Anda di halaman 1dari 61

BAB 1

KONSEP ASAS
HUBUNGAN ETNIK
HASIL PEMBELAJARAN

1. Definisikan konsep hubungan etnik


2. Jelaskan peringkat hubungan etnik
3. Aplikasikan konsep integrasi dalam
masyarakat majmuk
TAJUK PERBINCANGAN
1.1 Pengenalan
1.2 Konsep Asas Hubungan
1.3 Konsep Integrasi dan Perpaduan
1.4 Teori Integrasi Etnik
1.5 Hubungan Etnik Mengikut
Perspektif Islam
PENGENALAN

 Menurut bancian pada 2012,


penduduk Malaysia berjumlah 28.3 juta
 Terdapat pelbagai kaum yang mendiami
Malaysia dengan kepelbagaian bangsa,
agama, bahasa pertuturan, adat resam
dan warna kulit
 Bab ini akan membincangkan konsep penting
untuk mewujudkan hubungan antara etnik
yang baik di Malaysia
KONSEP ASAS HUBUNGAN
ETNIK
Masyarakat
Kumpulan manusia yang hidup bersama-
sama di sesuatu tempat dengan aturan dan
cara hidup tertentu.

Hasil dari perhubungan yang akrab membina


kesepaduan yang membentuk sistem sosial
seperti gotong royong, ziarah menziarahi dll
Masyarakat Majmuk
Masyarakat yang terdiri dari pelbagai etnik,
masing-masing mempunyai agama,
kebudayaan, bahasa dan adat resam.

Walau pun mereka hidup di bawah satu


sistem politik, mereka menjalani kehidupan
secara berasingan dan interaksi di antara
mereka adalah amat sedikit dan terbatas
• Pemimpin terdiri daripada ketua
keluarga, ketua kampung, ketua
negara dan sebagainya.
Kepimpinan • Kepimpinan dalam masyarakat Melayu
awal, bercorak tertutup kerana
pemilihan berdasarkan keturunan;
Raja, Bangsawan

• Ia meletakkan seseorang pada


Stratifikasi kedudukan dan peranan yang harus
dimainkannya
sosial • Merujuk kepada susun lapis
masyarakat.
• Pemimpin terdiri daripada ketua
keluarga, ketua kampung, ketua
negara dan sebagainya.
Kepimpinan • Kepimpinan dalam masyarakat Melayu
awal, bercorak tertutup kerana
pemilihan berdasarkan keturunan;
Raja, Bangsawan

• Ia meletakkan seseorang pada


Stratifikasi kedudukan dan peranan yang harus
dimainkannya
sosial • Merujuk kepada susun lapis
masyarakat.
KONSEP BUDAYA
Budhi
Kecergasan
akal fikiran
Takrifan Budaya
Cara hidup orang ramai
termasuk pemikiran,
nilai kepercayaan,
pandangan dan tabiat
berfikir serta cara
perlakuan manusia yang
menggerakkan jiwa.
Daya
Kekuatan
kuasa, tenaga
dan pengaruh
KONSEP BUDAYA
Budi
Kecergasan
akal fikiran
Takrifan Budaya
Cara hidup orang ramai
termasuk pemikiran,
nilai kepercayaan,
pandangan dan tabiat
berfikir serta cara
perlakuan manusia yang
menggerakkan jiwa.
Daya
Kekuatan
kuasa, tenaga
dan pengaruh
JENIS BUDAYA

• Peralatan dan
kelengkapan hidup
Budaya
seperti rumah, kereta,
kebendaan
perahu, senjata dan
sebagainya.

• Kepercayaan, adat
istiadat dan undang-
Budaya bukan undang contohnya
kebendaan adat istiadat yang
berbeza-beza dalam
perkahwinan.
JENIS BUDAYA
• Peralatan dan
kelengkapan hidup
Budaya
seperti rumah, kereta,
kebendaan
perahu, senjata dan
sebagainya.

• Kepercayaan, adat
istiadat dan undang-
Budaya bukan undang contohnya
kebendaan adat istiadat yang
berbeza-beza dalam
perkahwinan.
CIRI-CIRI BUDAYA

Dipelajari • Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari dan
melibatkan banyak unsur seperti asimilasi dan adaptasi.

