Anda di halaman 1dari 3

JURNAL REFLEKSI MINGGUAN

Bilangan Jurnal : Ke-7

Mingguan Praktikal : Minggu Keenam

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 20 - 24 Mac 2016

Isu : Masalah Kebersihan Kelas

1. Masalah / Peristiwa

Sepanjang minggu ini saya berdepan dengan pelbagai gelagat pelajar-pelajar yang
agak merisaukan. Antara masalah yang paling ketara adalah berkaitan dengan hal
kebersihan diri; merangkumi kebersihan pakaian, dan diri sendiri. Kebanyakan pelajar
memandang enteng akan hal ini. Mereka tidak begitu mengambil berat tentang isu
penjagaan diri. Ada di antara pelajar yang memakai pakaian sekolah yang tidak berbasuh
selama 5 hari (Ahad hingga Khamis) dan tidak menyerika pakaian dan lain-lain.

Pada pandangan saya, ini tidak sepatutnya berlaku kepada seorang pelajar sekolah.
Mereka sewajarnya berpakaian kemas dan bersih.Sebagai seorang guru, saya menyifatkan
keadaan ini dalam fasa membimbangkan dan perlu diatasi segera. Pelajar-pelajar
sepatutnya berada dalam keadaan bersih dan selesa. Setelah itu, baru mereka boleh belajar
dalam keadaan tenang dan bersemangat. Sampah dan sisa makanan menghasilkan bau
yang tidak menyenangkan akan mengganggu guru-guru dan rakan-rakan lain. Oleh yang
demikian, masalah ini mesti diambil tindakan dan perlu diselesaikan secepat mungkin.

2. Analisis masalah

Kebersihan diri adalah antara elemen terpenting yang perlu dititikberatkan oleh
setiap individu khususnya pelajar-pelajar sekolah. Lagipun, di sinilah mereka sepatutnya
menjadikan ia suatu tabiat untuk berpakaian bersih dan kemas. Sekiranya pelajar-pelajar
bersikap tidak endah dengan hal ini, mereka sememangnya boleh dianggap melanggar
peraturan sekolah kerana setiap sekolah meletakkan syarat agar pelajar berpakaian kemas
ketika ke sekolah. Ini membuktikan bahawa kebersihan sangat penting bagi pelajar-pelajar.
Ahmad Sulaiman (2008) menyatakan:

”Kebersihan adalah salah satu tanda dari keadaan higiene yang baik. Manusia perlu
menjaga kebersihan lingkungan dan kebersihan diri agar sihat, tidak bau, tidak
menyebarkan kotoran, atau menularkan kuman penyakit terhadap diri sendiri mahupun
orang lain. Kebersihan badan meliputi kebersihan diri sendiri, seperti mandi, menggosok
gigi, mencuci tangan, dan memakai pakaian yang bersih”.

Sementara itu, seperti yang kita semua sedia maklum, agama Islam juga
menitikberatkan soal kebersihan. Justeru, Islam meletakkan kebersihan sebagai sebahagian
daripada Iman. Sahari Akim (2008) menyatakan dalam penulisannya bahawa:

”Dalam isu menjaga kebersihan ini, setiap masyarakat perlu mempunyai kesedaran
dan sikap bertanggungjawab. Masyarakat perlu mematuhi amalan menjaga kebersihan dari
lunas-lunas agama, mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dan mematuhi undang-undang
serta peraturan yang ditetapkan. Isu kebersihan sememangnya dititikberatkan dalam ajaran
agama Islam sendiri. Islam memandang kebersihan itu sebagai sebahagian daripada iman.
Kita yakin agama-agama lain juga memberi penekanan terhadap penjagaan kebersihan”.

Kita juga sedar bahawa kebersihan dapat menghindarkan diri dari terkena jangkitan
penyakit. Maka, berdasarkan analisa dan pendapat ini, adalah menjadi tanggungjawab kita
bersama untuk terus menjaga kebersihan terutamanya kebersihan diri sendiri. Setelah itu,
barulah kita dapat menjaga kebersihan persekitaran.

3. Cadangan

Usaha membendung masalah ini (tidak menjaga kebersihan diri) patut


dipertanggungjawabkan kepada semua individu. Guru-guru perlu memberi nasihat dan
bimbingan kepada pelajar-pelajar tentang kepentingan menjaga kebersihan diri. Guru-guru
boleh menganjurkan kempen-kempen seperti ”Personaliti Indah”, Diri Bersih dan Sihat” dan
lain-lain. Melalui kempen seperti ini, pelajar-pelajar secara tidak langsung akan menyedari
kesilapan mereka dan akan mula berfikir untuk melakukan perubahan demi menjaga
kesihatan mereka.

Untuk menyuntik kesedaran pelajar-pelajar tentang peri pentingnya kebersihan, guru


bimbingan boleh mengadakan bimbingan kelas terutamanya yang dikenalpasti mempunyai
masalah kebersihan yang serius. Melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang
bermodulkan aspek/ tajuk kebersihan, pelajar-pelajar akan memahami kepentingan menjaga
kebersihan diri dan pengaruh kebersihan tersebut kepada diri sendiri , juga persepsi
masyarakat terhadap mereka.

Walaubagaimanapun, ibubapa di rumah adalah antara individu yang paling


bertanggungjawab untuk menyedarkan anak-anak tentang hal ini kerana mereka individu
pertama yang berinteraksi secara terus dengan anak-anak. Kesedaran ini sepatutnya
bermula dari rumah. Ibubapa perlu memantau dan memberi perhatian kepada anak-anak
mereka dari segi amalan kebersihan. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar yang dewasa
juga sewajarnya boleh berfikir secara rasional dan bertindak untuk kebaikan mereka.

4. Tempoh penyelesaian

14-18 Februari 2016 iaitu selama seminggu.

Tindakan susulan

a) Pelajar-pelajar harus diberi nasihat yang berterusan.

b) Guru-guru bertanggungjawab untuk memastikan masalah ini tidak berterusan.

c) Kempen-kempen mesti dilakukan secara berterusan (seminggu sekali-diselitkan


ketika perhimpunan pagi sekolah).

d)Guru disiplin harus memantau keadaan ini dari semasa ke semasa.

Catatan

Kebersihan diri adalah elemen penting yang perlu diterapkan dalam diri setiap
pelajar. Keadaan bersih akan membantu mereka meningkatkan potensi diri dan
sememangnya mempengaruhi keselesaan mereka ketika belajar. Selain itu, kebersihan diri
juga mempamerkan personaliti pelajar-pelajar, juga mencerminkan keperibadian guru-guru
dan sekolah. Semuanya akan saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan : ……………………………………………

Nama : …………………………………………………….

Tarikh : ……………………………………………………

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : ……………………………………………

Nama : …………………………………………………….

Tarikh : ……………………………………………………

Anda mungkin juga menyukai