Anda di halaman 1dari 4

PERSENYAWAAN DAN KEHAMILAN.

1. Semasa pengovulan, ovum dilepaskan oleh ovari ke tiub Falapio.


2. Sperma yang masuk semasa hubungan kelamin suami isteri akan menuju dari vagina ke
servik seterusnya ke uterus dan ke tiub Falapio.
3. Di tiub Falapio, persenyawaan berlaku.
4. Hanya satu sperma sahaja yang mensenyawakan ovum untuk hasilkan Zigot.

G/rajah persenyawaan & penempelan zigot.

5. Selepas persenyawaan, zigot akan bergerak dari tiub Falapio ke Uterus.
6. Zigot yang terhasil membahagi banyak kali semasa menuju ke Uterus dan menjadi
Embrio apabila sampai ke uterus.
7. Embrio akan menempel (melekat) pada dinding uterus yang kaya dengan darah.
Buku teks, m/s 60.
Perkembangan Zigot sehingga kelahiran.
1. Selepas persenyawaan, Zigot akan terus bergerak ke tiub Falapio dan seterusnya ke
uterus.
2. Apabila sampai ke uterus, zigot membahagi beberapa kali sehingga membentuk embrio.
3. Embrio menempel di uterus selama 2 bulan seterusnya menjadi Fetus (menyerupai
bentuk manusia).
4. Fetus berada dalam rahim ibu, iaitu dalam satu membran yang mengandungi bendalir
(air ketuban). Bendalir ini melindungi Fetus dari gegaran dan bahaya.
5. Plasenta terbentuk pada dinding uterus. Ia membekalkan makanan dan oksigen kepada
embrio juga membantu membuang bahan buangan dari embrio.
6. Plasenta dihubungkan ke embrio melalui tali pusat (umbilical cord).
7. Dari 2 - 9 bulan, embrio membesar dan di kenali Fetus. Ibu akan bersedia untuk
melahirkan anak pada usia kandungan 9 bulan / 38 minggu selepas persenyawaan.
8. Saat dilahirkan, berat bayi lebih kurang 3kg & panjangnya lebih kurang 50cm.

Tahap perkembangan Zigot hingga bayi. Pembentukan Fetus dalam Uterus.

9. Penjagaan kandungan sebelum kelahiran amat penting bagi seorang ibu. Berikut adalah
makanan yang sihat dan bahaya untuk ibu mengandung.


Kepentingan penyelidikan dalam pembiakan manusia.
1. Kemandulan adalah ketidakupayaan untuk membiak. Ia boleh berlaku pada lelaki dan
perempuan.
2. Pada lelaki, kemandulan adalah :
-Tiada / terlalu sedikit sperma dihasilkan.
- Sperma tidak dapat mensenyawakan ovum di tiub Falapio
- Sperma mati terlalu awal. Kerosakan testis / duktus sperma.
3. Pada perempuan :
- Tidak berlaku pengovulan (ovari gagal hasilkan ovum).
- Tiub Falapio tersumbat.
- Ovum tidak matang / mati terlalu awal.
4. Ketidaksuburan @ kemandulan pada lelaki & perempuan juga boleh disebabkan oleh
pemakanan tidak berkhasiat.
5. Cara mengatasi kemandulan @ ketidaksuburan :
i) Ambil makanan bernutrisi (kaya vitamin E & mineral)
ii) Rawatan hormon (bantu imbangi hormon, rangsang ovari keluarkan ovum
Dan tetapkan kitar haid.)
iii) Pembedahan untuk betulkan tiub Falapio / duktus sperma yang tersumbat.
iv) Persenyawaan In-Vitro (IVF) Ovum dan sperma disenyawakan dalam
sediaan kultur dan diletakkan dalam inkubator beberapa hari sebelum
dimasukkan ke Uterus ibu)
Pencegahan Kehamilan.
1. Dilakukan untuk :
a) Merancang bilangan anak.
b) Menjarangkan kelahiran anak.
c) Tidakbersedia untuk dapat anak.
2. Antara kaedah yang dilakkan untuk mencegahkehamilan adalah :
i) Lelaki :
a) Penggunaan kondom tiub getah yang disarung pada zakar bagi
mengelakkan sperma memasuki uterus perempuan.
b) Vasektomi Duktus sperma di potong dan diikat bagi menghalang
sperma memasuki uretra.
ii) Pada Perempuan :
a) Cara beritma Suami isteri elak hubungankelamin semasa fasa subur
isteri iaitu pada hari ke 11 17 kitar haid.
b) Pil pencegah kehamilan Menghalang pengovulan/pembebasan ovum
dari ovari.
c) Alat Intrauterus (IUCD) Berbentuk T @ berpilin. Di masukkan ke
dalam uterus untuk menghalang penempelan embrio.
d) Spermisid cara kimia iaitu dalam bentuk jeli @ krim yang disapu pada
dindng faraj sebelum hubungan kelamin. Ia akan membunuh sperma. Ia
juga terdapat dalam bentuk tablet (ditelan).
e) Ligasi Tiub Falapio di potong dan diikat untuk menghalang berlakunya
persenyawaan.

Tugasan : Lukiskan g/rajah cara pencegahan kehamilan (Spermisid, IUCD, vasektomi &
Ligasi ), buku teks m/s 64 & 65.

Kepentingan penyelidikan tentang pembiakan manusia.
1. Selesaikan masalah siuami isteri yang tidak mempunyai anak.
2. Bantu suami isteri rancang bilangan anak yang mereka kehendaki.
3. Bantu penggunaan cara yang sesuai untuk cegah kehamilan
4. Kesan kecacatan fetus untuk ubati kecacatan dalam kandungan ibu.

Anda mungkin juga menyukai