• Setiap perlakuan/ budaya itu diamal dan didokong oleh

Dikongsi sekumpulan manusia.


• Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan
bukannya perlakuan masyarakat.

• Kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia.


Sejagat • Namun ia berbeza antara masyarakat kerana pengaruh alam,
pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.

• Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi

Diwarisi berikutnya.
• Budaya yang diamalkan hari ini adalah lanjutan daripada
budaya terdahulu.
CIRI-CIRI BUDAYA

Dipelajari • Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari dan
melibatkan banyak unsur seperti asimilasi dan adaptasi.

• Setiap perlakuan/ budaya itu diamal dan didokong oleh

Dikongsi sekumpulan manusia.


• Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan
bukannya perlakuan masyarakat.

• Kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia.


Sejagat • Namun ia berbeza antara masyarakat kerana pengaruh alam,
pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.

• Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi

Diwarisi berikutnya.
• Budaya yang diamalkan hari ini adalah lanjutan daripada
budaya terdahulu.
FAKTOR PERUBAHAN BUDAYA
Pertambahan
anggota masyarakat

Pertambahan
Perubahan alam
keperluan dan
sekitar
keinginan

Penemuan dan
Konflik yang berlaku penciptaan
teknologi

Pertembungan
budaya
ETNIK, ETNISITI &
ETNOSENTRISME
ETNIK
Kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti
adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya

ETNISITI
Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu kerana anggotanya merasa
disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama

ETNOSENTRISME
Kepercayaan atau rasa bangga di kalangan anggota sesebuah etnik bahawa
budaya dan etnik mereka jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.
RAS

Kelompok manusia yang ditentukan melalui ciri-ciri fizikal

2 Tahap Ras
Individu : Institusi : Melibatkan dasar & pelaksanaan
Kepercayaan & sikap individu yg bersifat diskriminasi

RASISME
Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial terhadap
sesuatu kelompok lainberdasarkan ciri-ciri fizikal atau ras semata-mata.
KEPELBAGAIAN ETNIK
DI MALAYSIA
KOMPOSISI BANGSA DALAM MASYARAKAT
MALAYSIA
KAUM DESKRIPSI

Melayu Ciri-Ciri •Takrifan Melayu dalam Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan :


•Seorang yang menganuti agama Islam
•Lazim bercakap Bahasa Melayu
•Menurut adat istiadat Melayu
•Kaum majoriti mewakili 55% penduduk Malaysia

Agama •Mengamalkan agama Islam


•Institusi agama : masjid dan surau, jabatan agama Islam dan Mahkamah
Syariah
Budaya •Menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha serta perayaan
kebesaran Islam yang lain.
Cina •Berhijrah ke Tanah Melayu bermula abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-
20
•Dikelaskan berdasarkan penggunaan dialek bahasa tertentu; Hokkien, Hakka,
Kantonis dan lain-lain
•Mewakili 25% penduduk Malaysia
Agama •Lazim menganut agama Buddha dan Kristian
•Institusi agama: Tokong dan wat, persatuan-persatuan agama Buddha
Budaya •Menyambut perayaan Wesak, Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Hari Krismas
dan Opera Cina
KAUM DESKRIPSI

India Ciri-Ciri •Berhijrah sewaktu penjajahan British dari Selatan India


•Dikelaskan berdasarkan kepada etnik tertentu; Tamil,Telegu,Malayalee dan lain-
lain
•Mewakili 7% penduduk Malaysia
Agama •Lazim menganut Agama, Hindu, Sikh , Kristian dan Islam
•Institusi agama bagi agama Hindu ialah kuil serta Hindu Sangam dan bagi agama
Sikh iaitu Gurdawa serta Majlis Gurdawa Malaysia
Budaya •Mengamalkan perayaan Deepavali, Thaipusam, Ponggal bagi yang beragama
Hindu serta Vaisakhi bagi yang beragama Sikh
Etnik Ciri-Ciri •Terdiri dari beberapa etnik kecil seperti:
Sabah dan •Sarawak:Iban,Bidayuh,Orang Ulu;
Sarawak •Sabah:Kadazandusun,Bajau,Murut
•Mewakili 12% penduduk Malaysia
Agama •Lazim menganut agama Islam dan Kristian serta kepercayaan animisme

