatim b. Othman, 2009. http://bpkupg.blogspot.my/2009/07/konsep
danpelaksanaan sekolahwawasan.html.
Mohd. Salleh Lebar, 1992. Perubahan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur:
Quantum Books.
Nazialita

Geynna

Maharan,

2010

http://sekolahsatualiran.blogspot.my/2010/08/matlamat_28. html
Siti

Fatimah

Binti

Othman,

http://sekolahsatualiran.blogspot.my/2010/08/

2010

cabaran-dalam-

melaksanakan_28.html
Laman Rasmi SMK Victoria. 2014. http://smkvictoria. edu.my/
Tep Kok Seing, 2009. http://ikatanperpaduan.blogspot.my/2009/11/sekolahsatu-aliran.html
Tuan Mat bin Nik Man , 2009. http://tuanmat.tripod.com/ aliransekolah. html

Anda mungkin juga menyukai