Anda di halaman 1dari 24

GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

1.0 PENGENALAN
Bagi memberikan kesan yang positif dalam organisasi awam, pemimpinnya wajib

mempunyai sifat dan gaya kepimpinan yang berkesan. Hal ini kerana, tanpa sifat

dan gaya yang kepimpinan yang berkoordinasi, mustahil sesebuah organisasi awam

tersebut dapat ditadbir degan baik. Justeru itu gaya dan kepimpinan yang berkesan

dalam mengurus organisasi awam dianalisis, untuk mencari pemimpin yang paling

berjaya dalam mengemudi pentadbiran organisasi awam.


Kepimpinan bolehlah didefinisikan sebagai keupayaan (kebolehan, pencapaian

dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan dan

sebagainya) seseorang pemimpin: dalam pentadbirannya (Hajah Noresah Bt

Baharom & Co., 2010). Kepimpinan juga boleh ditakrifkan sebagai proses

mempengaruhi dan mengarah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tugas

subordinatnya (Mokhtar, 2008).


Tidak kurangnya dengan takrifan yang dikemukakan oleh Ainon Mohammad dan

Professor Emeritus Dr. Abdullah Hassan yang menyatakan kepimpinan ialah sejenis

tingkah laku yang bertujuan mempengaruhi individu-individu lain supaya mereka

sanggup dan secara sekarela melakukan apa yang dikehendaki oleh individu yang

memimpin (Ainon Mohd. & Abdullah Hassan, Ph.D, 2011). Dalam erti kata lain, gaya

dan sifat kepimpinan yang berjaya dalam organisasi awam adalah keupayaan

seseorang individu dalam mempengaruhi subordinat-subordinatnya dalam

melakukan tugas yang diberikan oleh mereka untuk pembangunan organisasi awam

itu sendiri.
Justeru itu, gaya dan sifat kepimpinan dalam diri seseorang pemimpin amat

penting bagi memastikan organisasi yang dipimpinannya berjaya dalam semua

aspek.

1
GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

2.0 SIFAT KEPIMPINAN YANG BERKESAN


Sifat kepimpinan membawa maksud perwatakan yang mampu untuk mempengaruhi

orang lain melakukan sesuatu tugas dengan rela hati. Tidak semua individu yang

dilahirkan mempunyai sifat kepimpinan yang unggul. Namun, jika seseorang mampu

menunjukkan sifat-sifat peribadi yang berkaliber dalam memberikan idea yang

bernas dan dinamik, maka tidak mustahil individu tersebut mampu menjadi ketua

dan pemimpin yang berjaya dalam sesebuah organisasi.


Setiap pemimpin mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Justeru

itu, sifat yang khusus untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya sukar untuk

ditakrifkan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa sifat yang telah dikenalpasti

yang pasti ada dalam diri pemimpin yang berjaya dalam organisasi awam.
Antara sifat yang telah dikenalpasti yang pasti ada dalam kalangan pemimpin

yang telah berjaya dalam organisasi awam ialah berorientasikan misi dan visi,

mempunyai daya keyakinan yang tinggi, berani melakukan perkara yang luar biasa,

mencipta dan membawa perubahan, berintegriti dan bermoral serta lebih realistik.

2.1 Berorientasikan Misi dan Visi


Seorang pemimpin yang berjaya biasanya mempunyai visi dan misi yang

boleh diikuti oleh semua orang di dalam organisasinya. Hal ini supaya

organisasi yang ditadbir mereka mempunyai garis panduan untuk dijadikan

laluan untuk berjaya. Oleh itu, seorang pemimpin yang ingin berjaya

hendaklah mempunyai misi dan visi yang mampu membawa organisasi

tersebut ke puncak kejayaan.


Pemimpin tersebut hendaklah mempunyai visi dan misi yang jauh lebih

baik daripada keadaan sekarang. Beliau juga hendaklah berupaya

menggambarkan dan menerangkan visi dan misi itu kepada individu-individu

lain sehingga dapat difahami oleh para pengikutnya (Abdullah Hassan Ph. D.

2
GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

& Ainon Mohd, 2011). Sekiranya seorang pemimpin tidak mempunyai visi dan

misi untuk organisasinya, maka dengan mudahnya individu-individu di

bawahnya tidak memahami arah tuju organisasi yang dipimpin. Visi itu

mungkin bermula dengan seorang sahaja, tetapi ia hanya dapat dijayakan

dengan usaha orang ramai (John C. Maxwell, 2011). Jadi, pemimpin tersebut

hendaklah memahami visi yang hendak dicapai supaya setiap misi yang

diusahakan membuahkan hasil dan memberi kejayaan.

2.2 Mempunyai Daya Keyakinan Yang Tinggi


Yakin adalah kompenen penting dalam membina kepercayaan antara individu

lain dengan diri kita. Apabila kita yakin, maka orang lain akan menaruh

kepercayaan kepada diri kita. Maka seseorang yang menjadi pemimpin yang

berkesan hendaklah mempunyai sifat daya keyakinan yang tinggi. Supaya

pekerja-pekerja yang berada di bawah organisasinya turut berasa yakin

dengan segala keputusan, perancangan dan juga arahan yang diberikan oleh

pemimpin mereka.
Pasti ada individu di dalam sesebuah organisasi yang kurang percaya

kepada diri sendiri dan juga yang mempunyai sikap prejudis terhadap

pemimpin mereka. Sehubungan dengan itu, cara yang paling bijak

menanganinya adalah dengan meminjam kepercayaan kita (John C.