Budaya •Meraikan perayaan dan kebudayaan mengikut etnik seperti Hari Gawai dan
Pesta Menuai atau Tadau Kaamatan dan juga perayaan-perayaan keagamaan
seperti Hari Raya Aildilfitri dan Hari Krismas
TAZKIRAH 1

TUJUAN PENCIPTAAN MANUSIA


Allah menciptakan manusia dengan 2 matlamat
utama iaitu :
Tujuan 1 : Hamba Allah

Firman Allah SWT yang bermaksud :


Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan
supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu
Surah al Zariyat : 56
Kenapa Hamba?

Allah yang ciptakan kita daripada tiada


Allah yang mengurniakan kita segalanya,
rezeki, udara, ibu ayah dll
Kita tidak berdaya melainkan dengan izin
Allah, hidup, makan, minum, berjalan,
berlari, berfikir dll
Tugas hamba :
 Mengabdikan diri hanya kepadaNya
 Taat kepada segala perintah
 Tinggalkan segala larangan
 Menjadikan al-Qur’an sebagai
panduan dalam semua aspek kehidupan
Melawan hawanafsu dan syaitan yang
sentiasa mengajak kepada durhaka
terhadap Allah
KELEBIHAN HAMBA ALLAH
Beroleh ketenangan hati yang menjadi
punca kebahagiaan manusia
Beroleh keberkatan hidup di dunia
Sentiasa menjadi manusia yang ridha,
sabar dan syukur
Mendapat jaminan menjadi penghuni
syurga yang kekal abadi di dalam
nikmat
Tujuan 2 : Khalifah Allah

Manusia adalah makhluk terbaik yang


mengganti Allah mentadbir
mukabumi
Memastikan hukum Allah dilaksanakan
supaya manusia dapat hidup dengan
tenang dan dapat beribadah
Bertugas mengajak kepada yang makruf
dan meninggalkan larangan supaya
syariat dapat ditegakkan
Marilah kita sama-sama menunaikan
tanggungjawab kita sebagai hamba dan
khalifah Allah

Semoga dengan penunaian


tanggungjawab tersebut menjadikan
kita insan berbahagia, dunia dan
akhirat.
WASSALAM
KONSEP INTEGRASI
& PERPADUAN
PERPADUAN & INTEGRASI
PERPADUAN
• Satu proses yang
menyatupadukan seluruh
masyarakat dan negara
supaya setiap anggota
masyarakat dapat
membentuk satu identiti
dan nilai bersama serta
perasaan cinta dan
banggakan tanah air

INTEGRASI
• Satu proses bagi
mewujudkan satu identiti
nasional di kalangan
kumpulan yang terpisah
dari segi kebudayaan,
sosial dan lokasi dalam
sesebuah unit politik
INTEGRASI NASIONAL
Integrasi nasional
• Proses menyatupadukan berbagai-bagai kumpulan yang
mempunyai perbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam satu
sistem wilayah bagi mewujudkan identiti nasional.

Integrasi nasional di Malaysia bermatlamatkan:


• Mengurangkan perbezaan psikologi di antara penduduk
dalam wilayah yang berkenaan.
• Mengatasi masalah perbezaan geografi dengan merapatkan
perhubungan dan interaksi supaya wujud persefahaman
antara penduduk dan suku kaum yang ada.
• Mewujudkan identiti bersama iaitu simbol kesetiaan dan
komitmen terhadap konsep Nasionalisme Malaysia
JENIS INTEGRASI
INTEGRASI Mengurangkan jurang ekonomi
dan sosial antara wilayah maju
WILAYAH dan mundur

INTEGRASI Usaha menyatupadukan rakyat


melalui program sosial-
SOSIAL sukan,perumahan

INTEGRASI Usaha mengurangkan jurang


perbezaan ekonomi antara
EKONOMI kumpulan etnik
INTEGRASI
NASIONAL
INTEGRASI Mewujudkan satu sistem
pendidikan yang bercorak
PENDIDIKAN kebangsaan dan sempurna

