Anda di halaman 1dari 24

PENG URUSAN RISIKO 20 12 -2 016 : Peja ba t Ta na h da n Gali a n Sela ng or

PENGENALAN VISI, MISI DAN OBJEKTIF PEJABAT PTG PROSES KERJA PENGURUSAN RISIKO MEKANISME PENGURUSAN RISIKO & MESYUARAT JAWATANKUASA TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA URUSETIA PENGURUSAN RISIKO RAJAH PENGURUSAN RISIKO DI PEJABAT PTG PROSES PENGURUSAN RISIKO PERKHIDMATAN, PROSES UTAMA DAN OBJEKTIF PTG PELAN TINDAKAN PENGURUSAN RISIKO PERANCANGAN MASA HADAPAN PENUTUP

3 5 6 7

8 9 10 11 12-15

16-19 20 21

PENG URUSAN RISIKO 20 12 -2 016 : Peja ba t Ta na h da n Gali a n Sela ng or

engurusan Risiko adalah satu aspek pengurusan yang signifikan dalam memastikan kesinambungan perkhidmatan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Selangor. Selaras dengan itu adalah menjadi keutamaan PTGS agar memastikan penambahbaikan dan pemantapan sistem pengurusan risiko yang berkesan dapat menepati matlamat jabatan bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan.

Bagi menjamin pelaksanaan proses kerja yang berkesan, satu bentuk perancangan dan pelan tindakan perlu dirangka sewajarnya bagi memastikan Pelan Strategik Pejabat PTG yang telah diwujudkan itu dapat dilaksanakan sepertimana yang diharapkan. Oleh itu, Pelan Pengurusan Risiko Pejabat PTG ini telah dikenal pasti dan dibentuk, bersesuaian dengan objektif kualiti organisasi bagi meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan. Sebuah Jawatankuasa Pengurusan Risiko yang dianggotai oleh pegawai pengurusan tertinggi jabatan bertindak sebagai pemantau akan mengawal selia setiap proses kerja di Pejabat PTG. Perancangan dan pelaksanaan pengurusan risiko ini meliputi tempoh Pelan Strategik Pejabat PTG bagi tahun 2012 hingga 2016 tetapi kajian semula dan semakan akan dilaksanakan secara berterusan.

Pelan Pengurusan Risiko Pejabat PTG adalah bertujuan untuk mengenal pasti risiko serta menganalisa kesan dan akibat sekiranya sesuatu risiko itu terjadi dan justeru itu merancang tindakan-tindakan kawalan, tindakan alternatif dan penambahbaikan dalam mengawal risiko tersebut daripada terus mengakibatkan kesan yang buruk. Pelan ini dijangka dapat menghadapi cabaran dalaman dan luaran organisasi dalam segala urusan. Inisiatif yang digariskan dalam pelan ini perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan penuh iltizam oleh semua pihak. Di samping itu, proses penambahbaikan pelan perlu diteruskan dari semasa ke semasa supaya sesuai dengan cabaran dan keperluan baru pada masa hadapan.

PENG URUSAN RISIKO 20 12 -2 016 : Peja ba t Ta na h da n Gali a n Sela ng or

Penyediaan Pelan Pengurusan Risiko ini merupakan satu inisiatif yang julung kali diadakan bagi Pejabat PTG Selangor. Pengurusan Risiko merupakan amalan terbaik dalam urusan Tadbir Urus Korporat yang berkesan. Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Selangor menyedari tentang pentingnya untuk mempunyai struktur pengurusan risiko yang komprehensif bukan sekadar untuk mengurus risiko dengan berkesan tetapi juga untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan atau kejadian yang tidak diduga. Pengurusan ini dapat membantu organisasi mengenal pasti halangan-halangan dan seterusnya menggubal inisiatif dan penambahbaikan bagi membantu organisasi mencapai matlamat. Dengan itu, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Selangor telah melaksanakan Rangka Kerja Pengurusan Risiko untuk mengurus risiko yang dihadapi oleh organisasi ini.

