Anda di halaman 1dari 5

| KERTAS KERJA AKTIVITI UNIT KOKURIKULUM |

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU 4,


JALAN KUALA RUI,
33300 GERIK, PERAK

Kertas Kerja
Kursus TOT
( Training of Trainer )

Siri 1/2014
Kemahiran Ikatan
dan Simpulan
ANJURAN:

UNIT KOKURIKULUM
SMK BATU 4, GERIK
KERTAS KERJA
UNIT KOKURIKULUM SMK BATU 4 | 2014

| KERTAS KERJA AKTIVITI UNIT KOKURIKULUM |


KURSUS TOT (TRAINING OF TRAINER)
(KEMAHIRAN IKATAN DAN SIMPULAN)
SMK BATU 4, GERIK
1.0 PENGENALAN
Kemahiran asas ikatan dan simpulan merupakan salah satu elemen yang penting
sebagai persediaan asas kepada pelajar sebelum mengikut perkhemahan luar dalam
badan beruniform. Sehubungan dengan itu, Unit Kokurikulum SMK Batu 4 akan
mengadakan satu program yang berasaskan kemahiran ikatan dan simpulan dalam
Kursus TOT (Training of Trainer). Ini secara tidak langsung dapat memberi peluang
kepada peserta untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran baru serta pengalaman yang
diperlukan dalam mana-mana bdan beruniform di sekolah. Di samping itu tujuan aktiviti
ini di adakan adalah untuk melahirkan warga SMK Batu 4 yang sihat dan cemerlang di
samping mengeratkan lagi hubungan silatulrahim antara warga sekolah.
2.0

RASIONAL

Matlamat program ini untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai


kemahiran dalam asas ikatan dan simpulan. Kursus TOT (Training of Trainer) ini penting
supaya para peserta yang mengikuti kursus ini dapat melatih ahli kelab yang lain dengan
jayanya dan membantu mereka memahirkan diri dalam asas ikatan dan simpulan.
Melalui aktiviti ini juga, ia juga dapat melatih pelajar merancang, mengimplimetasikan
dan mengurus aktiviti yang melibatkan kemahiran ini terutamanya semasa perkhemahan
luar kelak.
3.0
OBJEKTIF
Mengeratkan perpaduan dan hubungan antara warga SMK Batu 4.
Memupuk jati diri dalam warga SMK Batu 4.
Memahami kemahiran asas ikatan dan simpulan serta kegunaannya.
Memperkembangkan sahsiah melalui interaksi yang sihat di dalam aktiviti
kemahiran ikatan dan simpulan seperti semangat kesukanan, kerjasama, toleransi,
kepimpinan dan disiplin.
5.0 CADANGAN TARIKH
29 Januari 2014 ( Hari Rabu)
6.0 TEMPAT
UNIT KOKURIKULUM SMK BATU 4 | 2014

| KERTAS KERJA AKTIVITI UNIT KOKURIKULUM |


Dewan SMK Batu 4, Gerik
7.0 MASA
3.00 hingga 6.00 petang
8.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN
Jumlah pelajar : 90 orang
Jumlah guru : 20 orang

9.0 TENTATIF PROGRAM


3.00
3.15
3.30
6.00

pm
pm
pm
pm

Peserta berkumpul di Dewan SMK Batu 4


Taklimat aktiviti oleh Penyelaras Program
Aktiviti Kemahiran Ikatan dan Simpulan
Bersurai

10.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi
Naib Pengerusi I
Naib pengerusi II
Naib Pengerusi III
Penyelaras
Setiausaha
AJK

:
:
:
:
:
:
:

En. Mohamad Zahari bin Mohamad Ramli


Puan Salina bt. Zaini
Puan Nor Faizah bt. Mohd Nor
Puan Fadzilah Vijaya bt. Abdullah
Cik Nor Aziehan binti Ahmad Adnan
Cik Musliha binti Idris
Semua guru penasihat badan beruniform

11.0 SUMBER KEWANGAN


Wang Peruntukan Kokurikulum (BTP)

: RM 438.00

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:
BIL.
1.

PERKARA
Tali untuk aktiviti

PENGIRAAN
3 gulung x RM 15.00

JUMLAH
RM 45.00

UNIT KOKURIKULUM SMK BATU 4 | 2014

| KERTAS KERJA AKTIVITI UNIT KOKURIKULUM |


2.

Kayu untuk aktiviti

3.

Makan tengah hari


untuk peserta

60 batang x RM 1.30

RM 78.00

90 peserta x RM 3.50

RM 315.00
JUMLAH

RM 438.00

13.0 PENUTUP
Harapan sepanjang program ini berjalan ianya akan memberi kesan yang besar
kepada semua pihak yang sama-sama terlibat memberi komitmen yang baik. Segala
program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digarisi. Semoga
semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak
tuan.

Sekian, terima kasih

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

..................................................

...................................................

(Nor Aziehan bt Ahmad Adnan)

(Salina binti Zaini)

Penyelaras Unit Beruniform,


SMK Batu 4, Gerik.

Penolong Kanan Kokurikulum,


SMK Batu 4, Gerik.

Diluluskan / Tidak Diluluskan,


....................................................
(Mohamad Zahari bin Mohamad Ramli)
Pengetua,
SMK Batu 4, Gerik.

UNIT KOKURIKULUM SMK BATU 4 | 2014

| KERTAS KERJA AKTIVITI UNIT KOKURIKULUM |

UNIT KOKURIKULUM SMK BATU 4 | 2014

Anda mungkin juga menyukai