INTEGRASI Usaha membentuk satu


KEBUDAYAAN kebudayaan kebangsaan

INTEGRASI Usaha menyatukan rakyat melalui


kerjasama dan pembahagian kuasa
POLITIK politik
TAHAP-TAHAP
HUBUNGAN ETNIK
TAHAP HUBUNGAN ETNIK
Pluraliti
Budaya

Segregasi Amalgamasi

Akomodasi Asimilasi

Akulturasi
Segregasi
Hubungan
yang bersifat
pemisahan di
antara etnik-
etnik dalam
sesebuah
negara
Akomodasi
Satu proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama
lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing

Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok yg berkonflik


bersetuju untuk menghentikan / mengelakkan konflik dengan mengadakan
interaksi secara aman damai

Proses penyesuaian ini berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik


bebas mengamalkan budaya mereka dlm keadaan harmoni (kepelbagai
bahasa, pengamalan agama & kepercayaan secara bebas bagi kelompok
etnik)
Akulturasi
Satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau
kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.

Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti
asal masyarakat yang menerima.

Akulturasi lebih mudah dicapai melibatkan benda bersifat kebendaan dan yang
mendatangkan manfaat.

Contoh: Tali leher, angpau, makanan, dan hiburan


Asimilasi
Proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu
kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.

Faktor menyebabkan berlakunya Asimilasi:


Individu di dalam atau di antara Interaksi berlaku dalam tempoh
Etnik yang berbeza budaya.
etnik sering berinteraksi. yang lama.

Satu proses yg berlaku apabila mana-mana kelompok berfikir, berperasaan secara berlainan,
menjadi satu dlm kesatuan sosial serta budaya yg sama. Asimilasi mutlak atau sempurna
menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan & identiti

Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain.

Ia diwakili oleh formula : A+B+C=A


Kejayaan Asimilasi:
• Kesanggupan etnik minoriti
menghilangkan identiti mereka dan
menerima identiti etnik lain.
• Kesanggupan etnik majoriti menerima
etnik lain.
• Kelompok minoriti adalah kecil.
• Terdapat banyak persamaan budaya antara
etnik.

Kegagalan Asimilasi
• Kurang pengetahuan kebudayaan sehingga
menimbulkan perasaan takut terhadap
budaya lain.
• Timbul perasaan bahawa budaya sesuatu
etnik lebih tinggi dari etnik lain.
• Wujud perbezaan kepentingan antara
etnik yang terlibat.
• Penguasaan dalam sesuatu bidang
khususnya oleh etnik minoriti.
Amalgamasi
Ia menjangka semua kebudayaan boleh dicair dan dijadikan satu keseluruhan bersama.

Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk
jenis-jenis budaya dan ras yang baru.

Syarat: Kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau
dipaksa berbuat demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka (jarang berlaku).

Biasanya terjadi melalui perkahwinan campur antara etnik.

Diwakili oleh formula : A+B+C=D


Pluraliti Budaya
Menerapkan pencapaian keseragaman dalam hal-hal yang penting kepada negara seluruhnya tetapi
dalam masa yang sama setiap kaum dibenarkan mengekalkan ciri-ciri kebudayaannya tersendiri.

Kelebihan Pluraliti Budaya:


Dapat mengelakkan sedikit sebanyak disorganisasi
Boleh menjadi satu ‘penghubung penstabil’ antara
sosial dan peribadi yang mungkin timbul akibat
cara hidup lama dengan cara hidup baru.
kejutan budaya.

Diwakili oleh formula:


A + B + C = (A + B + C) (A, B dan C) merujuk kepada budaya.
KONSEP MASYARAKAT MAJMUK
MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Manusia walaupun berlainan bangsa, kulit,
bahasa dan agama, mereka berasal dari
keturunan yang sama iaitu Adam a.s. Ini
dinyatakan oleh Allah SWT :

“Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak


Adam dan Kami angkut (permudahkan mereka
dalam perjalanan di daratan dan di lautan) dan
Kami kurniakan mereka rezeki yang baik-baik
dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan
yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang
Kami ciptakan” (a-l-Isra’:70)
Islam tidak membezakan antara
seseorang dengan seseorang yang lain
berdasarkan warna kulit, etnik dan
sebagainya.