Maxwell, 2011). Jadi, sebagai pemimpin yang berkarisma, bantulah mereka

dengan bersama-sama mencari kepercayaan dan keyakinan terhadap diri

sendiri dan juga diri kita. Anggaplah ia sebagai pinjaman, sesuatu yang diberi

dengan percuma, tetapi ia akan dbayar balik dengan dividen semasa individu

3
GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

tersebut telah berjaya (John C. Maxwell, 2011) dan mula yakin dengan segala

perancangan yang telah dilakukan.

2.3 Berani Melakukan Perkara yang Luar Biasa


Setiap tindakan yang diambil oleh seorang ketua atau pemimpin sesebuah

organisasi merupakan suatu langkah yang berani. Namun, untuk seseorang

yang ingin memimpin dengan berjaya dan berkesan di dalam sesebuah

organisasi hendaklah berani untuk mengambil keputusan untuk melakukan

perkara yang luar biasa. Hal ini kerana, tidak semua ketua yang berani

mengambil risiko untuk melakukan perkara yang luar biasa.


Perkara yang luar biasa yang dimaksudkan adalah keputusan yang

berkaitan dengan perkara yang belum pernah dilakukan oleh orang lain.

Seorang pemimpin yanag berjaya tidak akan takut untuk melakukan

perbuatan yang luar biasa dan pelik-pelik (Abdullah Hassan Ph. D. & Ainon

Mohd, 2011). Hal ini kerana, apabila mereka menjadi pemimpin yang berjaya,

perbuatan dan keputusan mereka itulah yang akan dikagumi dan dijadikan

ikutan oleh pemimpin-pemimpin yang ingin berjaya pada masa-masa yang

akan datang.

2.4 Mencipta dan Membawa Perubahan


Pemimpin yang berkarisma dan berjaya adalah pemimpin yang telah berjaya

membawa perubahan kepada organisasi yang dipimpinnya. Sehubungan

dengan itu, dapat kita membuat inferens di mana seseorang yang ingin

menjadi pemimpin yang berjaya hendaklah berkemampuan mencipta dan

membawa perubahan ke dalam organisasi yang ditadbirnya. Sama ada

organisasi yang baru ataupun organisasi yang sedia ada.

4
GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

Tanpa mengira status quo, seorang pemimpin mestilah bersikap terbuka

dengan mengambil semua idea dari kakitangannya dan membuat keputusan

yang terbaik serta berani mencipta suatu perubahan melalui idea yang

pelbagai dan kreatif yang telah diutarakan oleh orang bawahannya. Walau

bagaimanapun, setiap perubahan yang hendak dilaksanakan hendaklah

dipersetujui oleh ahli-ahli organisasi supaya tiada kritikan atau bantahan

terhadap perubahan yang dilakukan.


Pemimpin yang berjaya juga hendaklah bijak untuk menghubungkan

perubahan yang dilakukan dengan persekitaran asal organisasi tersebut. Hal

ini adalah untuk memastikan pekerja yang bekerja dalam organisasi tersebut

mudah untuk mengikuti perubahan yang sedang dilakukan. Hal ini bertujuan

untuk mengurangkan konflik dalam proses perubahan yang hendak dilakukan.

2.5 Mempunyai Sifat yang Berintegriti dan Nilai-Nilai Murni


Integriti adalah sifat yang diperlukan dalam seorang pemimpin yang ingin

berjaya dalam setiap perkara yang dilakukannya. Berintegriti membawa

maksud kejujuran dan ketulusan (Hajah Noresah Bt Baharom & Co., 2010).

Mereka hendaklah mempunyai moral yang tinggi dan mengamalkan nilai-nilai

murni semasa menjalankan tugas.


Pemimpin diberi amanah dan bukannya diberi peluang untuk mencipta

atau memperluas pengaruh dan kuasa yang sedia ada (Mumtaz Begam bt

Abdul Kadir & Co., 2010). Justeru itu, seorang pemimpin yang beretika

hendaklah mendokong amanah yang diberikan dengan nilai-nilai murni seperti

amanah, bertanggung jawab, adil, cekap, bertolak-ansur dan lain-lain lagi.


Integriti dan nilai murni dalam diri pemimpin yang ingin berjaya semasa

menjalankan tugas mereka adalah sangat penting. Hal ini adalah untuk

5
GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

memastikan kepimpinan mereka akan jadi lebih berkesan. Kepimpinan

organisasi juga amat penting dalam menggerakkan inisiatif baru,

meningkatkan kreativiti dan inovasi, menyuburkan budaya ilmu serta

menggalakkan warga organisasi mencabar status quo (Datuk Normah Md.

Yusof, 2009).

2.6 Bersifat Lebih Realistik


Realistik adalah berhubung dengan kenyataan atau menunjukkan keadaan

yang sebenarnya (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008). Maka seorang

pemimpin yang berjaya hendaklah mempunyai sifat yang realistik. Beliau

hendaklah mampu untuk menangani masalah yang sedang dihadapi di

samping berani menanggung risiko terhadap apa-apa keputusan yang telah

diambil. Beliau juga tidak boleh mempertaruhkan nasib organisasi dengan

sesuatu yang tidak pasti.


