Anda di halaman 1dari 28

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

(KBAT) BAGI MATA PELAJARAN SAINS


BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KERANGKA KURSUS 4
Tajuk

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM


PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SAINS SEKOLAH
MENENGAH

Topik

PENDIDIKAN SAINS BERASASKAN PENDEKATAN INKUIRI


(IBSE)

Masa

6 jam

A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:

1. Mendefinisi pendidikan sains berasaskan pendekatan inkuiri


2. Menyatakan kepentingan pendidikan sains berasaskan pendekatan inkuiri dalam PdP
3. Membandingbeza empat aras pendekatan inkuiri
4. Menghasilkan satu RPH yang mengandungi satu daripada empat aras pendekatan
inkuiri

5. Mengaplikasikan soalan KBAT dalam penyediaan RPH


B. B. Kandungan Kursus
1. Pengenalan:
Definisi pendidikan sains berasaskan pendekatan inkuiri
Keperluan pendidikan sains berasaskan pendekatan inkuiri (PPPM 2013-2025)
2. Aras pendekatan inkuiri

Inkuiri terbuka

Inkuiri berpandu

Inkuiri berstruktur

Inkuiri pengesahan

3. Perbengkelan

Penyediaan tugasan

C. Kaedah dan Strategi


Kandungan
Pengenalan:

Strategi/proses
Tayangan video

Masa
8.30

Peranan
Fasilitator:

pengajaran

10.30

mengemukaka Persembahan
n soalan untuk
Power Point
perbincangan Kertas mahjong

Definisi pendidikan
sains

biasa dan

berasaskan

pengajaran IBSE

pendekatan
inkuiri

Peserta:
Perbincangan

Keperluan
pendidikan sains
berasaskan
pendekatan
inkuiri (PPPM
2013-2025)

Bahan
Video

Marker pen

membuat

dalam kumpulan

perbincangan

(membanding

dan

beza antara dua

pembentangan

pengajaran dan
menyenaraikan
ciri-ciri
pendekatan
inkuiri)
Perbincangan
Pembentangan
Rumusan

Tahap-tahap inkuiri Aktiviti

11.00

Fasilitator :

Inkuiri terbuka

penyiasatan

Inkuiri

mengikut stesen:

lembaran

berpandu

hands-on &

aktiviti

Inkuiri

minds-on

mengikut

1.00

menyediakan

Lembaran aktiviti
Inkuiri terbuka:
Timbul dan
Tenggelam

berstruktur

Perbincangan

stesen, bahan

o tub air

Inkuiri

Rumusan

dan radas

o air
o duit syiling

pengesahan
Peserta:
menjalankan
penyiasatan

o pensil
o oren
o epal
o pemadam getah

dan mebuat

o plastisin

perbincangan

o klip kertas
o bongkah kayu
Lembaran aktiviti
Inkuiri berpandu:
Apungan Tin
Minuman
o

tub air

air

regular coke

diet coke

Lembaran aktiviti
Inkuiri berstruktur:
Kismis Menari
o

Gelas plastik
lutsinar

Buah kismis

Minuman
berkarbonat

Lembaran aktiviti
Inkuiri
pengesahan:
Air dan Minyak
Bikar 500 ml

Ketulan ais

Minyak

Fasilitator :

o air
Video

membuat

Kertas mahjong

dua tugasan

bimbingan dan
pemantauan

Marker pen

aktiviti
berdasarkan

Peserta:

tahap-tahap

membuat

inkuiri berbeza

tugasan dalam

Perbengkelan

Penyediaan

Kerja kumpulan

2.30
4.30

kumpulan dan

pembentangan

D. Bahan Pengajaran

1. Modul
2. Video
3. Persembahan Power Point
4. Lembaran aktiviti
5. Bahan dan radas berkaitan aktiviti
E. Alatan
1. Lembaran aktiviti Inkuiri terbuka: Timbul dan Tenggelam
o

tub air

air

duit syiling

pensil

oren

epal

pemadam getah

plastisin

klip kertas

bongkah kayu
2. Lembaran aktiviti Inkuiri berpandu: Apungan Tin Minuman

tub air

air

regular coke

diet coke
3. Lembaran aktiviti Inkuiri berstruktur: Kismis Menari

gelas plastik lutsinar

buah kismis

minuman berkarbonat

4. Lembaran aktiviti Inkuiri pengesahan: Air dan Minyak


o

bikar 500 ml

ketulan ais

minyak masak

air

F. Penilaian
1. Hasil perbincangan dan pembentangan berkumpulan
2. Penghasilan tugasan aktiviti
F. Rumusan / Refleksi

Nota
Pembelajaran berasaskan pendekatan inkuiri (IBSE) bukanlah sesuatu yang baru dan
terdapat pelbagai definisi yang berkaitan dengannya. Philip (2004), menyatakan sekiranya kita
tanya kepada sepuluh orang pendidik yang berlainan untuk mendefinisikan inkuiri nescaya kita
akan mendapat sebelas definisi yang berbeza tentangnya. Pendekatan inkuiri di dalam
pembelajaran boleh dilihat dalam berbagai bentuk bergantung kepada bidang mata pelajaran
yang dipelajari. Sebagai contoh di dalam mata pelajaran sains, inkuiri mungkin akan melibatkan
pelajar di dalam membuat penyiasatan dan menjelaskan sesuatu fenomena yang dianggap
baru kepada mereka, atau pelajar dikehendaki menguji hipotesis secara saintifik di dalam ujikaji
di makmal. Berdasarkan kepada Piawaian Pendidikan Sains Antarabangsa (National Research
Council, 1996), pembelajaran sains melalui inkuiri merujuk kepada aktiviti yang dilakukan oleh
para pelajar dalam membina pengetahuan mereka dan memahami idea-idea saintifik seperti
kaedah yang dilakukan oleh para saintis menyelidiki alam ini.
Sementara itu di dalam bidang sains sosial pula, melalui inkuiri pelajar mungkin
dikehendaki menganalisa bahan-bahan dari sumber pertama yang dapat digunakan bagi
menjelaskan serta memahami sesuatu kejadian di dalam peristiwa sejarah dan bagaimana
mereka dapat mengaitkan dengan keadaan yang berlaku pada hari ini. Carin dan Sund (1971)
mendefinisikan inkuiri sebagai pembelajaran tidak langsung yang melibatkan aktiviti
penerokaan dan penemuan yang berkaitan dengan proses untuk mendapatkan maklumat. Ia
berasaskan kepada penyoalan dan penyelesaian masalah di dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Melalui aktiviti tersebut pelajar akan terlibat di dalam pemprosesan maklumat
mental untuk mendapatkan kefahaman yang bermakna, dan melibatkan diri secara aktif di
dalam pembelajaran mereka. Herron (1971) telah membahagikan pembelajaran secara inkuiri
kepada empat aras yang berbeza (Jadual 1). Aras-aras tersebut adalah bergantung kepada
berapa banyak peranan yang diberikan kepada pelajar di dalam proses pembelajaran mereka.
Semakin banyak peranan diberikan oleh pelajar di dalam aktiviti pembelajaran mereka semakin
tinggi aras pembelajaran berasaskan inkuiri, dan begitulah sebaliknya.
Sekiranya semua masalah, prosedur, serta jawapan telah disediakan oleh guru dan
pelajar hanya berperanan sebagai penerima sahaja di dalam pembelajaran mereka, maka ia
tidak dianggap sebagai pembelajaran berasaskan inkuiri (pengesahan). Sebaliknya jika
masalah, prosedur serta jawapan diberikan oleh pelajar sendiri dan guru hanya bertindak
sebagai pembimbing maka ia merupakan pembelajaran berasaskan inkuiri pada aras yang
paling tinggi (inkuiri terbuka). Sekiranya, guru menyediakan masalah dan prosedur sementara
pelajar dikehendaki mencari jawapan berdasarkan prosedur yang telah disediakan, maka ia
dikategorikan sebagai inkuiri berstruktur. Seterusnya jika guru hanya menyediakan masalahmasalah sementara pelajar sendiri yang menentukan prosedur serta memberikan jawapan
terhadap permasalahan yang diberikan, maka pembelajaran tersebut dikategorikan sebagai
inkuiri terbimbing.

Aras/Taha
p

Jenis Inkuiri

Pengesahan
(Confirmation)

Penerangan
pelajar mengesahkan
berdasarkan
aktiviti penerangan
sesuatu

oleh

prinsip-prinsip

tertentu

guru dan keputusan

penyelidikan telah diketahui terlebih awal

Inkuiri Berstruktur
(Structured Inquiry)

Inkuiri Terbimbing
(Guided Inquiry)

pelajar melakukan penyelidikan berdasarkan soalan


dan
langkah-langkah yang telah ditentukan oleh guru
pelajar melakukan penyelidikan berdasarkan
soalan-soalan yang telah disediakan oleh guru, dan
pemilihan langkah-langkah penerokaan ditentukan
sendiri oleh pelajar

Inkuri Terbuka
(Open Inquiry)

Pelajar melakukan penyelidikan berdasarkan


soalan-soalan dan langkah-langkah yang dibina dan
ditentukan sendiri oleh mereka berdasarkan topiktopik yang tertentu
(Jadual 1)

Setiap pendekatan inkuiri di atas tentunya mempunyai kelebihan dan kelemahannya


yang tersendiri. Pendekatan inkuiri yang ingin digunakan seharusnya disesuaikan dengan
bidang dan tahap pemikiran pelajar-pelajar yang terlibat. Sebagai contoh, inkuiri terbuka
mungkin lebih sesuai untuk pelajar-pelajar di peringkat pengajian tinggi manakala inkuiri
terbimbing mungkin lebih sesuai untuk pelajar-pelajar

di peringkat sekolah. Inkuiri

terbimbing adalah di antara pendekatan yang difikirkan lebih sesuai digunakan untuk membina
bahan pengajaran berasaskan komputer yang ditujukan kepada pelajar-pelajar di peringkat
sekolah. Ini adalah kerana pelajar yang berada di peringkat ini perlu diberikan bimbingan asas
bagi mencetuskan persoalan-persoalan dan merangsang mereka untuk terus membuat
penerokaan. Banyak kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa pelajar tidak membuat
keputusan dengan baik di dalam pembelajaran berasaskan komputer yang memberikan
kebebasan mengawal sendiri pembelajaran mereka. Semakin banyak kebebasan kawalan
pelajar diberikan semakin kurang pelajar belajar (DiVesta,1975; Steinberg, 1977; Tennyson &
Rothen, 1979). Juga, kawalan pelajar yang terlalu kompleks akan menyebabkan masa yang
terlalu banyak digunakan dan memberi kesan ke atas hasil pembelajaran (Neil & Nelson, 1991).
Contoh RPH: Tahap pendekatan inkuiri berstruktur
Mata pelajaran:
Kelas:
Tempoh:
Tema Pembelajaran:
Tajuk:
Hasil Pembelajaran:

Sains
2 Mulia
80 minit
Daya dan gerakan
Dinamik
Menjalankan eksperimen untuk menunjukkan pelbagai jenis
permukaan akan mempengaruhi daya geseran.

Pendekatan:

Inkuiri berstruktur

Kemahiran Proses
Sains:

Nilai murni:

FASA/ MASA

Orientasi
(Engage)

i)
ii)
iii)
iv)
v)
vi)
vii)
i)
ii)
iii)
iv)

Memerhati,
Mengukur dan menggunakan nombor
Membuat inferen
Berkomunikasi
Mengintepretasi data
Mengawal pembolehubah
Membuat hipotesis.
Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data
Menghargai sumbangan sains dan teknologi
Sistematik
Bekerjasama

CADANGAN AKTIVITI

1. Guru bertanya kepada pelajar.

CADANGAN KOMUNIKASI

1. Berapa lama kamu perlu tukar kasut


sekolah kamu?
J: tahun

(10 minit)

J: 1 tahun
2. Guru akan terus bertanya
sehingga mendapat jawapan
haus, tapak licin.

2. Mengapa kamu perlu tukar?


J: Kasut koyak
J: Ketinggalan fesyen
J: Sudah buruk
J: Bunga kasut sudah haus
J: Bunga kasut sudah licin

3. Guru mengambil dua contoh


kasut baru dan kasut lama dari
pelajar.

3.

Mengapa bunga/tapak kasut yang


telah haus atau licin perlu ditukar?
J: sebab senang jatuh
J: Senang tergelincir

4. Guru bertanya tentang jenis


permukaan bersentuhan dan
kesannya kepada daya geseran

4. Apakah perbezaan permukaan tapak


kasut lama dan baru?
J: Kasar dan licin
J: Berbunga dan tidak berbunga

5. Apakah kesan jenis


permukaan(kasar dan licin) kepada
daya geseran?
Isi pelajaran

Murid menukarkan kasut sekolah


apabila kasut sudah haus atau
untuk mengelakkan jatuh atau
tergelincir.

Jenis permukaan mempengaruhi


daya geseran

J: Permukaan kasar, daya geseran


rendah
J: Permukaan kasar, daya geseran
tinggi
J: Permukaan licin, daya geseran
rendah
J: Permukaan kasar, daya geseran
tinggi

Cetusan Idea
(Explore)

1. Guru mengedarkan Lampiran A


(prosedur kerja ) kepada 5
kumpulan pelajar.

1. Sila ambil satu blok kayu.


Pasangkan neraca spring pada blok
kayu

2. Guru mengarahkan pelajar


mengambil alat radas yang
disediakan dan menerangkan
kepada pelajar langkah-langkah
untuk melakukan aktiviti.

2. Letakkan blok kayu itu di permukaan


meja dan tarik neraca spring
tersebut.

(30minit )

3. Guru bertanya kepada pelajar.

3. Sila ambil bacaan neraca spring


sebaik sahaja blok kayu itu mula
bergerak.

4. Berapakah bacaan neraca


spring/magnitud daya yang anda
perolehi bagi jenis permukaan
tersebut?
J: Ikut jawapan pelajar

5. Bagaimana dengan bacaan neraca


spring/ magnitud daya bagi
permukaan yang lebih kasar atau

lebih licin?
J: Lebih besar bacaan neraca spring
jika jenis permukaan lebih kasar.
J: Lebih kecil bacaan neraca spring
jika jenis permukaan kurang kasar.

Penstrukturan
Semula Idea
(Explain)

1.

Murid dikehendaki
membandingkan jawapan mereka
pada lajur kekasaran permukaan
dan lajur daya geseran

(10 minit)

2. Guru memaparkan keputusan


eksperimen pelajar atas papan
hitam:
Permukaan paling kasar

1. Jenis permukaan yang manakah


paling kasar?
2. Jenis permukaan yang manakah
paling licin?

3. Jenis permukaan yang manakah


daya geseran paling tinggi?
4. Jenis permukaan yang manakah
daya geseran paling rendah?

-tuala muka
Permukaan paling licin
- kepingan plastik
Daya geseran paling tinggi
- tuala muka
Daya geseran paling rendah
- kepingan plastik
3. Murid membentuk perhubungan
antara dua pembolehubah itu iaitu
kekasaran permukaan dan daya
geseran
Isi pelajaran

5. Apakah yang anda boleh katakan


mengenai kekasaran permukaan
dan daya geseran?

