Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS 2


SEJARAH
2022

PENGENALAN

Pendidikan Sejarah merupakan mata pelajaran Teras yang diambil oleh semua
pelajar di peringkat SPM. Salah satu penyebab kelemahan atau kegagalan pelajar di
dalam mata pelajaran Sejarah adalah mereka kurang memahami cara atau teknik
menjawab Kertas 2 terutama pada soalan berbentuk KBAT pada soalan sebenar. Bengkel
Teknik Menjawab Kertas 2 ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan
gambaran yang lebih dekat kepada Pelajar Galus teknik menjawab soalan terutama soalan
berbentuk KBAT bagi memperoleh keputusan yang lebih cemerlang untuk peperiksaan
SPM tahun 2022. Pendedahan teknik yang betul akan disampaikan oleh guru yang mahir
dan berpengalaman dalam mata pelajaran ini. Diharapkan terlaksananya bengkel ini dapat
membantu pelajar-pelajar meningkatkan prestasi akademik dalam mata pelajar Sejarah.

MATLAMAT
Matlamat Bengkel Teknik Menjawab Kertas 2 ini untuk memberi gambaran dan
pendedahan yang lebih mendalam tentang teknik menjawab soalan Kertas 2 mengikut
skema pemarkahan sebenar kepada Pelajar Galus yang berpotensi untuk lulus SPM.

OBJEKTIF
Di akhir program ini pelajar dapat :
▪ Maklumat tentang cara dan teknik menjawab dengan betul
▪ Pendedahan Soalan SPM yang sebenar terutama soalan berbentuk KBAT
▪ Pendedahan akan pentingnya subjek Sejarah untuk lulus SPM
SASARAN
▪ Tingkatan 5 : Kelas 5 Tasawur, 5 Sastera dan 5 PSV (74 calon)

TARIKH, MASA & TEMPAT


Tarikh : 25 Ogos 2022
Masa : 2.00 - 4.00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK Sungai Bayor

KEPERLUAN PROGRAM
▪ Kertas A4
▪ Fail Poket
▪ Alat Tulis

BENTUK PROGRAM
▪ Ceramah/ Penerangan berkaitan soalan (Kertas 2) Sejarah yang telah diedarkan oleh
KPM.
▪ Bengkel
▪ Soal Jawab

SUMBER KEWANGAN
▪ PCG Sejarah, SMK Sungai Bayor

PERBELANJAAN
BIL PERKARA JUMLAH
1. Saguhati Penceramah RM 240.00
2. Kertas A4 (RM 12x2) RM 24.00
3. Fail Poket ( RM 1 x 74) RM 74.00
4. Alat Tulis ( Highlighter) ( RM 1x 74) Rm 74.00
5 Makanan (Rm 4 x 74) RM 296.00
RM 708.00
PENUTUP
Terlaksananya Bengkel Teknik Menjawab Kertas 2 ini diharapkan dapat
membantu Pelajar Galus meningkatkan prestasi LULUS dalam subjek berkenaan. Segala
kelemahan atau kekurangan semasa bengkel dijalankan akan dikenal pasti nanti dan
diperbaiki atau dipertingkatkan untuk tahun-tahun akan datang. Usaha-usaha
meningkatkan prestasi akademik mata pelajaran sewajarnya perlu dilakukan oleh semua
guru mata pelajaran tidak kira di kelas-kelas peperiksaan atau tidak.

Semoga bengkel ini dapat membantu pelajar-pelajar dalam peningkatan prestasi


LULUS semasa Peperiksaan SPM sebenar nanti

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………. …………………….
Sarindah Binti Ismail Md Ramly BinMahmood
Guru Sejarah GK Kemanusiaan
SMK Sungai Bayor SMK Sungai Bayor

Disahkan oleh,

………………………..
Zakaria Bin Ahmad
Pengetua
SMK Sungai Bayor
JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat : Ustaz Md Ramly Bin Mahmood
(GK Kemanusiaan)

Setiausaha : Puan Sarindah Binti Ismail


(KP Sejarah)

AJK : Encik Henry Bin Rudy Armady AL Manhar


: Puan Rohayu Bin Ahmad

TENTATIF PROGRAM
BENGKEL TEKNIK CEMERLANG SEJARAH (KERTAS 2) SPM 2022

TARIKH : 25 Ogos 2022


TEMPAT : Bilik Mesyuarat
KELAS : 5T, 5S, 5PSV (74 ORANG)

MASA CATATAN

2.00 Petang -3.00 Petang Pendedahan soalan KBAT

3.00 Petang – 4.00 Petang Bengkel Menjawab

Anda mungkin juga menyukai