Sehubungan dengan itu, beliau hendaklah tahu apa yang terdaya

dilakukan dan apa yang tidak terdaya dilakukan (Abdullah Hassan Ph. D. &

Ainon Mohd, 2011). Hal ini kerana, keupayaan seorang pemimpin akan dinilai

oleh para pekerjanya melalui keterdayaan mereka menerajui visi dan misi

yang mereka cipta.


Dalam hal ini, pemimpin hendaklah memahami keadaan yang sebenar

yang berlaku dalam organisasi beliau. Selain itu, beliau hendaklah

mengenalpasti setiap kelebihan serta kekurangan pekerjanya supaya dengan

mudahnya mereka untuk menjayakan misi dan visi yang telah dicipta olehnya.

Misi dan visi juga hendaklah bersifat realistik dan boleh dikaitkan dengan

tugas yang mereka sedang lakukan. Dalam menjayakan misi dan visi yang

6
GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

realistik dari pemimpin yang bersifat realistik, para pekerja hendaklah bersikap

rasional dan optimistik terhadap segala tindak tanduk pemimpin mereka

dengan menyokong tindakan mereka dan juga memberi pandangan yang

bernas dalam satu-satu idea.


3.0 GAYA KEPIMPINAN YANG BERKESAN
Setiap pemimpin mempunyai gaya yang tersendiri dalam mentadbir ataupun

mengurus organisasi mereka. Gaya kepimpinan akan mencerminkan corak

pentadbiran yang mereka gunakan. Justeru itu, gaya seseorang pemimpin biasanya

akan dinilai apabila mereka berjaya mencapai visi dan misi mereka. Seterusnya

mereka akan dibandingkan dengan gaya pemimpin yang kurang berjaya dalam

mentadbir organisasi mereka. Gaya juga memainkan peranan penting untuk

menjadi role model dalam organisasi yang dipimpin. Hal ini kerana, apabila identiti

dan perbuatan pemimpin konsisten, beliau akan mendapat hasil yang konsisten

(John C. Maxwell, 2011).


Gaya kepimpinan merupakan suatu proses yang mempengaruhi pekerja untuk

melakukan sesuatu tugasan bersama-sama bagi mencapai matlamat organisasi di

samping mempraktikkan gaya yang bersesuaian dengan pekerja agar dapat

mempengaruhi komitmen pekerja terhadap organisasi (Mareena Mohamad, 2011).


Lima gaya kepimpinan yang telah dikenal pasti adalah seperti yang berikut:
i) Gaya Kepimpinan Karismatik
ii) Gaya Kepimpinan Situasi
iii) Gaya Kepimpinan Transaksi
iv) Gaya Kepimpinan Transformasi
v) Gaya Kepimpinan Partisipatif

3.1 Gaya Kepimpinan Karismatik


Gaya kepimpinan karismatik adalah antara satu faktor yang mendorong

keberjayaan pemimpin dalam memimpin organisasinya. Karismatik

7
GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

mendokong maksud karisma iaitu kualiti atau sifat-sifat tertentu yang

seseorang individu yang menjadikannya berupaya mempengaruhi atau

menjadi peransang kepada khalayak ramai (Hajah Noresah Bt Baharom &

Co., 2010).
Pakar dalam bidang kepimpinan mendapati, pemimpin yang berkarisma

memiliki kemahiran mendorong pengikutnya (Ahmad Naim Jaafar, 2003).

Gaya kepimpinan yang berkarisma akan mendorong orang yang berada di

sekeliling pemimpin tersebut akan berasa seronok apabila bekerja bersama

dan turut meninggalkan kesan positif kepada setiap orang bawahannya.

Disebabkan wujudnya hubungan yang istimewa antara pemimpin karismatik

dengan para pengikutnya, pemimpin mampu menukar individu-individu biasa

menjadi indidvidu-individu yang luar biasa (Ainon Mohd. & Abdullah Hassan,

Ph.D, 2011).
Pemimpin yang mempunyai gaya kepimpinan karismatik akan menjadi

semangat dan motivasi pengikut dalam melaksanakan tugas dan kerja tanpa

banyak soal (Ahmad Naim Jaafar, 2003). Hal ini kerana, para pekerjanya amat

menghormati dan sentiasa menyokong setiap apa yang dilakukan oleh ketua

yang mempunyai gaya kerja yang penuh berkarisma.

3.2 Gaya Kepimpinan Situasi


Menurut Ken Blanchard, kepimpinan situasi adalah satu proses untuk

membangunkan rakyat dengan menyediakan kepimpinan yang berkesan, dari

masa ke masa, supaya mereka boleh mencapai tahap tertinggi prestasi (Ken

Blanchard, 2001). Gaya kepimpinan ini adalah pemimpin yang bergantung

8
GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

kepada situasi dan mengambil kira semua kos, kesan baik dan buruk dan

apa-apa sahaja yang terlibat dalam membuat keputusan.


Pemimpin yang mempunyai gaya kepimpinan seperti ini membuat

keputusan berdasarkan keadaan yang sedang dihadapi. Beliau akan

memikirkan perkara yang terbaik untuk situasi yang sedang berlaku. Kejayaan

pemimpin yang menggunakan gaya kepimpinan seperti ini adalah bergantung

dengan kebijaksanaan beliau dalam memilih pendekatan yang sesuai

berdasarkan kepada situasi yang berlaku (Muslimin Wallang & Amir Hamzah

Abdul, 2010).