Aplikasi Idea
(Extend)

( 20 minit)

Apabila kekasaran permukaan


bertambah, daya geseran
bertambah

1. Guru mengedarkan lembaran kerja


untuk semua pelajar (Lembaran
Kerja)
2. Pelajar diingatkan supaya tidak
membuat perbincangan dengan
rakan.

1. Sila jawab semua soalan yang


diberikan.
2. Anda tidak dibenarkan berbincang
dengan kawan anda.

3. Guru membuat perbincangan


lembaran kerja dengan pelajar.

Refleksi
(Evaluate)
(10 minit)

Guru membantu murid membuat


rumusan daripada aktiviti yang
dijalankan.

Sesi soal jawab antara guru dan


murid.

1. Apakah yang telah kita pelajari


pada hari ini?
J: permukaan yang licin
mempunyai daya geseran yang
rendah berbanding permukaan
yang kasar.
2. Berikan cadangan permukaan
yang mempunyai daya geseran
yang tinggi?
J: permukaan tayar baru
3. Berikan cadangan permukaan
yang mempunyai daya geseran
yang rendah?
J: permukaan lantai jubin

Eksperimen 6.3

Tujuan

Mengkaji jenis permukaan memberikan kesan kepada daya geseran.

Masalah

Adakah permukaan yang kasar memberikan daya geseran yang


tinggi?

Hipotesis

Jika jenis permukaan bersentuhan adalah kasar, maka daya geseran


adalah tinggi.

Pembolehubah

Dimalarkan

Saiz dan jenis blok kayu

Dimanipulasikan

Jenis permukaan bersentuhan

Bergerakbalas

Daya/Bacaan neraca spring

Bahan dan
Radas

Neraca spring, kertas surat khabar, kepingan polisterin, kepingan


plastik, tuala muka, karpet, bongkah kayu.

Rajah 1

Prosedur

1. Berdasarkan jenis permukaan yang dibekalkan, nyatakan


kekasaran bandingan dengan nombor 1 paling kasar dan nombor
5 paling kurang kasar/licin.
2. Ambil satu blok kayu dan letakkan blok kayu itu di permukaan
kertas surat khabar
3. Tarik neraca spring tersebut secara perlahan-lahan.
4. Perhatikan bacaan neraca spring apabila blok kayu mula bergerak
dan rekodkan bacaan ke dalam jadual.
5. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan jenis permukaan yang lain.
6. Daripada data-data yang diperoleh, buat bandingan daya geseran
dengan nombor 1 daya geseran paling tinggi dan nombor 5 daya
geseran paling rendah.

Pemerhatian:
Bacaan neraca spring

Jenis Permukaan
bersentuhan

Kekasaran
permukaan

(N)
Daya geseran
Bacaan

Bacaan

Bacaan
Purata

Kertas surat khabar

Kepingan polisterin

Kepingan plastik

Permukaan tuala
muka

Karpet

_________________________________________________________
Kesimpulan

_________________________________________________________

LEMBARAN KERJA

Nama

_____________________________________________

Tingkata
n

_____________________________________________

Lantai jubin

Jalan berbatu

Balapan

Rajah 1

Soalan 1

Susunkan jenis permukaan seperti Rajah 1 yang diberikan mengikut


susunan menaik daya geseran. Terangkan jawapan anda.
[Pengetahuan]
[ 2 markah ]

Jawapan
:

___________________________________________________________

Soalan 2

Daya geseran memberi kebaikan dan keburukan dalam kehidupan harian

Contoh RPH: Tahap pendekatan inkuiri terbimbing


Mata pelajaran
Tingkatan
Tempoh
Tema

Sains
1
2 waktu (80 minit)
Jirim dalam Alam

Bidang
Pembelajaran
Pendekatan

Udara di sekeliling kita

Objektif
Pembelajaran
Hasil
Pembelajaran

Memahami sifat oksigen dan karbon dioksida.

Inkuiri Terbimbing

: A. Menguasai isi pembelajaran


1. Murid boleh menyenaraikan sifat oksigen dan karbon dioksida dari segi kesan
terhadap kayu uji berbara dan kayu uji menyala.
2. Murid boleh membezakan sifat oksigen dan karbon dioksida.

B. Menguasai kemahiran saintifik / KBAT


1. Murid boleh berfikiran kritikal dalam membuat perkaitan antara sifat-sifat gas
oksigen dan karbon dioksida dengan kehidupan seharian.
C. Menunjukkan sikap saintifik dan nilai murni
1. Murid boleh melibatkan diri secara aktif semasa menjalankan penyaiasatan
berdasarkan prosedur dan peraturan kumpulan yang dipersetujui bersama.
2. Murid boleh menghargai masa dengan cara melaksanakan tugasan dengan
cekap, pantas, jujur.

Konsep Sains
Bahan dan
Peralatan
Aspek
Keselamatan
Pengetahuan
Sedia Ada
Fasa/
Masa
Orientasi
(10 minit)

Oksigen membantu pembakaran dan karbon dioksida tidak membantu pembakaran.


Tabung uji, balang gas, lilin, kayu uji, jam randik, plastisin, Lampiran Aktiviti Pelajar
Berhati-hati semasa menyalakan lilin dan kayu uji.
Sila pastikan segala pembakaran yang dilakukan perlu mendapatkan kebenaran dari
guru
Berdasarkan tajuk sebelum ini, murid telah memahami bahawa oksigen diperlukan untuk
bernafas dan karbon dioksida adalah hasil daripada proses pernafasan.
Isi Kandungan
Gas oksigen dan
karbon dioksida
wujud dalam udara
kita dan juga
terlarut dalam air.

