Anda di halaman 1dari 4

GLOBAL OUTREACH PROGRAM, ISTANBUL, TURKEY (5-6 OGOS 2019)

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan sumbangan kewangan
daripada pihak tuan bagi merealisasikan kejayaan perkongsian pintar dan inovasi dalam
bidang pendidikan antara negara.

2.0 PENGENALAN

Global Outreach Program ini bertujuan untuk menwujudkan usahasama antarabangsa antara
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar, selaku pengamal dan penggerak pendidikan di
Malaysia dengan Institusi lain di luar negara. Usahasama tersebut boleh dibuat dalam pelbagai
cara antaranya mengadakan perkongsian pintar atau menghadiri persidangan pendidikan di
dalam atau di luar negara sebagai pembentang kertas kerja atau peserta. Pegawai terbabit
berpeluang berkumpul dengan ahli akademik dari pelbagai negara dan mendapat input baharu
berkaitan pendidikan terkini. Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar mempunyai seramai
empat orang pegawai SIPartners + dan 10 orang pegawai SISC+. Kesemua pegawai ini
bertanggungjawab membantu pihak pengurusan dan guru-guru sekolah menjalankan tugas
dengan berkesan. Dalam melaksanakan tugasan ini pelbagai kekangan dihadapi dalam usaha
mengubah sikap manusia, oleh itu pegawai-pegawai tersebut perlu membekalkan diri dengan
ilmu yang sesuai dan terkini agar mampu meningkatkan mutu pendidikan di Kuala Kangsar
agar berada di kelompok yang teratas, cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

3.0 MATLAMAT

Pegawai SIPartners+ dan SISC+ PPD Kuala Kangsar menyertai perkongsian pintar di
peringkat antarabangsa ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan tahap kefahaman
pegawai sebagai pelaksa kurikulum dan pembangunan instruksional. Di samping itu, untuk
merealisasikan hasrat dan matlamat kepimpinan negara dalam menjayakan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM) dan Naratif Baharu Amalan
Pendidikan. perkongsian ini juga mampu membantu pegawai SIPartners+ dan SISC+ untuk
mempertingkatkan komitmen warga pendidik tentang peranan mereka dalam pengurusan
sekolah dan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) . Guru selaku pendidik awal bagi seorang
murid perlu bertanggungjawab dan bertindak sewajarnya terhadap murid selaras dengan
PPPM iaitu melahirkan masyarakat yang mampu bersaing di peringkat global. Dalam pada itu,
guru berfungsi sebagai pendidik, ‘a good moderator’, ‘a good coach’ and ‘a good preacher’
dalam memupuk semangat cintakan ilmu.
GLOBAL OUTREACH PROGRAM, ISTANBUL, TURKEY (5-6 OGOS 2019)

4.0 OBJEKTIF

Pelaksanaan program ini akan membantu pegawai SIPartners+ dan SISC+,

i. Untuk meningkatkan imej pegawai pendidikan negeri Perak di mata masyarakat.


ii. Untuk menambah rangkaian / jalinan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan
individu luar negara.
iii. Untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pendidikan terkini
agar terus mampan dalam bidang akademik.
iv. Untuk meninjau peluang membuat projek penyelidikan dan inovasi dalam bidang
pengurusan organisasi dan bidang pedagogi secara kolektif.

5.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT

Tarikh : 3 - 9 Ogos 2019


Hari : Sabtu hingga Jumaat
Tempat : Istanbul, Turki.

6.0 ANJURAN

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

7.0 PESERTA

7.1 Encik Safuan Bin Raba’ai , Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.
7.2 Tn. Hj. Fairuz Bin Leman (SIP+)
7.3 Tn. Hj. Shuibun Bin Hamid (SIP+)
7.4 Tn. Hj. Mohd Noor Azami Bin Abu Bakar (SIP+)
7.5 Pn. Nor Hayati Binti Abdullah (SIP+)
7.6 En. Khairulamri Bin Sulaiman (SISC+)
7.7 En. Azneezal Ar-Rashid Bin Mohd Ramli (SISC+)
7.8 Tn. Hj. Jamaludin Bin Yahaya (SISC+).
7.9 Pn. Zalina Binti Jamalludin (SISC+)
7.10 Pn. Sapura Binti Dalmi (SISC+)
7.11 Pn. Nurihan Binti Nasir (SISC+)
7.12 Pn. Rahayu Irdiana Binti Ibrahim (SISC+)
7.13 Pn. Ma Noralasikin Binti Abdul Manaf (SISC+)
7.14 Pn. Yusnita Binti Muniar (SISC+)
GLOBAL OUTREACH PROGRAM, ISTANBUL, TURKEY (5-6 OGOS 2019)

8.0 TENTATIF PROGRAM

HARI 1
3 Ogos Dari Kuala Kangsar ke KLIA, Kuala Lumpur.
2019
Dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Atatuk, Istanbul.

Turkish Airlines: KLIA 23:40 pm ~ Atatuk, Istanbul 6:20 am (Direct Flight)


HARI 2
4 Ogos Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Atatuk ke tempat penginapan.
2019
Check in hotel
Free & Easy
HARI 3
5 Ogos Smart Educational Partnership:
2019  School visit 1 – Public School
 Turkish Educational System: A big picture
 Curriculum Innovation and best practices

HARI 4
6 Ogos Smart Educational Partnership:
2019  School visit 2 – Private school: Dogus Elementary School @ secondary
school
 Pedagogical Leadership
 Principal as a change maker

HARI 5
7 Ogos
2019
8 Ogos
2019
9 Ogos
2019

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

1. TIKET (PERGI BALIK) RM3,500.00 X 14 PESERTA = RM49,000.00

2. PENGINAPAN RM100 X 5MLM X 8 Bilik = RM4,000.00

JUMLAH RM53,000.00
GLOBAL OUTREACH PROGRAM, ISTANBUL, TURKEY (5-6 OGOS 2019)

*tidak termasuk perbelanjaan pengangkutan di Turki dan perbelanjaan makan dan


minum
10.0 PENDAPATAN

1. Wang Komitmen Peserta


2. Penajaan

11.0 PENUTUP

Diharapkan agar agenda yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga segala ilmu yang didapati hasil dari perkongsian pintar tersebut akan
membantu meningkatkan mutu pendidikan di daerah Kuala Kangsar khususnya dan di
Perak umumnya demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. Di samping itu, semua peserta diharap dapat menerapkan nilai-nilai murni yang
didapati nanti kepada para guru dan menjana masyarakat yang lebih maju dan padu di
samping mengutip segala ilmu dari pelbagai sumber demi meningkatkan professionalisme
sendiri sebagai pembimbing pengetua, guru besar dan guru-guru. Oleh hal yang demikian,
kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………….. ……………………….
(SAPURA BT DALMI)
Pegawai SISC+ ,
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.

Anda mungkin juga menyukai