Anda di halaman 1dari 51

PENGIRAAN NOMBOR

DAN OPERASI
DISEDIAKAN OLEH: NURAINA BINTI AYOB
TENGKU ZULAIKHA BINTI TENGKU ZAINAL
Konsep Nombor
• Konsep nombor menggambarkan bilangan
atau banyaknya benda bagi sesuatu kumpulan
iaitu sifat kuantiti benda tersebut
manakala angka adalah simbol atau tanda
yang mewakili serta menggambarkan konsep
nombor.
• Sistem nombor yang digunakan hari
ini mempunyai empat ciri penting
iaitu :
- Nilai tempat
- Asas sepuluh
- Penggunaan sifar
- Mempunyai nilai tambah
- Nombor boleh ditambah
berdasarkan nilai tempat
VIDEO
Nombor Bulat
• Nombor bulat adalah terdiri daripada nombor-nombor
“0, 1, 2, 3, 4,5, 6 ,7 ,8 ,9, …”.

• Boleh ditulis dalam perkataan atau angka.

• Asas bagi nombor bulat adalah nombor asli. Nombor-nombor asli


adalah
“1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9,… “.

• Nombor bulat menjadi lebih mudah difahami sekiranya


digambarkan dalam bentuk garisan nombor.
Verschaffel and De Corte (1996) mengelaskan
penggunaan nombor bulat kepada lima kategori :
• Menentukan kuantiti (aspek kardinal (cardinal)
• Mengenal pasti (aspek ordinal)
• Mengukur (aspek pengukuran)
• Reckon (aspek reckoning)
• Menamakan (aspek non-numerical)
Setiap angka nombor bulat mewakili nilai tertentu mengikut
kedudukan nilai angka dalam nombor tersebut. Sebagai contoh,
nilai bagi setiap angka dalam nombor 4,128,925 adalah seperti
berikut;
• Juta - angka 4
• Ratus ribu - angka 1
• Puluh ribu - angka 2
• Ribu - angka 8
• Ratus - angka 9
• Puluh -angka 2
• Unit - angka 5
Nombor Bulat
• Menghitung
• Menulis dalam perkataan
• Menulis dalam angka
Bundar
• Nombor bulat boleh di'bundarkan' (rounded off)
kepada nilai tempat tertentu mengikut ketepatan yang
diperlukan.

Kaedah untuk pembundaran (rounding off) :


• Cari angka di sebelah kanan nilai tempat yang diberi.
• Jika angka ini adalah kurang dari 5, biarkan angka pada
nilai tempat tersebut tidak berubah.
• Jika angka ini adalah 5 atau lebih, maka tambahkan 1
pada angka dalam nilai tempat yang diberi dan
gantikan setiap angka di sebelah kanan dengan 0.
Contoh :
• Bundarkan 37 268 yang nilai yang terhampir
• Ribu
• Nilai tempat yang diberi, ribu = 7.
• Angka disebelah kanan nilai tempat yang diberi adalah 2 (2<5 ).
• Biarkan angka 7 tidak berubah dan gantikan kesemua angka di
sebelah kanan angka 7 dengan 0.
• Oleh itu pembundaran 37 268 kepada nilai ribu yang
terhampir adalah 37 000.
• Puluh ribu
• Nilai tempat yang diberi, puluh ribu = 3.
• Angka disebelah kanan nilai tempat yang diberi
adalah 7 (7>5).
• Tambahkan 1 pada angka 3 dan gantikan kesemua
angka di sebelah kanan angka 3 dengan 0.
• Oleh itu pembundaran 37 268 kepada
nilai puluh ribu yang terhampir adalah 40 000.
Pola Nombor
• Pola dikenali sebagai corak.
• Corak dalam matematik ialah:

• Pola yang menghubungkan satu nombor dengan


nombor yang lain.
• Nombor-nombor yang telah disusun dalam corak
tertentu yang dikenali sebagai urutan(sequence).
Contoh
Berdasarkan soalan dan
jawapan di sebelah, dapat
lihat bahawa corak bagi
susunan nombor
2,4,6,8,10 adalah hasil
tambah dua (+2) daripada
setiap nombor tersebut.
Oleh itu, +2 adalah pola
atau corak bagi susunan
nombor di sebelah
Urutan Fibonacci
• Corak urutan ini ialah 1,1,2,3,5,8
• Urutan ini bermula dengan 1,1 dan setiap selepas sebutan yang kedua
diperolehi dengan menambah dua sebutan sebelumnya yang
terdapat dalam urutan.
VIDEO
PENAMBAH
AN
Sebelum murid mula diperkenalkan dengan operasi tambah, mereka
sepatutnya telah boleh:
• membilang hingga 10