Aktiviti Pengajaran dan


Pembelajaran
Aktiviti Guru
Aktiviti Pelajar
Guru menyoal
Murid perlu
murid mengenai
menerangkan
kehadiran
bagaimana
oksigen dan
sifat oksigen
karbon dioksida
dan karbon
dalam
dioksida

Komunikasi KBAT
Murid ditanya;
1. Bagaimanakah ikan boleh
hidup didalam air?
Jangkaan jawapan : Terdapat
oksigen terlarut di dalam air

kehidupan
seharian.

Cetusan Idea
(30 minit)

Penstrukturan
Semula Idea
(20 minit)

Udara hembusan
mengandungi
karbon dioksida.
Karbon dioksida
tidak membantu
pembakaran.

Gas oksigen akan


menyalakan kayu
uji berbara.
Gas karbon
dioksida akan
menyebabkan kayu
uji menyala
terpadam.

Aplikasi Idea
(10 minit)

Menghubungkaitka
n sifat gas oksigen
dan karbon
dioksida dari segi
pembakaran
dengan kehidupan
seharian.
1. Oksigen
digunakan untuk

Guru
mengedarkan
panduan aktiviti
murid untuk
aktiviti
penyiasatan
inkuiri.

Guru
membimbing
murid dalam
membincangkan
berkaitan
dengan
memberi sifat
oksigen dan
karbon dioksida
yang boleh
dikenal pasti
daripada aktiviti.

Guru menyoal
murid mengenai
sifat gas
oksigen yang
boleh
membantu
pembakaran
dan sifat karbon
dioksida yang
boleh
mengurangkan

dalam
kehidupan
harian.

Murid
membaca
panduan
aktiviti dan
bertanya
kepada guru
jika terdapat
langkah yang
kurang
difahami
sebelum
melaksanakan
aktiviti
Aktiviti
dilaksanakan
secara
berkumpulan.
Hasil
perbincangan
dibentangkan
mengikut
kumpulan.

2. Apakah sifat-sifat oksigen


dan karbon dioksida yang anda
tahu?
Jangkaan jawapan : Oksigen
disedut dan karbon dioksida
dihembus (pengetahuan sedia
ada murid)
Lampiran 2 (Aktiviti Murid)
1. Mengapa masa yang diambil
untuk lilin padam adalah
berbeza?
Jangkaan jawapan :
Kandungan oksigen berbeza.
Lilin dalam balang beroksigen
menyala lebih lama.
2. Dalam kumpulan,
bincangkan cara untuk
mengenalpasti tentang
bagaimana perkara ini berlaku.

Murid disoal secara lisan iaitu:


1.Daripada aktiviti yang
dilakukan tadi, nyatakan sifat
oksigen yang anda perhatikan?
Jangkaan jawapan :Oksigen
membantu pembakaran.
2. Apakah aktiviti lain yang
anda boleh cadangkan untuk
menentukan sifat-sifat gas
tadi?

Murid
berbincang
dan memberi
maklum balas
tentang
kegunaan sifat
oksigen dan
karbon
dioksida dari
segi
pembakaran.

Jangkaan jawapan : Bara api


akan menyala apabila oksigen
dibekalkan. (Uji dengan kayu
uji berbara)
1. Pada pendapat anda, di
manakah kita boleh
menggunakan sifat oksigen
dan karbon dioksida yang telah
anda kaji dalam kehidupan
seharian?
Jangkaan Jawapan :
a. Oksigen digunakan untuk
pembakaran bahan api dalam
roket

pembakaran bahan
api dalam roket.
2. Karbon dioksida
digunakan dalam
memadamkan
kebakaran.

pembakaran.

b. Karbon dioksida digunakan


dalam memadamkan
kebakaran.

Jika tidak
mendapat
respon yang
baik daripada
murid, tunjukkan
gambar roket
dan pemadam
api karbon
dioksida.
(Lampiran 3)

2. Selain daripada untuk


bernafas, mengapakah
perlunya angkasawan
membawa oksigen ke angkasa
lepas?
Jangkaan Jawapan :
Tidak terdapat oksigen di
angkasa lepas untuk
membakar bahan api dalam
roket.
3. Mengapakah kita gunakan
karbon dioksida dalam
memadamkan api? Kenapa
tidak menggunakan air?
Jangkaan Jawapan :
Untuk memadamkan
kebakaran yang melibatkan
bahan cecair yang mudah
terbakar dan peralatan elektrik.

Refleksi
(10 minit)

Lampiran 1

Gas oksigen akan


membantu
pembakaran
manakala karbon
dioksida tidak
membantu
pembakaran.

Soalan secara
lisan diajukan
kepada murid
untuk menguji
hasil
pembelajaran.

Murid
menjawab
soalan lisan
dari guru

Soalan lisan dari guru:


1. Bandingkan antara sifat
oksigen dan karbon dioksida
dari segi pembakaran?
Jangkaan jawapan : Gas
oksigen akan membantu
pembakaran manakala karbon
dioksida tidak membantu
pembakaran.

