Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGU KELIMA

Bilangan Jurnal 6
:
Minggu Praktikum Minggu 6
:
Tarikh Peristiwa / 6 Mac hingga 10 Mac 2016
:
Kejadian Masalah murid tidak mematuhi
:
Tajuk Jurnal arahan guru

1. Masalah / Peristiwa

Masalah yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah masalah
murid tidak mematuhi arahan guru. Semasa guru memberikan arahan,
murid tidak mendengar dengan teliti dan apabila guru meminta murid
melakukan tugasan, hanya segelintir murid sahaja dapat menyiapkan
tugasan tepat pada masanya manakala murid yang lain tidak dapat
menyiapkan tugasan yang diberikan kerana mereka tidak memahami
apa yang perlu dilakukan.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana murid tidak menumpukan sepenuh


pehatian terhadap pengajaran guru dan gemar berbual semasa guru
sedang mengajar. Begitu juga semasa guru memberikan arahan,
murid tidak mendengar dengan teliti arahan yang diberikan
menyebabkan mereka tidak memahami dengan jelas apa yang perlu
dilakukan. Oleh itu, mereka tidak dapat menyiapkan tugasan yang
diberikan tepat pada masanya.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a.) Guru perlu sentiasa bergerak ke setiap ruang kelas agar murid tidak
membuat bising dan berbual semasa guru sedang mengajar.
b.) Guru perlu menerapkan nilai tekun dalam diri murid agar mereka dapat
menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru dan
mendengar arahan guru dengan teliti.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu agar
murid-murid di sekolah ini dapat menumpukan sepenuh perhatian
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan dapat memahami
dengan jelas apa yang ingin disampaikan oleh guru.

Rujukan:
http://mypraktikumbox.blogspot.my/2013/03/p6-jurnal-minggu-5.html
http://www.flipsnack.com/9A896CC7C6F/jurnal-refleksi-pd0215-praktik-mengajar-iii-
minggu-keempat-fdu3qjipg.html

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah


Pembimbing
Tandatangan :
............................................. Tandatangan :
Nama : .............................................
............................................. Nama :
Tarikh : .............................................
............................................. Tarikh :
.............................................

Anda mungkin juga menyukai