3.3 Gaya Kepimpinan Transaksi


Menurut Avolio dan Bass, 1988, kepimpinan transaksi adalah kepimpinan

yang mengarahkan usaha orang lain melalui tugas, ganjatan dan struktur.

Pemimpin transaksi mengenal pasti dan menjelaskan tugas-tugas dan

memberitahu bahawa kejauhan pelaksanaan tugas-tugas tersebut akan

menuju kepada penerimaan ganjaran (Wan Faridah Akmal & Co., 2002).
Dalam hal ini, pemimpin transaksional menggunakan cara dengan

memberi ganjaran kepada pekerjanya yang mampu meningkatkan prestasi

kerja. Sebagai contoh menjanjikan kenaikkan pangkat kepada pekerjanya

yang berjaya mencapai prestasi.


Gaya kepimpinan ini menggunakan kaedah punishment dan reward

(Muslimin Wallang & Amir Hamzah Abdul, 2010). Dengan gaya kepimpinan

seperti ini, para pekerja akan lebih berhati-hati apabila melakukan kerja. Hal

ini kerana mereka akan terikat dengan hukuman yang bakal mereka hadapi

sekiranya mereka tidak dapat meningkatkan prestasi kerja. Kebaikkan

9
GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

daripada gaya kepimpinan ini, para pekerja akan lebih cekap dan sentiasa

melakukan yang terbaik apabila melakukan kerja mereka.

3.4 Gaya Kepimpinan Transformasi


Transformasi adalah perubahan yang dilakukan oleh seseorang terhadap

dirinya ataupun orang lain. Idea kepimpinan transformasi yang memfokuskan

kepada meningkatkan kesedaran tentang isu-isu kepimpinan di kalangan

pengikut (Wan Faridah Akmal & Co., 2002). Transformasi adalah antara sifat

yang perlu ada pada seseorang pemimpin. Gaya kepimimpinan transformasi

adalah satu proses di mana pemimpin dan pekerja saling memerlukan di

antara satu sama lain ke arah meningkatkan moral dan motivasi ke tahap

yang lebih tinggi (Mareena Mohamad & co. , 2011) .


Seorang pemimpin yang mempunyai gaya kepimpinan transformasi

mempunyai kebolehan untuk mendorong orang lain menyokongnya dalam

melakukan perubahan dalam organisasi yang ditadbirnya. Di samping itu juga,

kepimpinan jenis ini akan memberi inspirasi kepada pengikutnya untuk

mengatasi kepentingan diri sendiri demi kepentingan organisasi dan juga

kebolehan memberi kesan yang mendalam dan luar biasa kepada

pengikutnya (Baharom Mohamad & Co., 2009).


Pemimpin yang ingin berjaya dan berkesan dalam kepimpinannya

hendaklah memiliki ciri-ciri transformasi seperti boleh menjadi idola (mendapat

kepercayaan, penghormatan dan berkeyakinan), memperlihatkan tingkah laku

yang utuh (kebolehan menerangkan keperluan masa hadapan dan

merancang untuk mencapainya), mencetuskan ransangan keintelektualan

(inovasi dan kreativiti yang berterusan) dan mengurus anggota perkhidmatan

awam bagi memberi semangat kepada anggota untuk menjana potensi

10
GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

sebenar mereka (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian

Sains, Teknologi dan Inovasi, 2012).

3.5 Gaya Kepimpinan Partisipatif


Gaya kepimpinan partisipatif ataupun demokrasi adalah kepimpinan yang

memberi kebebasan kepada pekerja untuk menyumbang idea dan membuat

keputusan bersama (Zarizah Sharif, 2012). Gaya kepimpinan ini akan

menunjukkan hubungan yang dua hala iaitu di antara pekerja dengan majikan

dan majikan dengan pekerja. Dalam hal ini, secara langsung dengan mudah

seorang pemimpin akan mengetahui masalah yang dihadapi oleh pekerjanya

dan masalah lebih cepat untuk diselesaikan.


Walau bagaimanapun terdapat kelemahan dalam gaya kepimpinan ini

iaitu pembuatan keputusan akan menjadi lambat. Hal ini kerana, untuk

seorang pemimpin demokrasi membuat keputusan, ia perlulah mengambil kira

keputusan orang disekelilingnya sebelum membuat keputusan yang tepat.


Pemimpin yang menggunakan gaya demokratik biasanya menganggap

orang bawahannya boleh bekerja tanpa memerlukan pengawasan yang rapi

(Wan Azmi Ramli, 1996). Dengan kata lain, pemimpin demokratik memberi

sepenuh kepercayaan kepada pekerjanya untuk menjalankan tugas dengan

amanah dan jujur tanpa memberi tekanan kepada para pekerjanya.

4.0 SIFAT DAN GAYA KEPIMPINAN TOKOH YANG BERJAYA DALAM ORGANISASI

AWAM
Menurut Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, kepimpinan

yang berwibawa dapat memberi inspirasi dan dorongan yang baik kepada

11
GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

kakitangan dan dapat menggembleng seluruh tenaga pertubuhan untuk bergerak

pantas ke arah matlamat yang telah ditetapkan (INTAN, 2007).


Justeru itu, tokoh yang telah dipilih untuk dianalisa sifat dan gaya kepimpinannya

dalam organisasi awam adalah Tun Mahathir Mohamad. Penglibatannya dalam

organisasi awam selama 22 tahun telah memberi inspirasi untuk menganalisis sifat

dan gaya kepimpinan beliau dalam mentadbir Negara.

4.1 Latar Belakang Tun Mahathir Mohamad


Beliau merupakan anak kelahiran Alor Setar, Kedah. Dilahirkan pada 20

Disember 1925. Merupakan anak bongsu dari sembilan adik-beradik.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Lelaki Seberang Perak dan

kemudiannya di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Beliau tamat

pelajaran menengah di peringkat Senior Cambridge (Maruwiah Ahmat, 2010).

Persekolahan beliau tergendala setelah Jepun memerintah Malaya.


Walau bagaimanapun, setelah perang dunia kedua tamat, beliau

menyambung pelajarannya dalam bidang perubatan di King Edward VII

College of Medicine, Universiti Malaya, Singapura dan lulus dengan ijazah

MBBS pada tahun 1953 (Maruwiah Ahmat, 2010). Setelah tamat pengajian,

beliau berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Langkawi dan

Perlis. Beliau telah berkenalan dengan Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali semasa

menuntut di Singapura. Setelah berkenalan hampir sepuluh tahun, akhirnya

mereka melangsungkan perkahwinan pada 5 Ogos 1956 (Jasiman Ahmad,

2006). Mereka telah dikurniakan seramai 5 orang anak.


Walaupun beliau adalah berkelulusan dalam ilmu perubatan, namun

beliau mempunyai minat mendalam terhadap politik. Beliau telah menyertai

aktiviti-aktiviti politik semenjak di bangku universiti lagi. Pada tahun 1945,

12
GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

beliau telah menyertai beberapa buah pertubuhan seperti Kesatuan Melayu

Kedah, Saberkas, Pergerakan Belia Melayu Kedah dan UMNO (Siti Rosnah

Haji Ahmad, 2006). Semasa penubuhan UMNO pada tahun 1946, beliau

adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli

(Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, 2007).

Bermulalah liku-liku hidup Tun Dr. Mahathir dalam dunia politik tanah air.

4.2 Sifat Kepimpinan Tun Mahathir Mohamad


Beliau merupakan seorang yang berdisiplin dalam hidup. Semenjak dari kecil

lagi beliau telah hidup dalam suasana yang berdisiplin. Ayahnya merupakan

seorang guru disiplin dan juga merupakan Guru Besar pertama di Sekolah

Inggeris di Alor Setar, yang kini dikenali sebagai Maktab Sultan Abdul Hamid

sejak 1908 (Maruwiah Ahmat, 2010).


Kesinambungan daripada itu, beliau sememangnya sudah biasa dengan

kehidupan yang penuh dengan peraturan. Oleh kerana ayahnya yang tegas,

beliau lebih rapat dengan ibunya dimana ibunya yang lebih banyak

membentuk keperibadian beliau (Tun Dr. Mahathir Mohamad, 2011). Dengan

berbekalkan pendidikan dalaman dan luaran yang diberikan oleh ibu bapanya,

beliau telah menunjukkan sifat-sifat yang berwibawa semenjak dari bangku

sekolah lagi. Hasilnya beliau telah menjadi perdana menteri Malaysia yang

keempat pada 16 Julai 1981.

a) Visi dan misi yang jelas


Dengan mempunyai nilai disiplin yang tinggi dalam diri, beliau mempunyai

visi dan misi yang jelas. Justeru itu, penggal pertama menjadi perdana

13
GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

menteri, beliau terus mencipta visi untuk mendaulatkan kedudukan

bangsa Malaysia di kaca mata dunia dalam mengahadapi persaingan

yang begitu sengit dalam pelbagai bidang. Penggal kedua visi yang

dicipta bukan sahaja untuk organisasi awam, malahan untuk Negara. Visi

beliau bukan sahaja menjadikan Malaysia sebagai Negara maju dan

stabil, akan tetapi turut merangkumi visi yang harus dilaksanakan untuk

rakyat Malaysia pada masa yang akan datang (Jasiman Ahmad, 2006).
Bagi mencapai visi tersebut, misi untuk visinya dilaksanakan

melalui dasar-dasar awam yang pelbagai dan sekaligus memberi cabaran

kepada rakyat Malaysia pada masa tersebut. Contoh dasar-dasar yang

telah ditambah baik dan digubal pada era pentadbiran beliau ialah Dasar

Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara, Dasar Pandang ke Timur,

Dasar Wawasan Negara da lain-lain. Setiap dasar yang digubal

mempunyai misi yang tersendiri dan berkaitan dengan visi yang ingin

dicapainya.

b) Keyakinan yang Tinggi


Era Tun Mahathir menunjukkan pelbagai pembaharuan yang dilakukan.

Keberaniannya untuk mencapai perkara baru menunjukkan keyakinannya

kepada rakyat dan melambangkan tingginya keyakinan beliau dalam

mencapai visinya. Tanpa keyakinan daripada seorang pemimpin, mustahil

untuk Malaysia sampai ke tahap ini.


Keyakinan beliau untuk menjadikan Malaysia menjadi Negara

maju, telah ditunjukkan melalui terciptanya Wawasan 2020. Beliau amat

yakin bahawasanya, Malaysia akan mampu menjadi Negara maju dan

stabil menjelang tahun 2020. Beliau yakin bahawasanya rakyat Malaysia

14
GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

masih lagi memegang tradisi dan juga nilai-nilai murni yang ada pada

orang timur apabila mencapai tahap Negara maju kelak (Tun Dr. Mahathir

Mohamad, 2011).

c) Mengubah dengan Risiko


Tun Mahathir sememangnya seorang pemimpin yang berwibawa.

Kehadiran beliau di dalam pentas pentadbiran Negara membawa

perubahan yang besar terhadap kemajuan Negara. Perubahan tersebut

memberikan beliau gelaran sebagai Bapa Permodenan Malaysia.

Perubahan-perubahan yang dilakukan beliau bukan sahaja memberikan

impak yang positif kepada Negara, malahan kepada seluruh rakyat

Malaysia untuk merasai keuntungan daripada perubahan yang dilakukan.


Terlalu banyak perubahan dari segi pelbagai aspek termasuklah

pembangunan ekonomi, pembangunan pendidikan, pembangunan

budaya, pembangunan industry dan sebagainya lagi. Semua perubahan

dalam aspek pembangunan yang dibawa olehnya mempunyai risiko yang

tertentu. Namun kejelasan visi dan misi yang ingin dicapai menjadikan

rakyat Malaysia mahu untuk menyahut seruan beliau.


Antara perubahan yang memberi risiko kepada Negara adalah

pengeluaran kereta buatan Malaysia sendiri. Banyak pihak yang tidak

yakin dengan kemampuan Malaysia untuk mengeluarkan kereta sendiri

termasuklah para akademik (S.Hashim Ahmad, 2003). Namun semua

keraguan tersebut dijawab dengan penuh yakin oleh beliau yang akhirnya

syarikat Proton ditubuhkan untuk mengeluarkan kereta nasional dengan

kerjasama dan teknologi dari syarikat gergasi dari Jepun.

15
GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

d) Keperibadian yang Utuh


Semenjak dari kecil lagi Tun Mahathir Mohamad telah diasuh untuk

memiliki keperibadian yang baik. Sifatnya yang sabar, memahami, patuh

pada agama dan juga berdisiplin, menepati masa, amanah, prihatin dan

lain-lain sememangnya sudah ada pada dirinya. Hasilnya beliau

mempraktikkan keperibadiannya kepada semua orang disekelilingnya.


Dasar-dasar seperti Penerapan Nilai-nilai Islam dalam pentadbiran

kerajaan, Dasar Pandang ke Timur dan memperkenalkan kad perakam

waktu dan pemakaian tanda nama, serta menganjurkan slogan

Kepimpinan Melalui Teladan. Hal ini menunjukkan beliau benar-benar

mahu rakyatnya masih mengamalkan nilai-nilai yang baik dan terpuji

dalam semua urusan, selaras dengan kebaikan yang dianjurkan oleh

Islam yang universal sifatnya (S.Hashim Ahmad, 2003).

e) Realistik dalam Menerajui Kepimpinan


Beliau seorang yang berfikiran jauh ke hadapan menembusi ruang masa

yang ada. Beliau tahu yang beliau mampu untuk membangunkan sesuatu

perubahan demi kebaikan sejagat. Keyakinan yang tinggi dan

keperibadian yang utuh membantu beliau dalam mencapai visi dan misi

yang telah dicipta walaupun perubahan tersebut mampu memberi risiko

kepada Negara. Hal ini bukan bermaksud beliau mempertaruhkan Negara

ataupun organisasinya, akan tetapi ia adalah suatu kepercayaan kepada

rakyat yang berada di dalam negaranya untuk bersama mencapai visi dan

misi yang telah ditetapkan.

16
GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

Antara tindakan yang realistik yang telah ditunjukkan oleh Tun

Mahathir Mohamad semasa pentadbirannya adalah apabila beliau berjaya

membina empat binaan yang begitu indah dan ajaib iaitu Kuala Lumpur

City Centre (KLCC) termasuklah Menara Kembar Petronas, Menara Kuala

Lumpur, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya (S.Hashim Ahmad,

2003). Secara tidak langsung ia mampu untuk mengangkat semula

maruah dan martabat bangsa Malaysia. Ini menunjukkan kerealistikan

beliau dalam menerajui kepimpinan.

4.3 Gaya Kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad


Menerusi analisis yang dilakukan, beliau mempunyai kepelbagaian gaya

kepimpinan yang diamalkan. Antaranya adalah berikut:


a) Gaya Kepimpinan Karismatik.
Sejak dari kecil lagi beliau mempunyai gaya karismatik yang tersendiri.

Apabila menjadi perdana menteri gaya kepimpinan berkarisma beliau

semakin terserlah dengan kemajuan yang dikecapi oleh Malaysia pada

masa sekarang. Selama dua dekad mentadbir Negara yang mempunyai

penduduk yang berbilang bangsa, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah

dikurniakan pelbagai anugerah dan kurniaan dari Negara-negara luar (Siti

Rosnah Haji Ahmad, 2006). Nyata di sini, anugerah yang diterima oleh

beliau adalah disebabkan oleh gaya kepimpinannya yang berkarisma yang

mampu dijadikan contoh oleh Negara-negara luar khasnya Negara-negara

dunia ketiga. Malahan tiada sesiapa pun yang dapat menafikan

kepimpinan beliau adalah contoh yang baik kepada Negara-negara ketiga.