Rajah 1 : Ikan

dalam Akuarium

Lampiran 2
Panduan aktiviti murid
1. Nyalakan 2 batang lilin

yang diberi.

2. Tutup dengan cepat lilin A dengan balang yang berisi udara biasa manakala lilin B dengan
balang yang berisi udara hembusan.
3. Catatkan masa kedua-dua lilin itu padam.
4. Mengapa masa yang diambil untuk lilin padam adalah berbeza?
5. Dalam kumpulan, bincangkan cara untuk mengenalpasti tentang bagaimana perkara ini berlaku.
6. Catatkan cadangan aktiviti dan kongsi dan bincangkan bersama kumpulan lain.
7. Selepas rancangan aktiviti anda lengkap bincang dengan guru dan minta kebenaran untuk
memulakan penyiasatan.
Aktiviti Tambahan
1. Anda diberikan dua tabung uji, satu mengandungi gas oksigen, satu lagi mengandungi
gas garbon dioksida.
2. Anda juga dibekalkan dengan kayu uji dan mancis.
3.Nyalakan kayu uji dan masukkan ke dalam tabung uji berisi gas karbon dioksida.
4. Apakah pemerhatian anda? Mengapakah berlaku sedemikian?
5. Nyalakan kayu uji dan biarkan sehingga berbara. Masukkan ke dalam tabung uji berisi gas
oksigen.
5. Apakah pemerhatian anda? Mengapakah berlaku sedemikian?

Lampiran 3 : Stimulus Tambahan

Rajah 2 : Roket

Rajah 3 : Pemadam Api

Contoh Tugasan Pendekatan inkuiri Pengesahan


Tingkatan
Tema Penbelajaran
Bidang
Pembelajaran
Objektif
Pembelajaran
Hasil Pembelajaran
Pengetahuan sedia
ada

Tingkatan 1
Manusia dan Kepelbagaian Hidupan
Bab 2 : Sel Sebagai Unit Kehidupan
2.1 Memahami sel
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Mengenal pasti sel sebagai unit asas kehidupan
Murid sudah mengetahui:
1. Penyiasatan Saintifik
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran
-

Pendekatan

Pembelajaran Masteri, Peta Bulatan

Kemahiran berfikir : Kemahiran berfikir kritis dan kreatif


Menciri, menjana idea, menganalisis, menilai dan membuat kesimpulan
Kemahiran Saintifik : Kemahiran proses sains

Pendekatan
Bahan Pengajaran

Memerhatikan, berkomunikasi
Inkuiri Pengesahan
Bedak talkum, minyak masak, penitis, takung kaca, air, kanta pembesar, slaid

dan Pembelajaran
Arahan Pelaksanaan

tersedia, mikroskop cahaya


1. Isikan takung kaca dengan air sehingga separuh penuh, kemudian taburkan
bedak ke atas permukaan air.
2. Dengan menggunakan penitis, titiskan setitis minyak ke atas permukaan air
tersebut.

3. Perhatikan apa yang berlaku ke atas setitik minyak yang dititiskan tadi.
4. Lakarkan apa yang anda perhatikan.
5. Anda dibekalkan dengan slaid tersedia, perhatikan slaid tersebut di bawah
mikroskop.
6. Lakarkan apa yang anda perhatikan, dan bandingkan dengan gambarajah
tadi.
1. Mampukah anda mengira bilangan titisan-titisan kecil minyak itu?
Kenapa?[Pemahaman/rendah]
Jangkaan jawapan (JJ):Tidak boleh. Kerana terlalu banyak.
2. Jika satu titis minyak mewakili secungkil sel pipi, atau sepotong kecil sel
bawang, ramalkan adakah bilangan sel mereka sama?
[Pemahaman/sederhana]
JJ: Ya/tidak
3. Setelah anda melihat slaid tersedia menggunakan mikroskop, apakah

Soalan

yang kamu boleh katakan tentang sel?[Pemahaman/Sederhana]


JJ:Terlalu banyak sel yang membina struktur organism./Sel merupakan
unit asas yang terlalu seni/tidak boleh dilihat dengan mata kasar/perlu
dilihat menggunakan mikroskop
4. Bagaimana suatu organism menyerupai beribu-ribu atau berjuta-juta
titisan minyak yang kecil tadi? [Pemahaman/Sederhana]
JJ: Organisma terbina daripada banyak unit sel.

Contoh Tugasan Pendekatan inkuiri Berstruktur


Konstruk

: Aplikasi

Konteks

: Sains tingkatan 1
Haba
(Menganalisa kesan haba ke atas jirim)

Aras Kesukaran: Sederhana


Pendekatan: Inkuiri Berstruktur

Cikgu Halisah akan menjalankan satu eksperimen dengan murid-muridnya pada pukul 10.00
pagi. Eksperimen tersebut memerlukan kiub-kiub ais, maka beliau membawa ais dari rumah
dan sampai ke sekolah pada pukul 7.15 pagi. Beliau meletakkan ais tersebut di makmal sains.
Manakah di antara keadaan berikut mempunyai kadar peleburan yang lebih cepat?
1. Biarkan ais dengan air dari peleburan ais.
2. Air dari peleburan ais dibuangkan dari masa ke semasa.
Arahan:
1. Masukkan 5 kiub ais ke dalam dua bikar yang dilabelkan dengan Bikar A dan Bikar B.
2. Biarkan kedua-dua bikar tersebut di atas.
3. Air dari ais yang lebur dibuangkan dari Bikar A untuk setiap 5 minit.
4. Air dari ais yang lebur tidak dibuang dari Bikar B.
5. Catatkan masa untuk semua kiub ais lebur pada kedua-dua bikar tersebut.