PENG URUSAN RISIKO 20 12 -2 016 : Peja ba t Ta na h da n Gali a n Sela ng or

Menawarkan Perkhidmatan Secara Berintegriti Dan profesional ke Arah Urus Tadbir Pengurusan Tanah Yang Cekap

Terbaik Dalam Perkhidmatan Dan Urus Tadbir Tanah

v Menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan v Menjamin pulangan yang berterusan kepada Kerajaan Negeri dan rakyat v Memperkasa modal insan melalui budaya Pembelajaran berterusan

Perkhidmatan Cemerlang Kualiti Diutamakan

Komited Untuk Mencapai Kecemerlangan Yang Berterusan Dalam Memberikan Perkhidmatan Yang Berkesan Dan Berkualiti Ke Arah Kepuasan Hati Pelanggan

PENG URUSAN RISIKO 20 12 -2 016 : Peja ba t Ta na h da n Gali a n Sela ng or

isiko adalah apa juga ancaman yang boleh menyebabkan perkara yang buruk

atau perkara yang menghalang sesebuah organisasi daripada mencapai objektif atau sasarannya. Proses kerja Pengurusan Risiko di Pejabat PTG boleh diringkaskan seperti berikut:

v Menyenaraikan proses-proses utama dan objektif yang ingin dicapai; v Membuat analisa risiko; v Menilai kategori atau tahap risiko dari segi akibat atau kesan daripada ancaman yang wujud; v Menyediakan pelan tindakan urusan risiko atau langkah-langkah bagi mencegah risiko atau langkah penambahbaikan berserta pengukuran yang sesuai; v Membina petunjuk pengukuran/proses; v Penubuhan sistem pemantauan dan pelaporan pelaksanaan risiko; v Sentiasa membuat semakan semula; dan v Mengulangi proses-proses ini semula secara berterusan.

PENG URUSAN RISIKO 20 12 -2 016 : Peja ba t Ta na h da n Gali a n Sela ng or

rganisasi perlu memupuk budaya pengurusan risiko dalam menjalankan tanggungjawab dengan lebih efisien. Mekanisme Pengurusan Risiko dilakukan dengan mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Risiko PTG yang terdiri daripada pegawai pengurusan tertinggi jabatan ini. Peranan utama Jawatankuasa ini ialah untuk membantu PTG dalam menyelia operasi Pengurusan Risiko, mengenal pasti ketepatan perancangan dan keberkesanan langkah-langkah pencegahan risiko atau penambahbaikan yang diambil.

ejabat PTG mengadakan mesyuarat berkala, sekurang-kurangnya sekali setiap suku tahun dan melaporkan secara tetap kepada Pihak Pengurusan.

PENG URUSAN RISIKO 20 12 -2 016 : Peja ba t Ta na h da n Gali a n Sela ng or

Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk :-

Mengkaji semula dan mengesyorkan strategi pengurusan risiko, polisi dan toleransi risiko untuk kelulusan pihak pengurusan; Mengkaji semula dan menilai polisi pengurusan risiko dan rangka kerja bagi mengenal pasti, mengira, memantau dan mengawal risiko serta tahap keberkesanan kegiatan tersebut; Memastikan infrastruktur, sumber dan sistem yang mencukupi tersedia untuk pengurusan risiko berkesan iaitu memastikan bahawa pegawai yang bertanggungjawab untuk melaksanakan sistem pengurusan risiko dapat menjalankan secara bebas daripada kegiatan mengambil risiko jabatan; dan Mengkaji semula laporan berkala pengurusan mengenai pendedahan risiko dan kegiatan pengurusan risiko.

PENG URUSAN RISIKO 20 12 -2 016 : Peja ba t Ta na h da n Gali a n Sela ng or

ahagian Korporat dan Audit Pengurusan Tanah adalah sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Pengurusan Risiko (UPR). UPR bertanggungjawab membantu Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan Pengarah Tanah dan Galian Selangor dalam memastikan aktiviti pengurusan risiko dijalankan seperti yang dirancang. Antaranya, UPR bertanggungjawab untuk menyediakan rangka kerja pengurusan risiko dan metodologi serta kaedah bagi mengenal pasti, mengukur, memantau, mengawal dan menilai risiko.

Pemantauan dan semak semula terhadap keberkesanan langkah-langkah penambahbaikan perlu sentiasa dijalankan. Setiap Bahagian dan Cawangan seharusnya mengenal pasti pegawai penghubung bagi pengurusan risiko. Pegawai penghubung ini perlu diberikan pendedahan untuk mengenal pasti risiko bagi menjalankan proses-proses utama bahagian tersebut serta dapat mencadangkan langkah-langkah penghalang atau penambahbaikan sewajarnya.

