Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA EKONOMI TOKEN

KELAS PEMULIHAN 2017

SK SUNGAI TENGAR

1. Pengenalan
Token ekonomi adalah program modifikasi tingkahlaku yang dirancang untuk
meningkatkan tingkahlaku yang diingini dan mengurangkan tingkahlaku yang
tidak diingini melalui penggunaan token. Individu akan menerima token setelah
menunjukkan tingkahlaku yang diingini manakala token akan ditarik balik
sekiranya individu menunjukkan tingkahlaku yang tidak diingini. Token yang
dikumpulkan kemudian ditukar dengan peneguh seperti hadiah atau
penghargaan. Melalui program ini, diharap agar pelajar lebih berminat dalam
pembelajaran .

2. Objektif
Tujuan utama Token Ekonomi adalah untuk meningkatkan tingkahlaku yang
diingini dan mengurangkan tingkahlaku yang tidak diingini. Ia sering digunakan di
rumah sakit jiwa atau pusat pemulihan akhlak untuk mengawal tingkahlaku
individu yang tidak dapat diramalkan atau agresif. Bagaimanapun, tujuan yang
lebih utama adalah untuk mengajar tingkahlaku yang sesuai dan ketrampilan-
ketrampilan sosial yang positif dan wajar. Dalam program ini, guru menggunakan
kaedah ini untuk membina sikap minat murid dalam pembelajaran serta
membiasakan murid menyiapkan kerja ruma tepat pada masanya.

3. Tempoh Pelaksanaan
Tempoh pelaksanaan kaedah token ekonomi ini biasanya memakan masa yang
lama kerana proses membiasakan pelajar dengan perubahan sikap positif ini
perlu diambil kira. Program ini dijalankan selama 5 bulan iaitu sepanjang
perjalanan sesi persekolahan semester kedua.

4. Masa Aktiviti
- Aktiviti dijalankan di dalam kelas pemulihan untuk Tahun 1, 2 dan 3.

5. Ahli Jawatankuasa
Pengerusi : Tn Haji Abdul Khalim Khafidz bin Miskon
N. Pengerusi 1 : En Ahmad Sibaweh bin Jaafar
N. Pengerusi 2 : En Ahmad bin Senin
N. Pengerusi 3 : En Mohd Hafizul Fahmi bin Mohd Ishak
Setiausaha : Pn Nurul Husna bt Jamaluddin
AJK : Semua guru linus

6. Penutup
- Semoga dengan adanya program seperti ini dapat membantu mengubah
sikap murid-murid pemulihan kepada seseorang yang minat kepada
pembelajaran selaras dengan mempamerkan sikap yang positif.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

. .

(NURUL HUSNA BT JAMALUDDIN) (ABD KHALIM KHAFIDZ BIN MISKON)

Setiausaha Program Ekonomi Token, Guru Besar,

SK Sungai Tengar SK Sungai Tengar

Anda mungkin juga menyukai