Anda di halaman 1dari 4

Apakah itu plagiat?

Berdasarkan (Kamus Dewan, 2005), plagiat ditakrifkan sebagai


sesuatu perbuatan menyalin semula kata-kata, idea dan sebagainya daripada hasil karya
orang lain dan mempersembahkan hasil berikut sebagai karya sendiri. Istilah “plagiat”
sebenarnya berasal dari perkataan latin iaitu “plagiarius” yang bererti penculik atau
perompak (Harper, 2014) atau dalam kata lain adalah pihak yang terlibat dalam mengambil
idea atau bahasa orang lain tanpa izin.

Seterusnya, plagiat boleh wujud dalam pelbagai bentuk. Menurut hasil kajian
(iThenticate, 2013), plagiat dapat diklasifikasikan kepada sepuluh jenis. Antaranya adalah
sumber sekunder. Peneliti memetik kata-kata atau definisi daripada tokoh-tokoh terkenal
namun hanya menyatakan penulis sekunder sebagai rujukan. Jenis plagiat yang kedua
adalah sumber yang tidak sah. Sumber-sumber tersebut merupakan hasil karya daripada
penulis blog. Contohnya laman web yang mempunyai perkataan “blogspot” kerana penulis-
penulis blog berkenaan menerbitkan penulisan mereka tanpa meminta pengesahan atau
pengiktirafan daripada pihak yang berkuasa. Plagiat juga berbentuk penduaan di mana
penyelidik menggunakan semula hasil karya mereka tanpa mencatatkan karya tersebut
sebagai salah satu rujukan. Penulisan akademik selalunya memerlukan pencarian definisi,
jenis-jenis dan sebagainya. Sebenarnya tidak salah memetik ayat tokoh-tokoh terkemuka
dan kamus dewan lalu mengprafasakannya dengan ayat sendiri. Apa yang dikatakan salah
adalah apabila peneliti mengprafasakan ayat-ayat ke dalam penulisan sendiri lalu tidak
menyenaraikan sumber. Kes sebegini sering berlaku di institut pendidikan tinggi di mana
pelajar-pelajar merujuk gaya penulisan kerja kursus IPG lain. Pelajar-pelajar tersebut takut
didapati dan dihukum oleh pensyarah kerana melakukan plagiat hasil kerja IPG lain lalu
mengambil langkah dengan tidak menyenaraikan sumber yang berkenaan dengan hasil
kerja IPG lain. Jenis plagiat yang seterusnya selalu berlaku bagi pelajar-pelajar ijazah
sarjana muda dan profesor iaitu penyelidikan yang berulang. Pelajar-pelajar profesor
menggunakan data atau kaedah penyelidikan yang sebelum untuk menjalani penyelidikan
yang baharu.
Selain itu, pengiktirafan yang salah sering berlaku di mana kesalahan dalam
penyeneraian penulis-penulis sebagai rujukan. Lima penulis terlibat dalam penghasilan
karya penulisan tersebut namun sebenarnya terdapat satu penulis yang tidak
menyumbangkan apa-apa dan satu lagi yang hanya menyumbangkan sedikit sahaja dalam
penghasilan hasil karya tersebut. Setiap tahun terdapat hasil karya yang direplikasikan oleh
pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Penulisan baharu penyelidik tertentu diterbit ke
beberapa saluran publikasi tanpa pengetahuan penyelidik tersebut. Keadaan ini berlaku
apabila penyelidik mengaku bahawa penulisan beliau adalah baharu namun penulisan
penyelidik tersebut sudah diterbitkan ke pelbagai saluran publikasi. Kerjasama tanpa etika
merujuk kepada sekumpulan penyelidik berkongsi maklumat antara satu sama lain lalu
menyalin semula ke dalam hasil karya sendiri tanpa memberi kredit kepada pangarang-
pengarang sumber tersebut. Tamsilnya, pelajar-pelajar institusi pendidikan tinggi berkongsi
soalan-soalan peperiksaan antara IPG. Verbal plagiarisme merupakan isu yang serius
kerana sering melibatkan pelajar-pelajar institusi pendidikan tinggi menyalin semula kata-
kata, idea atau karya orang lain dan mengakui dapatan tersebut merupakan hasil sendiri. Isu
plagiat yang paling serius adalah plagiat sepenuhnya. Pelajar-pelajar institut pendidikan
tinggi sibuk dengan pelbagai aktiviti, kerja kursus yang semakin menggunung dan diikuti
dengan sikap yang malas lalu mereka mengambil inisiatif untuk menyalin semula hasil kerja
orang lain sebulat-bulatnya sebagai hasil sendiri. Pelajar-pelajar tersebut juga menggantikan
nama pengarang tersebut dengan nama sendiri.
Sehubungan dengan itu, kegiatan-kegiatan plagiat tersebut berlaku kerana didorong
oleh beberapa faktor. Antara faktor adalah keinginan untuk mendapat pekerjaan yang baik.
(Mac Gregor & Steubs, 2012). Pekerjaan sekarang sukar didapati kerana antara kriteria
untuk mendapat pekerjaan yang baik adalah berdasarkan akademik pelajar-pelajar. Pelajar-
pelajar yang berazam untuk mendapat pekerjaan secepat mungkin mengambil langkah
untuk melakukan plagiat atas hasil kerja yang cemerlang. Faktor yang seterusnya adalah
tekanan daripada rakan-rakan, masa dan akademik (Smith, 2012). Pelajar-pelajar
mempunyai rasa cemburu terhadap rakan-rakan yang memperolehi prestasi akademik yang
cemerlang. Mereka juga berasa tertekan terhadap jurang prestasi akademik antara mereka
dengan rakan-rakan mereka. Mereka membuat keputusan untuk melakukan plagiat agar
dapat mencapai prestasi akademik yang setaraf dengan rakan-rakan mereka. Faktor yang
ketiga adalah pengaruh daripada rakan sebaya (Nursiha & Nurliyana, 2013). Sebagai contoh
ketika pelajar-pelajar bergaul dengan rakan sebaya yang bermasalah disiplin. Rakan sebaya
yang bermasalah sering melakukan kerja kursus pada saat-saat terakhir. Oleh itu, pelajar-
pelajar tersebut yang terikut-ikut dengan sikap rakan-rakan sebegini akan terjebak dalam
kegiatan plagiat. Faktor keempat iaitu kurang pendedahan terhadap isu plagiarisme (O’Neill
& Pfeifer, 2012). Pelajar-pelajar sejak bangku sekolah lagi tidak didedahkan dengan isu
plagiarisme. Mereka yang melakukan plagiat sepanjang pengajian mereka tidak sedar
bahawa mereka secara tidak langsung telah melakukan plagiat dalam penulisan karya.

