Anda di halaman 1dari 3

PENYEDIAAN KERTAS KERJA PROGRAM

1. TAJUK KERTAS KERJA


Nyatakan tajuk kertas kerja yang bersesuaian.

Contoh:
GERAK MESRA MEDIA – MBFM 2010 (GEMA 2010)

2. TUJUAN/OBJEKTIF
Nyatakan tujuan projek/program.

Contoh:
Program GERAK MESRA MEDIA-MBFM ini perlu dilihat dari segmen yang pelbagai,
iaitu antaranya memperkasa hubungan yang baik antara pihak MBFM dan pihak
media seluruh Malaysia dan menghargai peranan media didalam pembangunan Belia
Felda selama ini.

3. LATAR BELAKANG
Nyatakan sedikit latar belakang pertubuhan dan hubungkait serta kepentingannya
dengan program yang dicadangkan.

Contoh:
Majlis Belia Felda Malaysia memandang serius impak media didalam membangun,
menyedarkan malah memperkasa belia Felda khususnya dan Felda amnya. Justeru,
gerak mesra media-MBFM ini akan menjadi wadah di dalam memperkasa hubungan
baik dan menghargai peranan media itu sendiri.

4. OBJEKTIF
Senaraikan objektif-objektif utama program ini.

Contoh:
Membina keharmonian antara 2 entiti (MBFM dan Media) berasaskan ilmu
pengetahuan yang disalurkan dan seterusnya di manfaatkan ke dalam masyarakat
komuniti FELDA.
PENYEDIAAN KERTAS KERJA PROGRAM

5. KOMPONEN PROJEK

Cadangan tarikh dan tempat perlaksanaan


Nyatakan cadangan tarikh-tarikh dan tempat-tempat program ini akan
dilaksanakan.

Contoh:

TARIKH : 12 Disember 2010

TEMPAT : Hotel Kuala Lumpur International


Kampung Baru, Kuala Lumpur

6. JAWATANKUASA PROGRAM

Nyatakan Jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program.

Contoh:

a) Jawatankuasa Induk
b) Jawatankuasa Kecil

7. Peserta (KUMPULAN SASAR)

Nyatakan jumlah dan kumpulan peserta

Contoh:
Wakil – Wakil Media : Utusan Malaysia, Bernama, Berita Harian, RTM, TV3, TV9,
ASTRO Awani, Kosmo, Harian Metro, New Straits Times, Guang Ming Daily, Nanyang
Siang Pau, Kwong Wah Yit Poh, Sinar Harian dan Sin Chew Daily

8. Kaedah Perlaksanaan

Nyatakan kaedah perlaksanaan program sama ada dalam bentuk seminar, ceramah,
bengkel, kempen dan sebagainya.
PENYEDIAAN KERTAS KERJA PROGRAM

9. Aturcara (sebagai maklumat tambahan)

Kepilkan cadangan aturcara program.

Contoh:

Masa Aktiviti

08.00 pagi : Pendaftaran peserta (70 orang)

09.00 pagi : Welcome Drink

09.30 pagi : Taklimat Bengkel

10.00 pagi : ** Makmal Penulisan Inovatif dan Kreatif – Berita Am

11.00 pagi : ** Makmal Penulisan Inovatif dan Kreatif – Berita Sukan

12.00 petang : ** Makmal Penulisan Inovatif dan Kreatif – Berita Pendidikan

01.00 petang : Rehat / Makan Tengahari / Solat

02.30 petang : Bengkel ( Hand’s On)

- Persembahan setiap wilayah dan di nilai oleh tutor

05.30 petang : Binding dan minum petang

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

Nyatakan anggaran perbelanjaan bagi setiap program beserta pecahan-pecahan


perbelanjaan.

Nyatakan juga jumlah peruntukan yang dipohon daripada Kementerian


Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

9. KESIMPULAN

Rumusan dan harapan daripada program yang dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai