Anda di halaman 1dari 13

Sejarah

Nama:Aiman fikri bin zulzaimi

Tajuk :cara untuk


mengankat martabat
warisan budaya bangsa
ke peringkat
antarabangsa
Guru:Rofizal binti Razak
kelas:1k1

Menghargai sejarah dan warisan adalah suatu


yang masih longgar dan tidak kukuh dalam
kalangan masyarakat tempatan. Sejarah selalu
dilupkan dan peninggalan warisan pula selalu
diabaikan. Hal ini disebabkan ada tanggapan
bahawa kedua-duanya tidak releven dengan
keperluan hari ini dan masa depan. Sejarah dan
warisan selalu difahami sebagai benda mati
maka kepada sesetengah orang, kedua-duanya
tidak bernilai lagi kecuali sedikit sentimental
kepada masa lampau. Benda-benda warisan yang
ditinggalkan itu adalah kesan laluan sejarah
kepada sesuatu bangsa. Tegasnya, peninggalan
sejarah dan warisan merupakan aset yang mesti
dipertahankan dan dijaga dengan baik agar
dapat dijadikan sumber rujukan, serta tatapan
kepada generasi akan datang, di samping mampu
menarik pelancong ke negara ini.

Warisan-warisan budaya dan semula jadi tidak


hanya penting kepada negera, tetapi kepada
seluruh dunia dan manusia sejagat. Warisanwarisan ini dianggap mempunyai nilai
keunggulan sejagat. Warisan-warisan ini tidak
akan dapat diganti dan kehilangannya bererti
kerugian kepada manusia seluruh dunia ini. Oleh
itu, sudah menjadi satu tanggungjawab bersama
bagi semua pihak untuk memastikan kepentingan
sejagat ini bebas daripada bahaya dan ancaman
kemusnahan dan keluputan. Sehubungan dengan
itu, pelbagai langkah dan tidakan telah diambil
oleh kerajaan pusat dan negeri dalam
memastikan proses pemuliharaan tinggalan
bersejarah dan melestarikan nilai pelbagai
warisan turun-temurun ini dirteruskan. Dalam
konteks memelihara dan memulihara produk
warisan, pengisytiharan yang pertama pernah
diadakan di Parlimen dengan mengisytiharkan 50
butiran warisan yang diangkat menjadi Warisan
Kebangsaan pada tahun 2007 bersempena
dengan 50 tahun kemerdekaan Malaysia.

Ekoran daripada itu, pihak Kementerian


Perapaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Malaysia (KPKKW) telah memproklamirkan
sebanyak 173 butiran warisan lagi sebagai
warisan kebangsaan. Senarai tersebut terdiri
daripada semua butiran warisan yang disebut
dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta
645). Kewujudan daftar Warisan Kebagsaan
seumpama itu membuktikan bahawa negara kita
memberikan penekanan betapa peri pentingnya
setiap jenis warisan. Malaysia adalah antara
negara yang ke depan dalam perkara ini
bersama-sama negara maju lain seperti united
Kingdom dan Australia. Hal ini bukan sekadar
daftar warisan, tetapi merupakan cermin
kebijaksanan setempat atau ;local genius yang
digunakan setiap hari tanpa disedari bahawa
amalan itu diperturunkan nenek moyang.
Tujuan pengisythiharan ini adalah untuk memberi
kesedaran kapada masyarakat kepantingan
memulihara dan memelihara warisan Negara
agar terus berkekalan dan menjadi warisan

