Anda di halaman 1dari 5

SULIT

02/2
Bahagian A : Ringkasan
[20 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang langkah langkah menghindarkan kegiatan merokok. Panjangnya
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Amaran merokok membahayakan kesihatan sudah kerap dilaungkan. Namun
begitu, mesej ini gagal menembusi sanubari perokok untuk membendung mereka agar
menghentikan tabiat merokok. Kajian yang dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) mendapati bahawa kira-kira empat juta orang manusia mati setiap tahun
akibat daripada penyakit yang berkaitan dengan rokok.
Oleh itu, kerajaan terpaksa membelanjakan RM20 juta untuk melancarkan
kempen Antimerokok Kebangsaan. Kerajaan memperkenalkan slogan Tak Nak dalam
kempen ini. Hal yang demikian adalah untuk menyemaikan sikap benci merokok dan
sikap ini perlu disemaikan sejak kanak-kanak di bangku sekolah lagi. Tujuannya adalah
untuk menyedarkan semua orang betapa bahayanya merokok. Selain itu, kerajaan turut
menggubal undang-undang yang melarang remaja di bawah umur 18 tahun daripada
membeli rokok. Para remaja yang didapati bersalah merokok atau mengunyah bahanbahan hasil tembakau akan dikenakan kompaun RM50 atau denda maksimum RM1000.
Usaha-usaha lain yang dilaksanakan termasuklah menetapkan peraturan yang
menghendaki restoran berhawa dingin menyediakan 70 peratus keluasan restoran sebagai
kawasan larangan merokok. Peraturan yang ditetapkan ini mestilah dipatuhi oleh
pengusaha restoran. Untuk memastikan bahawa peraturan ini dipatuhi, pihak berkuasa
harus mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa. Kerajaan turut mengambil
langkah proaktif dengan melarang semua bentuk penyiaran iklan jenama rokok menerusi
media massa. Dalam hal ini, pendidikan dapat menyedarkan orang ramai tentang bahaya
merokok.
Kempen ini bermatlamat untuk menjadikan Malaysia bebas daripada perokok.
Sasaran kempan kali ini ialah pelajar sekolah memandangkan pertambahan bilangan
remaja yang merokok khususnya dalam kalangan mereka yang berusia di bawah 18
tahun.

SULIT

02/2

SULIT

02/2
Bahagian A (ii): Pemahaman Petikan Umum
[10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan


menggunakan ayat anda sendiri.
1. Apakah yang dimaksudkan oleh rangkai kata gagal menembusi sanubari ?
[2 markah]
2. Mengapakah kerajaan berusaha untuk mengadakan Kempen Antimerokok?
[4 markah]
3. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang mendorong seseorang itu merokok ?
[4 markah]

Bahagian B:
Karangan Rangsangan
[20 markah]
Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara
untuk mengelakkan kemalangan jalan raya. Panjangnya huraian anda hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

SULIT

02/2

SULIT

02/2
Bahagian C :
Karangan Pilihan
[40 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya
hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.
1. Anda baru sebulan memulakan persekolahan di sebuah sekolah berasrama penuh.
Tulis sepucuk surat kepada ibu bapa anda untuk menyatakan keadaan anda di
asrama itu.
2. Anda mewakili sekolah dalam suatu pertandingan syarahan peringkat daerah.
Tajuk syarahan tersebut ialah Langkah-langkah untuk Menjaga Kesihatan
Tulis teks syarahan itu selengkapnya.
3. Amalan gotong-royong banyak memberikan manfaat kepada masyarakat.
Nyatakan kebaikan amalan gotong-royong.
4. Anda menelefon rakan anda untuk memberitahunya tentang suatu perkara.
Tulis perbualan anda dengan rakan anda.
5. Tulis cerita yang menarik berdasarkan peribahasa bumi mana yang tidak ditimpa
hujan .

SULIT

02/2

SULIT

02/2
Bahagian D :
Novel
[10 markah]
Jawapan anda mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda pelajari
di Tingkatan 1.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Istana Menanti karya Abd. Latip Talib


Bukan Duniaku karya Aida Shahira
Hikmah karya Mohd. Faris Ikmal
Sukar Membawa Tuah karya Suziana Che Will

Nyatakan tiga nilai berserta contoh yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

_____________
(MOHD HASMISAFAR MOHAMAD)
GURU BAHASA MELAYU

_______________
(NOORASIAH BT.YUSOFF)
KETUA PANITIA BAHASA

SULIT

02/2

SULIT

02/2
MELAYU

SULIT

02/2

Anda mungkin juga menyukai