• menyusun kumpulan benda-benda sehingga 10

• membaca dan menulis angka hingga 1-10

• memadankan angka daripada 1-10 dengan perkataan nombor

• mengenal simbol “0” dan perkataan “sifar” dan faham apa maknanya

• memahami konsep keabadian nombor


1. KONSEP PENAMBAHAN
• Penambahan ialah operasi yang mencantumkan dua nombor untuk
menghasilkan nombor ketiga yang dinamakan jumlah atau hasil tambah.

• Dua model lazim digunakan untuk menghuraikan penambahan.


 Model Penyatuan Set
 Model Penyukatan ( Garis Nombor )
1.1 Model Penyatuan Set

Set A mengandungi 4 biji epal ( bilangan unsur ) dan set B terdapat 3 biji
epal. Bilangan epal ( unsur ) dalam set C boleh ditentukan dengan
membilang. Proses keseluruhan untuk menentukan nombor inilah yang
dinamakan operasi tambah. Operasi dilambangkan dengan simbol “+” dan
dicatatkan sebagai:
4 + 3 = 7
1.2 Model Penyukatan ( Garis Nombor )

• Penambahan dua nombor, misalnya 4 dan 3.

4 + 3 = 7

Ayat Matematik
Aktiviti Memperkenalkan Konsep Penambahan
Aktiviti-aktiviti awalan untuk memperkenalkan konsep harus
diberi melalui mencantum set ( kumpulan ) objek. Pengalaman-
pengalaman ini akan membantu murid memahami huraian lisan
tentang operasi tambah serta simbol dan istilah yang digunakan
untuk operasi ini.
Contoh Aktiviti
Bimbing murid menghuraikan secara lisan situasi penambahan ( ayat
matematik dalam perkataan ) seperti :
4 ekor rama-rama dan 2 ekor rama-rama jumlahnya 6 ekor rama-rama

4 ekor rama-rama ditambah 2 ekor rama-rama bersamaan 6 ekor rama-rama

Jumlah 4 ekor rama-rama dan 2 ekor rama-rama ialah 6 ekor rama-rama

Perkataan “dan”, “ditambah” dan “jumlah” semuanya


membawa pengertian tambah dan simbolnya “+”.

Perkataan “jumlahnya”, “ialah” dan “bersamaan”


boleh diringkaskan dengan menggunakan simbol “=“.

4 + 2 ialah 6
atau 4 + 2 sama dengan 6
atau 6 ialah 4 + 2
Fakta Asas Penambahan
• Semua murid boleh menyatakan fakta asas dengan
cepat dan tepat sekiranya diajar dengan cara yang
wajar.
• Guru mesti menentukan bahawa murid telah
mempunyai konsep tambah termasuk simbol-simbol
yang mantap sebelum menyuruh murid menghafal.
(peringkat paling tinggi serta paling cekap bagi
seseorang murid)
• Setelah murid memahami konsep penambahan dan
dapat menulis ayat matematik dengan betul, barulah
kita perkenalkan fakta asas tambah termasuk strategi-
strategi mempelajarinya agar fakta-fakta diingat kembali
dengan cepat dan tepat.
Jadual Fakta Asas Tambah
Daripada 100 fakta asas penambahan yang diajar
kepada murid, terdapat 16 kombinasi dianggap sukar
untuk diingat oleh murid.
Algoritma Penambahan

Algoritma – bermakna prosedur atau langkah-


langkah serta format yang digunakan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah.
Sebelum algoritma lazim ( conventional algorithm ) yang biasa
digunakan, murid boleh diperkenalkan kepada algoritma
perkembangan ( development algorithm )
Kaedah-Kaedah Penambahan Lain
1. Kaedah Hasil Tambah Separa ( Method of Partial Sum )
Contoh :
2. Kaedah Lattice / Kekisi
Contoh :
PENOLAKAN
Pengasingan atau pengurangan set kepada set-set yang kecil.
Proses songsangan (menterbalikkan) operasi tambah.
VIDEO
Konsep-konsep Operasi
Tolak