generasi akan datang. Majlis pengisytiharan


kedua ini telah diadakan pada 14 Februari 2009
dan disempurnakan oleh Menterinya YB Dato
Seri Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal di Victoria
Institution. Sempena majlis tersebut, butiran
warisan yang diisyiharkan merangkumi Tapak
Warisan-monumen atau bangunan, arkeologi, dan
alam semula jadi; Objek Warisan- artifak, kerja
seni, manuskrip, lagu rakyat, puisi, tradisi lisan,
tarian, dan seni mempertahankan diri; serta
Tokoh Orang Hidup. Hal ini menunjukkan negara
kita kaya dengan khazanah warisan yang terdiri
daripada pelbagai adapt, budaya, dan agama
KPKKW melalui agensinya iaitu Jabatan Warisan
Negara (JWN) bertanggungjawab untuk
mendaftarkan semua butiran warisan yang telah
diwartakan (KeKKWa) ditubuhkan pada 1 Mac
2006 lantaran berkuatkuasanya suatu akta yang
dikenali sebagai Akta Warisan kebangsaan
2005( Akta 645) menggantikan Akta Benda Purba
1976 (Akta 168) dan Akta Harta Karun 1957 yang
diguna pakai bagi perlindungan dan
pemeliharaan warisan negara berkaitan barang
purba, monument, dan tinggalan kebudayaan.

Akta Warisan Kebangsaan meliputi Warisan


Budaya( Cultural Heritage ) yang dipecahkan
kepada warisan ketara ( Tangible heritage ) dan
warisan tidak ketara ( intangible heritage ),
Warisan semula jadi ( Natural Heritage ), serta
Warisan Budaya Bawah Air ( Underwater Cultural
Heritage ). Warisan ketara bermaskud sesuatu
yang kekal dilihat dan dipegang sama ada static (
tapak tanah bersejarah, monument, bangunan,
atau alam semula jadi), atau mudah alih ( artifakartifak bahan budaya yang boleh dipindahkan.
Manakala, warisan tak ketara pula merujuk
warisan tidak nyata, iaitu ilmu dan kepakaran
yang ditafsir melalui tardisi memlalui tradisi
lisan, nilai-nilai adat dan budaya, bahasa dan
persuratan. Sebagai sebuah entity yang
dipertanggungjawab untuk mempertahankan
kesinambungan warisan negara, JWN berfungsi
secara dinamiknya untuk menggembleng usaha
kea rah memartabatkan warisan kebudayaan dan
warisan semula jadi negara. Berdasarkan
matlamat tersebut JWN bertanggungjawab untuk

mengekal dan dan memulihara warisan negara


sama ada dalam bentuk ketara mahupun etara.

Sehubungan dengan itu, Sekolah Menengah


Kebangsaan Victoria turut disenaraikan sebagai
Warisan Kebangsaan bagi ketegori Tapak Warisan
( Bangunan ) bersama-sama 16 butiran yang lain.
SMK Victoria atau kini dikenali semula sebagai
Victoria Institution ilah antara bangunan yang
tersenarai sebagai Warisan Kebangsaan kerana
peninggalan warisan seni bina, kepentingan
sejarah penggunaannya, serta kejayaan sekolah
itu dalam melahirkan tokoh-tokoh ulung dalam
politik, ushawan, sukan dan pentadbir. Usaha
untuk mengangkat martabat tapak warisan
seumpama itu juga pernah dilakukan di peringkat
antarabangsa, iaitu seperti tujuh monument ajaib
dunia termasuklah Primaid Giza, Taj Mahal, dan
Colosseum di Rom.

Soalnya mengapa dunia mengangkat bangunanbangunan lama ini sebagai suatu yang sangat
bernilai waima selepas ribuan tahun
pembinaanya? Faktornya tentulah sejarah yang
tercipta di sebalik binaan itu yang mempunyai
hubung kiat dengan kecemerlangan silam. Di
Paris, misalnya terdapat ratusan bangunan yang
diwartakan sebagai warisan mempunyai sejarah
tentang tamadun Perancis. Salah satunya
kediaman Victor Hugo, sasterawan tersohor
Perancis yang dipelihara sebagai muzium hingga
kini. Padahal tidak ada keunikan di kediaman itu,
tetapi kerana nilai sejarah kediaman itu yang
menyumbang kepada kemasyhuran Victor Hugo.
Di Negara kita, antara tapak warisan yang telah
diwartakan termasuk Maktab Perguruan Sultan
Idris Tanjung Malim, Perak: Universiti Malaya,
Lembah Pantai ;Bagunan Stadhuys dan Gereja
Christ, Melaka: Istana Lama Sri Mnanti, Negeri
Sembilan;Masjid Jamek Jalan Tun Perak; Masjid
Kampung Keling dan Kuil Poyyata Vinagar
Moorthi di Melaka serta Muzium Perak, Jalan
Taming Sari, Perak.