Lantaran daripada itu, kegiatan plagiat yang semakin menjadi-menjadi mendatangkan


pelbagai implikasi terhadap pihak yang terlibat. Pelajar-pelajar yang didapati melakukan
kegiatan plagiat akan dikenakan seksyen 41 Akta Hakcipta 1987 iaitu pembayaran sepuluh
ringgit Malaysia atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Isu terkini adalah
pengesahan mahkamah terhadap kegiatan plagiat dalam tesis Profesor Abu Hassan.
Profesor tersebut dikenakan hukuman bayaran sebanyak sepuluh ringgit Malaysia. Pelajar-
pelajar IPG atau mana-mana universiti yang didapati melakukan plagiat akan digantung
semester. Mahasiswi dan mahasiswa yang melakukan plagiat juga akan diberikan gred yang
gagal kerana ketidakaslian hasil kerja. Kerja kursus pelajar-pelajar tersebut tidak dapat
dinilai dengan tepat. Hal yang demikian juga akan menyebabkan pelajar-pelajar tersebut
dilucutkan kelulusan kerana tidak memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan antaranya
adalah memperolehi keputusan akademik yang cemerlang.
Timbulnya masalah plagiat yang semakin berleluasa maka wujudnya pelbagai
cadangan untuk mengurangkan plagiat. Antaranya adalah pihak universiti dan IPG harus
menubuhkan jawatankuasa tatatertib dan mewujudkan peraturan yang ketat. Sebagai
contoh, mewujudkan kelab anti-plagiat dalam universiti atau IPG yang berperanan untuk
mengesan pelajar-pelajar yang melakukan plagiat dan juga bertanggungjawab dalam
memberi hukuman yang setimpal kepada pelaku. Pihak pengurusan fakulti boleh berkongsi
maklumat kepada para pensyarah tentang perisian komputer seperti Turnitin dan Scan My
Essay (Viper) yang dapat mengesan sebarang aktiviti plagiarisme dan menyuruh mereka
untuk memuat turun perisian tersebut dalam komputer mereka. Pihak pengurusan fakulti
juga boleh memasukkan dasar plagiarisme dalam sukatan pembelajaran kursus. Kursus
plagiat perlu ditawarkan kepada para pelajar kerana pendedahan pelajar terhadap plagiat
dapat mencetuskan kesedaran dalam diri mereka. Pelajar haruslah didedahkan dengan
kaedah-kaedah membuat petikan. Pelajar-pelajar yang terlibat dalam plagiat adalah mereka
yang bersikap malas dan kurang pengetahuan dengan cara-cara pembuatan petikan.
Pendedahan ilmu tersebut kepada para pelajar akan membolehkan para pelajar untuk
membuat petikan sendiri yang asli dan berkualiti.

Kesimpulannya, plagiarisme merupakan isu yang harus dipandang serius oleh semua
pihak. Kegiatan tersebut haruslah ditangani dengan segera kerana membawa kemudaratan
kepada masyarakat dan negara. Sistem Pendidikan Malaysia menitikberatkan penghasilan
modal insan yang berinovatif tinggi dan kreatif. Kegiatan plagiat harus dikurangkan agar
dapat memperbanyakkan penghasilan karya, tesis dan sebagainya yang bukan sahaja asli
malah bermutu tinggi.

Anda mungkin juga menyukai