17
GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

b) Gaya Kepimpinan Situasi


Beliau turut mempunyai gaya kepimpinan situasi. Hal ini dapat dibuktikan

apabila membuat keputusan untuk mengekalkan nilai ringgit Malaysia

pada kadar AS$ 1 = RM3.80 (S.Hashim Ahmad, 2003) pada zaman

kemelesetan ekonomi pada tahun 1997. Beliau mengambil keputusan

untuk mengikat mata wang Negara untuk mengelakkan ia menjadi lebih

susut dan menyelamatkan Negara daripada terhumban ke dalam

perangkap Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF).


Hasilnya, negara kita terlepas dari menjadi sebuah negara muflis.

Melalui kenyataan ini, nyata beliau mempunyai gaya kepimpinan situasi di

mana beliau membuat keputusan berdasarkan situasi yang melibatkan

pelbagai jenis kos, dan juga kewangan dan ekonomi masa hadapan.

c) Gaya Kepimpinan Transaksi


Bagi memastikan penjawat awamnya bersama untuk mencapai visi dan

misinya, maka beliau telah meluluska pekeliling Sistem Saraan Baru pada

tahun 1992 bagi penjawat awam. Dalam hal ini, beliau memberi ganjaran

kepada penjawat awam yang berjaya mencapai prestasi dengan

memberikan kenaikan gaji kepada penjawat awam tersebut. Manakala

yang tidak mencapai prestasi yang ditetapkan hanya akan mendapat

pergerakan gaji biasa.


Walaupun beliau tidak mengamalkan sepenuhnya gaya kepimpinan

transaksi ini, namun pemberian ganjaran kepada para kakitangannya yang

mencapai tahap prestasi yang telah ditetapkan menunjukkan, beliua juga

18
GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

ada memberikan ganjaran kepada pekerja yang turut membantunya dalam

memajukan Negara.
d) Gaya Kepimpinan Trasformasi
Terlalu banyak transformasi yang dibawa oleh Tun Mahathir kepada

Negara kita. Kian tahun, Negara kita semakin bertambah maju. Ada sahaja

perubahan yang dibawa olehnya untuk memastikan maruah bangsa

Malaysia dapat dimartabatkan di mata dunia. Transformasi yang

dilakukannya adalah secara mendadak. Namun, tindakannya dapat

diterima dan difahami oleh rakyat Malaysia. Gaya transformasinya dapat

dilihat melalui perubahan-perubahan yang dibawanya termasuklah dalam

bidang ekonomi, pentadbiran, pendidikan, sains dan teknologi dan

sebagainya lagi.
e) Gaya Kepimpinan Partisipatif
Corak pemerintahan di Negara kita adalah bercorak demokrasi. Walaupun

tidak sepenuhnya seperti di Negara Amerika, Britain dan juga Perancis.

Justeru itu, tidak hairanlah jika Tun Mahathir mempunyai gaya kepimpinan

partisipatif. Beliau amat mementingkan hubungan yang dua hala. Segala

keputusan untuk menggubal dasar yang diperlukan untuk memajukan

Negara adalah hasil daripada permuafakatan semua menteri sebelum ia

diusulkan ke dalam parlimen.


Beliau juga tidak mengambil hati apa-apa sahaja kritikan orang

kepadanya. Malahan beliau mengambil segala kritikan tersebut sebagai

kelemahannya dan berusaha untuk menjadikan yang lebih baik. Di

samping itu juga, dengan berbekalkan pengalamannya menjadi seorang

doktor, beliau lebih banyak mendengar rintihan rakyat mengenai hal-hal

yang berkaitan dengan pemerintahannya dan juga ahli-ahli kabinetnya

19
GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

yang menyalah gunakan kuasa ataupun melakukan sesuatu di luar moral.

Ini menunjukkan beliau sentiasa mengamalkan corak pemerintahan

demokrasi demi keadilan dan kesejahteraan rakyat dan Negara Malaysia

yang tercinta.

5.0 KESIMPULAN

Pemimpin yang berjaya dan berkesan dalam organisasinya adalah

pemimpin yang mempunyai sifat dan gaya kepimpinan yang baik. Pemimpin

seperti ini amat diperlukan terutamanya dalam organisasi awam. Secara

umumnya, pemimpin dalam organisasi awam tidak kiralah samaada dala

pentadbiran yang lebih besar ataupun kecil, harus memiliki sifat dan gaya

kepimpinan seperti yang telah diwar-warkan. Walau bagaimanapun, masih

ada banyak lagi sifat dan gaya kepimpinan yang tidak dapat dihuraikan di

sini yang mana ia boleh membantu bakal-bakal pemimpin untuk

menjalankan tugasnya dengan lebih berjaya kelak.

20
GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

Namun, apa yang penting untuk seorang pemimpin organisasi awam

untuk berjaya dalam pentadbirannya adalah sentiasa mengamalkan nilai-

nilai murni dan sentiasa patuh dengan agamanya. Sifat-sifat yang

memahami, berkeyakinan, berani, tabah dan lain-lain dapat dipraktikkan

melalui pengalaman dari masa ke semasa. Malahan gaya kepimpinan

dapat dipelajari dan diamalkan walaupun bukan dalam kalangan pemimpin

lagi. Paling penting dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin

nanti, visi dan misi hendaklah diterangkan kepada para pekerja supaya

usaha untuk mencapai visi dan misi dapat dilaksanakan dengan lebih lancar

dan tiada halangan.