Dari segi pengiktirafan Warisan Antarabangsa


pula, Malaysia berjaya menyenaraikan dua lagi
tapak warisan dunia di bawah Pertubuhan
Pendidikan, Saintifik dan kebudayaan
Pertubuhan bangsa bersatu (UNESCO) melalui
Bandar Melaka dan Georgetown, Pulau Pinang.
Pengiktirafan yang diterima oleh kedua-dua
Bandar raya tersebut deperoleh pada 7 julai 2008
pada persidangan Jawatankuasa Warisan Dunia
ke-32 yang berlangsung di Quebec City, kanada.
Kejayaan kedua-dua Bandar raya tersebut yang
disenaraikan bersama sebagai Bandar Sejarah
Selat Melaka itu adalah suatu yang kejayaan
besar bagi Malaysia khusunya Melaka dan Pulau
Pinang memandangkan usaha untuk mendapat
pengiktirafan tersebut telah dilakukan sejak
tahun 2001. Kejayaan itu menjadikan Malaysia
kini mempunyai tiga tapak warisan dunia selepas
Taman Negara Mulu, Sarawak dan Taman
kinabalu, Sabah yang memperoleh pengiktirafan
itu bagi kategori tapak alam semula jadi pada
tahun 2000. Menurut kenyataan UNESCO,
pihaknya menerima 45 pencalonan bagi keduadua kategori tapak kebudayaan dan alam semula
jadi, tetapi hanya memilih 27 daripadanya,iaitu

19 bagi kategori tapak warisan dan lapan untuk


alam semula jadi.

Dari segi warisan makanan pula,terdapat


pelbagai jenis makanan kegemaran rakyat
Malaysia yang dapat diketengahkan. Hal ini
demikian kerana setiap kaum mewarisi makanan
turun-temurun masing-masing dan kita tidak
mahu keistimewaan sesuatu masakan yang
diwarisi oleh bangsa tertentu hilang begitu
sahaja dek terdedah kepada makanan barat.
Sebanyak 100 lagi makanan tradisional pelbagai
kaum di negara ini turut disenaraikan sebagai
Masakan warisan kebangsaan bagi kategori
warisan tidak ketara ( makanan ) 2009 termasuk
nasi dagang,nasi lemak,nasi kerabu,nasi
himpit,kuih cincin,keropok,tosai dan roti canai.
Sejak zaman berzaman,makanan tradisional
seperti itu telah lama menjadi identity sesuatu
kaum kerana keistimewaannya. Daripada laukpauk,kuih-muih hinggalah makanan pembuka
selera turut merentasi budaya dan bangsa di
negara ini. Tegasnya, pengisytiharan warisan

makanan sebagai warisan kebudayaan tidak


ketara cukup signifikan dalam membudayakan
masyarakat terhadap satu lagi warisan negara

Kesimpulan :

Secara tuntas,kesemua daftar warisan


kebangsaan tersebut adalah bagi mengenal pasti
butiran warisan yang dimiliki negara dalam
usaha menyelamatkannya daripada pupus.
Khazanah berkenaan memang seharusnya
dipelihara dan dipulihara supaya dapat
diwariskan kepada generasi akan datang serta
diurus tadbir dengan baik. Namun ,dalam
percaturan antara nilai komersial dan
warisan,sudah tentulah warisan akan tewas
kepada perkiraan ringgit dan tunturan
modenisasi

Anda mungkin juga menyukai