Bagi setiap proses perkhidmatan, ancaman yang kemungkinan berlaku berdasarkan analisa risiko dicatatkan. Andaian-andaian sebarang risiko berlaku dan langkah-langkah pencegahan serta penambahbaikan perlulah dicatatkan supaya mudah mengikuti sama ada andaian yang dibuat ada bertepatan atau sebaliknya.

PENG URUSAN RISIKO 20 12 -2 016 : Peja ba t Ta na h da n Gali a n Sela ng or

PENGURUSAN RISIKO

PENGURUSAN RISIKO (OPERASI)

PENGURUSAN RISIKO (PUNGUTAN HASIL)

PENGURUSAN KESINAMBUNGAN URUSNIAGA

PENG URUSAN RISIKO 20 12 -2 016 : Peja ba t Ta na h da n Gali a n Sela ng or

10

Mewujudkan Konteks Risiko

Memantau Kajian Semula

Menganalpasti Risiko

Komunikasi Dan Berunding


Merawat Risiko Menganalisis Risiko

Menilai Risiko

MEWUJUDKAN KONTEKS RISIKO untuk strategik dan organisasi pengurusan risiko berbanding dengan risiko perkhidmatan yang akan dinilai. MENGENALPASTI RISIKO yang boleh menghalang, melambat atau menambahbaik pencapaian perkhidmatan dan objektif strategik organisasi. MENGANALISA RISIKO mempertimbangkan lingkungan berpotensi dan kemungkinan akibat tersebut berlaku. akibat yang

MENILAI RISIKO membandingkan risiko dengan kriteria yang ditetapkan dan mempertimbangkan kesinambungan di antara manfaat yang berpotensi dan hasil yang merugikan. MERAWAT RISIKO - membangun dan melaksanakan pelan yang dapat meningkatkan manfaat dan potensi dan mengurangkan kos risiko yang dikenal pasti perlu dirawat. MEMANTAU DAN KAJIAN SEMULA prestasi dan keberkesanan kos untuk keseluruhan sistem pengurusan risiko dan kemajuan pelan rawatan risiko dengan tujuan penambahbaikan berterusan melalui pembelajaran dari kekurangan dan kegagalan prestasi.

PENG URUSAN RISIKO 20 12 -2 016 : Peja ba t Ta na h da n Gali a n Sela ng or

11

PENDAFTARAN
Objektif:

Memastikan semua urusniaga pendaftaran diselesaikan dengan cepat dan tepat tanpa kecacatan (zero defect).

PENGUATKUASAAN
Objektif:

Memastikan penguatkuasaan dan pertuduhan dijalankan pelanggaran undang-undang dan mengikut prosedur yang betul.

dengan

tiada

PENG URUSAN RISIKO 20 12 -2 016 : Peja ba t Ta na h da n Gali a n Sela ng or

12

KUTIPAN CUKAI TANAH


Objektif:

Memastikan kutipan tunggakan cukai tanah mencapai 70% daripada sasaran tahunan. Memastikan kutipan cukai tanah semasa mencapai 90% daripada sasaran tahunan.

PENDAFTARAN QT-FT
Objektif:

Memastikan semua QT ditukarkan kepada FT dan mengurangkan tunggakan QT.

PENGURUSAN DATA
Objektif:

Memastikan maklumat selamat, sentiasa dikemas kini dan tiada kesilapan.

PENG URUSAN RISIKO 20 12 -2 016 : Peja ba t Ta na h da n Gali a n Sela ng or

13

KESELAMATAN SISTEM
Objektif:

Memastikan tiada pencerobohan ke atas semua sistem dan data jabatan.

PENGURUSAN KESELAMATAN PEJABAT


Objektif:

Memastikan keselamatan persekitaran dan harta benda jabatan.

PENG URUSAN RISIKO 20 12 -2 016 : Peja ba t Ta na h da n Gali a n Sela ng or

14

PERMOHONAN PERMIT BAHAN BATUAN


Objektif:

Memastikan permohonan permit bahan batuan diproses dengan adil dan telus.