Bibliografi
Sumber: Buku

Abdul Aziz A.R. & Sumangala Pillai. (1997). Mahathir Kepimpinan dan Wawasan dalam
Sains dan Teknologi. Kuala Lumpur: Universiti Putra Malaysia.

Abdullah Hassan Ph. D. & Ainon Mohd. (2011). Bakat & Kemahiran Memimpin.
Selangor: PTS Professional Sdn. Bhd.

Ahmad Naim Jaafar. (2003). Membina Karisma. Pahang Darul Makmur: PTS
Publications & Distrubutors Sdn. Bhd.

Ainon Mohd. & Abdullah Hassan, Ph.D. (2011). Gaya Kepimpinan di Tempat Kerja.
Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

21
GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2008). Kamus Pelajar Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:
Dawama Sdn. Bhd.

Hajah Noresah Bt Baharom & Co. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jasiman Ahmad. (2006). Pemimpin Negara Terulung. Kuala Lumpur: Jade Green
Publications Sdn. Bhd.

John C. Maxwell. (2011). Pemimpin 360 darjah. Selangor: PTS Professional Sdn. Bhd.

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. (2007). Jubli Emas


Merdeka 31 Ogos 1957 Malaysiaku Gemilang. Melaka: Percetakan Surya Sdn.
Bhd.

Maruwiah Ahmat. (2010). Kenali Tun Dr. Mahathir Mohamad. Selangor : Eagle
Publications Sdn. Bhd.

Mokhtar, M. (2008). Kepimpinan: Konsep Dalam Memimpin Organisasi. In S. A. Romle,


Pentadbiran, Undang-Undang dan Pembangunan Negara (pp. 27-42). Selangor:
Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Muslimin Wallang & Amir Hamzah Abdul. (2010). Kepimpinan Dalam Pengurusan
Awam. Sintok: Pusat Pendidikan dan Lanjutan (PACE).

S.Hashim Ahmad. (2003). Mahathir Pencetus Tamadun Insaniah. Kuala Lumpur: Juz'Art
& Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM).

Siti Rosnah Haji Ahmad. (2006). Pemerintah dan Pemimpin-Pemimpin Kerajaan


Malaysia. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

Tun Dr. Mahathir Mohamad. (2011). A Doctor in the House The Memoirs of Tun Dr.
Mahathir Mohamad. Selangor: MPH Group Printing Sdn. Bhd.

Wan Azmi Ramli. (1996). Pentadbiran Awam Malaysia. Kuala Lumpur: Golden Books
Centre SDN. BHD.

Sumber: Jurnal

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.


(2012). Pelan Strategik Pembangunan Sumber Manusia. Merakyatkan
Pentadbiran dan Pembangunan, 1-34.

22
GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

Baharom Mohamad & Co. (2009). Kepimpinan Pendidikan Berkesan. Seminar


Kepengetuaan Kebangsaan ke-VI (pp. 1-19). Kuala Lumpur: Institusi
Kepengetuaan, Universiti Malaya.

Datuk Normah Md. Yusof. (2009). Memacu Transformasi. MAMPU, 1-60.

Ken Blanchard. (2001). Situational Leadership II. The Article, 2-19.

Mareena Mohamad & co. . (2011). Tinjauan Hubungan Gaya Kepimpinan dengan
Komitmen Organisasi. Eksplanasi Vol. 6 No. 1, 17-28.

Mareena Mohamad. (2011). Tinjauan Hubungan Gaya Kepimpinan dengan Komitmen


Organisasi. Eksplanasi Vol.6 No. 1 , 17-28.

Mumtaz Begam bt Abdul Kadir & Co. (2010). Pengaruh Integriti Kepimpinan terhadap
Pelaksanaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh di Institusi Pendidikan Tinggi Mara.
Akademika 78 (Jan - April), 67-75.

Wan Faridah Akmal & Co. (2002). Kepimpinan Transaksi/ Transformasi dan Ciri Kerja
Profesional Teknologi Maklumat Sektor Awam Malaysia. Jurnal Teknologi (37),
57-70.

Sumber: Konferens

INTAN. (2007). Amanat Perdana: Perkhidmatan Awam Bertaraf Dunia. Majlis Perdana
Perkhidmatan Awam V (pp. 41-53). Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.

Sumber: Laman Web

Imsamad. (2010). Kepimpinan Autokratik. Retrieved Jun 18, 2013, from Slideshare:
http://www.slideshare.net/SKSBeroleh/kepimpinan-autokratik

Perbendaharaan Malaysia. (1991, Disember 23). Pelaksanaan Sistem Saraan Baru


Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Gaji Sektor Awam
1991. Retrieved Jun 22, 2013, from Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991:
http://www.eghrmis.gov.my/wp_content2/pekeliling/PP91/PP91Bil09/pp9109-
muka%20depan,kandungan,senarai%20lampiran,mukasurat.pdf

23
GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

Zarizah Sharif. (2012, April 1). Gaya Kepimpinan dan Motivasi. Retrieved Jun 18, 2013,
from Scribd.com: http://www.scribd.com/doc/77169735/Gaya-Kepimpinan-Dan-
Motivasi

24

Anda mungkin juga menyukai