Bikar A

Bikar B

Masa peleburan semua


kiub ais (minit)

Soalan:
1. Bikar yang manakah aisnya melebur lebih cepat? Mengapakah ais dalam bikar tersebut
lebih cepat lebur?
2. Apakah yang harus dilakukan oleh Cikgu Halisah supaya ais yang beliau bawa ke makmal
itu dapat dikurangkan kadar peleburannya?
Jangkaan Jawapan
1. Bikar A. Ini kerana air dari ais yang lebur dapat mengurangkan kecerunan suhu ais
dengan suhu bilik.
2. Cikgu Halisah patut letakkan ais dalam bekas atau bag plastik yang boleh menakung air.

Contoh Tugasan Pendekatan inkuiri Terbimbing

BAB 5: UDARA DI SEKELILING KITA (TINGKATAN 1)


GUA SI KENIT
CADANGAN AKTIVITI:
1. Perhatikan sekeping roti yang disediakan. Apakah yang anda dapat lihat?
2. Mampatkan roti tersebut sehingga membentuk seperti bebola. Mampatkan sehingga
saiznya lebih kecil daripada bentuk asal. Apakah idea yang dapat anda berikan di
sebalik langkah ini? Kongsikan idea anda dengan rakan-rakan.
3. Ramalkan di dalam buku nota sains anda apakah yang menyebabkan rongga udara
yang terdapat pada roti terhasil?
4. Perhatikan selepas beberapa minit salah seorang rakan anda memasukkan semua
bahan ke dalam beg plastik dan mengeluarkan semua udara di dalamnya serta ditutup.
5. Mengapa tidak terdapat perubahan yang dapat dilihat selepas Langkah 4 dijalankan?
6. Dalam kumpulan, sumbangsaran langkah-langkah untuk memahami fenomena yang
diperhatikan.
7. Rekodkan perancangan anda dalam buku nota sains tentang bagaimana cara untuk
melaksanakannya dan kongsikan bersama rakan sekelas.
8. Selepas perancangan anda siap, dapatkan pengesahan guru anda untuk memulakan
penyiasatan.

Jangkaan Jawapan bagi Aktiviti:


Pemerhatian:
Langkah 1- Rongga udara, tekstur lembut, dan mana-mana jawapan yang bolehditerima
Langkah 2- Idea untuk mengetahui berapa banyak rongga udara yang terdapar pada roti.
Ramalan
Langkah 3- Gelembung gas yang dibebaskan oleh yis yang digunakan dalam pembuatan roti
melalui proses respirasi.
Langkah 4 dan 5- Perubahan dapat diperhatikan
(Soalan ini bertujuan memastikan pelajar melakukan aktiviti tersebut).

Langkah 6 dan 7- Prosedur


Bahan:

Air suam, yis, gula, sepotong roti

Radas:

Beg plastik, spatula

Hipotesis:

Proses respirasi membebaskan gas karbon dioksida

1. Masukkan satu spatula yis ke dalam beg plastik.


2. Tambahkan 3 spatula gula ke dalam beg plastik.
3. Kemudian, tambahkan 50mL air suam.
4. Mampatkan beg plastik sehingga semua udara keluar dan tutup beg plastik tersebut.
5. Biarkan beg plastik tersebut dalam almari tertutup.
6. Selepas 5 minit, periksa beg plastik tersebut. Rekodkan pemerhatian anda.
7. Selepas 15 minit dan 1 jam seterusnya, sekali lagi rekodkan pemerhatian anda.
(Guru akan bertanya soalan, bagaimanakah cara untuk membuktikan gas yang terhasil
adalah gas karbon dioksida)
8. Masukkan kertas litmus biru lembab dan merah lembab ke dalam beg plastik untuk
membuktikan kehadiran gas karbon dioksida.
Soalan untuk merangsang pelajar untuk membuat penyiasatan lanjut
1. Bolehkah gula digantikan dengan jus buah-buahan, beras dan nasi?
2. Apakah keadaan cahaya yang sesuai bagi proses respirasi yis?
3. Dalam masa 15 minit, berapakah suhu yang paling sesuai untuk pembebasan paling
banyak gas karbon dioksida?
Contoh Tugasan Pendekatan inkuiri Terbuka
MATA PELAJARAN:
TINGKATAN
TEMPOH:
TEMA PEMBELAJARAN:
TAJUK:
OBJEKTIF
PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN:

Sains
1
80 minit
Jirim dalam alam
Kepelbagaian sumber di bumi
Unsur, sebatian dan campuran
Mengasingkan komponen dalam campuran.