KUTIPAN BAYARAN ROYALTI KEPADA PIHAK BERKUASA NEGERI (PBN)


Objektif:

Memastikan royalti dikutip mengikut kadar sebenar yang ditetapkan.

PENG URUSAN RISIKO 20 12 -2 016 : Peja ba t Ta na h da n Gali a n Sela ng or

15

RISK REGISTER No 1. Risk Area Pengurusan Data Risk Name i. Kehilangan Data a) Source Of Risk Berlaku kerosakan tape/ hard disk Kecuaian operator Risk Severity 1,5 Mitigation Strategy Back up Challenges/ Key Control Jadual back up setiap hari, minggu Responsibility/ Risk Owner PP2 BTM Review

b)

1,3

Beri latihan secara Melantik pegawai berkala latihan ICT Pemantauan kepada Semakan buku log pematuhan SOP SOP a. memastikan UPS Pemeriksaan UPS sentiasa secara berkala berfungsi seminggu sekali b. Sistem Amaran BerSMS c. Hubungi Unit Pengurusan Bangunan (UPB) PPT BKP PP2 BTM

c)

SOP tidak dipatuhi

1,5

ii. Kegagalan sistem beroperasi

a)

Bekalan putus

elektrik

3,4

b)

Server beroperasi

tidak

2,4

Back up server

i.

Temporary server berfungsi selama 1 jam

PP2 BTM

PENGURUSAN RISIKO 20 12 -2 016 : Pejabat Tanah dan Gali an Selang or

16

RISK REGISTER No Risk Area Risk Name Source Of Risk Risk Severity Mitigation Strategy Challenges/ Key Control iii. Menyediakan kertas cadangan mewujudkan Fast recovery system Responsibility/ Risk Owner PP2 BTM Review

c)

Bencana Alam - Contohnya gempa bumi/ ribut Gangguan Rangkaian

1,5

Pewujudan Jawatankuasa ERP Emergency Response Plan (ERP)

PPTK BKP

d)

2,3

Mewujudkan network PTGS

Menyediakan kertas cadangan virus definition sentiasa dikemas kini

TPTG PH

e)

Berlaku serangan virus /penggodam

1,4

Memasang Anti virus i. & fire wall

PPTM 1 BTM

ii. Pemantauan log fire wall secara berjadual

PENGURUSAN RISIKO 20 12 -2 016 : Pejabat Tanah dan Gali an Selang or

17

RISK REGISTER No 2. Risk Area Keselamatan ICT i. Risk Name Pencerobohan/ penggodaman a) Source Of Risk Penyalahgunaan ID Pengguna/ Aset ICT Risk Severity 1,5 Mitigation Strategy Tukar ID Pengguna setiap 3 bulan Challenges/ Key Control Penguatkuasaan Responsibility/ Risk Owner PP1 BTM PTM1 PTM2 PTM3 PP1 BTM PTM1 PTM2 PTM3 Review

b)

Pencerobohan Server Aplikasi oleh kakitangan/ bekas kakitangan/ pembekal Ketidaksempurnaan sistem Keselamatan Jabatan

1,5

Memasang peralatan keselamatan ICT

Pemantauan secara berjadual

ii. Gangguan dan a) kelemahan teknikal sistem/ perkakasan ICT

1,3

i.

Mematuhi arahan keselamatan

Penguatkuasaan

Kelemahan coding di dalam sistem.


iv. Kerosakan perisian dan perkakasan Kurang pengalaman/ kepakaran dalam mengendalikan masalah teknikal luar jangka

1,3

ii. Mematuhi Dokumen Keselamatan ICT

KPP BTM PP1 BTM PTM1 PTM2 PTM3

2,3

v.

1,2

PENGURUSAN RISIKO 20 12 -2 016 : Pejabat Tanah dan Gali an Selang or

18

RISK REGISTER No 3. Risk Area Keselamatan Pejabat i. Risk Name Kehilangan aset a) Source Of Risk Kecurian aset Risk Severity 1,2 Mitigation Strategy i. Mematuhi arahan keselamatan Mematuhi Dokumen Keselamatan ICT Challenges/ Key Control Penguatkuasaan Responsibility/ Risk Owner PP BKP Review

b)

Kecuaian kakitangan

1,2

i.