Mengambil keluar / pengasingan


Perbandingan
Berapa banyak lagi perlu ditambah
Mengambil keluar /
Pengasingan
Mengambil serta membilang objek-objek konkrtit
(satu-satu, dua-dua dan sebagainya) untuk menjadi
satu set objek.
Membilang serta mengeluarkan beberapa objek dari
sesuatu set berkenaan.
Membulang objek yang tertinggal (dalam satu-satu,
dua-dua dan sebagainya) ketika tamat proses
pengasingan.
Contoh
• Di dalam sebuah bikar, terdapat 7 biji guli. 3 biji guli dikeluarkan dari
bikar. Berapa biji guli yang tinggal di dalam bikar ?

baki yang tinggal

dikeluarkan

7–3=4
Perbandingan
Mengambil dua objek yang berasingan.
Menyusun dalam sebaris dan membilang objek dalam setiap set.
Padankan satu dengan satu objek set pertama kepada objek set
kedua.
Membilang objek dalam mana-mana set yang tidak ada padanan
yang juga dipanggil perbezaan antara kedua-dua set.
Contoh
Alia mempunyai 8 batang
pensel manakala Shukri
mempunyai 5 batang pensel.
Alia mempunyai berapa pensel
yang lebih daripada Shukri ?
Berapa banyak lagi yang
perlu ditambah
Menyusun dalam sebaris dan membilang
objek yang diperlukan.
Teruskan menyusun proses membilang serta
sambung baris objek itu sehingga jumlah yang
dinyatakan.
Menjelaskan bahawa operasi tambah itu
sebenarnya ialah tolak dengan mengambil
balik objek asal.
Membilang objek yang tertinggal.
Contoh
Arisya ingin melekatkan setem pada sehelai kad yang
mempunyai ruang untuk 10 keping setem. Jika Arisya
telah mempunyai 6 keping setem, berapa keping
setem lagi perlu Arisya kumpul sebelum dia boleh
menlengkapkan kad itu.
Kaedah-kaedah lain
Penolakan

Kaedah pelengkap
Kaedah ganti rugi
Permainan petak-petak
Kaedah Pelengkap
Nombor y ialah pelengkap bagi nombor x
x+y=10n dimana n=1,2,3….
iaitu hasil tambah kedua-dua nombor berkenaan adalah gandaan
puluh, ratus atau ribu dan sebagainya.
Kaedah Ganti Rugi
Permainan Petak-petak
Fakta Asas Penolakan
• Ayat matematik bagi penolakan nombor 1digit daripada
nombor 1digit atau 2 digit dan hasilnya nombor satu digit.
Algoritma Piawaian & Algoritma
Alternatif
Penolakan Gantian Nombor
• Kaedah ini sememangnya menggunakan langkah yang panjang kerana ia
terpaksa mencerakinkan setiap nombor kepada nombor yang mempunyai
sifar.
• Kaedah ini lebih selamat dan membantu murid daripada melakukan
kesilapan : murid dapat melihat dengan lebih jelas cara penolakan nombor
dengan adanya sifar dibelakang.
• Proses ini hanya memerlukan kaedah penolakan pada akhir proses.
• Setiap penggantian akan dilakukan dalam operasi tambah.

CONTOH
• Dikenali sebagai standard algorithm penolakan.
Mulakan penolakan dengan Sa dan teruskan menolak
dengan mengumpul semula, iaitu daripada kanan ke
kiri.
• Jika sa yang sedia ada tidak mencukupi untuk ditolak,
kita kumpul semula 1 puluh sebagai 10 sa dan
kemudian tolak sa. Begitu juga jika puluh tidak
mencukupi untuk ditolak, kita kumpul semula 1 ratus
menjadi10 puluh dan lakukan penolakan.

CONTOH
Rekreasi
• Satu permainan matematik yang
direka oleh guru untuk
menimbulkan keseronokan pada
murid.

Anda mungkin juga menyukai