Sabda Rasulullah saw:

Tidak ada kelebihan bangsa Arab ke atas


bangsa Ajam dan tidak ada kelebihan
bangsa Ajam ke atas bangsa Arab”.
KONSEP MASYARAKAT MENURUT ISLAM

 Islam menggariskan panduan hubungan


kemasyarakatan.
Firman Allah SWT (al-Hujurat 12 -13) bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari
sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu
adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari
kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu
mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari
kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?
Maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. Dan bertaqwalah
kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi
Maha Mengasihani.
Islam mengiktiraf kepelbagaian kaum
Firman Allah SWT (Surah Rum : 22) yang bermaksud
:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaannya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian
langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan
warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-
orang Yang berpengetahuan.
Allah Menggalakkan Saling Berkenalan
Firman Allah SWT (al-Hujurat :13) yang
bermaksud :
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami
telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu
berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya
kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang
Yang lebih taqwanya di antara kamu,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi
Maha mendalam pengetahuannya.
Model masyarakat Islam Madinah.

• Masyarakat Madinah yang terdiri dari pelbagai suku


kaum, Arab dan Yahudi, Ansar dan Muhajirin
• Hidup dengan aman dan damai tanpa perbalahan kaum
• Semangat Asabiyah telah digantikan dengan semangat
ummah mengikut akidah Islam.
• Hubungan persaudaraan mengatasi masalah perbezaan
dari segi sosial dan ekonomi. Kedua-dua golongan
bergaul dan bekerjasama untuk kebaikan agama Islam
dan negara.
PENGUKUHAN
Huraikan:
• Akulturasi.
• Segregasi.
• Amalgamasi.
 Bincangkan TIGA (3) pendekatan konsep akomodasi
yang wajar dijadikan panduan bagi menjamin
keharmonian hubungan etnik di Malaysia dengan
mengemukakan contoh yang relevan.
 Bincangkan TIGA (3) aspek kebudayaan kaum Baba-
Nyonya yang diterima daripada orang Melayu.
 Bincangkan TIGA (3) ciri yang terdapat dalam sesuatu
budaya sehingga membolehkan ia bertahan lama.
TAUBAT SEBELUM
TERLAMBAT
Firman Allah SWT yang bermaksud :

Dan bertaubatlah kamu sekelian


kepada Allah, wahai orang yang
beriman supaya kamu beruntung
(Surah al-Nur 24 : 31)
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

Setiap anak Adam (manusia) melakukan


dosa, dan sebaik-baik orang yang
berdosa adalah mereka yang bertaubat.
(Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
Kenapa Perlu Bertaubat :
Dosa menghalang ketaatan kerana :
Dosa melemahkan dan mengelapkan hati

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :


Seseorang Mukmin jika berbuat dosa, maka
ternodalah hatinya dengan satu titik hitam,
jika dosa-dosanya bertambah, maka titik
hitam itu akan menutup hatinya
Dosa menghalang ibadat diterima Allah.

Mana mungkin zikir diterima dari lidah yang


dikotori dengan kejian dan umpatan

Sedekah dari harta yang haram

Umpama orang yang suka memuji Allah, di


masa yang sama melakukan sesuatu yang
dimurkai Allah, mana mungkin amalnya
diterima
Segerakan taubat kerana :
Mati boleh datang tiba-tiba
€,´,€,´,水,Д,Є
AQBguojg
1
{"actor":"1
AQAnW1_
Comment

Segerakan taubat kerana :


Hati akan beroleh
ketenangan
Semakin banyak dosa, hati semakin
keras dan semakin sukar untuk
ditinggalkan dosa tersebut umpama
pokok yang telah membesar tentu
sukar untuk mencabutnya…

JOM BERTAUBAT
WASSALAM

Anda mungkin juga menyukai