Latihan/ Bengkel

Kursus/

Pegawai Keselamatan Jabatan

ii. Mempertingkatk an kesedaran kepada kakitangan iii. Kebakaran Litar pintas 1,5 Menambah bilangan Mengehadkan punca kuasa elektrik penggunaan punca kuasa elektrik yang sedia ada. PP BKP Pegawai Keselamatan Jabatan PP BKP

iv. Kecederaan kepada kakitangan

a) Reka bentuk kaunter yang tidak sesuai/ selamat dan Kurang bantuan keselamatan tambahan bagi pegawai yang bertugas di kaunter. Contohnya: kaunter hasil tiada panic button.

1,5

Mengubah suai kaunter kepada ciriciri kaunter tertutup

Kertas cadangan

PENGURUSAN RISIKO 20 12 -2 016 : Pejabat Tanah dan Gali an Selang or

19

RISK REGISTER No Risk Area Risk Name Source Of Risk b) Kurang pemantauan penyelenggaraan pejabat. 4. Infrastruktur i. Ancaman kepada keselamatan dokumen Bilik kebal yang tidak mengikut spesifikasi Risk Severity 1,5 Mitigation Strategy Pemeriksaan berkala Challenges/ Key Control Jadual pemeriksaan Responsibility/ Risk Owner PP BKP Review

3,5

Menaik taraf bilik kebal

Kertas Cadangan

PP BKP

ii. Ketidakselesaan ruang bekerja 5. Pengurusan Kutipan Bayaran Kerugian Kerajaan

Ruang kerja yang terhad.

3,3

Menyediakan ruang yang lebih kondusif i. Membuat penyemakan kali kedua.

Kertas Cadangan

PP BKP

Duit hilang disebabkan kecuaian dan Penerimaan duit palsu/ resit palsu/ cek tendang yang tidak dapat dikawal

1,5

Semakan harian

PP Hasil PA Hasil

ii. Menggunakan peralatan pengimbas wang yang lebih canggih 1,3 Kempen kesedaran secara berterusan Sebulan sekali PP Korporat

6.

Kerahsiaan Maklumat Terperingkat

Kebocoran maklumat

Pelanggaran prosedur

PENGURUSAN RISIKO 20 12 -2 016 : Pejabat Tanah dan Gali an Selang or

20

RISK REGISTER No 7. Risk Area Human Behavior (Sikap) Risk Name Kurang Disiplin Source Of Risk Lewat hadir ke pejabat:- Buat kerja luar yang bukan berkaitan dengan tugas rasmi - Masalah peribadi - Lepak dalam waktu bekerja. Peruntukan yang dapat kurang daripada yang diminta Risk Severity 3,2 Mitigation Strategy i. Challenges/ Key Responsibility/ Control Risk Owner Pemantauan Pemeriksaan rekod Ketua Bahagian yang lebih agresif kedatangan setiap oleh ketua bulan. bahagian Review

ii. Memberi kaunseling dan sesi motivasi. 3,3 Menyediakan keperluan kewangan yang lebih komprehensif mengikut keperluan semasa Memastikan setiap pelantikan mengikut kelayakan /pengalaman Kertas cadangan yang mempunyai justifikasi lebih terperinci PP BKP

8.

Kewangan

i.

Sumber kewangan tidak mencukupi

9.

Penguatkuasaan

i.

Kegagalan perlaksanaan penguatkuasaan

a) Kurang latihan/pengalaman

4,4

Mengemukakan PPT kriteria yang (Perkhidmatan) bersesuaian kpd pihak berkuasa yang melantik KPPT (PK)

b) Kertas siasatan yang tidak lengkap

4,4

Menetapkan pegawai Menetapkan skop khusus dalam kerja yang khusus penyediaan kertas siasatan

PENGURUSAN RISIKO 20 12 -2 016 : Pejabat Tanah dan Gali an Selang or

21

RISK REGISTER No Risk Area Risk Name Source Of Risk c) Kekurangan Sumber Manusia Risk Severity 2,3 Mitigation Strategy Penambahan anggota Challenges/ Key Responsibility/ Control Risk Owner Kertas Cadangan PPT Penstrukturan (Perkhidmatan) semula Bahagian Penguatkuasaan Ketua Pembantu Penguatkuasa Review

d) Kurang kolaborasi antara agensi

3,3

Memerlukan komunikasi komitmen berterusan

Menubuhkan dan Jawatankuasa di yang peringkat Jabatan yang dianggotai oleh agensi yang berkaitan

ii. Tindakan undang-undang terhadap Jabatan

a) Ancaman Keselamatan anggota penguatkuasaan semasa bertugas b) Tidak Prosedur mematuhi