ARAS:

Inkuiri terbuka

PENGENALAN
Unsur adalah bahan yang paling ringkas. Ianya tidak boleh dipisahkan dengan
menggunakan kaedah kimia ataupun kaedah fizikal kepada apa-apa komponen yang lebih
ringkas lagi. Semua unsur adalah terdiri daripada hanya satu jenis atom sahaja. Unsur boleh
dikelaskan kepada unsur logam dan unsur bukan logam.
Sebatian terbentuk apabila dua atau lebih jenis unsur bergabung secara kimia. Zarah
terkecil dalam suatu sebatian adalah molekul yang hanya boleh diurai secara tindak balas
kimia. Komposisi unsur bagi sesuatu sebatian adalah tetap. Contoh: Air adalah suatu sebatian.
Molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen yang bergabung secara
kimia.
Campuran adalah terdiri daripada dua atau lebih unsur yang digabungkan secara
fizikal, contohnya, dengan mengacau. Campuran tidak mempunyai sebarang ikatan antara
komponen. Jadi, komponen-komponen di dalam campuran boleh dipisahkan dengan mudah
secara fizikal.
Antara perbezaan antara sebatian dan campuran adalah:
Sebatian
Berubah
Tetap
Ada
Ada
Secara kimia
Gula, sabun

Ciri-ciri
Sifat fizikal berbanding sifat asal
Nisbah komponen
Perubahan tenaga
Bahan baru dihasilkan
Kaedah pengasingan
Contoh

Campuran
Kekal
Tidak tetap
Tiada
Tiada
Secara fizikal
Udara, tanah

PANDUAN AKITIVITI
PENGASINGAN KOMPONEN DALAM CAMPURAN
1. Anda diberikan campuran serbuk besi dan sulfur.
2. Ramalkan apa yang akan berlaku jika sebatang bar magnet didekatkan dengan campuran
tersebut.
3. Catatkan ramalan anda.
4. Dekatkan bar magnet kepada campuran serbuk besi dan sulfur.
5. Catatkan pemerhatian anda.

6. Terangkan apa yang anda perhatikan.


7. Anda akan diberikan dengan satu campuran garam, pasir dan dedaun kering, air suling,
corong turas, kertas turas, bikar, bar magnet dan penapis.
8. Anda dikehendaki memikirkan bagaimana anda boleh mengasingkan campuran garam,
pasir dan dedaun kering dengan menggunakan alat radas yang dibekalkan.
9. Berdasarkan alat radas yang anda pilih, terangkan perbezaan ciri-ciri komponen dalam
campuran membolehkan anda mengasingkan campuran ini dengan alat radas yang anda
telah pilih.
10. Rancangkan langkah-langkah untuk mengasingkan campuran garam, pasir dan dedaun
kering. Langkah-langkah yang dirancangkan perlu disertakan dengan gambar rajah yang
jelas (jika perlu).
11. Setelah merancang, anda perlu dapatkan kebenaran guru untuk menjalankan aktiviti.

CONTOH JAWAPAN PELAJAR


Tujuan: Mengkaji kaedah pengasingan untuk campuran garam, pasir dan dedaun kering
Bahan:Campuran garam, pasir dan dedaun kering, air suling
Radas: Corong turas, kertas turas, penapis, bikar, kaki retort
Prosedur:
1. Campuran garam, pasir dan dedaun kering ditambahkan dengan 50 ml air suling.
2. Kacau larutan sehingga garam larut dalam air
3. Tapis larutan tersebut dengan menggunakan penapis.
4. Catatkan pemerhatian dalam buku nota sains.
5. Lipat kertas turas dan letakkan di dalam corong turas
6. Tuang larutan ke dalam corong turas dengan perlahan-lahan
7. Biarkan seketika sehingga semua air melalui corong turas
8. Bilas baki turasan dengan sedikit air suling
9. Keringkan kertas turas bersama-sama dengan baki turasan.
10. Catatkan pemerhatian dalam buku nota sains.
11. Letakkan hasil turasan dalam mangkuk pijar
12. Panaskan mangkuk pijar sehingga kering/Biarkan hasil turasan dalam mangkuk pijar
menjadi kering di bawah cahaya matahari.
13. Catatkan pemerhatian dalam buku nota sains.

Pemerhatian:
Bahan yang ditapis:
Baki turasan:
Hasil turasan :

Dedaun kering
Pasir
Garam

Perbincangan:
1. Campuran garam, pasir dan dedaun kering boleh diasingkan secara fizikal.
2. Garam boleh larut dalam air dan pasir tidak boleh larut dalam air. Sifat ini boleh
digunakan untuk mengasingkan garam dengan pasir. Manakala dedaun kering pula
adalah bahan terampai.
3. Bahan terampai (dedaun kering) boleh diasingkan secara fizikal menggunakan penapis.
4. Melalui kaedah penurasan, larutan garam dapat melalui kertas turas manakala pasir
akan tertinggal pada kertas turas.
5. Pasir akan dibilas dengan sedikit air suling untuk memastikan kesemua garam larut dan
dituras.
6. Garam diperolehi melalui proses penyejatan / pendidihan.
Kesimpulan:
Campuran boleh diasingkan secara fizikal. Campuran garam ,pasir dan dedaun kering boleh
diasingkan menggunakan kaedah penapisan, kaedah penurasan dan kaedah penyejatan.

Anda mungkin juga menyukai