4,4

Memerlukan bantuan Agensi perlu daripada agensi menetapkan penguatkuasaan pegawai khusus (polis) Memastikan prosedur sedia ada dipatuhi dan dikemas kini dari semasa ke semasa Membekalkan bahan rujukan yang mencukupi

Ketua Pembantu Penguatkuasa

2,4

PUU

iii. Kehilangan barang kes

a) Tiada simpanan

tempat

3,5

Menyediakan tempat Menyediakan kertas khas penyimpanan cadangan barang rampasan

b) Kurang kawalan

3,5

PENGURUSAN RISIKO 20 12 -2 016 : Pejabat Tanah dan Gali an Selang or

22

elan tindakan yang disediakan adalah untuk membantu PTG mencapai objektif jabatan secara keseluruhan. Ini penting bagi meningkatkan kecekapan dalam setiap bahagian di PTG. Oleh yang demikian, budaya mengenal pasti pengurusan risiko mestilah dilakukan di dalam setiap proses kerja oleh semua bahagian yang berkenaan untuk melaporkan ancaman dan memberikan cadangan yang bersesuaian. Sumbangan idea dan pandangan daripada semua peringkat pegawai adalah amat penting bagi memastikan kesinambungan penambahbaikan dapat dilakukan secara berterusan di PTG. Pengurusan risiko merupakan langkah penambahbaikan secara berterusan. Oleh kerana ancaman boleh berubah dari semasa ke semasa mengikut perkembangan kemajuan teknologi dan kepakaran seseorang, maka proses mengenal pasti risiko serta langkah-langkah dalam proses pengurusan risiko perlu sentiasa disemak semula dan diuji keberkesanannya.

PENG URUSAN RISIKO 20 12 -2 016 : Peja ba t Ta na h da n Gali a n Sela ng or

23

elan Pengurusan Risiko Pejabat Tanah dan Galian Selangor digubal selaras dengan kehendak kepimpinan dalam merangka kerja kepada pihak pengurusan dan sebagai panduan kepada semua warga Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Selangor ke arah pencapaian visi dan misi yang telah ditetapkan. Skop dan tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Risiko PTG termasuklah menyemak dan mencadangkan strategi pengurusan risiko, polisi dan toleransi risiko bagi kelulusan pihak pengurusan. Selain daripada itu, jawatankuasa ini juga menyemak dan menilai polisi pengurusan risiko dan rangka kerja dalam mengenal pasti, mengukur, memantau dan mengawal risiko, memastikan infrastruktur, sumber dan sistemnya adalah dalam keadaan yang baik serta menyemak laporan pengurusan tentang pendedahan kepada risiko dan aktiviti pengurusan risiko. Satu pelan tindakan yang komprehensif telah dibangunkan yang meliputi pelbagai proses utama daripada semua unit di jabatan. Tindakan yang dirangka di dalam pelan tersebut adalah mengenal pasti risiko dan mencari langkah-langkah penyelesaian bagi memastikan objektif setiap proses utama jabatan dapat dicapai. Kesimpulannya, Pelan Pengurusan Risiko ini dapat menjadi pemangkin kepada sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap sekali gus menjamin kelancaran dan keberkesanan pentadbiran tanah di Negeri Selangor. Sebagai satu langkah penambahbaikan secara berterusan Pelan Pengurusan Risiko ini sebenarnya tiada tempoh tertentu namun disediakan bagi membantu dalam merealisasikan matlamat dan sasaran yang terkandung dalam Pelan Strategik Pejabat Tanah dan Galian 2012 2016 ke arah menjadikan Pejabat Tanah dan Galian Selangor pejabat terbaik di Malaysia.

PENG URUSAN RISIKO 20 12 -2 016 : Peja ba t Ta na h da n Gali a n Sela ng or

24

Anda mungkin juga menyukai